The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safuan Mokhtar, 2021-03-24 19:56:12

Nota 4.2 Imunisasi

Nota 4.2 Imunisasi

Kepentingan Imunisasi

• Imunisasi – suatu usaha untuk memberikan daya tahan secara
aktif pada bayi, kanak-kanak dan dewasa terhadap penyakit
tertentu dengan memasukkan vaksin.

• Vaksin

• Mengandungi antigen yang diperoleh dari sebahagian atau
keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dilemahkan
atau dimatikan.

• Antigen merangsang sistem imun tubuh, membentuk keimunan
terhadap jangkitan penyakit tertentu.

• Bayi perlu disuntik dengan beberapa jenis vaksin yang berbeza.

Rancangan pemvaksinan di Malaysia

Keimunan

Keimunan Aktif Keimunan Pasif

Badan menghasilkan Badan memperoleh
antibodi sendiri apabila antibodi daripada sumber
dirangsang oleh antigen. luar.

Semula Buatan Semula Buatan
jadi jadi

Keimunan Aktif

• Badan menghasilkan antibodi sendiri apabila dirangsang oleh
antigen.

Semula jadi Graf keimunan aktif semula jadi

• Terhasil apabila
seseorang sembuh
daripada serangan
penyakit.

• Keimunan
berpanjangan
selepas jangkitan.

Keimunan Aktif

• Badan menghasilkan antibodi sendiri apabila dirangsang oleh
antigen.

Buatan Graf keimunan aktif buatan

• Terhasil apabila vaksin
yang mengandungi
patogen yang mati atau
lemah dimasukkan ke
dalam badan.

• Sistem keimunan
bergerak balas dengan
menghasilkan antibodi.

• Keimunan
berpanjangan.

Keimunan Pasif

• Badan memperoleh antibodi daripada sumber luar.

Semula jadi Graf keimunan pasif semula jadi

• Terhasil apabila anak
mendapat antibodi
daripada susu ibu atau
darah ibu yang merentasi
dinding plasenta.

• Keimunan adalah
sementara dan singkat
kepada bayi iaitu dalam
tempoh beberapa bulan
pertama selepas
dilahirkan.

Keimunan Pasif

• Badan memperoleh antibodi daripada sumber luar.

Buatan Graf keimunan pasif buatan

• Terhasil apabila antiserum disuntik
ke dalam badan pesakit.

• Antiserum akan melawan patogen
penyakit tersebut tanpa
mengganggu sistem keimunan
pesakit.

• Antiserum ialah darah cecair jernih
yang mengandungi antibodi untuk
mencegah penyakit.

• Keimunan adalah segera dan
sementara.

Keimunan Aktif Buatan Perbezaan Keimunan Pasif Buatan

Vaksin Bahan yang disuntik Antibodi

Patogen yang mati atau Kandungan bahan yang Antiserum
dilemahkan disuntik

Merangsang sel darah Fungsi bahan yang Membunuh patogen
putih menghasilkan
antibodi disuntik dalam badan

Orang yang sihat Orang yang diberi Orang yang sedang
keimunan ini menghidapi penyakit

Lambat Tempoh memperoleh Cepat
keimunan

Tahan lama Ketahanan Keimunan Sementara

Punca sistem keimunan menjadi lemah

Terdedah kepada Terdedah kepada
pencemaran udara pestisid

Punca sistem keimunan menjadi lemah

Mengalami tekanan Pengambilan gula secara
perasaan berlebihan

Amalan yang menguatkan sistem keimunan

Mendapat rehat dan tidur Beriadah dan menghirup
yang mencukupi udara segar

Amalan yang menguatkan sistem keimunan

Tidak merokok dan tidak Melakukan pemeriksaan
terdedah kepada asap kesihatan secara berkala
rokok

Jumpa
lagi…


Click to View FlipBook Version