The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safuan Mokhtar, 2020-05-15 20:01:21

SNT1 BTEKS BAB 4.5 DAN BAB 4.6

BTEKS BAB 4.5 DAN BAB 4.6

4.5 BPeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik

Faktor yang Mempengaruhi
Perkembangan Fetus dan Bayi

• Menghubungkaitkan kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan
fetus semasa kehamilan.

• Mewajarkan kepentingan mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus.
• Mewajarkan kebaikan penyusuan susu ibu kepada perkembangan bayi berbanding susu formula.
• Menyedari bahawa setiap makhluk yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup walaupun
dalam kandungan.

M engapakah pengambilan nutrien wanita hamil berbeza dengan wanita yang tidak

hamil? Anda telah mempelajari cara-cara fetus mendapatkan nutrien dan oksigen
daripada ibunya dalam subtopik 4.4. Wanita hamil perlu mendapatkan makanan yang
berkhasiat dan seimbang, serta menjaga kesihatannya dengan baik untuk melahirkan bayi
yang sihat. Keperluan kalori wanita hamil adalah lebih tinggi. Rajah 4.20 menunjukkan
keperluan kalori dan nutrien yang diperlukan oleh wanita hamil dalam sehari.

Karbohidrat Vitamin A
• Wanita hamil: • Wanita hamil:
11 592 kJ 900 µg
• Wanita tidak hamil: • Wanita tidak hamil:
750 µg
9 450 kJ
Ferum
Protein • Wanita hamil:
• Wanita hamil: 15 mg
85 g • Wanita tidak hamil:
• Wanita tidak hamil: 10 mg

39 g

Kalsium Vitamin C
• Wanita hamil: • Wanita hamil:

1 000 – 1 500 mg 50 mg

• Wanita tidak hamil: • Wanita tidak hamil:

400 – 500 mg 30 mg

Rajah 4.20 Keperluan kalori dan nutrien yang diperlukan oleh wanita hamil dalam sehari
Bab 4 111

Gizi wanita hamil perlu seimbang dan mengandungi lebih banyak karbohidrat,
lemak, protein, asid folik, vitamin C, kalsium, fosforus, ferum dan serat. Setiap kelas
makanan ini memainkan peranan yang penting bagi kesihatan ibu dan bayi. Rajah 4.21
menerangkan kelas makanan yang diperlukan oleh wanita hamil.

Serat Ferum Karbohidrat dan lemak
• Contoh: bijirin, • Contoh: hati, daging • Contoh: nasi, roti,
sayur-sayuran dan
merah dan ikan mentega dan keju
buah-buahan • Fungsi: pembentukan
• Fungsi: mencegah • Fungsi: membekalkan
hemoglobin sel darah
wanita hamil daripada merah untuk mencegah tenaga untuk aktiviti
mengalami sembelit wanita hamil daripada
menghidap anemia harian wanita hamil

Protein

Vitamin C Asid folik • Contoh: ayam, daging,
• Contoh: buah-buahan • Contoh: brokoli, bayam dan ikan, susu dan keju

sitrus, jambu batu, kacang tanah • Fungsi: penting untuk
kubis dan tomato pertumbuhan sel-sel
• Fungsi: menyihatkan • Fungsi: penting untuk baharu dalam fetus
kulit fetus dan wanita
hamil serta mencegah perkembangan sistem saraf

fetus yang sempurna

wanita hamil daripada Apakah kelas
penyakit gusi berdarah makanan yang
diperlukan oleh
Kalsium dan fosforus wanita hamil?
• Contoh: ikan bilis, keju

dan susu

• Fungsi: pembentukan

tulang fetus yang sihat

dan memelihara tulang

serta gigi wanita hamil

Rajah 4.21 Kelas makanan yang diperlukan oleh wanita hamil
112 Bab 4

BPeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik

Wanita hamil juga tidak harus merokok, mengambil alkohol dan dadah. Kesan
pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah bagi wanita hamil diterangkan di
dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4 Kesan yang mungkin berlaku akibat pengambilan rokok,
minuman beralkohol dan dadah terhadap wanita hamil

