PENGENALAN Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM Kebangsaan) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-002-10-27052013. PSSGM Kebangsaan merupakan salah satu dari badan pendiri (pengasas) untuk Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). PSSG Sarawak telah diberi mandat untuk menjalankan aktiviti persilatan Silat Seni Gayong Malaysia di bumi Kenyalang dengan membawa identiti Sarawak. Selain di Sarawak, pertubuhan ini juga mempunyai cawangan-cawangan di seluruh negeri di Malaysia. Malahan, Silat Seni Gayong Malaysia juga telah melebarkan sayapnya sehingga ke Australia, Tunisia, Kuwait, Yaman, Amerika Syarikat, Belanda, Perancis, United Kingdom, Sepanyol dan beberapa gelanggang di negara - negara lain. Bersifat domestik dan serantau, bercirikan kebudayaan tradisional masyarakat Melayu, merupakan elemen yang terkuat yang ada di dalam Silat Gayong yang membolehkan ianya di pelajari sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Keahlian PSSGM Kebangsaan adalah seramai 2 juta orang di seluruh Malaysia dengan di Sarawak seramai lebih dari 5000 orang ahli yang berdaftar. Di Sarawak, Silat Seni Gayong telah berkembang pesat selari dengan usia penubuhannya. Terdapat 7 bahagian yang mempunyai Silat Gayong iaitu, bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. Matlamat dan cita-cita Silat Seni Gayong adalah untuk menghidup dan mengembangkan ilmu persilatan warisan daripada pengasas dan penciptanya iaitu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md Hashim. Ianya juga bertujuan untuk membina sahsiah dan gaya kepimpinan melalui penerapan disiplin ilmu persilatan Melayu yang merupakan lambang kehebatan dan kemegahan bangsa Melayu pada zaman dahulu. Kaedah persilatan yang moden yang disemai di dalam pertubuhan ini, menyebabkan ianya menjadi pilihan buat remaja pada masa kini kerana tidak terikat kepada budaya jumud dan bersifat setempat serta khurafat. Kaedah sains sukan diperkenalkan dengan selari dengan perkembangan sukan di dalam Silat Seni Gayong. Dikategorikan juga sebagai sukan dalam masa yang sama merupakan satu organisasi yang bersifat warisan kebudayaan malahan juga diangkat sebagai satu unit badan Uniform sekolah di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK) yang mesti diikuti untuk memastikan sahsiah diri pelajar dibentuk dengan disiplin dan tradisi budaya. Ianya menjadi pilihan untuk sekolah-sekolah kerana segalanya lengkap di dalam Silat Seni Gayong yang telah diatur oleh Cikgu Muhammad Khawar Hezazy di Negeri Sarawak. Selain itu, Silat Gayong juga menekankan penghayatan akidah Islam di mana syariat Islam dijadikan panduan dalam membina modal insan yang mempunyai iman yang teguh dan mantap. Penerapan nilai-nilai murni menjadi tumpuan dalam setiap aktiviti dan latihan yang dijalankan oleh pihak pertubuhan. Oleh itu, pihak kami juga berpegang teguh kepada prinsipprinsip perpaduan di dalam negara serta mewajibkan pelajar untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Persatuan Silat sekolah wajib menyertakan Sijil Pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (Akta Pembangunan Sukan 1997, (APS)
sebagai bukti untuk mengesahkan bahawa Persatuan tersebut adalah berdaftar dengan salah satu agensi ini. Ini termaktub di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1992. Silibus yang disusun dengan rapi dan sistem bengkung yang berperingkat-peringkat menjadi elemen yang menyebabkan Silat Seni Gayong boleh diterima sehingga ke peringkat antarabangsa. Setiap peringkat silibus akan diakhiri dengan ujian kenaikan bengkong dan akan diuji oleh gurulatih Silat Seni Gayong Malaysia yang bertauliah. Silibus Silat Gayong ini terbukti membina jati diri pesilat yang berdisiplin sama ada di arena tempatan malahan di arena antarabangsa. Ramai jaguh silat yang dilahirkan melalui sistem silibus Silat Gayong yang telah menyumbangkan kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam Silat Olahraga. Selain itu, Silat Gayong juga telah membantu ramai pesilatnya untuk menyertai badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia dan agensi-agensi beruniform yang lain. Sebagai penyambung wardah kepada kesinambungan warisan budaya bangsa, Silat Seni Gayong ingin menjadi satu organisasi yang akan menjadi model ikutan dalam bab-bab pengurusan organisasi yang berteraskan kepada seni budaya dan sukan di Sarawak khususnya. Sebab itu, perlu ditekankan kembali bahawa kehadiran Silat Seni Gayong di Sarawak bukanlah menjadi pesaing kepada silat-silat yang ada di Sarawak, SSG ini lebih kepada pembentukan sahsiah diri dan membantu perkembangan pelajar supaya terus mempertingkatkan akhlak dan sahsiah diri dengan disiplin yang telah diterapkan di dalam latihan dan juga pengurusan organisasi. Kita ingin melahirkan pesilat yang berjaya mengurus dan memimpin pertubuhan serta mampu membimbing diri dan masyarakat selari dengan kehendak syariat agama supaya tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral. Pertubuhan ini juga berfokus kepada penyatuan bangsa-bangsa melalui persilatan.
