The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F2 Bab 13 Meteoroid,Asteroid ,komet_NOTA_V3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safuan Mokhtar, 2021-10-04 09:16:14

F2 Bab 13 Meteoroid,Asteroid ,komet_NOTA_V3

F2 Bab 13 Meteoroid,Asteroid ,komet_NOTA_V3

13.1 METEOROID,
ASTEROID DAN KOMET METEOROID , METEOR DAN METEORIT

1. Ialah jasad PEPEJAL yang terapung diangkasa lepas
2. Bersaiz antara 10mikrometer dan 1m
3. LEBIH KECIL daripada asteroid dan komet
4. Serpihan daripada nukleus KOMET atau ASTEROID
5. Meteoroid yang kurang tumpat mengandungi BATUAN
6. Meteoroidyang lebih tumpat mengandungi BESI atau NIKEL
7. Meteoroid bergerak mengelilingi Matahari dalam ORBIT yang sama

dengan komet dan asteroid





 METEOR

1. Apabila sebuah meteoroid secara kebetulan bergerak

mendekati bumi, TARIKAN GRAVITI Bumi akan menariknya ke
arah bumi

2. KELAJUAN meteoroid bertambah apabila memasuki atmosfera

bumi

3. Meteoroid bergeser dengan molekul2 udara lalu menghasilkan

HABA yang sangat tinggi sehingga meteoroid itu terbakar

4. Meteoroid yang terbakar dalam udara menghasilkan CORETAN

CAHAYA yang cerah dilangit di panggil sebagai METEOR (tahi
bintang)



 METEORIT

1. Meteoroid kecil terbakar dan TERURAI dalam atmosfera

2. Meteoroid besar yang tidak habis terbakar akan menghempas

permukaan bumi sebagai METEORIT

3. Meteorit membentuk lubang besar di permukaan bumi dan

dipanggil kawah meteor

4. Salah sebuah kawah meteorit terkenal adalah kawah Meteor

Barringer di gurun Arizona, Amerika Syarikat





ASTEROID

 ASTEROID

1. Asteroid ialah jasad yang lebih besar daripada 10m dan

mengorbit matahari dalam JALURAN ASTEROID UTAMA di antara
Marikh dan Musytari

2. ASTEROID TROJAN ialah Asteroid yang berkongsi orbit dengan

planet lain seperti Musytari

3. Asteroid lebih besar dari Meteoroid tetapi lebih kecil dari planet

4. Berbentuk TIDAK SEKATA, permukaannya berkawah dan TIADA

atmosfera

5. Sesetengah Asteroid kaya dengan MINERAL seperti BESI, nikel ,

magnesium dan karbon

6. Sesetengah Asteroid besar mempunyai SATELIT SEMULAJADI

7. Contoh Asteroid: Ida, Lutetia, Eros dan Vesta

Asteroid Ida
58.8x25.4x18.6km

KOMET

 KOMET

1. KOMET ialah ketulan ais , batuan , debu dan dgas beku yang

mengorbit Matahari

2. Setiap komet mempunyai EKOR panjang dan KEPALA

3. KEPALA KOMET
 Terdiri daripada KEPALA dan EKOR
 Nukleus merupakan ketulan batuan, ais, metana dll
 Koma merupakan debu dan gas beku yang mengelilingi nukleus

4. EKOR KOMET

 EKOR DEBU mengandungi zarah2 habuk daripada batuan
 EKOR GAS mengandungi zarah2 gas BERCAS
 Ekor gas berwarna kebiruan kerana penyerakan cahaya biru



 Komet mengorbit mTahari dalam orbit berbentuk ELIPS dan

MELONJONG

 Semakin besar orbit komet, semakin lama TEMPOH PEREDARAN

KOMET mengelilingi Matahari

 Apabila komet menghampiri Matahari, ais di kepala komet

MEMEJALWAP menjadi gas

 Gas ini ditiup angin suria membentuk EKOR GAS
 Ekor komet sentiasa MENJAUHI ARAH MATAHARI kerana angin suria
 Komet TIDAK mengeluarkan cahaya sendiri, ia kelihatan berbara

kerana MEMANTULKAN cahaya Matahari





 IMPAK ASTEROID DAN OBJEK LAIN TERHADAP BUMI
 Asteroid dan meteoroid di angkasa lepas lazimnya tidak mengancam bumi

 Saintis memantau pergerakan meteroid dan asteroid bagi mengesan

sebarang kemungkinan pelanggaran

 Meteor dan meteori besar yang merempuh bumi boleh mendatangkan

BENCANA ALAM

 Meteor amat besar yang meletup
 Di atmosfera boleh menghasilkan 500 kilotan daya yang boleh mencetuskan

GELOMBANG KEJUTAN

 Gelombang kejutan yang kuat ini boleh menyebabkan kematian dan

kemusnahan bangunan

 Saintis meramalkan pada tahun 2135 , Asteroid Bennu yang berdiameter 500m

mungkin menghempas bumi

 Dan mencetuskan GEMPA BUMI pada 6.7 skala Richter





TAMAT


Click to View FlipBook Version