The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-96147488, 2024-03-08 01:04:55

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKI 2024/2025

AJK DAN HALATUJU SEKOLAH

1


2 BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Perutusan Bonda 3 2 Fokus Pengurusan Pendidikan 4-5 3 Visi,Misi, Moto, Slogan, Matlamat & Objektif Sekolah 6 4 Hala Tuju Sekolah 2024/2025 7 5 Lencana dan pengertian, Lagu Sekolah 8-9 6 Budaya Kerja,Ikrar Guru & Piagam Pelanggan 10-11 7 Sejarah Sekolah 12 8 Profil Sekolah 13-14 9 Kalendar Persekolahan 2024/2025, Cuti Perayaan 2024/2025 Hari Kelepasan Am Negeri Pahang 2024 15-17 10 Maklumat Guru ,Kakitangan Sekolah,Guru KAFA,Pekerja Swasta 18-26 11 Dasar Pengurusan dan pentadbiraan Sekolah 27-33 12 Dasar Pengurusan Kurikulum 34-38 13 Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 39-44 14 Dasar Pengurusan Ko Kurikulum 45-51 15 Senarai Tugas-Tugas Guru 52-57 16 Surat Pelantikan Rasmi Tugasan Tahun 2024/2025 58 17 Senarai Agihan Tugas Guru dan AKP 59-81 18 Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan 82 19 Takwim dan Perancangan Sekolah 83-95 20 Lampiran 96-109 KANDUNGAN


3 Salam hormat dan selamat bersama kembali menghadapi tugas yang diamanahkan bagi sesi persekolahan 2024- 2025. Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025 kerana penghasilan sebuah manual lengkap ini. Saya pasti ianya dapat menjadi panduan kepada semua guru dan kakitangan sekolah ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan sistematik. Saya berharap buku ini dapat memberi fokus apa sahaja usaha kita untuk mencapai matlamat SK Inderapura sebagai sekolah cemerlang dalam segala bidang. Marilah kita sentiasa menjadi pelengkap kepada setiap rakan kita dengan cara kerjasama sepasukan, mengutamakan gerak kerja proaktif, sentiasa mencari pembaharuan melalui inovasi, memperkayakan gerak kerja melalui kreativiti dan sentiasa memberikan sokongan kepada ketua agar setiap usaha kita mendapat keberkatan. Setiap guru dan kakitangan juga diharap dapat membuat perancangan dan persediaan awal dengan teliti berdasarkan takwim yang disediakan supaya kita tidak ketinggalan untuk membuat persediaan yang mencukupi dalam menyertai pertandingan-pertandingan peringkat sekolah dan daerah mahupun peringkat negeri dan kebangsaan. Berpegang kepada prinsip beretika dan berwawasan serta moto sekolah #ski beradab marilah kita sederap bersama, seia sekata berkolaboratif memartabatkan SK Inderapura sebagai sebuah institusi pendidikan yang berjaya merealisasikan hasrat Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang berfokus untuk mewujudkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid serta melahirkan anak yang baik lagi cerdik. Guru yang profesional perlu konsisten berusaha melahirkan modal insan unggul sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara yang akan melahirkan murid yang seimbang meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah melalui pembelajaran yang menyeronokkan serta penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna. Mudah-mudahan, tanggungjawab yang diamanahkan ini dapat disempurnakan dengan penuh iltizam serta menjadi pendorong untuk kita dalam menjulang nama dan kecemerlangan SK Inderapura. Mudah-mudahan tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan penuh dedikasi, seterusnya diberkati Allah SWT. Terima kasih. Gb umi HJH. UMI KALSUM BINTI ALI Guru Besar Sekolah Kebangsaan Inderapura #skidi


4 FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN


5


6 VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK,NEGARA SEJAHTERA MISI SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INSAN BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MOTO SEKOLAH BERETIKA DAN BERWAWASAN SLOGAN SEKOLAH SKI BERADAB MATLAMAT SEKOLAH BERUSAHA DENGAN PENUH ILTIZAM UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK, KO KURIKULUM, KECERIAAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH DI SAMPING MEWUJUDKAN SUASANA KONDUSIF UNTUK KEGIATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OBJEKTIF SEKOLAH ❖ MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG DARI SEGI AKADEMIK, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM. ❖ MEMPERTINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN AMALAN BUDAYA ILMU SEBAGAI ASAS PEMBANGUNAN INSAN DAN PERADABAN ❖ MELAHIRKAN ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK. BERTANGGUNGJAWAB, AMANAH DAN MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT MULIA. ❖ MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BERSIH, INDAH, MENARIK DAN KONDUSIF UNTUK MENYEMAI KECINTAAN KEPADA ALAM SEMULA JADI.


7 HALA TUJU SEKOLAH 2024-2025 ❖ Memantapkan Pengurusan dan pentadbiran Berlandaskan Transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) ❖ Meningkatkan Pencapaian Prestasi Akademik Tahun 1 hingga Tahun 6 ❖ Program Pemulihan Mengatasi 3M ❖ Meningkatkan peratus kehadiran murid ❖ Melahirkan kepimpinan KoKurikulum dalam kalangan Murid ❖ Pelibatan Murid yang Aktif dalam setiap aktiviti kokurikulum ❖ Memantapkan Penguasaan Pembelajaran Abad 21 (PAK21) ❖ Menggunakan SKPM Kualiti@Sekolah sebagai Panduan Pengoperasian Sekolah ❖ Pemantapan Sahsiah Diri / Disiplin ❖ Pengurusan Kewangan dan Audit Cemerlang ❖ Mewujudkan Iklim Persekitaran Sekolah Yang Lebih Kondusif,Ceria dan Bersih ❖ Melaksanakan PBS (PBD,PPSI,PAJSK) Dengan Berkesan ❖ Meningkatkan Peranan PIBG dan PIBK