SEJARAH PENUBUHAN SILAT SENI GAYONG 2.1 Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Md Hashim Pengasas perguruan Silat Seni Gayong Malaysia adalah Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, cucu kepada Daeng Kuning. Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah satu daripada lima adik-beradik anak raja Bugis yang mendarat di Tanah Melayu bagi mencari tempat untuk memulakan penghidupan baru. Tempat pendaratan mereka pada ketika itu disebut sebagai Pengkalan Aur yang mana kini lebih dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Baginda terus menetap di situ sementara yang lainnya meneruskan pengembaraan mereka. Daeng Kuning mangkat di Taiping dalam tahun 1875. Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, waris keturunan Daeng Kuning telah dilahirkan di Taiping pada 17 Ogos 1915. Beliau mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada datuknya, Syed Zainal Abidin Al-Attas. Syed Zainal atau Tuk Jenai pada ketika itu adalah seorang penghulu di Pekan merupakan seorang pendekar Pahang yang terkenal dengan perjuangannya menentang penjajahan Inggeris bersama-sama Allahyarham Mat Kilau, Dato’ Bahaman (orang Kaya Semantan) dan rakanrakannya. Beliau telah berundur dan berkeluarga di Taiping hinggalah dikurniakan beberapa orang anak, diantaranya Syarifah Alauyah iaitu ibu kepada Dato’ Mahaguru Meor Abdul Rahman. Setelah ilmu persilatannya dikhatamkan, Dato’ Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Ketika berumur 19 tahun, beliau telah dipanggil menunjukkan kebolehannya di hadapan Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Alang Iskandar di Istana Bukit Chandan dan diberi gelaran Panglima Sendo Perak (The Invincible Warrior of Perak) dan tinggal di istana buat beberapa ketika sehingga baginda mangkat pada tahun 1938. Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dalam bidang persilatan turut menyerlahkan dirinya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 1938. Beliau merupakan anak Melayu pertama ditugaskan sebagai jurulatih seni mempertahankan diri kepada Signal Corps dibawah pemerintahan Lt. Kol Pope di Gullman Barrack, Singapura. Kerana tidak mahu dirinya dijajah, beliau berundur ke Pulau Sudong, 12 km dari Singapura dalam tahun 1941 apabila tentera Jepun menyerang Singapura. Disinilah kali pertama Silat Seni Gayong mula diperkenalkan kepada sekumpulan tujuh orang belia, iaitu pada 17hb Februari 1942 jam 11.00 pagi. Di pulau tersebut dan pulau-pulau sekitarnya, beliau telah membuktikan kepintaran dan keberaniannya memperdaya, menewaskan tentera Jepun serta melindungi penduduk di pulau tersebut. Atas kegigihan beliau, maka merebaklah pengaruhnya hingga Silat Seni Gayong berkembang ke pulau-pulau Indonesia, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Diatas jasanya yang cemerlang ketika bertugas di cawangan jenayah serta sumbangannya kepada Kerajaan British ketika menentang pendudukan Jepun di Singapura dan Malaya, beliau telah dikurniakan pingat King George V oleh baginda Ratu Elizabeth yang mana pada ketika itu Dato’ Meor Abdul Rahman telah pun menjadi anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah, Singapura.
Dato’ Meor Abdul Rahman terus gigih mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh Tanah Melayu dan Singapura bermula dari tahun 1948. Setelah bersara dari pasukan polis, beliau telah menubuhkan Seni Gayong School di Woodland, Singapura pada 3 Disember 1960. Pada tahun 1959, Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar, pengasas UMNO dan penentang Malayan Union telah masuk menjadi ahli Silat Seni Gayong. Memandangkan sambutan terhadap seni silat ini begitu menggalakkan, beliau mencadangkan supaya ianya didaftarkan. Hasil usaha nasionalis Melayu ini serta Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri, seni silat ini telah berjaya didaftarkan di Johor bahru pada 22hb Oktober, 1963 (No. Pendaftaran 361) atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Ianya merupakan pertubuhan silat yang pertama sekali berdaftar dan kini merupakan perguruan silat terbesar di Malaysia. Silat Seni Gayong terus berkembang pesat di Semenanjung Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Meor Abdul Rahman. Usaha dan pengorbanannya mengembangkan seni silat ini telah dirakam oleh Paduka Seri Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Idris dengan pengurniaan pingat Darjah Paduka Cula Si Manja Kini (DPCM) yang membawa kepada gelaran Dato’. Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim mangkat di Taiping pada 23hb Jun 1991 ketika berusia 76 tahun dan dikuburkan di Taiping Perak.
