The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safuan Mokhtar, 2021-04-21 19:08:55

SNT2 NOTA BAB 9 HABA V1

SNT2 NOTA BAB 9 HABA V1

BAB 9 HABA

Sains Tingkatan 2 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Binti Khalid

Smk Ulu Tiram

9.1 HUBUNGKAIT SUHU
DAN HABA

HABA

• Haba ialah satu
bentuk tenaga
yang dipindahkan
dari satu objek ke
satu objek yang
lain disebabkan
perbezaan suhu
diantara objek-
objek itu

PERBEZAAN ANTARA HABA DAN SUHU

9.2 PENGALIRAN HABA DAN
KESEIMBANGAN TERMA

PENGALIRAN HABA DAN KESEIMBANGAN
TERMA

• Haba mengalir dari suatu objek yang panas ke objek
yang sejuk

• Haba mengalir dari kawasan yang bersuhu tinggi ke
kawasan yang bersuhu rendah

• Suhu meningkat dalam persekitaran yang panas dan
menurun dalam persekitaran yang sejuk

• Cara pengaliran haba
o KONDUKSI
o PEROLAKAN
o SINARAN

KONDUKSI

• Ialah pengaliran haba daripada tempat yang
bersuhu tinggi ke tempat yang bersuhu rendah
melalui medium PEPEJAL

• Apabila suatu objek dipanaskan, zarah-zarah
dalam objek tersebut menerima tenaga haba
dan menyebabkannya bergetar dengan lebih
kuat.

• Zarah-zarah itu kemudiannya berlanggar antara
satu sama lain dan memindahkan tenaga haba
kepada zarah -zarah di sebelah

• Oleh itu, haba mengalir dari bahagian yang
panas ke bahagian yang lebih sejuk

PEROLAKAN

• Ialah pengaliran haba melalui pergerakan
bendalir (cecair atau gas) dari kawasan panas
ke kawasan yang lebih sejuk

• Bendalir yang dipanaskan akan menjadi
panas, mengembang dan kurang tumpat

• Bendalir panas yang kurang tumpat ini akan
bergerak ke atas manakala bendalir yang
lebih sejuk dan tumpat akan tenggelam dan
bergerak ke bawah menggantikan bendalir
yang kurang tumpat

• Peredaran bendalir yang disebabkan oleh
ketumpatan berbeza ini dipanggil arus
PEROLAKAN

SINARAN

• Adalah pengaliran haba
yang bergerak melalui
vakum atau ruang kosong
(tanpa sebarang medium)

• Contohnya haba dapat
mengalir daripada matahari
melalui sinaran

KADAR PENGALIRAN HABA

• LUAS PERMUKAAN
o Luas permukaan yang besar membebaskan

atau menyerap haba pada kadar yang paling
cepat daripada permukaan yang kecil
• SUHU
o Permukaan yang lebih panas membebaskan
atau menyerap sinaran haba pada kadar yang
lebih cepat daripada permukaan sejuk
• JENIS PERMUKAAN- permukaan kasar dan
kusam membebaskan atau menyerap sinaran
haba pada kadar yang lebih cepat daripada
permukaan yang licin dan berkilat

PEMANASAN BUMI OLEH
MATAHARI

• Tenaga haba dari matahari
dipindahkan ke Bumi
melalui sinaran matahari

• Sebahagian cahaya dari
matahari dikembalikan ke
angkasa lepas dan
sebahagian lagi diserap oleh
Bumi

BAYU LAUT

• Pada waktu siang, matahari
memanaskan darat lebih cepat
daripada laut

• Udara di darat yang panas,
mengembang dan kurang tumpat akan
naik ke atas kerana lebih ringan

• Udara sejuk yang lebih tumpat
bergerak dari dari permukaan laut
untuk menggantikan udara panas dan
menghasilkan bayu laut

BAYU DARAT

• Pada waktu malam, udara darat lebih
cepat sejuk daripada laut.

• Udara di permukaan laut yang lebih panas
naik ke atas kerana kurang tumpat

• Udara sejuk yang lebih tumpat dari darat
bergerak ke laut untuk menggantikan dan
menghasilkan bayu darat

• Kedua-dua bayu darat dan bayu laut
adalah aplikasi konsep perolakan haba

KONDUKTOR HABA

• Bahan yang boleh mengalirkan
haba dengan mudah

• Konduktor yang bagus adalah cepat
panas dan cepat sejuk

• Konduktor haba biasanya bahan
logam

• Tapak dan badan diperbuat
daripada bahan logam yang
mengalirkan haba untuk memasak
dan menggosok pakaian

PENEBAT HABA

• Bahan yang menghalang pengaliran
haba

• Penebat haba mengura kadar
kehilangan haba

• Penebat haba biasanya bahan bukan
logam

• Pemegang diperbuat dari bahan bukan
logam untuk menghalang haba
daripada mengalir ke tangan

