BAB 12 SISTEM SURIA
Perbandingan Jarak Planet dalam Sistem Suria dari Matahari
Unit Astronomi (A.U.) Tahun Cahaya (ly)
Jarak purata di antara Bumi dengan Jarak yang ditempuh cahaya dalam masa
Matahari, iaitu kira-kira 93 juta batu setahun.
atau 150 juta kilometer. Cahaya bergerak pada halaju 300 000 km
1 A.U. = 1.5 × 108 km
setiap saat.
Maka, cahaya boleh bergerak sejauh 9.5 ×
1012 kilometer dalam setahun.
1 tahun cahaya = 9.5 × 1012 km
Pertukaran Unit antara A.U., Tahun Cahaya dan Kilometer
Untuk pertukaran antara unit astronomi Untuk pertukaran antara tahun cahaya (ly)
(A.U.) dengan km: dengan km:
Jarak dalam A.U. = Jarak dalam km Jarak dalam ly = Jarak dalam km
1.5 x 108 km 9.5 x 1012 km
Contoh 1:
Tentukan jarak Bumi dari Matahari dalam A.U. dan ly.
Jarak Bumi dari Matahari dalam km = 1.5 x 108 km
Penyelesaian: Penyelesaian:
Jarak Bumi dari Matahari dalam A.U. Jarak Bumi dari Matahari dalam ly
= 1.5 x 108 km = 1.5 x 108 km
= 1.5 x 108 km = 9.5 x 1012 km
= 1.0 A.U. = 1.58 x 10–5 ly
Contoh 2:
Zuhal merupakan planet keenam dalam sistem suria yang berada pada jarak 1.43 x 109 km dari
Matahari.
(a) kirakan jaraknya dalam A.U. (Astronomy Unit)
(b) kirakan jaraknya dalam ly. (Light Year /Tahun Cahaya)
Penyelesaian: Penyelesaian:
(a) kirakan jaraknya dalam A.U. (b) kirakan jaraknya dalam ly.
Jarak dalam A.U. = 1.43 x 109 km Jarak dalam ly = 1.43 x 109 km
1.5 x 108 km 9.5 x 1012 km
= 9.5 A.U. = 1.51 x 10–4 ly
Ciri-Ciri Umum Planet-Planet Dalam Sistem Suria
Planet Planet Utarid Planet Zuhrah Planet Bumi Planet Marikh
Ciri
Jarak dari 57.9 108.2 149.6 227.9
Matahari
( juta km)
Jisim relatif 0.055 0.815 1 0.107
(× Bumi) 4 879 12 104 12 756
Diameter 6 794
(km) 5.4 5.2 5.5
3.7 8.87 9.8 3.9
Ketumpatan 167 457 14
(g cm–3) 3.71
88 hari 224.7 hari 365 hari
Tarikan graviti –55
(m s–2) 59 hari 243 hari 24 jam
687 hari
Purata suhu 10.89 6.52 1 674.4
permukaan (°C) 0 25 jam
Masa mengelilingi 01
Tiada atmosfera 868.2
Matahari 96.5% karbon 78% nitrogen;
(waktu di Bumi) Tidak berwarna, dioksida; 21% oksigen; 2
Masa membuat terdapat kawah 0.97% gas nadir 96% karbon
3.4% nitrogen; dan bahan-bahan
satu putaran diliputi oleh 0.1% argon, lain; 0.03% dioksida;
lengkap pada habuk helium, neon, karbon dioksida 1.9% nitrogen;
paksi (waktu di
halus, terdapat sulfur dioksida, Lebih daripada 1.9% argon;
Bumi) dataran, gunung wap air 71% 0.2% oksigen,
Halaju putaran
pada paksi (km/j) dan lembah Berwarna jingga, permukaannya karbon
Bilangan satelit berpasir dan ialah air dan 29% monoksida
semula jadi/bulan berbatu, Berwarna
terdapat daratan kemerahan,
Kandungan utama (dataran- berpasir dan
atmosfera planet dataran- dataran dataran, unung berbatu,
besar, gunung dan gunung terdapat
Keadaan dataran-dataran
permukaan planet berapi dan kawah berapi) besar, gunung
yang luas berapi dan kawah
yang luas
Ciri-Ciri Umum Planet-Planet Dalam Sistem Suria
Planet Musytari Zuhal Uranus Neptun
Ciri
Jarak dari 778.3 1 429 2 871 4 504
Matahari
( juta km) 317.8 95.159 14.536 17.147
Jisim relatif 51 118 49 528
(× Bumi) 142 984 120 536 1.27
Diameter 8.69 1.6
1.3 0.7 –214 11.15
(km) 84 tahun –225
Ketumpatan 24.79 10.44 164.8 tahun
17 jam
(g cm–3) –153 –185 16 jam
Tarikan graviti 9 320
11.9 tahun 29.5 tahun 9 660
(m s–2) 27
Purata suhu 10 jam 11 jam 14
permukaan (°C) 83.3% hidrogen;
Masa mengelilingi 45 300 35 500 15.5% helium; 80% hidrogen;
2.4% metana 19% helium;
Matahari 67 62 Tidak 0.1% metana,
(waktu di Bumi) mempunyai etana
Masa membuat 89.6% hidrogen; 96% hidrogen; Tidak
10.1% helium; 3% helium; permukaan yang mempunyai
satu putaran 0.3% metana, keras.
lengkap pada ammonia, 0.4% metana, permukaan yang
paksi (waktu di etana, air ammonia, Hanya dilitupi keras.