8 LENCANA SEKOLAH PENGERTIAN BERDASARKAN WARNA ❖ Hitam Putih : SK Inderapura berada di negeri Pahang ❖ Biru : Peka terhadap keperluan murid ❖ Merah : Berani menempuh pelbagai rintangan semasa mencari ilmu ❖ Kuning : Kekuatan dan ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara PENGERTIAN BERDASARKAN OBJEK ❖ Gear : Pendidikan berteraskan dunia teknologi ❖ Buku : Ilmu teras kehidupan ❖ Q : Produk sekolah yang berkualiti ❖ Skrol Ijazah : Bermatlamatkan kejayaan ❖ Satelit : Jaringan dan Jalinan yang luas


9 LAGU SEKOLAH SK INDERAPURA SKI SEKOLAH TERBILANG MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG GURU GEMILANG TERUS BERUSAHA MENDIDIK ANAK DAN BANGSANYA BERETIKA DAN BERWAWASAN MENJADI PEGANGAN KITA BERUSAHA TEKUN BERJAYA BEKALAN HARI MUKA SKI LAHIRNYA BANGSA BERAGAAMA BERAKHLAK MULIA KAMI BERJANJI TAAT PADA NEGARA DAN AGAMA


10 BUDAYA KERJA SEKOLAH MEMAHAMI DAN MENGHAYATI: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH, MATLAMAT & OBJEKTIF SEKOLAH. MEMELIHARA DAN MEMPERTINGKATKAN IMEJ SEKOLAH, JABATAN & KEMENTERIAN PENDIDIKAN SETIAP MASA. MEMENTINGKAN MUTU DAN KESAN PENDIDIKAN. MENENTUKAN OBJEKTIF ( SETIAP TUGAS ). MENGAMALKAN KERJA SECARA BERMESYUARAT DAN BERPASUKAN. SENTIASA BEKERJA DENGAN TELUS, CEKAP DAN BERINTEGRITI. MENGAMALKAN SIKAP JUJUR, IKHLAS AMANAH SERTA ADIL. MENGAMALKAN PERKHIDMATAN PENYAYANG. KEPIMPINAN MELALUI TELADAN. SENTIASA MEMIMPIN DAN MENILAI DIRI SENDIRI. BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN. KERJA KITA ADALAH IBADAH. IKRAR GURU BAHAWASANYA KAMI GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN INDERAPURA DENGAN INI BERIKRAR MENDUKUNG TERUS CITA-CITA KAMI TERHADAP TUGAS KAMI DAN MENYATAKAN KEYAKINAN KAMI PADA CITA-CITA MURNI PEKERJAAN KAMI KAMI SEDIA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA KAMI KAMI SENTIASA MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN NEGARA KAMI DAN MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA PADA SETIAP MASA


11 PIAGAM PELANGGAN Dengan penuh iltizam, kami seluruh warga sekolah ini berikrar dan berusaha menumpukan seluruh tenaga dan fikiran kami untuk : Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berasaskan budaya ilmu dan ICT bagi melahirkan murid terbilang serta mewujudkan perpaduan kaum dikalangan murid. Memastikan sIstem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan serta berpandukan kepada visi dan misi sekolah. Prihatin dengan setiap masalah murid dari segi akademik, sahsiah, emosi dan jasmani serta sentiasa bersedia memberi bimbingan, nasihat dan bantuan yang berkualiti dan professional. Setiap warga sekolah harus berusaha membangunkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini khususnya yang berkaitan dunia pendidikan supaya dapat meningkatkan hasil dan mutu kerja yang berkualiti, selaras dengan hasrat negara mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia. Berusaha dan bekerjasama untuk meningkatkan imej sekolah dalam semua bidang (Kurikulum, Sahsiah, Kokurikulum dan Pengurusan) selaras dengan hasrat KPM,JPN dan PPD bagi menjadikan Jerantut No 1. Memastikan keadaan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria dan indah sepanjang masa, supaya dapat memujuk semangat kekitaan seluruh warga sekolah terhadap sekolah ini. Memberi kerjasama yang jitu kepada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta Agensi Kerajaan yang berurusan dengan sekolah ini. Memberikan perkhidmatan kaunter yang menepati masa, cepat dan betul serta melayan pelanggan dengan mesra dan bersopan santun. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.


12 SEJARAH SEKOLAH ❖ Lewat 1990 an, wujud keperluan mendirikan sebuah ekolah Rendah di bandar Jerantut ekoran tambahan murid yang mendadak di SK Jerantut,SK Bandar Jerantut,SK Temin dan SK Jerantut JayaAwal abad ke 21, satu tapak telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut. ❖ Terletak di KM 1,Jalan Jerantut Benta,kerja-kerja mendirikan bangunan bermula pada awal 2022.Setelah pelbagai halangan ditempuhi,MTD Construction Berjaya menyiapkan satu kompleks bangunan yang menarik dan siap dibina pada akhir 2004. ❖ Pada 16 November 2004,Jabatan Pelajaran Pahang telah melantik En Razali bin Omar sebagai Guru Besar,En Mohi bin Shafie sebagai GPK Kurikulum,En Zulzaman bin Jamaluddin sebagai GPK Hal Ehwal Murid dan En Ayub bin Yusuff sebagai GPK KoKurikulum bagi menerajui SKI yang pertama. ❖ 2 Januari 2005 SK Inderapura mula beroperasi dengan tenaga pengajar seramai 17 orang,staf sokongan 2 orang dan murid seramai 200 orang.Pada awalnya kelas dibuka sebanyak 10 kelas dari tahun 1 hingga tahun 5. ❖ Semua murid adalah dari sekolah berhampiran iaitu SK Jerantut,SK Bandar Jerantut,SK Jerantut Jaya dan SK Temin. ❖ UPSR pertama pada tahun 2006 dengan mendapat 7 orang 5A. ❖ Murid-murid yang belajar di SK Inderapura datangnya dari kawasan sekitar sekolah seperti Kg Batu 1,Taman Sri Makmur,Taman LKNP,Sime Darby Estate serta dari kampung tradisional seperti Kg Binjai,Kg Lata Kasah dan Kg Sungai Kiol,