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Seterusnya, pada tahun 2012, pendaftaran telah ditukar semula kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara selaras dengan kehendak Pesuruhjaya Sukan untuk memfokuskan kepada perkembangan sukan dan bukannya kepada warisan budaya dan bangsa. Dan silat pula terletak pada kesenian dan kebudayaan. Sehubungan dengan itu, pendaftaran PSSGM beralih ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara untuk memfokuskan kepada kesenian dan kebudayaan dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Nombor pendaftaran baharu adalah PPM-002-10-27052013. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktivitiaktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Di samping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia. Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum syara’. Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanaan protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaranpelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak ditubuhkan pada bulan Disember tahun 2002 oleh Cikgu Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman bertempat di No 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, 93050, Kuching Sarawak. Gelanggang pertama Silat Seni Gayong Malaysia di Sarawak ialah Gelanggang Petra Jaya. Silat Seni Gayong Sarawak secara rasminya diterima pendaftarannya pada Januari 2008 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara dengan nama pada pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Kuching. Penubuhan cawangan ini adalah untuk memastikan perjalanan Silat Seni Gayong di Sarawak berjalan dengan lancar dan sah di sisi undang-undang. Pertubuhan Silat Seni Gayong Kuching telah bergabung dengan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dan membentuk Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Sarawak. Pada tahun 2012, pendaftaran Silat Seni Gayong Sarawak ditukar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan, di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Setelah itu, pendaftaran Silat Seni Gayong Sarawak dipindahkan kembali kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada tahun 2018 dan dijenamakan baharu dengan Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak. Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak (PSSGS) didaftarkan secara rasmi pada 12 Oktober 2008 beralamat di No. 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, Kuching, Sarawak. Ianya tertubuh secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak dengan nombor pendaftaran 2077-08-SWK. Nama asal pertubuhan ini adalah Pertubuhan Silat Seni Gayong Kuching (PSSGK). Pertubuhan ini (PSSGK) didaftarkan untuk memastikan segala perjalanan dan pengurusan pentadbiran supaya lebih telus yang paling penting sebagai pertubuhan yang berdaftar dan sah disisi undang-undang. Pada Ketika ini pertubuhan induk yang berpusat di Kuala Lumpur iaitu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) telah didaftarkan di PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran APS 149/1998. Seharusnya, sebagai sebuah pertubuhan cawangan bertaraf negeri; PSSGK, mengikut perundangan perlu membuat pendaftaran cawangan kepada induk iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang merupakan pertubuhan induk bagi Silat Seni Gayong Malaysia. Namun, mengikut undang-undang yang berkaitan dengan AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 tidak terpakai untuk Sabah dan Sarawak sehinggalah tahun 2011. Untuk membolehkan perjalanan Silat Seni Gayong bergerak secara sah, maka pendaftaran di JPPM ini penting supaya pertubuhan dapat merangka operasi dan melicinkan pentadbiran dan yang paling penting ialah pendaftaran ini menjadi titik tolak kepada tertubuhnya Silat Seni Gayong di Bumi Sarawak yang diusahakan sendiri oleh anak jati Sarawak. Signifikannya, beberapa usaha untuk menubuhkan Silat Seni Gayong Malaysia secara undang-undang di Sarawak oleh beberapa individu lain, namun tidak mendapat sambutan.
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING merupakan jenama PSSGM di Sarawak pada ketika itu yang berjaya ditubuh julung-julung kalinya sejak tahun 1970-an seperti yang diramalkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman Bin Uda Md Hashim. Ini adalah penghormatan untuk anak Sarawak dari anak Sarawak sendiri. Dari tahun 2008 ke 2010, terdapat 5 cawangan Silat Seni Gayong Malaysia iaitu, Gelanggang Khalifah Besar (Kuching), Gelanggang SMK Matang hilir (Kuching), Gelanggang Universiti Malaysia Sarawak (Samarahan), Gelanggang UNIMAS Kampus Bandar Kuching (MEDIC) dan Gelanggang SMK Riam (Miri). Pada penghujung tahun 2010, salah seorang dari anak murid Cikgu Muhammad Khawar, iaitu Cikgu Abdul Azami, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Riam, Miri telah membuka sebuah gelanggang silat di sekolah tempat beliau mengajar atas kapasiti persatuan ko-kurikulum sekolah. Oleh kerana mempunyai 3 cawangan bertaraf bahagian dalam Sarawak, maka usaha untuk menggerakkan pertubuhan ini dilakukan dengan mendaftar pertubuhan ini bertaraf negeri dilakukan dengan bantuan Setiausaha Agung PSSGM pada Ketika itu, Tuan Haji Anuar Abdul Hamid. Kebetulan, pada ketika itu, pemakaian Akta Pembangunan Sukan telah boleh digunapakai untuk Sabah dan Sarawak setelah beberapa pindaan dilakukan. Oleh itu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SARAWAK ditubuhkan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran 4228/2011 pada 20 Jun 2011. Pada tahun 2013, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SARAWAK telah dibatalkan berikutan dengan arahan dari Pesuruhjaya Sukan untuk meletakan SEMUA PERTUBUHAN SILAT berstatus WARISAN DAN BADAN KEBUDAYAAN yang perlu didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Silat Seni Gayong Sarawak telah kembali menggunakan pendaftaran PSSGK untuk memastikan Silat Seni Gayong boleh bergerak secara sah. Proses pemindahan PSSGM Sarawak dari Akta Pembangunan Sukan 1997 tidak dapat dilaksanakan disebabkan berlaku pertikaian kepimpinan peringkat kebangsaan yang menyebabkan PSSGM pusat terbahagi kepada 2 paksi iaitu PSSGM yang didaftarkan oleh En. Ismail Jantan dan PSSGM Kebangsaan di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Adiwjiaya Abdullah. Bagi mengelak sebarang provokasi, maka pada tahun 2017, mesyuarat Agung PSSGK telah diadakan di Penview Hotel, bersetuju untuk kembali berpandu kepada pendaftaran asal pertubuhan ini iaitu PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING. Pada mesyuarat agung itu juga, semua perwakilan bersetuju untuk meminda beberapa fasal dalam perlembagaan. Di antara pindaan tersebut adalah meminda nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Kuching kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak. Keperluan kepada bangsa Sarawak dan pertubuhan yang berideologi Sarawak perlu diperkukuhkan supaya pertubuhan ini mempunyai identiti tersendiri dengan menjunjung amanah dan warisan Pencipta dan Pengasas Silat Seni Gayong. Selain itu, ledakan penerimaan masyarakat Sarawak terhadap Silat Seni Gayong yang di luar jangkaan juga telah menyebabkan perkembangan Silat Seni Gayong ini tidak hanya tertumpu di Bahagian Kuching sahaja, malah 7 bahagian dalam Sarawak sudah ada Silat Seni Gayong bertapak. Bahagian tersebut adalah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman,
Betong, Sarikei, dan Bintulu. Dengan pindaan baru ini, nombor pendaftaran telah bermigrasi iaitu ke PPM – 01 – 13 – 12102008.
