The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menolak Hujah Golongan Anti-Hadis: Kajian Hadis Masa Kini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulcushion, 2022-07-07 07:24:29

Menolak Hujah Golongan Anti-Hadis: Kajian Hadis Masa Kini

Menolak Hujah Golongan Anti-Hadis: Kajian Hadis Masa Kini

Keywords: Kajian Hadis Masa Kini,Golongan Anti-Hadis,Menolak Hujah Anti-Hadis

MENOLAK
HUJAH GOLONGAN

ANTI-HADIS
Edisi Khas

"Menyebar Cahaya Tauhid & Sunnah"

ANWAR DAHLAN | AFIQ ZIKRI | FADHIL ABU
ZAKI | RUSYDI NAZARUDDIN

Isi 01-07
Kandungan 08
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
PENGENALAN 09-10
CIRI-CIRI GOLONGAN ANTI-HADIS 11-22
HUJAH DAN DALIL PENAFIAN
KESIMPULAN 23

Sidang

Penulis

KHAIRULANWAR BIN MOHD
DAHLAN

A175360

WAN MUHAMMAD AFIQ
ZIKRI BIN WAN MANAN

A175671

"Menyebar Cahaya Tauhid & Sunnah" MUHAMMAD FADHIL BIN
ABU ZAKI

A176646

MUHAMMAD ALIF RUSYDI
BIN NAZRUDDIN

A175668

20 JUN, 2022 01

SEJARAH KEMUNCULAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN
PERKEMBANGAN ANTI-HADIS

Pada zaman Rasulullah s.a.w, cuba mencari penyelesaian

bibit-bibit kemunculan golongan terhadap seluruh permasalahan

ini dapat ditinjau di kalangan dengan hanya merujuk kepada al-

kaum Quraisy yang telah Quran sahaja. Dia telah

mendustakan ajaran Baginda serta membincangkan hal tersebut

melemparkan tuduhan-tuduhan dengan Abdullah bin Umar RA.

yang tidak berasas. Namun, Namun, Ibnu Umar RA telah

mereka ini tidaklah dikategorikan mengingatkannya agar menerima

sebagai anti hadis kerana telah dan melaksanakan apa-apa yang

nyata akidah mereka yang tidak dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

beriman terhadap ajaran Islam itu Sungguhpun begitu, ia hanyalah

sendiri. Semasa zaman Sahabat dalam ruang lingkup pandangan

RA, terdapat seorang yang peribadi seseorang dan tidaklah

bernama Umaiyah bin Khalid yang berkembang dalam bentuk

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,UKM

20 JUN, 2022 02

SEJARAH KEMUNCULAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN
PERKEMBANGAN ANTI-HADIS

kumpulan atau gerakan. Pada zaman berkenaan, orang

Seterusnya, golongan ini telah yang mula-mula berdebat dengan

muncul secara berkelompok dalam golongan berkenaan ialah al-

kurun kedua Hijrah. Mereka ini Imam al-Syafie r.a. Beliau telah

berorientasikan kepada dua berjaya mematahkan idea-idea

perkara iaitu penolakan terhadapa palsu yang dikemukakan oleh anti

hadis yang bersifat bukan hadis sehingga mereka kembali

Mutawatir seperti hadis Ahad, bersetuju dengan hujah-hujah

seterusnya mereka yang beliau seterusnya berpegang

mendakwa bahawa hadis kepada hadis Rasulullah s.a.w.