13 PROFIL SEKOLAH NAMA SEKOLAH ALAMAT SEKOLAH EMEL FACEBOOK NO TELEFON NO FAKSIMILI KOD SEKOLAH TAHUN MULA BEROPERASI SESI PERSEKOLAHAN STATUS SEKOLAH SUMBER AIR SUMBER ELEKTRIK KELUASAN TANAH SK INDERAPURA SK INDERAPURA, KM1 JALAN BENTA, 27000 JERANTUT [email protected] SKK SK Inderapura 09-2601661 09-2601660 CBA2053 2005 1 SESI(PAGI) SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SEKOLAH TRANSFORMASI KOHORT 6.0 (SK) BEKALAN AIR AWAM 24 JAM 3 FASA-TNB/SESCO 3.24 EKAR 1.311 HEKTAR


14 MAKLUMAT SEKOLAH Gred Sekolah B Model Sekolah SEKOLAH HARIAN Jenis Bantuan Bantuan Penuh Kerajaan Sesi Pagi Lokasi Bandar Nama Guru Besar Puan Hajah Umi Kalsum Binti Ali Jumlah Guru Penolong Kanan 3 orang Jumlah Guru Mengikut ABM Perjawatan 22 orang Jumlah Murid ( 01.01. 2024 ) 227 orang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan STARGUARD SDN BHD (1 Jul 2023-31 Okt 2023) Kontraktor Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Kawasan AKAR EMAS SERVICES (1 Jan 2023-31 Ogos 2025) Pengusaha Kantin FNY BERJAYA ENTREPRISE (1 Dis 2023-30 Nov 2025)


15 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025 KUMPULAN B: Sekolah-sekolah negeri :Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,Selangor, Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya. PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 01.04.2024 01.06.2024 31.03.2024 30.04.2024 24.05.2024 15 17 16 11 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024 / 2025 25.05.2024 – 02.06.2024 9 1 2 03.06.2024 01.07.2024 01.08.2024 01.09.2024 30.06.2024 31.07.2024 31.08.2024 13.09.2024 18 22 22 10 15 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024 / 2025 14.09.2024 – 22.09.2024 9 1 3 23.09.2024 01.10.2024 01.11.2024 01.12.2024 30.09.2024 31.10.2024 30.11.2024 20.12.2024 6 21 20 15 13 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024 / 2025 21.12.2024 – 29.12.2024 9 1 30.12.2024 01.01.2025 31.12.2024 17.01.2025 2 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESEI 2024 / 2025 18.01.2025 – 16.02.2025 30 4


16 TAMBAHAN CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024(Rabu) dan 11.04.2024(Khamis) 07.04.2024 (Ahad) 08.04.2024(Isnin) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 08.04.2024 (Isnin) 09.04.2024 (Isnin) 09.04.2024 (selasa) 12.04.2024 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) (Kecuali Negeri Sarawak) 30.10.2024 (Rabu) 30.10.2024 (Rabu) Dan 01.11.2024 (Jumaat) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 31.10.2024 (Khamis) Negeri Sarawak Sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di Negeri Johor,Kedah, Kelantan dan Terengganu. KUMPULAN B: Sekolah-sekolah negeri :Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,Selangor, Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya. CATATAN: Pesta Keamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja) Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) Perayaan Hari Krismas Perayaan Tahu Baru Cina Tahun 2024 Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 30 & 31 Mei 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024 / 2025) : 01 & 02 Jun 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024 / 2025) : 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2024 / 2025) : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023 / 2024) : 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2024 / 2025)


17 KELEPASAN AM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 2024 TARIKH HARI CUTI I JAN ISNIN TAHUN BARU 2024 10 ,11 & 12 FEB SABTU,AHAD & ISNIN TAHUN BARU CINA 28 MAC KHAMIS HARI NUZUL AL-QURAN 10 & 11 APR RABU & KHAMIS HARI RAYA AIDIL FITRI 1 MEI RABU HARI PEKERJA 22 MEI RABU HARI WESAK 22 & 23 MEI RABU & KHAMIS HARI HOL PAHANG 3 JUN ISNIN HARI KEPUTERAAN YDP AGONG 17 JUN ISNIN HARI RAYA QURBAN / AIDIL ADHA 7 & 8 JUL AHAD & ISNIN AWAL MUHARRAM 30 JUL SELASA HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG 31 OGOS SABTU HARI KEBANGSAAN 16 & 17 SEPT ISNIN & SELASA HARI MALAYSIA 16 SEPT ISNIN MAULIDUR RASUL 31 OKT KHAMIS HARI DEEPAVALI 25 DIS RABU HARI KRISMAS


18 BARISAN PENTADBIR SK INDERAPURA 2024-2025 HAJAH UMI KALSUM BINTI ALI GURU BESAR DG 44 IJAZAH SARJANA MUDA 019 9438956 ROZITA BINTI DARUS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DG 48 IJAZAH SARJANA MUDA 019 9105563 ABDUL HASHIM BIN SIDEK PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DG 44 IJAZAH SARJANA MUDA 017 7146827 MOHD AKHMA BIN OTHMAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DG 44 IJAZAH SARJANA MUDA 011 13083019


19 BARISAN GURU INSPIRASI SK INDERAPURA 2024-2025 PUAN ZAHANIM BINTI MOHAMED YUSOF PPP DG 48 OPSYEN : PENGAJIAN MATEMATIK SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM GURU AKADEMIK BIASA 011-19424978 PUAN HAJAH ROSNIZA BINTI ABU BAKAR PPP DG 48 OPSYEN : SAINS SARJANA MUDA SAINS GURU PEMULIHAN KHAS 013-9541488 PUAN ZAHARIAH BINTI HUSIN PPP DG 48 OPSYEN : BAHASA INGGERIS IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN GURU AKADEMIK BIASA 011-19410166 PUAN MAZIANA BINTI MUSTAFFA PPP DG 48 OPSYEN : BAHASA INGGERIS IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG GURU AKADEMIK BIASA 011-25710375 PUAN NORAIDA BT ABDUL KHALID PPP DG 48 OPSYEN : SAINS IJAZAH SARJANA MUDA PENG.PERNIAGAAN GURU AKADEMIK BIASA 010-4010807