Tidak etana, air oleh gas.
Bumi) mempunyai Tidak Hanya dilitupi
Halaju putaran mempunyai oleh gas.
pada paksi (km/j) permukaan yang
Bilangan satelit keras. permukaan yang
semula jadi atau keras.
Hanya dilitupi
bulan oleh gas. Hanya dilitupi
oleh gas.
Kandungan
utama atmosfera
planet
Keadaan
permukaan
planet
Hubungan antara Suhu Planet dengan Matahari
Planet Planet Planet Planet Planet Planet Planet Planet Planet
Utarid Zuhrah Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus Neptun
Jarak dari
Matahari 57.9 108.2 149.6 227.9 778.3 1 429 2 871 4 504
( juta km)
Purata suhu 167 457 14 –55 –153 –185 –214 –225
permukaan (°C)
Bagi Planet Yang Tiada Bagi Planet Yang Mempunyai Atmosfera Bagi Planet Gergasi
Atmosfera
Utarid : a) Bumi : Musytari, Zuhal, Uranus
Sinaran Matahari yang Mempunyai awan yang memantulkan dan Neptun :
terus sampai ke balik sinaran Matahari ke angkasa lepas Permukaan planet
permukaannya tetapi atmosfera memerangkap sebahagian dilitupi oleh gas. Planet-
menyebabkan bahagian haba disebabkan oleh kesan rumah hijau. planet ini menerima
yang menghadap sinaran Matahari yang
Matahari sangat panas, b) Marikh : sedikit, maka suhu
iaitu melebihi suhu Walaupun mempunyai atmosfera, tekanan permukaan adalah
427°C. Manakala permukaannya yang sangat rendah sangat rendah.
bahagian yang gelap berbanding dengan Bumi (kurang daripada
adalah sangat sejuk, 1 100 tekanan Bumi) memberikan kesan
iaitu suhu boleh yang sedikit pada suhu permukaan.
menurun sehingga – Suhu permukaan boleh berbeza antara –
173°C 143°C hingga 35°C
c) Zuhrah :
Mempunyai awan yang tebal yang boleh
memantulkan sinaran Matahari ke
angkasa lepas tetapi lapisan
atmosferanya yang kebanyakannya terdiri
daripada gas karbon dioksida
menyebabkan kesan rumah hijau. Oleh
itu, banyak haba diperangkap dan suhu
permukaan boleh mencapai 462°C.
Hubungan antara Ketumpatan dengan Tarikan Graviti Planet
Planet Planet Planet Planet Planet Planet Planet Planet Planet
Utarid Zuhrah Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus Neptun
Jisim relatif 0.055 0.815 95.159 14.536 17.147
(× Bumi) 4 879 12 104 1 0.107 317.8 120 536
Diameter 12 756 6 794 142 984 51 118 49 528
(km) 5.4 5.2 3.9 0.7
3.7 8.87 5.5 3.71 1.3 10.44 1.27 1.6
Ketumpatan 9.8 24.79
(g cm–3) 8.69 11.15
Tarikan graviti
(m s–2)
Tarikan graviti Bumi
Tarikan graviti Bumi adalah bersamaan dengan 9.8 m s–2.
Apabila sesuatu objek dilepaskan pada sesuatu ketinggian, objek itu akan jatuh pada pecutan 9.8
meter per saat pada setiap saat.
Tarikan graviti planet bergantung pada ketumpatan dan saiz planet itu.
Tarikan graviti Utarid dan Marikh adalah lebih rendah daripada Bumi disebabkan jisim planet
yang rendah berbanding dengan jisim Bumi.
Tarikan graviti Zuhrah adalah hampir sama dengan Bumi kerana jisimnya hampir sama dengan
jisim Bumi.
Tarikan graviti Musytari adalah sangat tinggi berbanding dengan Bumi kerana jisimnya yang
sangat tinggi walaupun ketumpatannya sangat rendah.
Walaupun Zuhal, Uranus dan Neptun mempunyai jisim yang sangat tinggi, tarikan graviti planet-
planet ini tidak terlalu tinggi berbanding dengan Bumi kerana planet gergasi bergas mempunyai
ketumpatan yang rendah.
Hubungan Jarak, Masa dan Kelajuan
Planet Planet Planet Planet Planet Musytari Zuhal Uranus Neptun
Utarid Zuhrah Bumi Marikh
Jarak dari Matahari 149.6 1 429
( juta km) 57.9 108.2 227.9 778.3 29.5 2 871 4 504
365 hari tahun
Masa mengelilingi 88 hari 224.7 687 hari 11.9 84 164.8
Matahari hari tahun tahun tahun
(waktu di Bumi)
Semakin jauh sebuah planet dari Matahari, semakin banyak masa diperlukan untuk mengelilingi
Matahari dalam satu orbit.
