The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RUHI FADZLYHANA, 2024-04-20 20:52:43

MPSM

MELAKA-MEDAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI MELAKA PROGRAM PENGANTARABANGSAAN “LAWATAN PROFESIONALISME DAN MUHIBBAH SERUMPUN” TARIKH : 27 – 31 MEI 2024 HARI : ISNIN - JUMAAT ANJURAN: MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA GABUNGAN KOPERASI SEKOLAH NEGERI MELAKA MADRASAH AALIAH MUALIMIN MEDAN (SEKOLAH SWASTA INTERGRASI) SUMATERA INDONESIA UNIVERSITAS MEDAN, SUMATERA INDONESIA


PENGENALAN Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Pengantarabangsaan Lawatan Profesionalisme Dan Muhibbah Serumpun Ke Medan, Indonesia. Program ini juga diadakan untuk memberikan peluang kepada warga pendidik khasnya untuk menimba pengalaman dan ilmu melalui perkongsian atau kolaborasi khususnya tentang Kebitaraan @ Keunggulan sekolah dari negara Indonesia. Di samping itu, program ini juga akan menjadi satu penanda aras kepada para pengetua dan warga pendidik umumnya dalam melihat kepelbagaian inisiatif dalam usaha untuk kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Semoga program ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT dan juga dapat memberi semangat kepada guru-guru yang menyertainya dan segala dapatan ilmu dapat dikongsikan bersama kepada warga pendidik kelak.


OBJEKTIF Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan Melaka dengan institusi pendidikan di Indonesia khususnya Madrasah Aaliah Mualimin Medan (Sekolah Swasta Intergrasi), dan Universiti Medan, Sumatera Indonesia. Mengadakan Lawatan Penanda Aras berkaitan khususnya pengurusan koperasi sesebuah organisasi samada di sekolah atau universiti Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada pengetua dan guru agar lebih proaktif dalam usaha mendidik ke arah kemenjadian murid dan kualiti sekolah Melahirkan guru khususnya pentadbir sekolah yang dinamik dan berdaya saing pada peringkat global selaras dengan aspirasi memartabatkan pendidikan negara. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara golongan pendidik Malaysia dan Indonesia sebagai satu penanda aras dalam bidang pendidikan seterusnya dapat mewujudkan muhibbah serumpun antara dua negara.


TARIKH LAWATAN/PROGRAM 27 – 31 Mei 2024 (Isnin hingga Jumaat) ANJURAN Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Negeri Melaka DENGAN KERJASAMA Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Melaka Madrasah Aaliah Mualimin Medan (Sekolah Swasta Intergrasi) Sumatera Indonesia Universiti Medan, Sumatera Indonesia GOLONGAN SASARAN / PESERTA 1.Seramai 34 orang yang terdiri daripada pengetua dan guruguru koperasi dari negeri Melaka TEMPAT-TEMPAT LAWATAN 1. Madrasah Aaliah Mualimin Medan (Sekolah Swasta Intergrasi) Sumatera Indonesia 2. Universiti Medan, Sumatera Indonesia 3. Tempat-tempat menarik di Parapat, Berastagi dan Medan, Sumatera Indonesia


PENGISIAN PROGRAM 1. Lawatan Penanda Aras dan Wacana Ilmu Lawatan Penandaarasan berkaitan Kebitaraan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Madrasah Aaliah Mualimin Medan (Sekolah Swasta Intergrasi) Sumatera Indonesia di mana akan didedahkan dengan sistem dan budaya sekolah tersebut. Peserta akan dapat merasai kelainan suasana pengajaran dan pembelajaran serta melihat program-program yang dijalankan. Lawatan Penandaarasan ke Universiti Medan, Sumatera Indonesia pula adalah berkaitan dengan Kebitaraan Dan Pengurusan Koperasi yang dilaksanakan di universiti tersebut Malahan, akan dilaksanakan Sesi Perkongsian Wacana Ilmu oleh pihak KPM melalui JPN Negeri Melaka ke arah kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. 2. Ziarah Sosio-Budaya Sepanjang berada di Medan Sumatera Indonesia, akan diadakan satu ziarah dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan menarik sebagai satu perkongsian ilmu, sosio-budaya dan juga perkongsian kerjasama masyarakat dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan di kawasan luar bandar di kedua-dua buah negara. 3. Lawatan Santai Minda Selain daripada itu, peserta juga akan dibawa melawat ke beberapa tempat yang menarik sekitar Parapat, Berastagi dan Medan, Sumatera Indonesia sebagai satu ‘santai minda’ selain melihat suasana, kesan sejarah dan budaya negara Indonesia