bukanlah penerang atau penguat Selepas kurun ke 11 Hijrah, muncul

kepada al-Quran bahkan semula fahaman ini yang

dianggap sebagai hukum yang dipelopori oleh segolongan

terpisah daripada al-Quran. Orientalis di Iraq dengan slogan

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,UKM

20 JUN, 2022 03

SEJARAH KEMUNCULAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN
PERKEMBANGAN ANTI-HADIS

menolak hadis. Situasi yang sama Perkembangan anti hadis pada

turut berlaku di Mesir pada zaman zaman mutakhir ini bermula

Sheikh Muhammad Abduh (1849- apabila seorang Yahudi bernama

1905). Hal ini muncul ekoran Goldziher telah dibiayai dengan

rancaknya keraguan yang biasiswa Zionis International

ditimbulkan oleh penjajah Barat di Jerman untuk melanjutkan

hati sebahagian umat Islam ketika pelajaran di Universiti Al-Azhar

mana mereka menjajah negara pada tahun 1873 dalam bidang

mereka. Tujuan utamanya ialah Sunnah. Pada tahun 1976, beliau

untuk melumpuhkan kekuatan memegang jawatan sebagai

umat Islam yang ketika itu berada Setiausaha Zionis Antarabangsa

dalam keadaan lemah. cawangan Budapest. Kemudian

dia mengajar di Maktab Zionis

Budapest selama 15 tahun untuk

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,UKM

20 JUN, 2022 04

SEJARAH KEMUNCULAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN
PERKEMBANGAN ANTI-HADIS

melahirkan graduan-graduan menggelarkan diri mereka Al-

zionis yang akan bertebaran di Quraniyyun (Jemaah al-Quran)

seluruh dunia mengembangkan yang kononnya menyeru supaya

ajaran mengingkari Sunnah. Ini kembali kepada ajaran al-Quran,

bertujuan melemahkan Islam dari tetapi pada masa yang sama

dalam. Kebanyakan cedekiawan mengajak supaya meninggalkan

Islam yang menuntut di Eropah hadis melalui syubhat yang

telah terpengaruh dengan ajaran sengaja direka oleh mereka bagi

Goldziher ini. Di antara murid- mengelirukan orang ramai.

murid Goldziher termasyhur dari

Mesir ialah Ali Hasan Abdul Kadir, Jika dilihat dalam Malaysia,

Toha Hussin, Ahmad Amin, Rasyad golongan anti hadis ini telah

Khalifa dan Muhammad Abu dipelopori oleh Kasim Ahmad yang

Rayyah. Golongan anti hadis yang merupakan pengasas Parti Sosialis

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,UKM

20 JUN, 2022 05

SEJARAH KEMUNCULAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN
PERKEMBANGAN ANTI-HADIS

Rakyat Malaysia. Beliau dikenali Amerika Syarikat. Kassim Ahmad

sebagai anti hadis melalui juga telah menubuhkan persatuan

bukunya yang bertajuk Hadis: Satu Jemaah al-Quran Malaysia (JAM)