20 TENAGA PENGAJAR SK INDERAPURA 2024-2025 PUAN NOR ABRIZA BINTI MD YAZIB PPP DG 44 OPSYEN : BAHASA ARAB IJAZAH SARJANA MUDA BH.ARAB GURU AKADEMIK BIASA 013-9274186 PUAN HJH RADZIAH BINTI YUNUS PPP DG 44 OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM IJAZAH SARJANA MUDA PEND.ISLAM GURU PENDIDIKAN ISLAM 019-9000850 PUAN NORAINI BINTI ABD RAHMAN PPP DG 38 OPSYEN : PENDIDIKAN MUZIK SIJIL PERGURUAN ASAS GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA 019-9355501 PUAN NORJURAINY BINTI MD NOOR PPP DG 44 OPSYEN : BAHASA MELAYU IJAZAH SARJANA MUDA BH MELAYU GURU AKADEMIK BIASA 019-9871656 PUAN HJH SAKIMAH BINTI MD NOR PPP DG 44 OPSYEN : PENGAJIAN ISLAM IJAZAH SARJANA MUDA PENG.ISLAM GURU PENDIDIKAN ISLAM 010-4010807


21 TENAGA PENGAJAR SK INDERAPURA 2024-2025 PUAN NORATIAH BINTI CHE MAMAT PPP DG 44 OPSYEN : BAHASA MELAYU IJAZAH SARJANA MUDA BH MELAYU GURU AKADEMIK BIASA 013-9672951 ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAMAT PPP DG 44 OPSYEN : SAINS IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GURU DATA & MAKLUMAT 017-2299019 PUAN MAIZATUL SHIMA BINTI ABD LATIFF PPP DG 44 OPSYEN : PRA SEKOLAH IJAZAH SARJANA MUDA MIKROBIOLOGI GURU PRA SEKOLAH 012-9569200 ENCIK MOHD FAIRUS BIN MAT SAAD PPP DG 44 OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AL -QURAN & AS-SUNNAH GURU PENDIDIKAN ISLAM 0199273200


22 TENAGA PENGAJAR SK INDERAPURA 2024-2025 PUAN RAIHANA BINTI TAJURAZI PPP DG 44 OPSYEN : PEND.JASMANI & PEND.KESIHATAN IJAZAH SARJANA MUDA PEND.JASMANI & PEND.KESIHATAN GURU AKADEMIK BIASA 013-9488303 ENCIK SAMSUL BAHARI BIN ZAINUDIN PPP DG 34 OPSYEN : SAINS DIPLOMA PERGURUAN GURU AKADEMIK BIASA 013-3451755 CIK SITI MAISARAH BINTI MUSTAFA PPP DG 41 OPSYEN : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK IJAZAH SARJANA MUDA GURU PRA SEKOLAH 010-5759737 PUAN MAS LINA BINTI HAMDAN PPP DG 34 OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM /PENGAJIAN SENI DIPLOMA PERGURUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM 018-9046371


23 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 2024-2025 PUAN ZULIANA BINTI MOHAMED NORDIN PEMBANTU TADBIR GRED N19 019-9695920 PUAN ROSYATIMAH BINTI ABDUL MAJID PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N22 016-9635673 PUAN NUROLAFZANIZA BINTI ABDULLAH PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N22 013-7558508 ENCIK AHMAD AZNI BIN A BAKAR PEMBANTU OPERASI GRED N11 013-9756714


24 GURU KAFA SK INDERAPURA 2024-2025 PUAN JAMILAH BINTI AB RAHMAN @ ABDUL MANAN PENYELARAS KAFA 016 4827833 PUAN SITI AISYAH BINTI REJAB 014 5089389 PUAN NUR SYAHIDA BINTI ZAKARIA 011 21896503


25 PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH [PPS] [IBU PEJABAT POLIS JERANTUT] PEKERJA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN [STARGUARD SDN BHD] EN MOHD AZMI B IBRAHIM 011 39158655 EN EDY PUTERA SHAR B ADNAN 012 2424244 EN MOHD HAQIMI B SAPARUN 018 9115537 EN MUHD SYUKRAN B MOHD ZAHARI 011 61042611 KOPERAL 152193 MOHD NIZAN BIN HALIT 013 9153152


26 PEKERJA PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN & KAWASAN [AKAR EMAS SERVICES] EN MOHAMAD MUSZAFA BIN SAMAH 011 51225051 EN MOHAMMAD RADZIF B ABD RAHIM 011 25738985 PN MAZAYANA BT ABDULLAH 013 9496401 EN BUKHARI BIN MAT ISA 017 9567731 EN MUHAMMAD AIZAM B MUSA 017 9298309 CIK HASHIMAH BT HASHIM 011 19781875


27 DASAR PENGURUSAN PENTADBIRAN SK INDERAPURA TAHUN 2024 / 2025


28 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan SKI adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggung jawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap dalam menjalankan tugas. 2. WAKTU BEKERJA GURU 2.1 Waktu rasmi bagi guru ialah bermula 7.30 pagi hingga 1.45 petang kecuali sekiranya ada aktiviti kokurikulum atau mesyuarat rasmi. 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu pdpc dan mengetik kad perakam waktu Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 2.5 Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan. 3. WAKTU BEKERJA STAF SOKONGAN 3.1 Staf Pejabat *7.30 pagi – 4.30 petang *8.00 pagi – 5.00 petang *8.30 pagi – 5.30 petang 3.2 Pembantu Pengurusan Murid 7.00 pagi – 4.00 petang *Pilihan dengan kebenaran Guru Besar


29 4. KELUAR WAKTU MENGAJAR / BEKERJA 4.1 Guru dan staf tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar / bekerja kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. 4.2 Guru dan staf dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru/HRMIS setelah mendapat kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. 4.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Penolong Kanan. 5. CUTI 5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 5.2 Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 5.3 Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari. 5.4 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. 5.5 Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar mengikut pro-rata bagi sebanyak 10 atau 15 hari dalam setahun mengikut tempoh perkhidmatan. 6. SENARAI TUGAS GURU-GURU 6.1 Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai. 7. PAKAIAN GURU 7.1 Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki ketika perhimpunan rasmi), Uniform Kokurikulum pada hari rabu dan Baju Batik pada hari Khamis dan Baju Kebangsaan (digalakkan) pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995. 7.2 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 7.3 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 8. PERHUBUNGAN SESAMA GURU & STAF 8.1 Guru dan staf sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan. 8.2 Guru dan staf TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru, murid atau staf sokongan sekolah yang lain. 8.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah TIDAK dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.


