3.3 Darah Manusia
1. Darah merupakan sejenis campuran kerana ia dapat di asingkan kepada
komponennya iaitu cecair kuning dan cecair merah melalui kaedah pengemparan.
(55%)
(45%)
(<1%)
KUMPULAN DARAH MANUSIA
Antigen dalam sel darah merah
1. Darah manusia dikelaskan kepada empat kumpulan darah iaitu A, B, AB dan O
mengikut jenis antigen dalam sel darah merah.
ANTIBODI DALAM PLASMA DARAH
1. Plasma darah mengandungi antibodi.
2. Jenis antibodi yang wujud dalam plasma darah ialah antibodi Anti-A dan antibodi
Anti-B.
Jenis Darah Jenis Antigen Jenis Antibodi
(dipermukaan sel darah (dalam plasma darah)
A
B merah)
AB
O A anti-B
B anti -A
A dan B
- -
anti-A dan anti-B
3. Antibodi akan menyerang antigen yang sepadan dengannya dan menyebabkan
penggumpalan darah berlaku.
4. Hal ini boleh menyebabkan kematian.
PADANAN KUMPULAN PENDERMA & PENERIMA
Kumpulan Darah dan Kesesuaian Tranfusi Darah
1. Manusia yang kehilangan banyak darah pakibat dari kemalangan atau penyakit memerlukan
pemindahan darah untuk menggantikan darah yang hilang.
2. Kumpulan darah penderma dan penerima mestilah serasi untuk mengelakkan
penggumpalan darah.
3. Kebolehan seseorang menerima darah bergantung pada kehadiran antibodi dalam plasma
darahnya.
CARA MUDAH NAK HAFAL KESERASIAN PENDERMA-PENERIMA DARAH:
Contoh 1:
Adakah seseorang berdarah AB (bandung) boleh menerima darah A (sirap) ?
(Analogi: Jika sirap dituang ke gelas berisi bandung, adakah warna bandung tadi berubah?
Jawapannya TIDAK BERUBAH (maksudnya SERASI). Seseorang yang berdarah AB
dipanggil penerima universal kerana boleh menerima semua jenis darah A,B,AB,O.
Logik analoginya, warna bandung tidak berubah jika dituang sirap/susu/bandung/air
kosong ke dalam gelas yang berisi bandung.
Contoh 2:
Adakah seseorang berdarah B (susu) boleh menerima:
a) darah A (sirap)? : Jawapannya TIDAK BOLEH kerana warna susu BERUBAH
b) darah O (air kosong)? : Jawapannya BOLEH kerana warna susu TIDAK BERUBAH
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH