The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safuan Mokhtar, 2021-06-21 21:07:23

RUJUKAN BANGUNAN HIJAU CTREE

RUJUKAN BANGUNAN HIJAU CTREE

EDISI PERTAMA

Dibiayai oleh:
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

MODUL TEKNOLOGI HIJAU

FIZIK

AKTIVITI MURID

KEMENTERIAN TENAGA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YAYASAN HIJAU
TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) MALAYSIA

Program di bawah kerjasama:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)

FIZIK 1

CETAKAN KETIGA
JANUARI 2018
Hak cipta © 2018 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh
Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hak cipta terpelihara.
Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia,
tidak ada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan
semula atau diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau
disimpan dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan
bertulis daripada penerbit.

Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data Penerbitan
Modul Teknologi Hijau : Fizik (Aktiviti Murid)
Ketua Editor:
Hashimah Mohd Yunus

Editor:
Mohd Wira Mohd Shafiei
Mohd Sukri Shafie
Nurul Syazwani Mansor
Sazwani Ansian
Nurul Husna Baharuddin

Teknikal Penerbitan:
Badrol Hisham Mohd Nowani
Maznah Mohamed Saipon
Syafiq Saifullah Azmi
Shahrul Fadli Abd Rahman

Ilustrator/Grafik:
Sherrilaida Aidarus
Mohd Raffi Rosmi

ISBN:
978-967-394-308-1

Penerbit:
CETREE,
Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
Tel: 604-653 3888
Fax: 604-653 6701

Teks dan Paparan:
CETREE

Dicetak oleh:
CETREE

Edisi Pertama
Bil. Cetakan : 03

FIZIK 3

BANGUNAN MESRA HIJAU

M: Material Efficiency, E: Effective / Economy, S: Safe, R: Reliable, A: Ability
FIZIK 61

AKTIVITI 8

Objektif

i. Mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan elemen kecekapan.
ii. Mengenal pasti kepentingan memaksimumkan kecekapan tenaga melalui penyediaan pelan

lakaran Bangunan Hijau.

Latar Belakang

Tujuan aktiviti mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau adalah untuk meningkatkan kesedaran
murid terhadap alam sekitar, lebih aktif, berfikiran lebih kreatif dan kritis sebagai generasi peneraju
masa hadapan negara. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai kos pembinaan yang dapat
dijimatkan apabila membina sesebuah Bangunan Hijau. Faktor yang perlu difikirkan oleh murid adalah
cara-cara untuk menjimatkan tenaga melalui pembinaan Bangunan Hijau ini dengan mengambil kira
5 aspek elemen kecekapan Bangunan Hijau. Kesedaran terhadap kelebihan penjimatan tenaga juga
dapat diterapkan, sebagai contoh mencipta suis dengan menggunakan produk mesra alam sekitar.
Ini sekaligus dapat menyampaikan pengajaran dan kepentingan isu-isu alam sekitar kepada individu
dan masyarakat.

Aktiviti mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau ini adalah berdasarkan Strategi Pembelajaran
Berasaskan Projek. Murid perlu menjalankan kajian secara berkumpulan berkaitan Bangunan Hijau,
elemen-elemen dan kos bagi membina model Bangunan Hijau. Tempoh bagi keseluruhan projek ini
adalah selama 2 minggu.

Glosari

Air Panas Domestik – Sistem tertutup untuk memanaskan air dan membekalkannya untuk kegunaan
domestik.

Bangunan Hijau – Aplikasi pembangunan atau konsep pembinaan yang bercirikan teknologi mesra
alam semula jadi.

Grey Water – Merupakan air sisa dari rumah seperti air sisa daripada sinki, mesin basuh dan bilik
mandi. Air sisa ini mengandungi kotoran, sedikit minyak, sisa makanan, detergen dan bakteria tetapi
masih selamat untuk diguna semula. Air sisa dari tandas tidak termasuk dalam grey water.

Kecekapan Air – Pengurangan atau pengoptimuman penggunaan air.

Kecekapan Pelan Struktur Bangunan – Merupakan konsep bangunan lestari yang mempunyai
impak yang besar terhadap kos dan prestasi.

Kecekapan Sumber - Bahan / sumber yang terdiri daripada sumber boleh baharu atau kitar semula
dan tidak mencemarkan terhadap alam sekitar.