Bahan Kesan Ciri-ciri bayi yang
Rokok mengalami masalah
• Bayi yang dilahirkan berkemungkinan bersaiz kecil Sindrom Alkohol Fetus:
Minuman • Risiko kematian bayi semasa kelahiran • dilahirkan dengan berat
beralkohol
berkemungkinan tinggi badan yang kecil
Dadah • Bayi yang dilahirkan berkemungkinan terencat • ukuran kepala
bersaiz kecil
akal dan cacat fizikal • terencat akal
• Bayi berkemungkinan dilahirkan pramatang • rupa paras yang cacat
• Keguguran fetus mungkin berlaku Mengapakah menjalani
ujian X-ray tidak baik untuk
• Bayi berkemungkinan menghidap Sindrom wanita mengandung?
Alkohol Fetus

• Fetus berkemungkinan terencat
• Fungsi otak, sistem saraf dan jantung

berkemungkinan musnah

• Fetus berkemungkinan cacat

Kepentingan Susu Ibu
Bd smkduaaeeaymnrnkaigtbanByiaednaaanraaynsnnksiguuuhsdtbsetuaaarurniphbieybfaaanoautirrkummbmleuedeeburnrimgillethaaauka.hnbkakite.raubrkSnnakuayghmnsiaupatysiakiidabadanatunagkbamsebmnuraesbpehruamueanjpsrapdeualub.iknlnaaaggyhnaairii gigi
• Susu ibu mengandungi segala keperluan
mSmHpPmsuueeaueesnnsklbumiutganuihninifdnbnoaaguugurdnnuammambngnmuaitesbulybmauaakinas.y.pyueibuimdaindbyaoyuainsarlibiieipbbebaauranibdhytmaaiibb.nesaodenidkisjnaiedgdtyeeiadnnneeggrgnaaaghdtnadapnpaenantyG akamit.bar




foto 4.6 Susu ibu penting kepada
perkembangan bayi

Bab 4 113

Wanita hamil perlu menjaga
kesihatannya dengan baik kerana
setiap makhluk yang bernyawa
mempunyai hak untuk hidup
walaupun masih dalam kandungan.
Oleh itu, seseorang ibu haruslah
memastikan bayi yang berada di
dalam kandungan mendapat nutrien
yang mencukupi dan mengelakkan
diri daripada mengambil bahan-bahan
yang boleh memudaratkan kesihatan
ibu dan bayi.

Gambar foto 4.7 Bayi yang sihat lahir daripada
keluarga yang sihat

4.5 Abad

21 KMK

Tujuan: Menyelesaikan masalah kelahiran bayi yang tidak normal disebabkan oleh gaya
hidup ibu yang tidak sihat semasa mengandung.

Arahan
Baca situasi di bawah dengan teliti.

Seorang wanita yang sedang hamil mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
seperti merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah.

Secara berkumpulan, bincangkan
(a) risiko yang akan dihadapi oleh bayi wanita tersebut.
(b) gaya hidup sihat yang patut diamalkan oleh wanita tersebut semasa hamil.
(c) cadangan untuk mengurangkan bilangan kelahiran bayi yang tidak normal
akibat gaya hidup ibu yang tidak sihat semasa mengandung.

4.5
1. Mengapakah wanita hamil memerlukan jumlah nutrien yang lebih banyak berbanding

dengan wanita tidak hamil?
2. Mengapakah gigi dan tulang wanita hamil lebih mudah mereput berbanding dengan wanita

yang tidak hamil?
3. Bandingkan kesan penyusuan susu ibu dengan penggunaan susu formula terhadap

perkembangan bayi.

