The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safuan Mokhtar, 2021-09-20 10:35:31

CONTOH PBL2 RUMOH HIJO SNT2

CONTOH PBL2 RUMOH HIJO SNT2

RUMAH KEDIAMAN HIJAU

REKA BENTUK RUMAH RUMAH KEDIAMAN HIJAU
UNTUK MENGURANGKAN PENGGUNAAN TENAGA

Project-Based Learning Sains Tingkatan 2
Tingkatan: 2 Siddiq
Nama Kumpulan: Kumpulan 1/2/3/4/5/6
Nama Ahli Kumpulan:

1. Nama 1
2. Nama 2
3. Nama 3

PEMBELAJARAN
BERASAKAN PROJEK
TEMA : 3 (TENAG
A DAN KELESTARIAN

HIDUP)
Bidang Pembelajaran : 9.0 HABA
Standard Kandungan : 9.4 Hubung Kait
Jenis Permukaan Objek dengan
Penyerapan dan Pembebasan Haba

Standard
Pembelajaran:

9.4.1Menunjukcara bagaimana objek yang gelap dan kusam
menyerap haba lebih baik daripada objek putih daberkilat.
9.4.2Menunjukcara bagaimana objek yang gelap dan kusam
membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan
berkilat
9.4.3 Mengkonsepsikan dan mereka bentuk mengunakan
konsep haba dalam kehidupan harian.

mukasurat 1

PENGENALAN:

Konsep bangunan hijau merupakan bangunan yang
bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi
bermula dari lakaran pembinaan, operasi, selenggara
sehingga peringkat pengubahsuaian. . Bangunan hijau
memberi tumpuan terhadap beberapa aspek berikut
1. Kecekapan tenaga yang tinggi (energy efficient) – dapat
dilakukan melalui penggunaan tenaga solar atau
penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (renewable
energy)
2. Persekitaran dalaman berkualiti – melihat kepada kualiti
udara, pencahayaan, visual dan keselesaan di dalam
bangunan berkenaan.
3. Sumber penggunaan bahan - melihat kepada jenis
material yang digunakan, di mana menggalakkan
penggunaan bahan-bahan kitar semula
4. Penggunaan air yang efisien – menggalakkan
penggunaan semula air (water recyling) dalam sistem
bangunan

OBJEKTIF:

1.Mengetahui konsep bangunan hijau
2.Merekacipta model rumah kediaman
hijau yang menjimatkan tenaga elektrik
dan tidak berasa panas pada waktu
siang dan tidak terlalu sejuk pada waktu
malam

mukasurat 2

PERNYATAAN MASALAH:

model1.Bagaimanakah untuk membina
rumah kediaman hijau yang mempunyai ciri-

ciri seperti rumah tidak berasa panas pada
waktu siang, rumah tidak berasa terlalu sejuk
pada waktu malam dan sangat menjimatkan
tenaga elektrik?

OBJEKTIF:

1.Mengetahui konsep bangunan hijau
2.Merekacipta model rumah kediaman
hijau yang menjimatkan tenaga elektrik
dan tidak berasa panas pada waktu
siang dan tidak terlalu sejuk pada waktu
malam

mukasurat 3

APLIKASI KONSEP SAINS:

Rekabentuk rumah ini adalah berdasarkan
pengetahuan yang telah dipelajari dalam tajuk
9.0 HABA seperti berikut:

a) Pengaliran haba melalui konduksi, perolakan
dan sinaran
b) Penebat haba, iaitu bahan yang boleh

menghalang pengaliran haba

c) Jenis permukaan seperti berkilat, pudar,

cerah dan kebolehan dalam penyerapan dan
pembebasan haba.

REKABENTUK RUMAH:

1.Rekabentuk rumah yang dicadangkan
akan membincangkan aspek bahan
binaan rumah yang diperbuat daripada
bahan penebat haba dan jenis

permukaan yang boleh mengurangkan
penyerapan dan pembebasan haba di
Malaysia.

2.Bahan penebat digunakan pada
bahagian atap, tingkap, dinding, pintu
dan lantai.

mukasurat 4

1) AtaP:

Bahan atap: diperbuat daripada
komposit buluh, iaitu buluh yang telah
diperkuatkan dengan resin (gam).
Kelebihan: Konduktor haba yang lemah,
atap tidak mudah menjadi panas

Kertas aluminium dilapik di bahagian
bawah atap buluh untuk memantulkan
haba secara sinaran.

cerah danIni kerana permukaan yang
berkilat merupakan penyerap dan
pembebas haba yang tidak baik.

mukasurat 5

2) tingkap:

Bahan tingkap: diperbuat daripada
bahan lutsinar supaya rumah sentiasa
cerah pada waktu siang tanpa perlu
memasang lampu.
Bilangan tingkap yang banyak
Kelebihan: Kawasan dalaman
rumah/bilik mendapat cukup cahaya
pada waktu siang tanpa perlu
memasang lampu. Ini akan menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik
Ciri tingkap: Tingkap lutsinar ini boleh
diisi dengan air kerana air ialah penebat
haba yang sangat baik kerana lambat
menjadi panas di bawah cahaya
matahari.