Kecekapan Tenaga – Penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

Kepala Pancuran Aliran Rendah (Low Flow Shower Head) – Peralatan yang dipasang pada bilik
air dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan air. Kepala pancuran jenis ini boleh mengurangkan
penggunaan air sebanyak 40%.

62 FIZIK

Kitar Semula Air – Mengolah semula air sisa untuk mengurangkan penggunaan air domestik.

Kayu Tebus Guna (Reclaimed Lumber) - Merupakan kayu yang telah diproses daripada sumber
tertentu untuk penggunaan yang berbeza daripada sumber asalnya. Sebagai contoh, kayu tersebut
diambil terlebih dahulu daripada bangsal atau gudang lama. Kayu tersebut kemudiannya diproses
untuk digunakan sebagai hiasan dalaman seperti kabinet dapur, perabot, dan lain-lain. Konsep ini
mengaplikasikan konsep kitar semula.

Lampu Elektrik Berkecekapan Tinggi – Peranti yang mengeluarkan cahaya yang memfokuskan
terhadap sistem pencahayaan berkecekapan tinggi yang menggunakan sumber asli dan elektrik
dan pengawalan pencahayaan serta dapat menyediakan persekitaran yang menarik, selesa dan
menjimatkan tenaga.

Lampu Pijar (Incandescent bulb) – Peranti elektrik yang berfungsi mengeluarkan pancaran cahaya
yang disebabkan oleh pemanasan filamen. Mentol jenis ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, watt
dan voltan.

Prinsip Cekap Tenaga – Suatu prinsip yang mengaplikasikan kecekapan tenaga supaya dapat
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau terhadap alam sekitar.

Rawatan Air Sisa – Efluen manusia dan industri dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan
manusia atau menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Penghawa Dingin / Heating, Ventilation and Air
Conditioning System (HVAC) – Sistem yang menghasilkan pemanasan dan penyejukan untuk
bangunan kediaman, komersial atau perindustrian. Sistem ini direka untuk menyediakan
persekitaran dalaman yang selesa. Sistem HVAC termasuk penghawa dingin yang berpusat
(central air conditioners), pam haba, relau, unit di atas bumbung (rooftop units) dan penyejuk.

Sistem Dua Paip – Sistem pengaliran yang mempunyai dua rangkaian yang berbeza ; digunakan
untuk membekalkan air yang boleh diminum dan air yang tidak boleh diminum.

Tandas Pam Ultra Rendah (Ultra Low Flush Toilet) – Merupakan tandas pam yang
menggunakan mekanisme pembilasan yang lebih baik berbanding tandas pam konvensional.
Tandas pam ultra rendah hanya menggunakan 1.6 galon air bagi setiap pembilasan berbanding
tandas pam biasa yang menggunakan sebanyak 5-7 galon air bagi setiap pembilasan. Melalui
tandas pam ultra rendah, penggunaan air di rumah dapat dijimatkan.

Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan lain-lain.

Bahan dan Peralatan

i. 1 unit Mounting board
ii. 5 keping Kertas A4
iii. 1 set Alat tulis

FIZIK 63

Kaedah

i. Permulaan
• Tonton video mengenai Bangunan Hijau bertajuk ‘Story of A Green Building’ pada
pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo
• Tonton video mengenai tenaga yang bertajuk ‘Energy, Let’s Save It!’ pada pautan
berikut: https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
• Berdasarkan video-video yang telah ditonton, jawab soalan berikut:
o Apakah kepentingan pembinaan Bangunan Hijau?
o Apakah kepentingan tenaga dan kecekapan tenaga? Berikan justifikasi bagi
jawapan anda.
o Berikan perkaitan di antara kecekapan tenaga dengan pembinaan Bangunan Hijau.

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid perlu membentuk kumpulan kecil (bergantung kepada jumlah murid di dalam
kelas).
• Setiap kumpulan akan mengkaji setiap aspek elemen kecekapan berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1: Aspek bagi Pelan Lakaran dan Model Bangunan Hijau

Aspek Perkara yang perlu disediakan Pelan lakaran
a) Kecekapan pelan Bangunan Hijau
Murid perlu menyenaraikan bahan dan
struktur bangunan komponen bagi pembinaan bangunan pada Murid perlu menyatakan lokasi
peringkat asas pelan struktur. aspek kecekapan pada pelan
b) Kecekapan tenaga lakaran Bangunan Hijau.