114 Bab 4

4.6 BPeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik

Kemandulan dan Pencegahan
Kehamilan

• Berkomunikasi mengenai kemandulan dan cara-cara mengatasinya.
• Membezakan kaedah pencegahan kehamilan.
• Menyedari kepentingan mengamalkan pemeriksaan kesihatan dan mendapat rawatan segera apabila

menghadapi masalah sistem pembiakan.
• Mengkritik penyalahgunaan pengetahuan tentang kaedah pencegahan kehamilan dan kesannya

kepada masyarakat.

Kemandulan

Kemandulan ialah ketidakupayaan seseorang untuk melahirkan anak. Apabila

pasangan suami isteri tidak berupaya untuk memperoleh zuriat, suami atau
isteri atau kedua-duanya mungkin mandul. Rajah 4.22 menunjukkan pelbagai punca
kemandulan lelaki dan wanita.

Bilangan Testis tidak Hormon tidak Ovari Tiub Falopio
sperma tidak menghasilkan seimbang tidak dapat tersumbat
mencukupi Organ seks menghasilkan Uterus yang
Kualiti sperma sperma cacat atau
dijangkiti ovum tidak normal
rendah Punca penyakit
kemandulan Masalah Punca
kesihatan kemandulan
lelaki
seperti kencing wanita
manis
Mati Ketumbuhan
pucuk dalam uterus

Rajah 4.22 Punca kemandulan lelaki dan wanita

Apabila pasangan suami dan isteri yang sudah berusaha untuk mendapatkan anak
lebih daripada setahun tetapi masih tidak berjaya, pasangan tersebut disarankan agar
mendapatkan rawatan daripada doktor.

Bab 4 115

Kami masih belum Anda boleh cuba kaedah
dikurniakan anak lagi. rawatan hormon,
Apakah yang dapat pembedahan atau

kami lakukan? persenyawaan in vitro.

Rajah 4.23 Senario pasangan yang mendapatkan nasihat
daripada doktor

Kaedah Mengatasi Kemandulan

1 Rawatan hormon
• Rawatan ini sesuai bagi individu yang mengalami

masalah ketidakseimbangan hormon.

2 Pembedahan Ubat hormon yang disuntik
• Pembedahan dilakukan terhadap wanita yang

mengalami masalah tiub Falopio tersumbat atau
terhadap lelaki yang mengalami masalah saluran
duktus sperma tersumbat.

3 Kaedah persenyawaan in vitro (IVF)
• Prosedur ini dijalankan untuk wanita yang
mempunyai masalah tiub Falopio tersumbat. Uterus
• Kaedah ini mengeluarkan ovum dari ovari untuk
disenyawakan oleh sperma di luar badan. Ovari Tiub
Falopio

• Embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali Pembedahan laparoskopi bagi
ke dalam uterus wanita.
masalah tiub Falopio tersumbat

Ovum dan sperma disenyawakan secara in vitro untuk membentuk zigot
Rajah 4.24 Kaedah-kaedah mengatasi kemandulan

116 Bab 4

PBeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik

Kaedah Pencegahan Kehamilan

Bagi pasangan yang ingin merancang keluarga, terdapat beberapa cara yang boleh diambil
untuk mengawal kehamilan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.25.

Pil pencegah hamil Implan
Pil pencegah hamil menghalang Penggunaan implan merembeskan
proses pengovulan. hormon yang menghalang ovari daripada
menghasilkan ovum.

Video kaedah buatan Implan Implan dimasukkan
pencegahan kehamilan pada bahagian kulit
bawah lengan
Pil pencegah hamil
Penggunaan implan
Penggunaan kondom
Kondom dipakai pada zakar lelaki sebelum Alat kontraseptif dalam uterus
persetubuhan dilakukan bagi menghalang (Intrauterine Contraceptive Device, IUCD)
sperma daripada memasuki faraj
semasa ejakulasi. Alat kontraseptif
dimasukkan ke
dalam uterus wanita
bagi mengelakkan
penempelan ovum
yang telah disenyawakan.