Penilaian Semula (1986). Golongan pada 11 Jun 1995 yang

ini meragui kedudukan hadis kemudiannya diikuti dengan

sebagai sumber kedua syariat penubuhan Persatuan Falsafah

Islam. Mereka menyeru agar umat Malaysia setelah JAM ini gagal

Islam kembali kepada al-Quran didaftarkan kerana tidak

sahaja. Kassim Ahmad sebagai mendapat kebenaran daripada

penggerak utama dipercayai telah pihak kerajaan Malaysia. Pada

terpengaruh dengan ajaran Dr peringkat awal, penganut JAM ini

Rashad Khalifa, seorang pakar memang diberi ruang yang luas

dalam bidang Plant-Biochemistry untuk menyebarkan fahaman ini

kelahiran Mesir yang menetap di dalam media massa di Malaysia,

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,UKM

20 JUN, 2022 06

SEJARAH KEMUNCULAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN
PERKEMBANGAN ANTI-HADIS

khususnya akhbar media perdana. bergerak langsung, malahan

Contohnya, Syed Akbar Ali yang beliau masih aktif menulis di

merupakan ahli jawatankuasa akhbar-akhbar utama dalam

pusat JAM telah diberi ruang mencurahkan idea-idea anti

(kolum) khusus dalam akhbar hadisnya. Dalam bukunya, Kasim

Berita Minggu. Ia mempergunakan Ahmad telah menolak hadis

kolum ini untuk menyebarkan sebagai sumber aqidah dan

fahaman dan idea yang dibawa perundangan Islam berdasarkan

oleh JAM. Namun begitu, apabila faktor-faktor berikut, iaitu

mendapat tentangan daripada pembukuan kitab-kitab al-Hadis,

pelbagai NGO Islam, maka kolum terutama enam buah buku al-

ini kemudiannya ditutup. Hadis (Sunan al-Sittah). Kedua,

Walaupun begitu, tidak bermakna pembukuan ini pula tidak dibuat

Kassim Ahmad tidak dapat lebih awal, khasnya dalam

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,UKM

20 JUN, 2022 07

SEJARAH KEMUNCULAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN
PERKEMBANGAN ANTI-HADIS

pemerintahan al-Khulafa' al-
Rasyidin. Ketiga, kewujudan al-
Hadis menimbulkan pertelagahan
politik, faham kepuakan, anti-
intelektualisme, kebekuan dan
opurtunis politik.

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,UKM

08

PENGENALAN20 JUN, 2022

Takrif

Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat Munkir pula ialah isim fa'il (kata pembuat)
yang menular dalam masyarakat Islam sejak daripada perkataan (‫ ) أنكر ينكر إنكار‬Dalam
beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Lisan al-Arab, maksud perkataan ingkar
Hadis ini semakin luas apabila wujudnya adalah sama dengan juhd iaitu mengingkari
pihak-pihak tertentu yang mendukung dalam keadaan ia tahu . Menurut Kamus
kepercayaan dan kefahaman mereka di Dewan Edisi Keempat (2013), ingkar
samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel mempunyai tiga maksud, pertama; tidak
dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti membenarkan (mengaku), menafikan,
Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan menyangkal dan mungkir, kedua; enggan,
yang tidak mempercayai Hadis sebagai tidak menurut dan tidak mahu dan ketiga;
sumber epistemologi Islam selepas al- penafian, penyangkalan dan perihal
Qur’an. Penghujahan golongan yang memungkiri.
berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai
kitab yang lengkap dan sempurna telah Berdasarkan kepada takrif dari segi bahasa
menolak sumber-sumber lain sebagai dan juga istilah terhadap frasa gerakan anti
sumber perundangan Islam. Untuk hadis dan munkir al-sunnah sebelum ini,
menguatkan hujah mereka, beberapa ayat al- maka dapatlah disimpulkan bahawa gerakan
Qur’an cuba diselewengkan tafsirannya. anti hadis atau munkir al-sunnah ialah suatu
Kebanyakan penyelewengan mereka usaha atau kegiatan yang menolak sunnah
melibatkan soal akidah, politik, dan feqah. sama ada secara keseluruhan atau
sebahagian daripada menjadi sumber hukum
Definisi gerakan anti hadis dalam bahasa dan rujukan. Bagi mereka yang berada dalam
Arab dipanggil munkir al-sunnah. Penjelasan gerakan ini, sunnah secara keseluruhannya
berhubung dengan definisi ini akan atau sebahagiannya adalah bukan hujah dan
dimulakan dengan pendefinisian gerakan, memadai bagi mereka berhujah dengan al-
anti dan munkir dari segi bahasa. Menurut Quran
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), gerakan
ialah suatu usaha atau kegiatan dan anti pula
ialah awalan yang bermaksud melawan,
membantahi, menentang, dan tidak
menyetujui.

CIRI-CIRI GOLONGAN ANTI-HADIS

09

20 JUN, 2022

01 Golongan ini menganggap hadith 02 Golongan ini menganggap hadith
03 merupakan satu penyelewengan sebagai satu catatan sejarah yang
05 daripada ajaran-ajaran Nabi perlu dikaji untuk memahaminya
Muhammad S.A.W kerana ianya berlaku pertukaran zaman.
dikaitkan selepas kewafatan Nabi
Muhammad S.A.W. 04 Golongan ini menolak rukun iman
yang ke-6 iaitu kepercayaan
Golongan ini menganggap kepada Qada’ dan Qadar.
bahawa Al-Quran adalah wahyu
yang lengkap dan disebabkan itu 06 Golongan ini menafikan kedudukan
anggapan mereka, Al-Quran tidak Nabi Adam sebagai manusia
memerlukan sebarang penafsiran pertama ciptaan Allah S.W.T.
daripada selain Al-Quran.

