BAB 6
ELEKTRIK DAN KEMAGNETAN
6.4 PENGIRAAN KOS PENGGUNAAN ELEKTRIK
Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga ialah peratus tenaga input yang dibekalkan diubah kepada bentuk tenaga output yang
berfaedah.
Kecekapan tenaga = ℎ x 100%
Rumus Jumlah Arus yang Melalui Peralatan Elektrik
Kuasa elektrik P, ialah kadar tenaga elektrik yang digunakan. Unit S.I bagi kuasa ialah watt (W) dan masa
ialah saat (s). Kuasa 1 watt (W) bermaksud 1 Joule (J) tenaga elektrik dalam masa 1 saat.
Kuasa elektrik P, (W) = Tenaga elektrik yang digunakan E, (J)
Masa yang di ambil t, (s)
Unit: Watt (W)
1 kilowatt = 1000 W
Arus elektrik, I ditakrifkan sebagai kadar pengaliran cas elektrik, Q, melalui suatu konduktor. Unit S.I bagi arus
elektrik ialah ampere (A) dan cas elektrik ialah coulomb (C).
Arus elektrik, I (A) = Cas elektrik, Q, (C) (s)
Masa yang di ambil t,
Voltan V, pada suatu konduktor ditakrifkan sebagai tenaga elektrik, E, yang digunakan untuk menggerakan
seunit cas elektrik, Q, melalui konduktor tersebut. Unit S.I bagi voltan ialah volt (V).
Voltan V, (V) = Tenaga elektrik yang digunakan E, (J)
Cas elektrik, Q, (C)
Contoh:
1. Sebuah alat elektrik bertanda 150W dan dibekalkan dengan voltan 250 V. Hitung arus elektrik yang mengalir
menerusi alat itu.
Arus I, (A) = kuasa (W) = 150 = 0.6 A
voltan (V) 250
2. Sebuah pengering rambut mempunyai label 2.5 kW, 240 V. Hitungkan kuantiti yang berikut.
a) Arus yang mengalir melalui pengerig rambut.
Dengan menggunakan rumus P= VI
I =
2.5
= 240
= 10.42 A.
b) Tenaga elektrik yang digunakan jika pengering rambut disambung pada bekalan 240V selam a15 minit
dalam unit yang berikut: ii) kWj
i. J P =
P =
E = Pt
E = Pt = 2.5 kW x 15 min
= 2.5 kW x 15 min = 2.5 kW x 0.25 j
= 2500W x 900s = 0.625 kWj
= 2250000 J
Penggunaan Tenaga Elektrik dalam Peralatan Elektrik
1. Unit yang lazim digunakan untuk tenaga elektrik ialah kilowatt-jam (kWj).
2. 1 kilowatt-jam ialah tenaga elektrik yang digunakan pada kadar 1kilowatt atau 1000 watt dalam masa 1
jam.
Tenaga elektrik yang digunakan (kWj) = Kuasa (kW) x Masa (j)
Contoh:
Sebuah alat elektrik yang mempunyai kuasa 1 kW (1000W) digunakan selama 5 jam. Hitung tenaga elektrik
yang digunakan.
Tenaga elekrik (kWj) = Kuasa (kW) x masa (j)
=1x5
= 5 kWj
3. Satu unit tenaga elektrik bermakna satu kilowatt-jam (kWj) tenaga elektrik.
1 kWj = 1unit tenaga
3. Kos penggunaan tenaga elektrik lazimnya ditentukan dengan menggunakan rumus berikut:
Kos penggunaan tenaga elektrik = bilangan unit x kos penggunaan per unit
Contoh:
Sebiji lampu 60 W menyala selama 3jam pada keadaan normal. Hitung tenaga elektrik yang digunakan oleh
lampu itu? Seterusnya kira kos tenaga elektrik yan digunakan untuk menyalakan lampu itu jika kadar bagi
setiap unit ialah 14sen.
Tenaga elektrik yang digunakan (kWj) = kuasa elektrik (kW) x masa (j)
= 80 W x 3j
= 80 3
1000
= 0.24 kWj
= 0.24 unit
Kos tenaga yang digunakan = 0.24 unit x 14 sen = 3.36sen
Kaedah Penjimatan Penggunaan Tenaga Elektrik
1. Selain dari penjimatan penggunaan tenaga elektrik melalui penggunaan peralatan
elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga yan tinggi, ciri bangunan hijau yang
menggunakan konsep penjimatan kos penggunaan tenaga termasuklah tenaga elektrik
yang digunakan.
Pemasangan panel suria Reka bentuk bangunan yang
sebagai sumber tenaga memaksimakan
boleh baharubagi pencahayaan semula jadi
menggantikan sumber yang untuk mengurangkan kos
tidak boleh baharu untuk penggunaan elektrik bagi
menjana tenaga elektrik tujuan pencahayaan.
yang digunakan dalam
bangunan hijau.
Bangunan yang mempunyai
sistem pengudaraan yang
cekap bagi mengurangkan
penggunaan alat penghawa
dingin dan kipas
CIRI-CIRI
BANGUNAN
HIJAU
JIMATKAN TENAGA... -END-
ummu amalin JUN 19