Kondom IUCD

Vasektomi Ligasi Tiub Falopio
dipotong dan diikat

Duktus sperma
dipotong
dan diikat

Duktus sperma yang diikat Tiub Falopio yang diikat
Memotong dan mengikat kedua-dua duktus Kedua-dua tiub Falopio dipotong dan diikat
sperma melalui pembedahan supaya tiada melalui pembedahan supaya ovum tidak
sperma yang dipancutkan semasa ejakulasi. disenyawakan oleh sperma.

Rajah 4.25 Kaedah pencegahan kehamilan

Bab 4 117

Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan dan Rawatan Segera
apabila Menghadapi Masalah Sistem Pembiakan

Individu digalakkan untuk Mengapakah
melakukan pemeriksaan pemeriksaan kesihatan
kesihatan sekurang-kurangnya
sekali dalam setahun bermula itu penting?

pada usia 40 tahun. • Pemeriksaan kesihatan atau ujian saringan
dijalankan sebagai penilaian untuk mengesan
simptom awal penyakit kronik pada

sistem pembiakan.

• Kanser yang melibatkan sistem
pembiakan seperti kanser rahim, kanser
serviks dan kanser prostat masih boleh
dirawat jika dapat dikesan lebih awal.

Gambar foto 4.8 Pemeriksaan kesihatan • Amalan pemeriksaan kesihatan dapat
mengurangkan risiko masalah kesihatan
yang memerlukan kos rawatan yang
tinggi. Oleh itu, wang dapat dijimatkan
untuk kegunaan jangka masa panjang.

• Kaedah pencegahan kehamilan yang betul dan
selamat dapat difahami dengan mendapatkan
nasihat dan penerangan daripada doktor semasa
melakukan pemeriksaan kesihatan.

4.6 Abad

21 KMK

Tujuan: Berdebat tentang penyalahgunaan pengetahuan kaedah pencegahan kehamilan
dan kesannya kepada masyarakat

Arahan
1. Anjurkan pertandingan debat secara berkumpulan antara barisan pencadang dengan

barisan pembangkang bagi tajuk perdebatan di bawah.

“Perlukah kawalan kehamilan dibenarkan di negara kita?”

2. Cari maklumat berkaitan dengan tajuk tersebut menggunakan bahan rujukan seperti
majalah, risalah dan juga Internet untuk menyediakan isi perdebatan.

3. Pilih salah seorang daripada ahli kumpulan anda sebagai wakil.
4. Selepas perdebatan, buat satu ringkasan mengenai isi-isi utama yang telah dikemukakan.

118 Bab 4

PBeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik

4.6
1. Senaraikan empat punca kemandulan lelaki dan perempuan.
2. Apakah kaedah yang dapat digunakan untuk membantu pasangan suami isteri

mendapatkan zuriat jika
(a) suami tidak subur?
(b) tiub Falopio isteri tersumbat?
3. Terangkan cara-cara pencegahan kehamilan vasektomi dan ligasi.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tabung uji?
5. Nyatakan dua kepentingan individu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
6. Menggugurkan kandungan tidak seharusnya dijadikan sebagai cara untuk mengawal

kelahiran. Berikan pendapat anda.

4.7 Pembiakan Tumbuhan

• Berkomunikasi mengenai struktur dan fungsi setiap bahagian bunga.
• Mewajarkan proses pendebungaan.
• Memerihalkan proses persenyawaan dan menerangkan pembentukan biji benih dan buah
pada tumbuhan.
• Memerihalkan proses percambahan biji benih.
• Menyelesaikan masalah apabila percambahan tidak berlaku.

S eperti benda hidup lain, tumbuhan juga perlu membiak bagi memastikan

kelangsungan spesiesnya. Semua benda hidup akan melalui pertumbuhan dan
akhirnya mati. Mereka perlu digantikan dengan organisma yang baharu.

Saya berbuah untuk
mengelakkan keturunan

saya pupus.

Kalau saya tidak
berbuah, habislah
keturunan saya nanti.

Bab 4 119


Click to View FlipBook Version