Golongan ini menolak dua kalimah
syahadah yang lengkap iaitu
hanya menerima kalimah “Lailaha
illallah” sahaja tanpa menerima
kalimah “Muhammadur Rasulullah”.

CIRI-CIRI GOLONGAN ANTI-HADIS

10

20 JUN, 2022

Golongan ini menolak Golongan ini memesongkan
penafsiran ayat-ayat Al-Quran.
07 kemaksuman para Nabi dan juga 08

menghina peribadi dan

kedudukan Nabi Muhammad

S.A.W.

09 Golongan ini tidak mengikut disiplin
ilmu-ilmu Islam.

11

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

01 HUJAH

Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci dan sempurna, maka kenapakah
perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi swt? Bukankah Allah swt telah
banyak berfirman di dalam al-Qur’an bahawa cukup hanya al-Quran
sebagai sumber utama syariat Islam. Sebagai contoh surat al-a’raf
ayat 52 : Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka,
sebuah Kitab (Al-Quran)yang Kami telah menjelaskannya satu
persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yangmeliputi segala-
galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-
orang yang (mahu) beriman.

DALIL PENAFIAN

Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas
mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Justeru itu yang
dimaksudkan dengan kesempurnaan dan kelengkapan al Quran merujuk kepada
peranan yang dimiliki oleh al Quran sebagai kitab induk yang telah mengusulkan
pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah
Allah dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta
prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah wajib dijadikan salah satu dari
sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah
disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang
digariskan oleh al-Qur’an. Selain itu juga, apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang,
ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.

12

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

02 HUJAH

Tugas Rasulullah hanyalah sebagai penyampai. Baginda hanya
ditugaskan membawa al-Qur’an daripada Allah untuk diserahkan
kepada manusia. Ini berdasarkan surah al Maidah ayat 99 : Tidak ada
kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada
menyampaikan sahaja

DALIL PENAFIAN

Ayat di atas sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah tidak dipertanggungjawabkan
untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam. Baginda hanya
dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan risalah tersebut. Terima atau tidak, ia
adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah SWT. Dalam erti kata lain, sama ada
seseorang itu menerima atau menolak Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah
urusan mutlak Allah.

13

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

03 HUJAH

Dalam surah al Haqqah ayat 40 hingga 47 jelas menyatakan
Rasulullah telah dilarang keras oleh Allah dari mengatakan atau
mengajar sesuatu selain dari Al-Quran sahaja. Jadi adakah hadis itu
boleh dijadikan sumber syariat Islam?

DALIL PENAFIAN

Berdasarkan ayat surat al Haqqah ayat 40 hingga 47, ia sebenarnya khusus
membicarakan tentang sifat keaslian kitab al Qur’an. Asal ayat itu adalah bagi menjawab
tuduhan orang-orang kafir di zaman Rasulullah yang enggan menerima dan beriman
kepada kitab al-Qur’an. Mereka berkata al-Qur’an itu adalah hasil sebutan dan tulisan
seorang penyair dan pawang, yakni Muhammad bin Abdullah sendiri. Ia bukan wahyu
Allah. Lalu ayat ini diturunkan bagi menolak dakwaan mereka dengan menyatakan
bahawa al-Qur’an yang disebut dan diajar oleh Muhamad bin Abdullah itu sebenarnya
adalah wahyu Allah dan Muhammad itu bukanlah seorang penyair atau pawang tetapi
adalah seorang Rasul Allah yang mulia.

Namun Golongan Anti Hadis telah menyempitkan tujuan ayat tersebut kepada pengertian
bahawa kononnya Rasulullah tidak dibenarkan untuk menyebut atau mengajar apa jua
urusan agama melainkan apa yang tertera di dalam al-Qur’an sahaja.