Murid perlu memberi rasional terhadap pilihan
alat kecekapan tinggi yang bertenaga rendah.
Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan
tenaga. Pembinaan tingkap berkecekapan
tinggi dan penebat di dalam dinding, siling, dan
lantai dapat meningkatkan kecekapan
bangunan.

c) Kecekapan air Objektif utama dalam pembinaan bangunan

yang lestari ialah murid perlu memberi idea

bagaimana untuk mengurangkan penggunaan

air dan melindungi kualiti air. Rawatan air dapat

memperbaiki kualiti air dan kecekapan tenaga

di samping mengurangkan jumlah air dalam

kitaran.

Murid perlu menyatakan

Contoh: lokasi aspek kecekapan pada
i. Mereka bentuk sistem dua paip (dual pelan lakaran Bangunan Hijau.
plumbing system) yang dapat mengitar

semula air melalui pengepaman tandas.

ii. Penggunaan air boleh dikurangkan dengan

mempertingkatkan kaedah pemuliharaan

air seperti penggunaan tandas pam ultra
rendah (ultra low flush toilet) dan kepala
pancuran aliran rendah (low flow shower
head).
iii. Penggunaan pancuran air (bidets) yang

dapat mengurangkan penggunaan tisu

tandas.
iv. Penggunaan semula air sisa dan grey

water yang telah dirawat dapat

meminimumkan penggunaan air.

64 FIZIK

Aspek Perkara yang perlu disediakan Pelan lakaran
d) Kecekapan bahan Bangunan Hijau
Murid perlu memberi idea terhadap bahan
e) Kecekapan binaan Bangunan Hijau yang terdiri daripada
sumber sumber yang boleh baharu. Bahan yang
digunakan selamat dan tidak mencemarkan
alam sekitar.

Contoh ciri-ciri bahan untuk pembinaan:
i. Penggunaan atap recycled content asphalt
shingles yang mengandungi kertas terpakai
dan clay tiles.
ii. Penggunaan cat organik kurang meruap.
iii. Lantai binaan buluh.
iv. Penggunaan karpet kapas.
v. Pilihan konkrit bukan simen iaitu konkrit
ekologi (campuran admixture, dicalcium
silicate: 2CaO.SiO2)
vi. Pilihan panel penebat diperbuat daripada
kertas.

Murid perlu memberi idea terhadap pilihan
kecekapan sumber. Antara contoh:

i. Sumber yang boleh dikitar semula Murid perlu menyatakan
• Menggunakan bahan kitar semula yang lokasi aspek kecekapan pada
telah dikenal pasti termasuk bahan hasil pelan lakaran Bangunan Hijau.
sisa industri.

ii. Proses pembuatan bahan yang cekap
• Menggunakan bahan yang diperbuat
daripada proses sumber cekap yang
dapat mengurangkan penggunaan
tenaga dan sisa yang dikurangkan
dapat dikitar semula.

iii. Mudah didapati
• Bahan binaan, komponen dan
sistem yang dapat diperoleh secara
tempatan atau serantau boleh
menjimatkan tenaga dan sumber
semasa pengangkutan ke tapak
binaan bangunan (logistic purpose).

iv. Tahan lasak:
• Bahan yang tahan lama dan
mempunyai jangka hayat yang
panjang.

FIZIK 65

iii. Pelan Projek
• Murid membincangkan idea bagi pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan
aspek elemen-elemem kecekapan yang telah dikaji berdasarkan Jadual 1.
• Murid perlu membuat satu kertas kerja sebelum menjalankan projek.

iv. Tugasan Projek
• Setiap kumpulan berbincang untuk melakar Bangunan Hijau dengan lebih spesifik.
Lakaran tersebut perlu berdasarkan aspek elemen-elemen kecekapan (Jadual 1) yang
telah dipilih oleh murid untuk diaplikasikan pada Bangunan Hijau. Rajah 2 menunjukkan
contoh lakaran Bangunan Hijau.