30 9. BILIK GURU 9.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggung jawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 9.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 9.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 10. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 10.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 10.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan atau Guru Besar. 11. TUGAS-TUGAS KHAS 11.1 Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk Kurikulum,Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan pelibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 11.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar. 12. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 12.1 Semua guru dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) dalam bentuk e-RPH. Semua butiran dalam e-RPH hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 12.2 Rancangan Pengajaran Harian untuk minggu yang berikutnya hendaklah disiapkan secara e-RPH pada setiap hari JUMAAT untuk disemak dan disahkan oleh Guru Besar. 12.3 Rancangan Pengajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan lengkap untuk tempoh setahun (RPT) dan harian (RPH) kepada Guru Besar untuk penyemakan. 13. JADUAL WAKTU 13.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 13.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. 14. KEDATANGAN MURID (APDM) 14.1 Guru subjek MASA PERTAMA (7.40 – 8.10 pagi) bertanggungjawab melaporkan kehadiran murid kelas yang diajar melalui aplikasi Whats App rasmi sekolah. 14.2 Guru subjek MASA KEDUA dan MASA KETIGA (8.10 – 8.40 pagi/ 8.40 – 9.10 pagi) bertanggungjawab membuat laporan murid yang HADIR LEWAT melalui aplikasi Whats App rasmi sekolah. 14.3 Guru Kelas bertanggungjawab mengisi data kehadiran murid kelas melalui sistem APDM


31 SEBELUM PUKUL 10.00 PAGI pada hari persekolahan tersebut. 14.4 Laporan Intervensi Kehadiran Murid dan Analisis Kehadiran Murid mesti dibuat dan dihantar pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM. 15. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 15.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 15.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti bilik Sains,bilik PSV, bengkel RBT, Pusat Sumber atau Makmal Komputer. 16. KEBERSIHAN 16.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 16.2 Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 16.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan murid. 17. SURAT MENYURAT 16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 16.2 Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut. 18. PELAWAT-PELAWAT 17.1 Semua pelawat DIWAJIBKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru/staf tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 19. KEGIATAN KOKURIKULUM 19.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancang serta mengikut SOP yang ditetapkan. 19.2 Pelaksanaan aktiviti Kokurikulum adalah WAJIB bagi sekolah dan MESTI diikuti tanpa gagal oleh guru dan murid sekolah. 19.3 Rujuk Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum di https://drive.google.com/file/d/1o5VAjB3hsoc- W52kHxt6LP_AP_jj3c5M/view 20. PERHIMPUNAN SEKOLAH 20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi. 20.2 Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada


32 setiap minggu. 20.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara. 21. MESYUARAT GURU 21.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 21.2 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Penolong Kanan atau Ketua Panitia. 22. TANDA NAMA 22.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 23. BUKU STOK / INVENTORI 23.1 Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan Pdpc. 23.2 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 23.3 Guru hendaklah bertanggung jawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 23.4 Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta. 23.5 Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. 24. ARAHAN DAN PEKELILING 24.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 24.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 24.3 Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPD hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani. 25. TELEFON / FAKS / KOMPUTER 25.1 Penggunaan telefon / faks / komputer hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon. 26. LARANGAN MEROKOK 26.1 Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’. 26.2 Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah. 27. GURU PENGGANTI 27.1 Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan Pentadbiran/JK Jadual Waktu.


33 28. MENGHUKUM / MENDENDA MURID 28.1 Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan. 28.2 Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG. 28.3 Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa proses PdP dijalankan. 29. HAL-HAL LAIN 29.1 Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama. 29.2 Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan. Sumber Rujukan: Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah.


34 DASAR PENGURUSAN KURIKULUM SK INDERAPURA TAHUN 2024 / 2025


35 DASAR PENGURUSAN KURIKULUM 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga SK Inderapura dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa kompromi. 2.0. OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan: 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut. 3.0 DASAR 3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut. 3.3 Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan. 3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan. 4.0 MESYUARAT 4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut. 4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan. 4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing. 4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh


36 mesyuarat dijalankan. 4.5 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran Guru Besar sahaja. 5.0. DSKP, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR 5.1 DSKP Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia/e-Fail oleh setiap guru. 5.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Mac bagi tahun ini. 5.3 Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. 5.4 Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 4 perkara asas: i) Tajuk/Isi Pelajaran ii) Objektif iii) Aktiviti v) Refleksi 5.5 Rekod Mengajar menerusi e-RPH hendaklah dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal. 5.6 Semua guru mesti merujuk rekod persediaan mengajar,rancangan tahunan dan DSKP setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 5.7 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahkan mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut. 5.8 Kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered / berpusatkan murid dan berdasarkan keperluan murid itu sendiri. 6.0 JADUAL WAKTU 6.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa. 6.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum. 6.3 Dasar pengagihan mata pelajaran - keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 6.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 32 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa. 7.0 GURU GANTI 7.1 Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran serta mencatat pada papan notis dan Buku Pergerakan Staf. 7.2 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran. 7.3 Mencari pengganti terlebih dahulu. 7.4 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti. 7.5 Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain. 7.6 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.