ORGANISASI SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN Secara umunya, pentadbiran PSSGM Kebangsaan dan PSSGMK Sarawak ditadbir oleh Majlis Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Perwakilan dilantik di peringkat cawangan sebelum bermesyuarat di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Ahli-ahli yang dilantik kebiasaannya merupakan ahli yang senior dan juga ahli yang dihormati oleh pesilat gayong di seluruh negara dan negeri. Pemilihan ahli ini juga melalui prinsip demokrasi dan diundi mengikut bilangan perwakilan. Majlis Eksekutif pula dibantu oleh dua badan yang berlainan fungsi iaitu Lembaga Beradat dan juga Majlis Gurulatih. Lembaga Beradat berfungsi menjaga bab adat istiadat di dalam Silat Seni Gayong. Semua permasalahan dan perselisihan berkaitan dengan adat, isu-isu agama Islam akan dibincangkan di dalam Lembaga Beradat ini. Lembaga ini juga berfungsi melantik dan mentauliah wakil-wakil adat di seluruh negara. Majlis Gurulatih berfungsi menjaga silibus dan juga pelajaran di dalam Silat Seni Gayong. Majlis ini juga berperanan menjaga keaslian silibus supaya tidak dicemari dengan elemen tokok-tambah. Selain itu, majlis ini juga akan melantik dan mentauliah gurulatih yang berkebolehan di dalam mengajar Silat Seni Gayong.
ADAT ISTIADAT SILAT SENI GAYONG 3.1 Adat Perlimau Sintuk Tapak & Seni “Adat Bersendikan Syarak, Syarak bersendikan Kitabullah.” Begitulah yang disyaratkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Silat Seni Gayong. Pentadbir Silat Seni Gayong telah berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memastikan setiap adat dan istiadat dilakukan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan agar tidak bercanggah dengan akidah Islam. (http://www.islam.gov.my/images/garispanduan/garis_panduan_silat_menurut_islam.pdf) SILAT SENI GAYONG adalah bersendikan adat. Maka setiap mereka yang ingin menjadi murid dan bergelar anak Gayong seharusnya menjalani upacara mandi perlimau tapak untuk memenuhi syarat penerimaan sebagai murid Gayong. Mereka yang ingin menjalani mandi perlimau tapak perlu menyediakan beberapa bahan termasuklah sejumlah duit sebagai bayaran atau pengeras atau boleh juga disebut sebagai mahar adat. Kesemua bahan yang digunakan tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak menyalahi akidah sebagai seorang Islam. Setiap bahan yang digunakan mempunyai sebab-sebab tertentu. Bagi menjelaskan perkara ini, [need quotation] Adat mandi Perlimau Tapak hanya dikhaskan untuk pesilat lelaki manakala bagi pesilat perempuan mereka perlu menjalani adat Perlimau Seni. Bahan-bahan yang digunakan pula ialah seperti berikut :- MANDI PERLIMAU TAPAK MANDI PERLIMAU SENI · Limau nipis · Akar sintuk · Asam jawa · Garam halus · Pisang emas · Beras kunyit/putih · Biji bertih · Limau nipis · Akar sintuk · Asam jawa · Garam halus · Pisang emas · Beras kunyit/putih · Biji bertih · Sireh dan ramuan · 7 jenis bunga wangi berlainan jenis Rasional penggunaan bahan-bahan ini adalah seperti berikut:
1. Limau nipis dan akar sintuk Bahan ini bersifat menyuci. Digunakan oleh orang Melayu tradisional untuk menyucikan badan daripada kotoran misalnya daki. 2. Asam jawa dan garam halus Untuk dimakan oleh pesilat sebagai simbolik kepada susah-payah mempelajari ilmu persilatan. 3. Pisang emas Untuk dimakan oleh pesilat sebagai simbolik kepada kemanisan setelah memperolehi ilmu persilatan yang sangat susah dan memeritkan. 4. Tujuh (7) jenis bunga wangi berlainan jenis Untuk dibuat mandi bunga. Pesilat akan mendapat khasiat daripada bunga yang harum lagi bersih setelah mandi bunga. Bunga juga mempunyai pati dari segi kimianya yang lebih asli berbanding dengan bahan-bahan mandian yang bersifat kimia tak organik. Bagi pelajar yang was-was berkaitan dengan penggunaan bunga ( adakalanya fikiran negatif orang Melayu yang menganggap mandi bunga adalah syirik dan khurafat), boleh menggunakan mandian yang dibeli di kedai dan selepas digunakan harus diserahkan kepada senior yang mengawas sebagai tanda penghargaan. 