The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safuan Mokhtar, 2021-05-24 10:09:50

FOKUS KBAT SOALAN REKABENTUK

FOKUS KBAT SOALAN REKABENTUK

FOKUS KBAT BAB 1

Pak Dollah yang mempunyai masalah rabun dekat. Dia terlupa membawa cermin matanya
semasa sarapan di sebuah warung. Anda dlkehendaki untuk mereka bentuk satu kanta bagl
membolehkan Pak Dollah membaca surat khabar.

Reka bentuk tersebut hendaklah menggunakan bahan diberi. Terangkan bagaimana alat itu
berfungsi.

Botol lutsinar Air Surat khabar
Jawapan :

Penerangan :

1. Isi botol minuman penuh dengan air.
2. Botol minuman yang berisi air itu berfungsi sebagai kanta cembung.
3. Letakkan botol minuman yang berisi air itu di atas surat khabar.
4. Baca surat khabar melalui botol minuman tersebut.

FOKUS KBAT BAB 3

Model sebuah rumah kaca atau rumah hijau digunakan projek tanman herba. Model tersebut
dapat mengawal kelembapan udara dan keamatan cahaya yang diperlukan oleh tanaman.

Reka bentuk tersebut hendaklah menggunakan bahan diberi. Terangkan bagaimana alat itu
berfungsi.

Sekaki paying lut sinar Bekas dan segulung tisu Air
Jawapan :

Penerangan :

1. Isi bekas tisu dengan air. Ia bertindak sebagai alat pengawal kelembapan udara.
2. Payung lutsinar menutupi tanaman
3. Payung bertindak untuk mengawal keamatan cahaya yang merambat melaluinya.

FOKUS KBAT BAB 4

Binaan model 3D (tiga dimensi) lazimnya digunakan dalam pelbagai bidang. Anda
dikehendaki membuat satu model 3D relau bagas dengan menggunakan bahan berikut.

 Penyedut minuman  Serbuk kapur
 Botol air mineral kosong  Beg plastik lut sinar
 Air  Motor
 Minyak masak  Bilah kipas
 Serbuk besi  Klip kertas
 Arang kok

Jawapan :

1. Botol mewakili Relau bagas
2. Minyak masak mewakili Sanga
3. Air mewakili Leburan ferum
4. Motor mewakili Alat pemanas
5. Serbuk besi mewakili Bijih besi
6. Serbuk kapur mewakili Batu kapur

Langkah inovatif:
Bilah kipas disambung pada arah yang berlawanan dengan arah yang biasa supaya udara
disedut mengalir melalui motor untuk dipanaskan. Motor juga disejukkan oleh aliran udara
ini.

FOKUS KBAT BAB 5
Pek panas dan pek sejuk segera digunakan di hospital untuk melegakan kekejangan
ototdan mengurangkan bengkak luka. Dengan menggunakan daya kreativiti anda, ubahsuai
dan bina pek panas segera dan pek sejuk segera dengan menggunakan bahan berikut.
Terangkan.

Jawapan :

Pek panas segera:
– Gunakan pencungkil gigi untuk menebuk lubang pada beg plastic yang kecil sehingga air
mengalir keluar dari beg plastik kecil dan bercampur dengan serbuk kalsium klorida dalam
beg plastik besar.
– Pelarutan kalsium klorida dalam air merupakan tindak balas eksotermik lalu memanaskan
beg plastik yang besar.
– Oleh itu, beg plastik yang besar ini berfungsi sebagai pek panas segera.
Pek sejuk segera:
– Gunakan pencungkil gigi untuk menebuk lubang pada beg plastic yang kecil sehingga air
mengalir keluar dari beg plastik kecil dan bercampur dengan serbuk ammonium nitrat dalam
beg plastik besar.
– Pelarutan ammonium nitrat dalam air merupakan tindak balas endotermik lalu
menyejukkan beg plastik yang besar.
– Oleh itu, beg plastik yang besar ini berfungsi sebagai pek sejuk segera

FOKUS KBAT BAB 6
Model Miniature Circuit Breaker (MCB)

a) Apakah MCB?
b) Nyatakan fungsi dan cara kerja MCB?
c) Anda dikehendaki membina satu model MCB dengan menggunakan bahan yang

disediakan di bawah. Terangkan fungsi setiap bahagian.