Solar Fotovolta

Rajah 2
Contoh lakaran Bangunan Hijau
v. Pembentangan Hasil Kerja (Pelan lakaran Bangunan Hijau)
Setiap kumpulan perlu:
• Menyediakan satu kertas kerja bagi pelan lakaran Bangunan Hijau dengan
format berikut:
o Tajuk
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Perbincangan
o Kesimpulan
• Hasil kertas projek dibentang selepas dua minggu perbincangan.

66 FIZIK

Soalan Perbincangan

i. Bandingkan kelebihan Bangunan Hijau berbanding bangunan konvensional.
ii. Mengapakah elemen kecekapan penting dalam pembinaan Bangunan Hijau? Berikan

justifikasi.
iii. Berikan kepentingan Bangunan Hijau bagi pembangunan lestari sesebuah negara.

Ramalkan prospek Bangunan Hijau di negara Malaysia pada masa hadapan.
iv. Anda diberi peluang untuk membina Bangunan Hijau sebagai bangunan masa hadapan

anda. Bangunan apakah yang akan anda bina? Berikan alasan anda serta terangkan sektor
TH yang terlibat dalam pembinaan tersebut.
v. Sekiranya anda adalah perancang bandar dan diberi peluang untuk merancang
perbandaran hijau (green township) di kawasan anda, bagaimanakah konsep bandar
tersebut?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti mereka bentuk pelan lakaran
Bangunan Hijau berdasarkan elemen kecekapan. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor-sektor TH
yang diaplikasikan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Jurutera
• Arkitek
• Perancang Bandar
• Pemaju Perumahan

Sumber Rujukan

i. Bangunan Hijau
https://www.scribd.com/doc/39404390/Bangunan-Hijau

ii. Energy Efficiency
https://www.pinterest.com/pin/213217363580523730/

iii. Energy, Let’s Save It
https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04

iv. Guna Tenaga Secara Cekap , Jimat dan Yang Boleh Diperbaharui
http://c-tenaga.blogspot.my/p/tenaga-suria.html

v. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
http://www.kettha.gov.my/portal/index.php

vi. Pinterest : Explore Building Helps and Types of Building
https://www.pinterest.com/pin/307722587009183351

vii. Story of Green Building
https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo

FIZIK 67

AKTIVITI 9

Objektif

i. Membina model Bangunan Hijau berdasarkan idea pelan lakaran Bangunan Hijau.
ii. Mengenal pasti elemen yang dapat mengintegrasikan TH dalam pembinaan Bangunan

Hijau.
iii. Mengenal pasti kepentingan memaksimumkan kecekapan tenaga melalui pembinaan

Bangunan Hijau.

Latar Belakang

Tujuan aktiviti membina model Bangunan Hijau adalah untuk meningkatkan kesedaran murid
terhadap alam sekitar, lebih aktif, berfikiran lebih kreatif dan kritis sebagai generasi
peneraju masa hadapan negara. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai kos pembinaan yang dapat
dijimatkan apabila membina sesebuah Bangunan Hijau. Faktor yang perlu difikirkan oleh
murid adalah cara-cara untuk menjimatkan tenaga melalui pembinaan Bangunan Hijau ini
dengan mengambil kira 5 aspek elemen kecekapan Bangunan Hijau. Kesedaran terhadap
kelebihan penjimatan tenaga melalui pembinaan Bangunan Hijau dapat diterapkan, sebagai contoh
mencipta suis dengan menggunakan produk mesra alam sekitar. Ini sekaligus dapat
menyampaikan pengajaran dan kepentingan isu alam sekitar kepada individu dan masyarakat.
Projek ini penting untuk melahirkan tenaga kerja yang lebih peka terhadap isu alam
sekitar melalui pembinaan Bangunan Hijau ini. Contoh tenaga kerja yang terlibat adalah Jurutera,
Perancang Bandar dan Arkitek.

Aktiviti ini adalah berdasarkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek. Murid
perlu menjalankan kajian secara berkumpulan berkaitan Bangunan Hijau, elemen-
elemen dan kos bagi membinanya. Model Bangunan Hijau yang telah siap dibina dapat
dipertandingkan mengikut kelas di sesebuah sekolah. Seterusnya “Pertandingan Model
Bangunan Hijau” dapat dijalankan antara sekolah bagi peringkat negeri dan seterusnya ke
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tempoh bagi keseluruhan projek ini adalah selama
6 minggu.