5. 7 bilah dan 21 bilah jarum Simbolik kepada pelajaran tapak Gayong dan jenis-jenis senjata yang bakal dipelajari. Selain itu, ianya lebih bersifat simbolik kepada setiap pergerakan akan menyebabkan seluar atau pakaian akan koyak. Jadi, jarum-jarum ini adalah sebagai simbolik, jika berlaku perpecahan dalam silat, haruslah segera kembali kepada perpaduan. 6. Biji bertih Ini adalah bekalan kesateria atau pendekar Melayu zaman dahulu ketika merantau. Bertih menggantikan beras/nasi ketika dalam perjalanan jauh. Begitu juga dengan bertih jagung yang digunakan sebagai makanan komersial. Namun, para ilmuwan melayu memilih menggunakan bertih beras kerana sifatnya yang tidak manis dan tidak memudaratkan tubuh badan. 7. Sirih & ramuan Sirih yang bertemu urat, dimakan sebagai salah satu pengubatan alternatif buat kaum Hawa untuk penjagaan kesihatan. Sirih biasanya digunakan di dalam adat melayu pada zaman dahulu sebagai makanan jemput-jemput kepada tetamu yang bertandang. Jika pelajar alah kepada sireh, maka bahan ini boleh diabaikan. Dalam upacara ini, mereka perlulah dalam keadaan bersih daripada hadas kecil dan besar (dalam keadaan berwuduk). Bagi pelajar wanita yang sedang haid, dinasihatkan untuk menangguh majlis ini sebelum mandi junub.
Pada peringkat mandi perlimau tapak, pesilat hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja. Bagi mandi perlimau seni pula, pelatih boleh mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mereka mampu. 3.2 Adat Membuka Gelanggang dan Adap Semasa Bergelanggang Dalam Silat Seni Gayong, sebelum memulakan sebarang latihan silat mempunyai adab dan adat tertentu iaitu disarankan kepada anak Gayong untuk "membuka gelanggang" terlebih dahulu. Upacara buka gelanggang ini memerlukan semua anak-anak Gayong yang ingin memulakan latihan berkumpul bersama-sama dalam 1 jemaah untuk berdoa dan memohon agar ALLAH SWT memberikan Kerahmatan dan Melindungi diri daripada segala ancaman dan niat khianat sekalian manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu jahat dan sifat mazmumah daripada diri pesilat-pesilat. Bagi pesilat yang bukan beragama Islam, adat ini masih diteruskan dengan memberi izin kepada pesilat tersebut untuk berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Seseorang selaku imam gelanggang yang dipilih mengikut senioriti akan memimpin buka gelanggang ini dan menyuruh pesilat-pesilat membuat formasi dalam bentuk bulatan dan serentak duduk berlutut dan kedua penumbuk menyentuh tapak gelanggang. Selain formasi bulatan, terdapat juga formasi barisan dan formasi menghadap (balairung) mengikut kesesuaian. Bacaan dalam Adat Membuka dan menutup Gelanggang adalah seperti berikut: 1. Surah Al-Fatihah -1X 2. Surah Al-Ikhlas -11X 3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW -3X Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang: 1. Tidak meludah sembarangan di dalam gelanggang 2. Tidak memakai alas kaki 3. Tidak bergurau senda 4. Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang 5. Menghormati rakan-rakan dalam latihan 6. Tidak makan atau minum selagi tidak dibenarkan. 7. Tidak memakai pakaian yang menjolok mata/terang Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok semasa menikmati juadah atau makanan. Jika dilihat dan diamati dari tertib ini ia mengajar anak-anak Gayong untuk menghormati antara satu sama lain, berdisiplin , mengelak sengketa selepas latihan dan mengeratkan silaturahim. Belajar silat dalam erti yang sebenarnya bukan untuk mencari gaduh tetapi untuk mengeratkan hubungan sesama saudara kita dengan meletakkan gurulatih sebagai orang yang mulia sesuai dengan kehendak al-Quran yang meletakkan orang berilmu sebagai penyambung lidah nabi s.a.w.