Idea tingkap rumah berisi air ini telah
diilhamkan oleh arkitek rakyat Hungary
bernama Matyas Guthai
Ciri unik air: Muatan haba tentu air ialah
4200J/kg/°C , ini bermaksud tenaga haba
sebanyak 4200J diperlukan untuk
meningkatkan suhu 1 kg air sebanyak 1 °C
Air ialah bahan semulajadi dengan nilai
muatan haba tentu paling tinggi berbanding
dengan bahan lain dan harganya murah.

mukasurat 6

3) dinding:

Bahan dinding: diperbuat daripada
papan kayu
Kelebihan: Papan kayu ialah penebat
haba yang baik lebih baik berbanding
simen konkrit (sila rujuk jadual di bawah)

muatan-Merujuk kepada jadual di atas,
haba tentu kayu ialah 1200

-Ini bermakna tenaga haba sebanyak 1200 J
diperlukan untuk menaikkan suhu papan kayu
itu sebanyak 1 darjah Celcius.
-Ini menjadikan kayu sebagai bahan penebat
haba yang lambat menjadi panas dan sangat
sesuai dibuat dinding rumah
-Kayu juga ialah bahan yang kukuh dan kuat

mukasurat 7

4) lantai:

Bahan lantai: diperbuat daripada simen
konkrit, kemudian dialas dengan papan
kayu
Ciri-ciri: Kayu dan konkrit ialah bahan
penebat haba yang lambat menjadi
panas apabila menyerap haba
-Daripada jadual di atas, muatan haba
tentu bagi konkrit dan kayu ialah 1000
dan 1200, masing-masing.
-Pada waktu malam, suhu lantai tidaklah
terlalu rendah (sejuk) kerana telah dialas
dengan papan kayu.
-Lantai kayu lebih selesa bila dipijak

mukasurat 8

5) pintu:

Bahan pintu: Kayu jati atau kayu merbau

Ciri-ciri: Kayu jati dan kayu merbau ialah
bahan penebat haba yang lambat menjadi
panas apabila terdedah kepada panas
cahaya matahari
Kelebihan: Sangat kuat dan tahan
daripada serangan anai-anai dan tidak
mudah mereput.

-Pintu besi atau pintu aluminium tidak
sesuai dijadikan pintu rumah walaupun
kukuh
-Ini kerana besi dan aluminium ialah
pengalir haba yang baik
-Pada waktu siang, pintu logam akan
menyerap haba dari cahaya matahari
-Haba dari pintu dipindahkan ke dalam
rumah melalui sinaran dan konduksi.

mukasurat 9

6) warna rumah putih

-Warna cerah dan lembut adalah
pemantul haba yang baik
-Konsep pantulan haba menjadikan rumah
lebih sejuk

7) Mempunyai lubang udara:

-Udara sejuk yang lebih tumpat masuk
melalui pintu atau tingkap
-Udara panas yang kurang tumpat
keluar melalui lubang udara di bahagian
atas rumah
-Konsep perolakan udara menjadikan
rumah lebih sejuk

mukasurat 10

8) Penjana tenaga solar

-Panel solar menukarkan cahaya matahari
kepada tenaga elektrik pada waktu siang
-Tenaga elektrik disimpan/dicas ke dalam
bateri
Kincir angin
-Kincir angin menghasilkan tenaga elektrik
menggunakan angin yang memusingkan
turbin/kipas.

9) Menanam pokok di sekeliling
rumah
:

-Karbon dioksida berlebihan di atmosfera
menyebabkan masalah pemanasan global .
-Tumbuhan hijau membebaskan oksigen dan
menyerap karbon dioksida.
-Karbon dioksida berlebihan di atmosfera
dapat dikurangkan melalui fotosintesis
-Dapat mengatasi masalah pemanasan
global

mukasurat 11

10) Saliran air hujan ke
tangki simpanan
-Air simpanan boleh digunakan untuk
membasuh kereta dan menyiram pokok.
-Penggunaan air dapat dikurangkan

11) Penggunaan dinding kaca:

-Penggunaan dinding kaca memaksimumkan
pencahayaan waktu siang.
-Pencahayaan ini mengurangkan
penggunaan lampu pada waktu siang.
-Tenaga elektrik dapat dijimatkan

mukasurat 12

12) Penggunaan alat elektrik
yang berlabel cekap tenaga

-Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
-Penilaian jimat tenaga 1-5 bintang
-Alat berlabel 5 bintang paling jimat
tenaga
-Contoh alat yang mempunyai Pelabelan
Kecekapan Tenaga: Peti sejuk, penyaman
udara
-Rujukan:
https://cetree.usm.my/index.php/en/beri
ta-cetree/91-pelabelan-kecekapan-
tenaga-sistem-kadaran-bintang-dan-label

mukasurat 13

rumusan/kesimpulan:

1.Pemahaman yang mendalam tentang
konsep rekabentuk rumah kediaman hijau
penting bagi saya agar berlaku
penjimatan tenaga elektrik dan
penjimatan sumber air.
2.Selain menjimatkan tenaga, rumah
kediaman hijau juga boleh mengurangkan
masalah pencemaran udara yang
disebabkan oleh stesen-stesen janakuasa
yang menggunakan bahan api fosil
seperti diesel dan arang batu.

mukasurat 14

rujukan:

https://edition.cnn.com/2015/04/08
/tech/water-house-matyas-gutai/
https://www.yourhome.gov.au/passiv
e-design/passive-solar-heating
https://cdn.shopify.com/s/files/1/02
52/0216/3765/files/EnviroShop_Hom
e_Efficiency.pdf?v=1586572569
https://www.greenspec.co.uk/buildin
g-design/thermal-mass/
https://www.engineeringtoolbox.com
/specific-heat-capacity-d_391.html
Couple Builds Energy Efficient Passive
Solar Home - Green Building
https://www.youtube.com/watch?
v=Bx0aDeru_Xw
https://www.yourhome.gov.au/passiv
e-design/passive-cooling



mukasurat 15


Click to View FlipBook Version