14

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

04 HUJAH

Dalam Al Quran tidak ada satu ayat sekalipun yang menyebut Hadis
Nabi. Oleh itu kenapa perlu amalkan hadis?

DALIL PENAFIAN

Untuk menjawab persoalan ini, kita mestilah melihat dan mendalami apa yang
dimaksudkan dengan istilah Hadis.
Hadis secara harfiah bermaksud sesuatu yang baru dari segala bentuk. Dari segi
maksudnya, ia memiliki beberapa erti, antaranya kata-kata, ucapan dan sebutan yang
dikabarkan, disampaikan dan diberitakan. Di dalam al-Qur’an perkataan hadis digunakan
beberapa kali dengan beberapa maksud dan tujuan yang berbeza sesuai dengan konteks
perbicaraan ayat. Antaranya ialah: perkataan, pembicaraan, percakapan, pernyataan
dan al-Qur’an itu sendiri. Sebagai contoh penggunaanya dalam al Qur’an : Allah telah
menurunkan sebaik-baik perkataan (hadis) iaitu Kitab (Al-Quran) yang bersamaan isi
kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang
berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara). [surah az-Zumar ayat 23]
Oleh itu, ia tidaklah menjadi masalah apabila tidak adat satu ayat sekalipun yang
menyebut dan menerangkan istilah Hadis kerana al-Qur’an bukanlah sebuah kamus
bahasa arab.

15

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

05 HUJAH

Al Quran adalah wahyu Allah manakala hadis dan Sunnah Rasulullah
tidak. Justeru itu, ini menunjukkan Al Quran itu sumber utama hukum
Islam

DALIL PENAFIAN

Untuk menjawab dakwaan ini, kita mestilah memahami terlebih dahulu apa yang
dimaksudkan dengan wahyu. Wahyu adalah sesuatu yang dimaklumkan oleh Allah
kepada sesiapa sahaja daripada hamba-Nya yang dipilih-Nya dan ia merupakan
hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan dengan cara biasa
yang dilakukan oleh manusia.

Wahyu diturunkan dalam dua bentuk iaitu yang pertama dalam bentuk kitab seperti
Taurat, Zabur, Injil dan al-Qur’an. Wahyu seperti ini dikenali sebagai wahyu bertulis
(Wahyu al-Matluw). Kedua adalah wahyu yang diturunkan bukan dalam bentuk kitab,
seperti yang Allah berikan kepada Nabi-nabi yang tidak diturunkan kitab suci. Antaranya
Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Lut dan ramai lagi. Wahyu seperti ini dikenali sebagai wahyu
tidak bertulis (Wahyu Ghairi al-Matlu). Di antara para Rasul ada yang menerima kedua-
dua bentuk wahyu, antaranya ialah Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW.

Ini dapat dibuktikan juga melalui ayat al Quran surah an-Nisa’ ayat 163 yang bermaksud :

Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai
Muhammad),sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-
nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu
kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi
keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi
Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur

16

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

05

SAMBUNGAN DALIL PENAFIAN

Berdasarkan ayat al-Qur’an serta penjelasan yang diberikan di atas, tertolaklah dakwaan
bahawa wahyu Allah hanyalah al-Qur’an. Yang benarnya kedua-dua al-Qur’an dan Hadis
Rasulullah, kedua-duanya adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah SWT.

17

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

06 HUJAH

Al-Quran adalah sebuah kitab yang dipelihara dan dijamin
ketulenannya oleh Allah S.W.T, manakala hadith-hadith adalah
sebaliknya. Golongan anti hadith berhujah berdasarkan ayat di dalam
Al-Quran iaitu Surah Al-Hijr ayat ke-9:

‫ِإَّنا َنۡحُن َنَّزۡلَنا ٱلِّذۡكَر َوِإَّنا َلُهۥ َلَحٰـِف ُظ وَن‬
Bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan
Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.