37 8 .0. PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 8.1 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) akan dilaku secara berterusan dalam PdPC dengan menggunakan kaedah (i)lisan, (ii) bertulis dan (iii) pemerhatian. 8.2 Pelaporan PBD kepada penjaga akan dibuat 2 kali setahun pada pertengahan sesi akademik dan pada akhir sesi akademik. 8.3 Pentaksiran PBS KSSR dijalankan sepenuhnya tanpa gagal dengan menggunakan instrumen dan borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan tahap murid itu sendiri. 8.4 Setiap maklumat pentaksiran direkodkan ditempat yang telah ditetapkan. 8.5 Dokumentasi berkaitan PBD hendaklah disimpan serta boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN, PPD dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal. 9.0 PEMANTAUAN /PENCERAPAN 9.1 Pengajaran dan Pembelajaran 9.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun secara rasmi. 9.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan guru-guru Penolong Kanan. 9.1.3 Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. 9.1.4 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. 9.1.5 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing. 9.1.6 Semua Guru Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar. 9.2 Pengurusan Panitia 9.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran berkenaan. 9.2.2 Penolong kanan Pentadbiran akan menyelia semua panitia 2 kali setahun. 9.2.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa oleh Penolong Kanan Pentadbiran. 9.2.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, PinTas dan OPPM 9.2.5 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi tahun berikutnya. 9.2.6 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 9.3 Penyeliaan Buku Latihan Murid 9.3.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 9.3.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan pentadbir sekolah. 10.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 10.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan panitia. 10.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan serta usaha ke arah meningkatkan peratus mencapai tahap minimum(MTM) murid. 10.3. Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. 10.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan.


38 10.5. Penglibatan semua Guru Penolong kanan dan guru Bimbingan adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik. 11.0 PERKEMBANGAN STAF 11.1 Kursus Dalaman: 11.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai. 11.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. 11.1.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain. 12.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 12.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara . 12.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.


39 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK INDERAPURA TAHUN 2024 / 2025


40 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PENGENALAN Unit Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta penampilan mereka. Atas dasar inilah matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara. Kejayaan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin,sahsiah dan komitmen murid-muridnya.Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh bahagian HEM untuk memastikan matlamat sekolah tercapai.Kerjasama yang erat di antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.Tidak ketinggalan juga peranan ibu bapa / penjaga anak didik. MATLAMAT Menjadikan Unit Hal Ehwal Murid sebagai suatu organisasi yang sentiasa prihatin dalam hal pengurusan murid merangkumi bidang disiplin, kebajikan, bimbingan, keselamatan, kesihatan dan pembinaan insan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara ke arah melahirkan murid yang berpendidikan seimbang dari segi jasmani,rohani,mental dan sosial. OBJEKTIF Objektif utama Unit Hal Ehwal Murid ialah: 1. Memastikan semua murid mendapat layanan, kemudahan dan kebajikan yang saksama ke arah peningkatan kualiti pembelajaran di sekolah 2. Menerap dan menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid bagi melahirkan insan berilmu, beriman,berakhlak mulia,bersopan santun, berdisiplin,bertanggungjawab, ramah mesra dan saling hormat menghormati 3. Menentukan keselamatan murid terjamin dan berada dalam keadaan selesa semasa berada di sekolah 4. Sentiasa bersikap terbuka dan menjalinkan hubungan mesra dengan ibu bapa murid


41 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1.1 Semua guru dan kakitangan di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua murid. 1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat. 1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang. DASAR 2 : KEMASUKAN MURID 2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum, tanpa sekatan. 2.2 Setiap murid di sekolah ini akan didaftarkan ke dalam APDM dan buku rekod pendaftaran. 2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan kekosongan kelas. 2.4 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah”pada setiap masa. DASAR 3 : DISIPLIN MURID 3.1 Murid yang sering atau selalu melanggar “Peraturan Sekolah” akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. 3.2 Ibu bapa atau penjaga murid yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah 3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin 3.4 Ibu bapa atau penjaga, murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab diperlukan menulis surat kepada guru kelas DASAR 4 : KESELAMATAN MURID 4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari loceng pertama hingga tamat sesi persekolahan dan sepanjang masa kokurikukum dan program-program sekolah. 4.2 Semua murid akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful. DASAR 5 : KESIHATAN MURID 5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :- I. Pemeriksaan Gigi dan Mata / berat badan


42 II. Pemeriksaan Kesihatan Sekolah III. Program RMT IV. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan V. Ceramah dan kempen 5.2 Kebenaran diberikan kepada penjaga untuk membawa murid-murid yang sakit mendapatkan rawatan di hospital. 5.3 Murid yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan penjagaan yang sebaiknya di bilik rawatan. 5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes kecemasan yang kronik. 5.5 Pemeriksaan kesihatan seperti rambut, kuku dan sebagainya akan sering dilaksanakan. 5.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan. DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID 6.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah. 6.2 Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana-mana individu, kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid di sekolah ini. 6.3 Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua bentuk hebahan terhadap sebarang keburukan setiap individu murid di sekolah ini. 6.4 Pihak sekolah akan cuba membantu murid-murid yang cemerlang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat belajar yang lebih sempurna. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid SK Inderapura telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah :- 1.Memastikan murid di sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini. 2.Memastikan murid di sekolah ini sentiasa mematuhi Peraturan Sekolah. 3.Memastikan murid sekolah ini mengamalkan “Budaya Hidup Sihat”. 4.Memastikan murid sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru. 5.Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut :- I. Ponteng Sekolah / Kelas II. Buli / Merokok


43 III. Terlibat Dalam Pergaduhan /mencuri IV. Kelakuan Lucah V. Kurang Ajar atau Biadap VI. Merosakkan Harta Sekolah/Awam 6. Memastikan murid sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya. 7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh sekolah. 8. Memastikan murid sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta sekolah. 9. Menggalakkan murid sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR 1. Sistem Pendaftaran Pelajar 1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah . 1.2 Hari Orientasi dijalankan apabila sesi persekolahan telah dibuka. 1.3 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari Pendaftaran Murid adalah seperti berikut :- a) Pendaftaran Penjaga / Ibubapa b) Taklimat Sistem Pentadbiran Sekolah kepada ibu bapa atau penjaga. c) Pengagihan buku teks d) Program suai kenal di dalam kelas bersama guru kelas e) Memasukkan data murid ke dalam APDM & Rekod Pendaftaran Sekolah sebelum akhir bulan Mac ( murid tahun 1 dan murid baru sahaja ) 2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah 2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah. 2.2 Membuat pelantikan Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga Tahun 6. 2.3 Bilangan Pengawas Sekolah adalah 8% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa. 2.4 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :- a) Pencalonan dari guru kelas b) Temu duga oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah Kursus Pelaksanaan Tugas dan tanggung jawab c) Tempoh Percubaan sepanjang bulan Mac d) Kursus Kepimpinan Pengawas dan Majlis Watikah Pelantikan 2.5 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.