Glosari

Air Panas Domestik – Sistem tertutup untuk memanaskan air dan membekalkannya untuk kegunaan
domestik.

Bangunan Hijau – Aplikasi pembangunan atau konsep pembinaan yang bercirikan teknologi mesra
alam semula jadi.

Grey Water – Merupakan air sisa dari rumah seperti air sisa daripada sinki, mesin basuh dan bilik
mandi. Air sisa ini mengandungi kotoran, sedikit minyak, sisa makanan, detergen dan bakteria tetapi
masih selamat untuk diguna semula. Air sisa dari tandas tidak termasuk dalam grey water.

Kecekapan Air – Pengurangan atau pengoptimuman penggunaan air.

Kecekapan Pelan Struktur Bangunan – Merupakan konsep bangunan lestari yang mempunyai
impak yang besar terhadap kos dan prestasi.

68 FIZIK

Kecekapan Sumber - Bahan / sumber yang terdiri daripada sumber boleh baharu atau kitar semula
dan tidak mencemarkan terhadap alam sekitar.

Kecekapan Tenaga – Penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

Kepala Pancuran Aliran Rendah (Low Flow Shower Head) – Peralatan yang dipasang pada bilik
air dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan air. Kepala pancuran jenis ini boleh mengurangkan
penggunaan air sebanyak 40%.

Kitar Semula Air – Mengolah semula air sisa untuk mengurangkan penggunaan air domestik.

Kayu Tebus Guna (Reclaimed Lumber) - Merupakan kayu yang telah diproses daripada sumber
tertentu untuk penggunaan yang berbeza daripada sumber asalnya. Sebagai contoh, kayu tersebut
diambil terlebih dahulu daripada bangsal atau gudang lama. Kayu tersebut kemudiannya diproses
untuk digunakan sebagai hiasan dalaman seperti kabinet dapur, perabot, dan lain-lain. Konsep ini
mengaplikasikan konsep kitar semula.

Lampu Elektrik Berkecekapan Tinggi – Peranti yang mengeluarkan cahaya yang memfokuskan
terhadap sistem pencahayaan berkecekapan tinggi yang menggunakan sumber asli dan elektrik
dan pengawalan pencahayaan serta dapat menyediakan persekitaran yang menarik, selesa dan
menjimatkan tenaga.

Lampu Pijar (Incandescent bulb) – Peranti elektrik yang berfungsi mengeluarkan pancaran cahaya
yang disebabkan oleh pemanasan filamen. Mentol jenis ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, watt
dan voltan.

Prinsip Cekap Tenaga – Suatu prinsip yang mengaplikasikan kecekapan tenaga supaya dapat
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau terhadap alam sekitar.

Rawatan Air Sisa – Efluen manusia dan industri dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan
manusia atau menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga

Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Penghawa Dingin / Heating, Ventilation and Air
Conditioning System (HVAC) – Sistem yang menghasilkan pemanasan dan penyejukan untuk
bangunan kediaman, komersial atau perindustrian. Sistem ini direka untuk menyediakan
persekitaran dalaman yang selesa. Sistem HVAC termasuk penghawa dingin yang berpusat
(central air conditioners), pam haba, relau, unit di atas bumbung (rooftop units) dan penyejuk.

Sistem Dua Paip – Sistem pengaliran yang mempunyai dua rangkaian yang berbeza ; digunakan
untuk membekalkan air yang boleh diminum dan air yang tidak boleh diminum.

Tandas Pam Ultra Rendah (Ultra Low Flush Toilet) – Merupakan tandas pam yang
menggunakan mekanisme pembilasan yang lebih baik berbanding tandas pam konvensional.
Tandas pam ultra rendah hanya menggunakan 1.6 galon air bagi setiap pembilasan berbanding
tandas pam biasa yang menggunakan sebanyak 5-7 galon air bagi setiap pembilasan. Melalui
tandas pam ultra rendah, penggunaan air di rumah dapat dijimatkan.

FIZIK 69

Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan lain-lain.