DALIL PENAFIAN

Allah S.W.T menjamin untuk mempelihara Al-Quran dan ianya bermaksud untuk
memelihara dan menjaga huruf-huruf Al-Quran meliputi semua yang berkaitan dengan
Al-Quran. Iaitu menjaga maksud, pengajaran dan kaedah pengamalannya. 3 perkara ini
diwakili oleh sunnah dan hadith Rasulullah S.A.W. Hal ini supaya, ajaran dan maksud Al-
Quran terpelihara dan Allah S.W.T telah berjanji untuk mempelihara Al-Quran. Hadith
Rasulullah turut dipelihara oleh Allah S.W.T dengan wujudnya para ahli hadith di setiap
generasi yang sentiasa untuk menyemak, menganalisis dan mengkaji kedudukan isnad
bagi sesuatu hadith untuk membezakan yang mana benar dan yang mana palsu.

18

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

07 HUJAH

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T telah beberapa kali memerintahkan
kepada umat Islam supaya mengadili sesuatu perkara berdasarkan
kepada hukum yang bersandarkan daripada Al-Quran sahaja.
Menurut Al-Quran, barangsiapa yang tidak berhukum dengan Al-
Quran, maka mereka adalah fasik, zalim dan kafir. Golongan anti
hadith berhujah berdasarkan ayat di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-
Maidah ayat ke-47:
‫َوَم ن َّلۡم َیۡحُكم ِبَم ۤا َأنَزَل ٱلَّلُه َفُأ۟و َلٰۤـِٕى َك ُهُم ٱۡلَفٰـِس ُقوَن‬
Bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah S.W.T, maka mereka itulah orang-orang
yang fasik”.

Dan juga Golongan anti hadith berhujah berdasarkan ayat di dalam
Al-Quran iaitu Surah Al-Maidah ayat ke-48:

‫َوَأنَزۡلَنۤا ِإَلۡیَك ٱۡلِكَتٰـَب ِبٱۡلَحِّق ُم َص ِّدࣰقا ِّلَم ا َبۡیَن َیَدۡیِه ِم َن ٱۡلِكَتٰـِب َوُم َه ۡیِم ًنا َع َلۡیِۖه َفٱۡحُكم َبۡیَنُه م ِبَم ۤا َأنَزَل‬
‫ٱلَّلُۖه‬
Bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu Wahai Muhammad Kitab
(Al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan kitab-
kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara
serta mengawasinya. Maka, jalankanlah hukum di antara mereka itu
dengan apa yang telah Allah turunkan kepadamu”.

19

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

07 DALIL PENAFIAN

Berdasarkan daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah
yang telah dikemukakan hujah oleh anti hadith berikut, terdapat
kesalahan di dalam penafsiran mereka. Hal ini kerana, yang
dimaksudkan sebenar-benarnya pada ayat Al-Quran Surah Al-Maidah
ayat yang ke-47 itu adalah “Dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka itulah orang-
orang kafir”.

Justeru, yang dimaksudkan apa yang diturunkan oleh Allah itu
adalah keseluruhan syariat Islam yang diturunkan oleh Allah kepada
manusia melalui Rasulullah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini
berdasarkan daripada ayat Al-Quran di dalam Surah An-Nisa’, ayat
ke-113:
‫َوَأنَزَل ٱلَّلُه َع َلۡیَك ٱۡلِكَتٰـَب َوٱۡلِح ۡكَم َة‬
Bermaksud: “Dan Allah telah turunkan kepadamu Muhammad Kitab
Al-Quran serta Hikmah (As-Sunnah)”.

Kesimpulannya, berdasarkan maksud ayat Al-Quran di atas telah
menyatakan bahawa perintah Allah supaya umat Islam berhukum
dengan apa yang diturunkan oleh-Nya iaitu hendaklah berhukum
dengan apa yang terkandung di dalam kitab Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah.