44 3. Pelaksanaan Program-Program Kesihatan 3.1 Memastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah menepati sasaran dan matlamat pelaksanaannya seperti berikut :- a) Bilangan murid yang terlibat b) Pemilihan murid yang tepat c) Penyediaan menu yang berkhasiat d) Pemantauan terhadap penyediaan makanan kepada pengusaha yang dilantik. 3.2 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya WAKTU REHAT secara berfaedah seperti berikut :- a) Cukup masa untuk persediaan menjamu selera b) Berinteraksi dengan kawan-kawan c) Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya d) Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari Pusat Sumber 3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :- a) 3.3.1 Pemeriksaan Mata / Berat badan b) 3.3.2 Pemeriksaan Gigi c) 3.3.3 Pemeriksaan Kuku dan Rambut d) 3.3.4 Pemeriksaan Kesihatan oleh Unit Kesihatan Sekolah 3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sekolah sentiasa bersih. 3.4.1 Pekerja kantin mendapatkan suntikan dari Jabatan Kesihatan dan bilangan pekerja yang mencukupi berpadanan dengan jumlah murid. 3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti mematuhi buku peraturan kantin yang dikeluarkan oleh KPM. 3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri. 3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan dan diselenggara dengan baik. 3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :- a. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas b. Gotong-royong mengutip sampah dan masukkan ke dalam tong sampah secara spontan bila menjumpainya. c. Menerapkan amalan-amalan terpuji mengenai penggunaan tandas 4. Mempertingkatkan Peranan Guru-guru. 4.1 Guru perlu sentiasa memberikan layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil. 4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK bukan MENGHUKUM. 4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN berdasarkan : Surat Pekeliling Ikhtisas bil .10 /2001 ,iaitu semua guru adalah guru disiplin. Semua guru berperanan menyelesaikan masalah disiplin yang ringan.


45 DASAR PENGURUSAN KO KURIKULIM SK INDERAPURA TAHUN 2024 / 2025


46 DASAR PENGURUSAN KO KURIKULUM KPI KO KURIKULUM SESI 2024/2025 ▪ Mencapai sasaran 100% lulus PAJSK dan 1.00% murid Tahun 6 mendapat gred A dalam PAJSK ▪ Mencapai sasaran skor operasi SKPM Kualiti@Sekolah Standard 3.2 adalah 85% ▪ Mencapai sasaran kehadiran murid 85% dalam aktiviti kokurikulum dan sukan ▪ Mendapat tempat 5 teratas dalam pertandingan ko akademik peringkat daerah Jerantut ▪ 2 orang murid terpilih mewakili daerah Jerantut ke pertandingan peringkat negeri bagi kategori permainan catur ▪ 3 orang murid dipilih mewakili daerah Jerantut ke pertandingan peringkat negeri bagi kategori permainan bola sepak ▪ Mendapat 1 Pingat Emas dalam penyertaan di kejohanan MSSM Zon Damak ▪ Mendapat kedudukan dalam kelompok 15 peserta terbaik bagi penyertaan merentas desa peringkat daerah Jerantut ▪ Layak ke peringkat separuh akhir bagi kejohanan Bola Sepak MSSM Zon Damak MATLAMAT KO KURIKULUM Unit KoKurikulum SK Inderapura memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi mental,fizikal dan emosi ke arah kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi


47 OBJEKTIF KO KURIKULUM ❖ Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan ❖ Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan muid semasa melaksanakan pengurusan persatuan /kelab /unit beruniform dan semasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum serta dalam pertandingan yang sesuai dengan program ❖ Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum ❖ Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ❖ Melahirkan murid yang bersahsiah tinggi yang berakhlak,beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa ❖ Memantapkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara ❖ Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian kokurikulum dan sukan pada peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa ❖ Meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dari segi pematuhan ketetapan , perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kokurikulum sekolah ❖ Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan pelibatan murid secara menyeluruh dan mengukuhkan pembelajaran dalam bilik darjah


48 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum adalah orang yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya membantu Guru Besar memastikan semua aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkat sekolah dilaksanakan serta mengurus penyertaan murid/pasukan sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 1.2. Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti Kokurikulum & Sukan dikenali dengan gelaran 1.2.1 Guru Penasihat/Pemimpin (guru kelab/persatuan/permainan) 1.2.2 Guru Pegiring (jika mengiring murid menyertai aktiviti sekolah/negeri) 1.2.3 Jurulatih /guru pembimbing kokurikulum dan sukan sekolah 1.2.4 Jurulatih Utama Kokurikulum/Sukan Negeri (JU) 1.2.5 Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Kokurikulum Negeri (PTPK) 1.2.6 Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Negeri (PTPS) 1.2 Semua guru adalah terlibat dan menjadi guru penasihat dalam: 1.2.1 Kelab dan Persatuan . 1.2.2 Pasukan Badan Beruniform . 1.2.3 Sukan dan Permainan . 1.2.4 Kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh menteri. 1.3 Semua guru penasihat perlu melaksanakan perkara-perkara berikut : 1.3.1 Memastikah semua bidang kokurikulum dan sukan dilaksanakan. 1.3.2 Menggubal perlembagaan kelab dan persatuan yang ada di sekolah. 1.3.3 Memastikan kelab dan persatuan berdaftar dengan badan induk. 1.3.4 Mempunyai tauliah yang sah daripada badan induk. 1.3.5 Melantik Jawatankuasa setiap unit di bawah kawalan. 1.3.6 Mendaftar murid dengan badan induk. 1.3.7 Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/aktiviti. 1.3.8 Melaksanakan aktiviti harian,mingguan dan tahunan. 1.3.9 Menyimpan rekod pelibatan dan pencapaian murid. 1.3.10 Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi jumlah dan peratus pelibatan murid mengikut kelab dan persatuan. 1.3.11 Menyediakan Pelaporan Tahunan. DASAR 2 : PENYERTAAN MURID 2.1 Semua murid sekolah rendah Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut : 2.1.1 Kelab dan Persatuan 2.1.2 Pasukan Badan Beruniform 2.1.3 Sukan dan Permainan 2.2 Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah rendah (mengikut SPI bil 2/2007) 2.2.1 Tahun 3 dan 4, 60 minit seminggu 2.2.2 Tahun 5 dan 6, 120 minit seminggu