Jawapan :
a) Apakah MCB?
Miniature Circuit Breaker merupakan suis electromagnet kecil yang disambungkan
ke wayar hidup.
b) Nyatakan fungsi dan cara kerja MCB?
Satu alat keselamatan elektrik. MCB akan memutuskan litar secara automatik
apabila arus lebihan melaluinya.
c) Anda dikehendaki membina satu model MCB dengan menggunakan bahan yang
disediakan di bawah. Terangkan fungsi setiap bahagian.

Plastisin – penyentuh
Paku – besi
Fulkrum – pada kayu ais krim
Butang reset – rod plastik
Spring – pencungkil gigi plastik
Pemadam getah – teras besi
Dawai elektrik – dawai kuprum
Senario: Apabila arus elektrik yang mengalir melalui MCB melebihi nilai hadnya, solenoid
menjadi sebuah elektromagnet yang sangat kuat.

FOKUS KBAT BAB 7
Sebuah model roller-coaster yang ringkas.

Anda dikehendaki membina sebuah model roller coaster yang berfungsi dengan
menggunakan bahan yang disediakan di bawah. Lakarkan model roller coaster anda.
Terangkan ciri keistimewaan model tersebut.

Jawapan:

Penerangan:
Model roller-coaster ini mempunyai gelung menegak, berbelit dan berbelok.

FOKUS KBAT BAB 8

Rajah menunjukkan satu contoh kegunaan sinar beta dalam bidang perindustrian.

Sinar beta digunakan untuk menyemak
pengisian air minuman di dalam botol. Sinar
beta digunakan untuk menyemak pengisian air
minuman di dalam botol. Sinar beta ditujukan
kepada botol yang bergerak melintasinya
seperti di bawah.

Jika botol tidak diisi dengan air minuman yang
cukup, sinar beta akan melalui botol lalu
dikesan oleh alat pengesan. Litar yang
disambung kepad alat pengesan kemudian
mengeluarkan botol yang tidak mempunyai air
minuman mencukupi.

Anda dikehendaki untuk mereka bentuk satu model untuk menunjukkan prinsip kerja sistem
penyemakan pengisian air di dalam botol seperti dalam Rajah dengan menggunakan bahan
berikut.

 LED
 Botol air mineral yang kosong
 Surat khabar
 Cermin

Jawapan:

KOMPONEN DALAM MODEL KOMPONEN DALAM SISTEM
LED Sumber sinar beta
Sinar cahya Sinar beta
Botol mineral dibalut dengan surat khabar Botol berisi air minuman
Cermin Pengesan sinar beta

FOKUS KBAT BAB 9
Magnetosfera Bumi ialah suatu ruang dalam angkasa yang melindungi Bumi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2. Bentuk magnetosfera Bumi dihasilkan oleh interaksi antara
medan magnet Bumi dengan angin suria. Garisan medan magnet dari planet yang lain
dalam sistem suria diwakili oleh
garisan putih manakala garisan
medan magnet Bumi diwakili oleh
garisan merah.
Anda dikehendaki mereka bentuk
model magnetosfera dengan
menggunakan bahan berikut.

 Beg plastik yang berwarna
hijau

 Benang putih
 Benang merah
 Cawan polistrena dengan

penutup cembung
 Plastisin
Lakarkan model magnetosfera tersebut mengikut kreativiti anda. Terangkan bagaimana
model itu berfungsi.

Penerangan:
– Beg plastik hijau mewakili Bow Shock
– Benang putih mewakili garisan medan magnet dari planet lain
– Benang merah mewakili garisan medan magnet Bumi
– Cawan polistirena mewakili lapisan yang melindungi, magnetosfera
– Penutup yang cembung mewakili bahagian magnetosfera yang menuju ke Matahari
– Plastisin mewakili Bumi

FOKUS KBAT BAB 10

Ahli astronomi telah berjaya menemukan tiga planet yang mengelilingi bintang TRAPPIST-1
dan sesuai untuk didiami oleh semua hidupan Bumi. Oleh sebab tiga planet itu terlalu jauh,
sebuah kapal angkasa yang khas perlu dibina untuk memindahkan hidupan Bumi ke planet
tersebut. Anda dikehendaki untuk mereka bentuk satu model kapal angkasa dengan
menggunakan bahan berikut.

 Kadbod
 Pita selofan
 Kepingan plastik hitam
 Keranjang aluminium

Jawapan

BAHAN FUNGSI
Kerajang aluminium Mengadang sinaran mengion dari angkasa lepas
Kadbod berbentuk silinder Sebagai roket
Kepingan plastik hitam Bateri suria / Sumber tenaga bagi kapal angkasa
Kadbod berbentuk kapal angkasa Sebagai kapal angkasa


Click to View FlipBook Version