20

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

08 HUJAH

Hadith dan Sunnah hanya menjadi rujukan umat Islam setelah
dipelopori oleh Imam Shafie dalam kira-kira 200 tahun selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W kerana golongan anti hadith berhujah
mengatakan bahawa sebelum itu umat Islam hanya merujuk kepada
Al-Quran sahaja.

DALIL PENAFIAN

Ketaatan, jadikan rujukan dan ikutan terhadap hadith dan Sunnah telah bermula sejak
diperintahkan oleh Al-Quran iaitu bermulanya kerasulan Nabi Muhammad. Selain itu, jelas
terbukti di dalam Kitab Al-Muwatta’ Imam Malik bin Anas bahawa ketaatan, rujukan dan
ikutan dalam bentuk riwayat hadith Rasulullah atau kisah para sahabat dan tabiin yang
mempraktikkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kandungan kitab tersebut telah diajar
oleh Imam Malik pada tahun 20-130 hijrah dan lengkap dibukukan pada tahun 150 hijrah.
Jadi, ianya terbukti bahawa Imam Shafie bukanlah orang pertama yang mempelopori
hadith.

21

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

09 HUJAH

Rasulullah S.A.W pernah ditegur oleh Allah S.W.T kerana baginda
pernah melakukan kesilapan. Jadi, golongan anti hadith menafikan
bahawa Rasulullah adalah bukan seorang yang maksum dan ini tidak
memungkinkan untuk mengikuti dan mentaati Rasulullah.

DALIL PENAFIAN

Antara kesilapan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ialah semasa peristiwa
Perang Badar, Rasulullah membuat keputusan untuk membiarkan beberapa beberapa
tawanan perang hidup dan Allah memperbetulkan baginda dengan menurunkan ayat
yang ke-67 di dalam Surah Al-Anfal:
‫َم ا َكاَن ِلَنِبٍّی َأن َیُكوَن َلُهۤۥ َأۡس َرٰى َحَّتٰى ُیۡثِخ َن ِفی ٱَأۡلۡرِۚض ُتِریُدوَن َع َرَض ٱلُّدۡنَیا َوٱلَّلُه ُیِریُد ٱۡلَٔـ اِخ َرَۗة َوٱلَّلُه َع ِزیٌز َحِكیم‬
Bermaksud: “Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan
sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki
harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala)
akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Berdasarkan kesalahan tersebut, adalah tidak benar untuk disimpulkan bahawa
Rasulullah adalah seorang yang sering keliru, silap dan salah semata-mata. Hal ini
kerana, sepanjang tempoh 22 tahun kerasulan baginda hanya melakukan 4 kesalahan
sahaja. Ungkapan kisah-kisah kesalaha yang pernah Rasulullah lakukan di dalam ayat-
ayat Al-Quran adalah bertujuan menunjukkan bahawa baginda adalah seorang yang
sentiasa dipelihara dan diawasi oleh Allah S.W.T dengan teguran yang Allah berikan
kepada baginda.

22

20 JUN 2022

HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

BERIKUT ADALAH HUJAH DAN DALIL PENAFIAN

10 HUJAH

Sunnah Rasulullah S.A.W sebenarnya telah mengakibatkan umat Islam
menjadi mundur, jumud dan terbatas. Hal ini kerana, menurut
golongan anti hadith bahawa dengan fahaman mengikut Sunnah
Rasulullah akan menjadikan umat Islam membataskan diri mereka
kepada segala tradisi, perbuatan dan tingkahlaku Rasulullah sahaja.
Jadi, ia menyebabkan umat Islam mundur berbanding umat lain.