Sistem Pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia Silat Seni Gayong Malaysia adalah satu-satunya silat bangsa Melayu yang mempunyai silibus yang disusun rapi dengan menggunakan bengkung berwarna sebagai sistem mengukur prestasi atau pencapaian pesilat. Tan Sri Mubin Sheppard seorang pengkaji budaya Melayu yang ternama telah menulis dapatannya dalam sebuah buku terbitan awal tahun 1970-an hasil pemerhatian selama beberapa tahun berkenaan dengan lengkapnya sistem pengajaran Silat Seni Gayong ini yang bermula dari asas menjadi satu gerakan yang kompleks. Pada tahun 1989, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk menyusun semula silibus pelajaran latihannya bagi menyesuaikan langkah untuk mengembangkan kegiatannya di sekolah menengah secara agresif. Tuan Haji Mohd Anuar Hj Abdul Hamid, Tuan Haji Mohd Sani bin Morni, Encik Mohamed Faid bin Musa dan Encik Rasol bin Abdul Ghani, telah diminta oleh Allahyarham Tuan Haji Mohd Razali bin Salleh, YDP PSSGM Selangor ketika itu, untuk mengkaji dan mengemaskan silibus pelajaran yang sedia ada dan melengkapkannya untuk tujuan tersebut. Silibus pelajaran Silat Gayong Malaysia yang diajar di sekolah pada hari ini merupakan evolusi dari usaha tersebut. Susunan pelajaran ini mengambil kira faktor permainan senjata tidak digalakkan di sekolah, pelajaran yang diajar perlu menarik dan dapat mengekalkan minat murid secara berterusan dan jangan ada ‘rahsia atau hak kita’ terlepas kepada orang lain. Maka silibus pelajaran PSSGM Selangor di sekolah dan remaja telah diatur supaya kemahiran dari peringkat Asas sehingga Pelangi Merah Cula 3 tiada pelajaran senjata diberi. Pelajaran tangan kosong dilengkapkan sepenuhnya dari aspek gerakan asas, gerakan asas elakkan, gerakan golongan dan permainan pentas. Pelajaran Kunci Mati diajar sebagai pelajaran di peringkat bengkung Pelangi Merah Cula 1 sebagai langkah pelajaran ‘rahsia atau hak kita’ ini tidak diberikan terlalu awal, sebaliknya pelajaran Kombat diperkenalkan dari peringkat bengkung Awan Putih. Dengan susunan yang sebegini rupa pesilat lelaki dan pesilat wanita diajar dengan pelajaran yang hampir sama (rujuk Susunan Pelajaran) dari peringkat bengkung Asas sehingga Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti 5. Perbezaannya ialah di peringkat latihan lompatan, pesilat lelaki dikehendaki membuat variasi lompatan yang pelbagai berbanding dengan pesilat wanita kerana faktor keselamatan dan kesihatan. Berasaskan susunan ini setiap pesilat boleh menguasai pelajaran dalam tempuh 48 jam sebelum diuji untuk kenaikan bengkung dan jika latihan diberi tumpuan sepenuhnya, seorang pesilat boleh menjalani ujian sebanyak 2 kali setahun. Tahun 2013, Cikgu Muhammad Khawar Hezazy telah menyusun dan mengolah Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) untuk digunakan diseluruh negeri Sarawak bagi memudahkan gurulatih yang mengajar di sekolah mengajar di sekolah. Selain itu, RPT ini juga membantu gurulatih untuk merancang dan menyelaraskan Pembelajaran dan Pengajaran di dalam gelanggang sekolah-sekolah di seluruh negeri Sarawak. Silat Gayong merupakan satu-satunya silat yang mempunyai RPT yang lengkap bagi tujuan pengajaran. Dan ianya bersifat umum di mana semua silat boleh mengikut sistem ini jika mempunyai silibus yang tersusun. Untuk rekod, di dalam Silat Gayong, penggunaan senjata hanya untuk kelas Dewasa (18 tahun ke atas). Murid sekolah dilarang sama sekali untuk belajar senjata atas faktor keselamatan.
4.1 SISTEM BENGKUNG/TALI PINGGANG PSSG SARAWAK Pelajaran di dalam Silat Seni Gayong telah disusun dengan sebaik-baiknya oleh Majlis Gurulatih Kebangsaan di dalam persidangan kegurulatihan pada tahun 1970. Hasil penyusunan ini, maka sistem bengkung terhasil seperti di bawah; 01. Hitam Mulus (Permulaan) 02. Awan Putih 03. Pelangi Hijau 04. Pelangi Merah 05. Pelangi Merah Cula I 06. Pelangi Merah Cula II 07. Pelangi Merah Cula III 08. Pelangi Kuning 09. Pelangi Kuning Cula I 10. Pelangi Kuning Cula II 11. Pelangi Kuning Cula III 12. Pelangi Kuning Cula IV 13. Pelangi Kuning Cula V
14. Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti I 15. Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti II 16. Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti III 17. Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti IV 18. Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti V 19. Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti VI Bengkung Kategori Kanak-Kanak Kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun juga mempunyai tingkatan bengkungnya mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Berikut merupakan susunan bengkung kategori kanak-kanak: 01. Hitam Mulus 02. Awan Putih Cula Hijau 03. Awan Putih Cula Merah 04. Awan Putih Cula Kuning 05. Awan Putih Cula Hitam Seorang kanak-kanak di peringkat Bengkung Awan Putih Cula Hitam, ia bersamaan dengan Bengkung Pelangi Hijau bagi kategori dewasa apabila kanak-kanak ini menambah pelajaran buah kombat, kunci mati dan pentas. Bengkung Kejurulatihan