KESEIMBANGAN TERMA

• Sentuhan terma ialah dua objek
yang bersentuhan untuk
memindahkan haba

• Keseimbangan terma antara dua
objek tercapai apabila tiada
haba bersih dipindahkan
diantara objek itu dan kedua-
duanya mempunyai suhu yang
sama

9.3 PRINSIP PENGEMBANGAN
DAN PENGECUTAN JIRIM

Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim

• Jirim menyerap haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan haba
apabila disejukkan

• Apabila zarah-zarah Jirim dipanaskan, zarah-zarah menerima tenaga
haba untuk menukarkannya menjadi tenaga kinetik

• Tenaga kinetik menyebabkan zarah bergetar dengan cepat dan jarak
diantara zarah bertambah

• Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu
sama lain.dengan sebab itu, saiz dan isipadu Jirim meningkat dan
pengembangan Jirim berlaku

• Apabila disejukkan, getaran dan kelajuan zarah berkurang. Zarah-zarah
mendekati antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan saiz dan isipadu
Jirim juga turut berkurang dan pengecutan jirim berlaku.

KEGUNAAN PENGEMBANGAN DAN
PENGECUTAN JIRIM DALAM
KEHIDUPAN HARIAN

• TERMOMETER
oMerkuri di dalam termometer

adalah konduktor haba yang
mengembang apabila dipanaskan
dan mengecut apabila sejuk.
oOleh itu, merkuri dalam tiub
kapilari termometer naik dan turun
mengikut perubahan suhu

KEGUNAAN PENGEMBANGAN DAN
PENGECUTAN JIRIM DALAM KEHIDUPAN

HARIAN

• LANDASAN KERETA API
oRuang kecil pada landasan kereta

api adalah untuk membolehkan
landasan kereta api mengembang
ketika cuaca panas.
oHal ini dapat mengelakkan
landasan kereta api daripada
menjadi bengkok

KEGUNAAN PENGEMBANGAN DAN
PENGECUTAN JIRIM DALAM KEHIDUPAN

HARIAN

• JAMBATAN KELULI
oJambatan keluli mempunyai penggolek

pada hujung untuk membolehkannya
mengembang dan mengecut dengan
mudah
oHal ini adalah untuk mengelakkan
jambatan itu bengkok ketika cuaca
panas
oPenggolek membolehkan Pengembangan
dan pengecutan jambatan tanpa
memecahkan tembok jambatannya

KEGUNAAN PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN
JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN

• JALUR DWILOGAM
oJalur dwilogam diperbuat daripada dua

jenis logam yang berbeza dan dipasang di
dalam alat penggera kebakaran
oDalam keadaan panas, jalur dwilogam akan
mengembang dan membengkok ke arah
skru untuk melengkapkan litar elektrik
oApabila litar elektrik lengkap, arus elektrik
mengalir dan membunyikan penggera

9.4 HUBUNG KAIT JENIS PERMUKAAN
OBJEK DENGAN PENYERAPAN DAN
PEMBEBASAN HABA

HUBUNG KAIT JENIS PERMUKAAN OBJEK DENGAN
PENYERAPAN DAN PEMBEBASAN HABA

• Keupayaan sesuatu objek untuk menyerap
dan membebaskan haba bergantung
kepada JENIS dan WARNA PERMUKAAN

• Warna PUTIH adalah PEMANTUL haba yang
baik. Anda akan berasa selesa memakai
Baju berwarna putih ketika cuaca panas
kerana ia memantulkan haba daripada
sinaran matahari

• Warna HITAM ialah PENYERAP haba yang
baik. Permukaan panel solar berwarna
hitam supaya dapat menyerap haba
dengan baik dan membekalkan tenaga
yang maksimum

• PEMERHATIAN
o Kenaikan suhu radas Y lebih tinggi daripada radas X.
o Warna hitam menyerap haba lebih baik daripada warna putih

• PEMERHATIAN
o Kenaikan suhu radas X lebih tinggi daripada radas Y
o Warna putih membebaskan haba lebih baik daripada warna hitam

KONSEP HABA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

• KONSEP RUMAH HIJAU adalah
satu rekaan idea untuk
memelihara alam sekitar dan
mengurangkan kesan
terhadap alam sekitar serta
manusia akibat pembangunan
yang tidak terancang

CIRI CIRI BANGUNAN HIJAU

• Mempunyai sistem pengaliran air,
peredaran udara dan
pencahayaan yang baik

• Penggunaan bahan-bahan kitar
semula

• Mempunyai kecekapan tenaga
yang tinggi melalui penggunaan
tenaga solar atau penggunaan
tenaga boleh diperbaharui

Rujukan :
Buku focus
visual Pelangi


Click to View FlipBook Version