DALIL PENAFIAN

Amalan mengikut Sunnah Rasulullah bukanlah merupakan rekaan manusia semata-
mata tetapi ianya adalah berdasarkan prinsip yang digariskan oleh Al-Quran sendiri. Hal
ini berdasarkan daripada firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab pada ayat yang ke-21:
‫َّلَقۡد َكاَن َلُكۡم ِفی َرُس وِل ٱلَّلِه ُأۡس َوٌة َحَس َنࣱة ِّلَم ن َكاَن َیۡرُجو۟ا ٱلَّلَه َوٱۡلَیۡوَم ٱۡلَٔـ اِخ َر َوَذَكَر ٱلَّلَه َكِثیࣰرا‬
Bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)”.
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, jelas menunjukkan Allah menyuruh umat Islam untuk
mengikuti dan mencontohi Rasulullah S.A.W iaitu mengikuti dan meneladani percakapan,
perbuatan, pengiktirafan, jalan pimpinan, etika dan tatacara hidup baginda dan inilah
dimaksudkan dengan Sunnah Rasulullah. Jadi, dengan mengikuti Sunnah Rasulullah akan
membuktikan kasih sayang kepada Allah

Kesimpulan

Sebagai seorang umat Islam yang berpegang kepada pegangan ahli
sunnah wal jamaah kita hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab
dalam membanteras golongan yang menolak hadis dan sunnah
Rasulullah saw. Golongan-golongan ini hendaklah dibanteras
dengan memberikan hujah balas “berfakta” ke atas setiap hujah
yang diberikan dalam menolak mengapa kita tidak harus beriman
dengan hadis rasulullah saw. Secara kasarnya golongan ini
merupakan golongan yang langsung tidak mempercayai bahawa
perkataan Rasulullah saw adalah benar walaupun berjaya
dibuktikan kebenarannya kerana mereka ini ego dan tidak
mengimani kebenaran dalam sunnah dan hadis. Mengelarkan
golongan ini sebagai ‘anti-hadis’ atau ‘ingkar sunnah’ adalah tepat
kerana penyataan mereka yang mengatakan bahawa hadis
merupakan haedah yang digunakan oleh musuh Islam bagi
menyelewengkan al-Quran. Selain itu, mereka mengatakan bahawa
kesahihan sesebuah hadis itu sentiasa ada pertikaiannya dan tidak
mutlak sebagaimana al-Quran. Ini secara tidak langsung mengecil
dan merendahkan peranan Rasulullah saw sebagai penyamai
risalah yang sekaligus merendahkan kedudukan sunnah baginda.

Akhir sekali dapat disimpulkan bahawa kefahaman golongan anti-
hadis ini langsung tidak berasas, kalau hendak digunakan
penghujahan anti-hadis, sudah pasti al-Quran sendiri pun tidak
dapat diterima sebagai yang benar. Malah, kronologi pengumpulan
al-Quran sendiri pun diasaskan kepada sunnah atau hadis kerana
tiada sumber lain yang dapat memberitahu hal tersebut. Jadi
benarlah bahawa fahaman anti-Hadis adalah satu kebodohan,
kejahilan dan ajaran yang salah dan sesat serta membahayakan
sistem teologi dan perundangan Islam secara keseluruhan

23

Menyebar Cahaya Tauhid & Sunnah

Rujukan

Al-Quran.

Abur Hamdi, 2020. Golongan Anti Hadis: Isu Dan Cabaran. Selangor: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Rosni Wazir, 2016. Analisis Pemahaman Golongan Antihadis Di Malaysia
Terhadap Hadith. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Suhaili Shamsudin. t.th. Gerakan Anti Hadis.
https://www.academia.edu/9084330/GERAKAN_ANTI_HADIS

24

Menyebar Cahaya Tauhid & Sunnah

Rujukan (Semua)

Al-Quran.
Abur Hamdi, 2020. Golongan Anti
Hadis: Isu Dan Cabaran. Selangor: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Rosni Wazir, 2016. Analisis Pemahaman
Golongan Antihadis Di Malaysia
Terhadap Hadith. Selangor: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Suhaili Shamsudin. t.th. Gerakan Anti

Hadis.
https://www.academia.edu/9084330/G

ERAKAN_ANTI_HADIS

SEKIAN
TERIMA KASIH

SEMOGA MEMBERI MANFAAT
KEPADA SEMUA MASYARAKAT.

READ MORE
JABATAN USULUDDIN DAN
FALSAFAH, UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version