Utarid paling dekat dengan Matahari, maka Utarid mengambil masa 88 hari sahaja untuk
mengelilingi Matahari dalam satu orbit.
Neptun, planet yang paling jauh dari Matahari, mengambil masa 164.8 tahun untuk mengelilingi
Matahari dalam satu orbit.
Arah Putaran Planet
Semua planet dalam sistem suria berputar pada paksinya pada sudut kecondongan yang berbeza
(Rajah 12.3).
Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah dan Uranus.
Zuhrah berputar dari timur ke barat
Uranus berputar pada sisinya.
(Rajah 12.3) Sudut dan arah putaran planet dalam sistem suria
Situasi Hipotetikal berkaitan dengan Sistem Suria
Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam, pasang surut
air laut dan pelbagai lagi fenomena Bumi.
Apakah satelit semula jadi?
Satelit semula jadi merupakan jasad yang mengelilingi planet dengan orbitnya sendiri. Bulan
merupakan satu-satunya satelit semula jadi Bumi (Rajah 12.5).
(Rajah 12)Bumi bergerak mengelilingi Matahari, manakala Bulan bergerak mengelilingi Bumi.
Contoh satelit semulajadi/bulan :
Bagaimanakah keadaan dan rupa bentuk Bumi berada di Bulan?
Sama seperti Bumi, Bulan juga berputar pada paksinya.
Pada masa yang sama, Bulan juga turut beredar mengelilingi Bumi pada orbitnya.
Tempoh masa putaran Bulan pada paksinya dan peredaran mengelilingi Bumi adalah sama, iaitu
lebih kurang 27 hari.
Oleh itu, permukaan Bulan yang sama akan menghadap ke arah Bumi pada setiap masa.
Saiz Bumi adalah empat kali ganda berbanding saiz Bulan.
Keadaaan Bumi jika dilihat dari Bulan
Bumi Sebagai Planet untuk Hidupan
Setakat ini, Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.
Bumi dapat menampung hidupan akibat beberapa faktor seperti kehadiran air, sumber mineral,
suhu permukaan dan kandungan atmosferanya.
Ciri-Ciri Bumi Sebagai Planet Yang Paling Sesuai Untuk Hidupan.
Cintailah Bumi Kita
Kehidupan manusia banyak bergantung pada sumber-sumber dari air dan tanah untuk
mendapatkan makanan, bahan pembuatan dan penjanaan tenaga.
Pertambahan populasi manusia telah menyebabkan aktiviti penerokaan laut dan tanah kian pesat.
Jejak Ekologi
Ukuran kemampuan air dan tanah menyediakan sumber yang diperlukan oleh manusia (makanan,
minuman, kediaman dan lain-lain) serta kemampuan Bumi untuk menyerap semua bahan
buangan manusia lalu menghasilkan semula sumber sesudah mereka menggunakannya.
Merupakan ukuran nisbah sumber bagi enam kawasan, iaitu jejak karbon, kawasan binaan,
hutan, kawasan pertanian, kawasan penternakan dan kawasan perikanan dalam bentuk
tapak kaki manusia.
Jika jejak ekologi melebihi kemampuan Bumi untuk memperbaharui sumber, Bumi akan kehabisan
sumber.
Jejak ekologi berbeza daripada sebuah negara dengan negara yang lain.
Bagaimana Untuk Mengurangkan Jejak Ekologi Anda
A. Jimat tenaga
1. Matikan lampu dan peranti elektronik di dalam bilik apabila tidak digunakan.
2. Gunakan cahaya semulajadi daripada elektrik apabila boleh.
3. Gunakan barangan elektronik apabila perlu sahaja.
4. Ia menggunakan panel solar untuk menjana elektrik
B. Makanan
1. Apabila membeli makanan, pastikan anda memilih produk organik dan tempatan.
- Produk organik - lebih sihat dan lebih baik untuk alam sekitar.
- Produk tempatan - kurang bahan api digunakan semasa penghantaran.
2. Kurangkan memakan daging kerana gas rumah hijau dibebaskan semasa pengeluaran
daging.
C. Membeli-belah
1. Apabila membeli-belah, bawa beg beli belah anda sendiri daripada menggunakan beg
plastik.
2. Beli produk kitar semula di kedai dan pasar tempatan.
D. Berkebun
1. Siram pokok dan rumput hanya apabila perlu.
2. Menanam sayur-sayuran dan poko buah-buahan di taman anda untuk menghasilkan
makanan anda sendiri
E. Kurangkan, guna semula dan mengitar semula.
1. Jangan lupa kitar semula kadbod, plastik, kertas, surat khabar dan kaca. Semak dengan
pusat kitar semula tempatan anda untuk mengetahui bahan-bahan yang boleh dikitar
semula.
2. Langgan surat khabar dan majalah melalui Internet untuk mengurangkan penggunaan
kertas.