Bengkung kejurulatihan diberikan kepada ahli gayong yang telah mengikuti kursus kejurulatihan dan layak untuk melatih ahli-ahli gayong lain. Tanda kejurulatihan ini boleh dilihat dengan tanda warna merah panjang pada bengkung seperti contoh di bawah: Contoh tanda calit Kejurulatihan pada bengkung Pelangi Kuning Cula V dan bengkung Pelangi Hitam Cula Sakti VI Pelangi Kuning Cula V Harimau Pelangi Cula Sakti VI Menandakan Gurulatih ini bertauliah untuk mengajar
TEMPOH PEMBELJENIS PELAJARAN Asas Gerakan Golongan Asas Elakan KLelakAsas (Hitam) Bahagian 1 10 Bahagian 1 Awan Putih Bahagian 2 21 Bahagian 2 1-7 Pelangi Hijau Bahagian 3 31 Bahagian 3 8 - 14Pelangi Merah Bahagian 4 41 Bahagian 4 15 - 2HADIRI KURSUS PENTAULIAHAPESILAT LELAKI AKAN DIBENARKAN MEMBANTU UNTUK MENGAJARPelangi Merah Cula I Bahagian 5 51 Bahagian 5 Pelangi Merah Cula II Menguasai Semua Asas Gerakan Senaman Anak Harimau Bahagian 6 Pelangi Merah Cula III Bahagian 7 TESIS I SEMUA PELAJARAN TANGAN KOGURULATIH NEGERI SARAWAK (MGN SARAGURULATIH MU
LAJARAN SSG SARAWAK Kuncian Kombat Pentas Lompatan Lawan Bebas Jangkaan Tempoh ki Wanita Lelaki Wanita Waktu 1 Lompatan 1 1 X 1 Menjalani Majlis Perlimau Sintuk Tapak/Seni 1-7 2 Lompatan 2 1 X 2 3 bulan 4 8 - 14 3 Lompatan 3 1 X 3 3 bulan 21 15 -21 4 Lompatan 4 1 X 4 6 bulan AN PEMBANTU GURULATIH R PELAJAR LELAKI DAN WANITA MENGAJAR MURID WANITA Tempoh Percubaan (Lesen Gurulatih) : 6 bulan. Dibenarkan membantu kelas gurulatih 1-7 1-7 5 Lompatan 5 1 X 5 6 bulan 8 - 14 8 - 14 6 Lompatan 6 1 X 6 6 bulan 15 - 21 15 - 21 7 Lompatan 7 1 X 7 6 bulan OSONG DIHANTAR KEPADA MAJLIS AWAK) UNTUK DITAULIAHKAN SEBAGAI UDA PSSGS Tempoh Lengkapkan Tesis I dan Lesen Gurulatih Muda adalah 1 tahun sebelum ditauliahkan menjadi "Gurulatih". Dibenarkan membuka kelas secara individu
Pelangi Kuning Simbat Pelangi Kuning Cula I Tongkat /SimbPelangi Kuning Cula II Pelangi Kuning Cula III Pelangi Kuning Cula IV Pelangi Kuning Cula V Seni SKATALOG TESIS II PELAJARAN SENJATA DPENTAULIAHAN GURULATIHHPCS I HPCS II Seni Belian (Pelajaran NAIKTARAF DAN UJIAN PENTAULIAHAN GUGURULATIH KEBANGSAANHPCS III HPCS IV
Suk /Pecah Kombat 1 -21 12 - 18 bulan bat Panjang / Pecah Kunci 1 -21 12 - 18 bulan Pisau 6 - 12 bulan Keris 6 - 12 bulan Lembing 6 - 12 bulan Senjata :Parang Panjang 6 -12 bulan DAN PELAJARAN TAMBAHAN. UJIAN H PSSGS & VIVA TESIS II. Tempoh Lengkapkan Tesis II adalah selama 6 bulan. Pesilat perlu membentangkan hasil kajian di hadapan panel Majlis Gurulatih Kebangsaan. Gurulatih dibenarkan mengajar pelajaran bengkung kuning ke bawah. Ujian bengkung HPCS adalah secara amali dan teori SSG. Yoi / tekpi 3 bulan Fizikal) /Mayang Gesit (Disarm Weapon) 6 bulan URULATIH KANAN PSSGS OLEH MAJLIS PSSGM KEBANGSAAN Ujian amali oleh Majlis Gurulatih Kebangsaan Cindai 5 bulan Sundang Lipas 6 bulan
NAIKTARAF DAN UJIAN PENTAULIAHAN GMAJLIS GURULATIH KEBANGSAHPCS V SHPCS VI
GURULATIH TERTINGGI PSSGS OLEH AAN PSSGM KEBANGSAAN Uji 4 senjata pada HPCS I - IV. Tambahan, pesilat perlu menguasai 2 senjata bukan silibus (contoh : kerambit dan gada-gada) Seni Kipas Nandung Penguasaan dan penelitian dari Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGM Kebangsaan berteraskan kepada pelajaran dan sumbangan kepada pertubuhan di peringkat negeri dan kebangaan serta antarabangsa. Ibu Gayong
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PSSG SARAWAK Sebagai sebuah NGO yang tidak membawa siasah parti politik, PSSG Sarawak telah menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berimpak tinggi dalam melahirkan pesilat-pesilat yang berdisiplin tinggi dan berketerampilan. Di antara aktiviti-aktiviti Pertubuhan ini adalah seperti; 7.1 Majlis Perlimau Tapak & Seni Perdana Peringkat Negeri Sarawak 7.2 Ujian Kenaikan Bengkong Peringkat Negeri 7.3 Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri Sarawak 7.4 Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 7.5 Kursus Pembantu Jurulatih 7.6 Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Sarawak 7.7 Kursus Muzik Silat 7.8 Kolaborasi Persatuan Silat Gayong sekolah-sekolah (Latihan berpusat) 7.9 Pertandingan Silat Tanding 1 Sekolah 1 Silat (Negeri/Kebangsaan) 7.10 Majlis Korban Akikah Perdana PSSGM Sarawak 7.11 Kursus Wasit & Juri Peringkat Kebangsaan 7.12 Kursus Adat Istiadat Silat Seni Gayong 7.13 Kejohanan Silat Tanding Remaja Negeri dan Kebangsaan Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Negeri Sarawak. Kelihatan Bersama, Pengarah IPGK Batu Lintang, Dr. Abang Ismail Bin Abg Julhi.