Bahan dan Peralatan

i. 1 kotak bersaiz sederhana
ii. 1 unit Cellophane tape
iii. 1 unit Gunting
iv. 5 keping Mounting board
v. 1 unit Tisu gulung
vi. 1 set Pokok renek / Daun
vii. Buluh / lidi sate (kuantiti bergantung pada saiz Bangunan Hijau)
viii. 1 unit Gam
ix. 1 unit Kain felt hijau
x. 1 unit Kertas lut sinar (transparent plastic paper)
xi. 1 unit Plastik lut sinar
xii. 1 unit Benang kait
xiii. 1 unit Beg termal yang terbuang
xiv. 1 unit Pisau pemotong (cutter)

Kaedah

i. Permulaan
• Murid perlu membina model Bangunan Hijau berdasarkan pelan lakaran Bangunan Hijau
dalam Aktiviti 8.

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (bergantung kepada jumlah murid di dalam
kelas).
• Kumpulan adalah berdasarkan daripada Aktiviti 8.

iii. Pelan Projek
• Murid perlu berbincang mengenai pembinaan model Bangunan Hijau berdasarkan pelan
lakaran Bangunan Hijau daripada Aktiviti 8.
• Murid perlu membuat satu kertas kerja sebelum menjalankan projek.

iv. Tugasan Projek
• Setiap kumpulan perlu:
o Menyenarai serta menyedia bahan dan peralatan untuk membina model
Bangunan Hijau.
o Melabel lokasi aspek elemen-elemen kecekapan yang diaplikasikan berdasarkan
Jadual 1 (Aktiviti 8).
o Membina model Bangunan Hijau berdasarkan pelan lakaran Bangunan
Hijau dengan mengambil kira 3 daripada ciri-ciri Bangunan Hijau berdasarkan
Jadual 2.

70 FIZIK

Jadual 2 :Ciri-ciri Bangunan Hijau

Ciri-ciri Penerangan
Saiz kecil
Bangunan bersaiz kecil adalah untuk menjimatkan kos. Bangunan
Peralatan bersaiz besar memerlukan kos yang banyak untuk membekalkan haba
Berkecekapan dan menyejukkan bangunan.
Tenaga Peralatan berlabel ENERGY STAR diletakkan pada peralatan.
Penggunaan Peralatan-peralatan ini dipasang untuk menjimatkan kos dan tenaga.
Penebat yang Sesuai
Bahan penebat yang sesuai adalah perkara amat penting bagi
Konsep 3R pembinaan Bangunan Hijau. Pemanasan dan penyejukan
(Reduce, Reuse, memerlukan 50% penggunaan tenaga dalam bangunan. Contohnya
Recycle) adalah pelepasan udara melalui tingkap dan pintu. Ini bertujuan untuk
Bahan Binaan mengurangkan kehilangan.
Bangunan Lestari
Penggunaan bahan lama seperti penggunaan lantai kayu, pintu dan
Panel Solar tingkap. Kitar semula bahan seperti kaca kitar semula, aluminium, jubin
kitar semula dan kayu tebus guna (reclaimed lumber).
Tingkap Berlabel
Energy Star Penggunaan bahan mesra alam (eco-friendly products and
Rainwater environmentally products). Contohnya adalah bahan untuk pembinaan
Harvesting System atap (roofing materials), bahan binaan bangunan (building materials),
kabinet, penebat lantai sebagai contoh penggunaan bahan plastik kitar
Pencahayaan semula, kaca kitar semula, bahan semula jadi seperti buluh, gabus yang
Eco-Friendly diperbuat dari bahan semula jadi.
Pemasangan
Peralatan Penjimatan Penggunaan panel solar untuk memaksimakan penggunaan kuasa
Air semula jadi contohnya matahari.
Termostat yang
Diprogramkan Label ENERGY STAR adalah baharu di pasaran. Label ini diletakkan
bagi tingkap yang berkecekapan tinggi berbanding tingkap biasa.
Landskap
Berkecekapan Pemasangan rainwater harvesting system bertujuan untuk mengumpul
air hujan dari atap dan seterusnya diletakkan di dalam tangki. Air yang
dikumpul boleh digunakan untuk tujuan lain seperti tandas dan sistem
pancutan air (sprinkler system).
Penggunaan LED dan CFL adalah berkos tinggi tetapi penggunaan
tenaga adalah kurang dan bertahan lama berbanding mentol tradisional
seperti lampu pijar (incandescent bulb).
Penggunaan alat pengaliran rendah dan kepala pancuran aliran rendah
(low shower head) bertujuan untuk menjimatkan air dan mesra alam.