49 2.3 Semua murid Tahun 3, digalakkan menyertai ketiga- tiga bidang di atas dengan kebenaran Ibu bapa. 2.4 Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah 2.5 Semua murid diwajibkan hadir semasa kegiatan dijalankan: 2.5.1 Pasukan Badan Beruniform 2.5.1.1 12 Kali perjumpaan atau lebih setahun (Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia) 2.5.1.2 12 Kali perjumpaan atau lebih setahun (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia) 2.5.2 Kelab dan Persatuan - 12 kali perjumpaan atau lebih setahun 2.5.3 Sukan dan permainan – 12 kali perjumpaan atau lebih setahun. DASAR 3 : HARI RABU HARI KOKURIKULUM 3.1 Semua kegiatan /aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari Rabu di dalam/luar waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP). 3.2 Semua murid wajib memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap mengikut unit masing-masing semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) (SPI bil 8/2007). 3.3. Sebelum atau selepas sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP), semua murid diwajibkan memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap ATAU pakaian aktiviti mengikut unit yang telah dijadualkan pada hari tersebut. 3.4 Sebelum atau selepas sesi persekolahan semua guru diminta memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap ATAU pakaian aktiviti mengikut unit yang telah dijadualkan pada hari tersebut. 3.5 Perjumpaan Kokurikulum mesti diadakan pada setiap hari Rabu. 3.6 Pihak sekolah boleh membatal/menangguhkan perjumpaan/aktiviti atas arahan Pengarah, dan Guru Besar sebab berikut : ▪ Cuaca buruk ( hujan lebat, ribut petir, banjir dan sebagainya). ▪ Ada aktiviti utama yang berlangsung di sekolah. ▪ Cuti khas yang diumumklan oleh kerajaan. 3.7 Notis/pengumuman mengenai hari perjumpaan/aktiviti hendaklah dibuat sekurang- kurangnya 2 hari lebih awal. Ini memberikan tempoh masa yang cukup kepada ibubapa/penjaga merancang pengangkutan dan makan anak/jagaan masing-masing. 3.8 Sekiranya hari perjumpaan/aktiviti hendak dibatalkan/ditunda, maka notis/ mengenai pembatalan mestilah dimaklumkan kepada murid sekurang-kurangnya 1 hari sebelum hari perjumpaan/aktiviti.Pihak sekolah tidak dibenarkan membuat pengumuman pada hari yang sama di mana perjumpaan/aktiviti akan diadakan, kerana pemberitahuan secara mengejut, akan menimbulkan masalah keselamatan, disiplin dan pengurusan pengangkutan murid-murid.


50 DASAR 4 : AKTIVITI PERINGKAT NEGERI, KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA. 4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sama ada di bawah kelolaan kementerian, jabatan dan agensi luar mestilah mendapat kelulusan pengarah. 4.2 Permohonan untuk penyertaan mestilah sekurang-kurangnya : 4.2.1 Dua minggu sebelum tarikh program untuk peringkat negeri, 4.2.2 Satu bulan untuk peringkat kebangsaan 4.2.3 Tiga bulan untuk peringkat antarabangsa. 4.3 Tujuan penyertaan mestilah atas dasar memberi peluang penyertaan, penglibatan dan pendedahan di kalangan murid dan bukannya atas tujuan sebagai memeriahkan atau meramaikan acara/program. 4.4 Setiap 10 orang murid atau kurang mesti diringi oleh seorang guru pengiring/pembimbing (nisbah 10:1) dan sekiranya ada murid perempuan mesti diringi oleh guru perempuan. 4.5 Murid mestilah mendapat kebenaran ibubapa/penjaga secara bertulis. 4.6 Guru pengiring/pembimbing mesti menjaga kebajikan dan keselamatan murid termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat program. 4.7 Pihak penganjur bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan sepanjang tempoh program dijalankan. 4.8 Guru pengiring /pembimbing wajib bersama-sama murid sepanjang masa semasa aktiviti . 4.9 Penyertaan dan penglibatan murid di peringkat negeri mestilah tidak melibatkan waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP). Sekiranya melibatkan waktu tersebut, pihak pengelola/penganjur mestilah mendapatkan kebenaran pengarah. DASAR 5 : PENILAIAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN 5.1 Penilaian pencapaian kokurikulum dan sukan murid wajib dibuat sepanjang tempoh persekolahan. Penilaian di sekolah rendah merangkumi tahun 4,5 dan 6 (Tempoh 3 tahun persekolahan) . 5.2 Penilaian kokurikulum dan sukan murid hendaklah dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu penilaian markah 10% ke IPTA (Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian) dan Sistem (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK), Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia 5.3 Sekolah hendaklah menyedia dan menyerahkan pelaporan bertulis pencapaian kokurikulum dan sukan murid kepada ibubapa setiap akhir tahun. 5.4 Sekolah hendaklah menyimpan rekod kokurikulum dan sukan murid dengan baik dan teratur untuk tujuan rujukan, pemantauan dan penilaian.Jika ada murid berpindah dari


Click to View FlipBook Version