TENTATIF PROGRAM HARI ATURCARA LAWATAN (MEDAN - LAKE TOBA TOUR) Hari 1 (27 Mei 2024 – Isnin) MELAKA - KLIA – PARAPAT - Penerbangan dari KLIA dan sampai di Lapangan Terbang Kualanamu, Indonesia Jenis Penerbangan Malaysia Airlines KUL – KNO 27 MEI 2024 MH860 0830-1030 - Minum pagi, masa penukaran wang dan register Sim Card - Bertolak ke Parapat, Tasik Toba - Singgah di Kacang Tumbuk Paten Teng Teng Ting Ting Tong Tong - Makan Tengahari di Restoran Panorama Siantar - Solat Zohor - Check-In di Hotel Atsari, Parapat - Acara bebas


TENTATIF PROGRAM HARI ATURCARA LAWATAN (MEDAN - LAKE TOBA TOUR) Hari 2 (28 Mei 2024 – Selasa) PARAPAT - Minum pagi di Hotel Atsari - Check-Out hotel - Bertolak ke Pulau Samosir (menaiki kapal/boat) - Melawat ke Kampung Ambarita dan Kampung Tomok - Kembali ke Parapat - Makan tengahari di restoran tempatan di Parapat - Bertolak ke Berastagi - Singgah di Bukit Indah Simarjarunjung - Minum teh halia & pisang goreng di gerai tempatan - Singgah di Air Terjun Sipisopiso - Check-In Hotel Green Garden - Acara bebas


TENTATIF PROGRAM HARI ATURCARA LAWATAN (MEDAN - LAKE TOBA TOUR) Hari 3 (29 Mei 2024 – Rabu) MEDAN - Minum pagi di Hotel Green Garden - Bertolak ke Medan - Singgah makan durian di Bandar Baharu - Melawat Istana Maimoen, Masjid Raya dan Sun Plaza - Makan tengahari - Melawat Rumah Sulam Medan, Kedai Batik Telekung dan Medan Fair Plaza - Makan malam - Check-In Hotel Emerald Green - Acara bebas


TENTATIF PROGRAM HARI ATURCARA LAWATAN (MEDAN - LAKE TOBA TOUR) Hari 4 (30 Mei 2024 – Khamis) MEDAN - Minum pagi di hotel - Lawatan Penandaarasan di Madrasah Aaliah Mualimin Medan dan Universiti Medan - Makan tengahari di restoran tempatan - Melawat Pasar Ikan Medan dan Medan Mall - Makan malam di restoran tempatan - Kembali ke hotel - Acara bebas


TENTATIF PROGRAM HARI ATURCARA LAWATAN (MEDAN - LAKE TOBA TOUR) Hari 5 (31 Mei 2024 – Jumaat) MEDAN – KLIA, MALAYSIA - Sarapan pagi di hotel dan Check-Out - Acara bebas - Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia Jenis Penerbangan Malaysia Airlines KNO – KUL 31 MEI 2024 MH865 1545-1750


JAWATANKUASA INDUK PROGRAM Penaung : Tn. Haji Mohd Ghazali bin Ahmad Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Penasihat : Tn. Haji Karim bin Tumin Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Pengerusi : Tn. Hj Ramli bin Abdullah Timbalan Pengerusi : En. Zulkifli bin Daud Setiausaha : Pn. Hjh Sahreah binti Md Zin Pen. Setiausaha : Pn. Zunita binti Zulkifli Stork Bendahari : Pn. Norfaizah binti Mustafa Penyelaras Program : En. Khalid bin Bujang Ahli Jawatankuasa AJK Pengangkutan : En. Kamaruzzaman bin Abdul Rahim En. Azahari bin Jaafar AJK Sijil/Cenderamata/ : Pn. Ruszalinah binti Mohd Kassim Banner Pn. Puspa binti Adam AJK Dokumentasi : Pn. Nor Hafizah binti Musa Pn. Khairul Muphilinda binti Mahazan AJK Keselamatan : En. Azman bin Harun Pn. Chan Pek Ling @ Elda AJK Penajaan : En. Adnan bin Nordin Pn. Azizah binti Yusop


PENUTUP Semoga program ini dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan pengetua khususnya berkaitan urusan pentadbiran di sekolah serta dapat memberikan pengalaman dan pendedahan yang amat berguna kepada warga guru secara amnya seterusnya diharapkan telah mencapai objektif secara keseluruhannya. Segala kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan Program Lawatan Pengantarabangsaan ini terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan pihak pendidikan di Indonesia amatlah dihargai, termasuk kepada syarikat dan individu yang telah memberikan sumbangan sehingga program ini dapat dijalankan dengan lancar.


SEKALUNG PENGHARGAAN Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Melaka merakamkan ucapan setinggi – tinggi penghargaan & terima kasih kepada : Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Melaka Madrasah Aaliah Mualimin Medan (Sekolah Swasta Intergrasi) Sumatera Indonesia Universiti Medan, Sumatera Indonesia Dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Program Pengantarabangsaan Lawatan Profesional dan Muhibbah Serumpun Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Melaka 2024 ini. Terima Kasih Daun Keladi.


Click to View FlipBook Version