50% dari penggunaan tenaga dalam bangunan adalah datang daripada
pemanasan dan penyejukan. Cara paling ringkas adalah melalui
pemasangan termostat yang diprogramkan. Sistem pemanasan,
pengudaraan dan penghawa dingin (Heating, Ventilation and Air
Conditioning System, HVAC) akan berfungsi apabila termostat tersebut
telah mencapai suhu tertentu.
Pemilihan landskap tepat adalah dengan memilih kedudukan bangunan
yang ingin dibina supaya dilindungi dari pancaran cahaya matahari dan
membenarkan pancaran cahaya matahari masuk ke dalam bangunan.
Penanaman pokok juga adalah untuk landskap bangunan.

FIZIK 71

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Murid perlu membentangkan satu kertas kerja pembinaan model Bangunan Hijau
berdasarkan format berikut:
o Tajuk
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Perbincangan
o Kesimpulan
* Murid juga perlu melampirkan kertas kerja pelan lakaran Bangunan Hijau
dan mempersembahkan model Bangunan Hijau semasa sesi pembentangan.

vi. Pelaksanaan Pertandingan Model Bangunan Hijau
• Pertandingan model Bangunan Hijau diadakan di antara kumpulan.

Soalan Perbincangan

i. Bandingkan kelebihan Bangunan Hijau berbanding bangunan konvensional.
ii. Mengapakah elemen kecekapan ini penting dalam pembinaan Bangunan Hijau? Berikan

justifikasi.
iii. Berikan kepentingan Bangunan Hijau bagi pembangunan lestari sesebuah negara.
iv. Ramalkan prospek Bangunan Hijau di negara Malaysia pada masa hadapan.
v. Anda diberi peluang untuk membina Bangunan Hijau sebagai bangunan masa hadapan

anda. Bangunan apakah yang akan anda bina? Berikan alasan anda serta terangkan sektor
TH yang terlibat dalam pembinaan tersebut.

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti membina model Bangunan
Hijau berdasarkan idea pelan lakaran Bangunan Hijau. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor-sektor
TH yang diaplikasikan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Jurutera
• Arkitek
• Perancang Bandar
• Pemaju Perumahan

72 FIZIK

Sumber Rujukan
i. Bangunan Hijau

https://www.scribd.com/doc/39404390/Bangunan-Hijau
ii. Energy Efficiency

https://www.pinterest.com/pin/213217363580523730/
iii. Energy, Let’s Save It

https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
iv. Guna Tenaga Secara Cekap , Jimat dan Yang Boleh Diperbaharui

http://c-tenaga.blogspot.my/p/tenaga-suria.html
v. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)

http://www.kettha.gov.my/portal/index.php
vi. Pinterest : Explore Building Helps and Types of Building

https://www.pinterest.com/pin/307722587009183351
vii. Story of Green Building

https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo

FIZIK 73

PANEL PENULIS

1. Dr. Nurzatulshima Kamarudin Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
2. Aida Rahayu Sharifuddin Malaysia (UPM)
3. Azhar Bakhori Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau
4. Malnoryati Che Chik Pinang
5. Nor Fazira Herlina Abd Kadir SMK Tengku Ibrahim, Terengganu

SMK Ibrahim Fikri, Terengganu

SMK Convent Butterworth, Pulau Pinang

TURUT MENYUMBANG

1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Universiti Sains Malaysia (USM)

Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM

3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa
Pepejal (SWAM@USM), USM

4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan

Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,

Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau

(CETREE), USM

5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik, USM

74 FIZIK

PENGHARGAAN

1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon (BKK)

3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,
4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Kejuruteraan dan Matematik,
5. Puan Zalina Kamis Bahagian Pembangunan Kurikulum
6. Puan Norhashimah Ismail (BPK)
7. Puan Suriani Ngatiman
8. Encik Kasdi Kamin Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK
9. Puan Norfadhillah Yusoff
10. Encik Anandan a/l Kanniapan Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
11. Puan Nor’Aidah Nordin Vokasional, BPK

Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik
dan Teknologi, BKK

Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK

Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK

Penolong Pengarah Unit Sains
Menengah, BPK

Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

FIZIK 75

76 FIZIK

FIZIK 77


Click to View FlipBook Version