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan Kursus Gurulatih dan Pembantu Gurulatih bersama Panglima Singa Malaya, Tuan Haji Rasol Bin Abdul Ghani
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri Sarawak 2018 Majlis Perlimau Sintuk Tapak & Seni Peringkat Negeri Sarawak – dari kiri Professor Dr. Khairudin (mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UNIMAS, tengah – Datuk Hj Idris Bin Buang, Ahli Dewan Undangan Negeri Muara Tuang N16, kanan – Tuan Haji
Uthman Bin Hj Ramli, Yang Di Pertua PSSGM Sarawak. Turut kelihatan, Allahyarham Datuk Adiwijaya Bin Hj Abdullah, Mantan Yang Di Pertua PSSGM Kebangsaan. Pertabalan Datuk Hj Idris Bin Hj Buang, Ahli Dewan Undangan Negeri N16, Muara Tuang sebagai Penaung PSSGM Cawangan Kota Samarahan Kejohanan Seni Silat se-MRSM Zon Borneo. Juara keseluruhan 2018, MRSM Betong
Latihan Mingguan S.M.K Seri Setia, Kuching Program Riadah PSSGM, Gelanggang Rosli Dhoby. Puncak Gunung Serapi
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Majlis Gurulatih Negeri Sarawak Sesi 2017 - 2019 Kontigen Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Sarawak di Sambutan Maulidur Rasul 1439 H peringkat negeri Sarawak
Latihan kalobrasi SMK Kota Samarahan, SK Kampung Baru, dan Universiti Malaysia Sarawak. Himpunan Gayong Se-Borneo peringkat Antarabangsa. PSSGM Sarawak, PSSGM Sabah, PSSGM Brunei dan PSSGM Indonesia
Keratan akhbar, Utusan Borneo berkaitan dengan aktiviti PSSGM Sarawak Kejayaan kami adalaha menjadi Naib Johan Keseluruhan Kejuaraan Pencak Silat Remaja PSSGM Peringkat Kebangsaan 2020 yang telah berlangsung di Dewan Datuk Adiwijaya, Kampung Pandan Dalam, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
8.0 Kesimpulan Besar harapan kami jika pertubuhan ini bergerak maju ke hadapan menjadi sebuah pertubuhan yang mampu menarik minat belia negara kita untuk mewarisi budaya bangsa kita. Silat telah
di iktiraf sebagai WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA UNESCO pada 13 Disember 2019 dan kekal sebagai warisan bangsa Malaysia. Oleh itu, jika kita tidak mengambil inisiatif untuk menyebarkan budaya warisan bangsa dan masih berpaut pada warisan budaya asing, tidak mustahil negara kita akan kehilangan budaya yang dijunjung beratus-ratus tahun. Pesan Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman, Pencipta dan Pengasas Silat Seni Gayong: Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu. Jangan ditepuk susu di dulang, Anak harimau tak dapat menyusu; Janganlah pecah rahsia hulubalang, Nanti rimau hilang kuku. Jangan tepuk darah di dulang, Anak harimau mencari ibu; Jangan pecah mantera hulubalang, Nanti harimau hilang asu. Jikalau ada dulang di tangan, Jangan biar jatuh terhempas; Jikalau ada senjata di tangan, Jangan biar orang rampas. Pecah Gayong di dalam dulang, Dulang hanyut lautan tujuh; Pecah Gayong perpecahan Sayang, Di satu masa kembali berteguh. Rujukan dan Lampiran
1. http://www.ros.gov.my/index.php/my/perkhidmatan 2. Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (No. Pendaftaran PPM-002-10- 27052013, Pindaan Tahun 2013 (361/1963) 3. Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Kuching ( PPM-001-13-12102008) 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1992 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1997 : Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri sebagai Persatuan Pakaian Seragam Sekolah. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2000 : Pendaftaran Kegiatan Bela Diri di Sekolah-sekolah 7. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2016 : Garis Panduan Perlaksanaan Program 1 Silat 1 Sekolah. 8. Buku Panduan Perlaksanaan Program 1 Silat 1 Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Laman Sesawang Rasmi PSSGM; www.gayong.com.my 10. https://www.utusanborneo.com.my/2018/05/02/pasukan-gelanggang-rosli-dhobykuching-rangkul-kejuaraan-silat http://www.theborneopost.com/2013/11/24/combined-martial-arts