The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BSS 3143 TEKS KANON MELAYU
TUGASAN KUMPULAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanhidayah 11, 2020-12-17 22:15:29

TUN FATIMAH

BSS 3143 TEKS KANON MELAYU
TUGASAN KUMPULAN 4

Disediakan oleh: D20181082471
D20181082564
1. Nur Ismalina bt Ismail D20181082469
2. Nursyazzwa Aryannie bt Poli D20181082477
3.Sarah Nur Syuhada bt Abdul Razak D20181082544
4. Anita Balqist Binti Mohd Sakri
5. Wan Nurul Hidayah Binti W Ahmad

Pensyarah:
Prof. Madya Dr .Norazimah Zakaria

SIAPA TUN FATIMAH?

Tun Fatimah merupakan anak kepada bendahara seri maharaja Tun Mutahir iaitu
Bendahara Melaka yang ke-8 (1500-1510). Dalam Sejarah Melayu, Tun Fatimah
digambarkan sebagai seorang gadis dan wirawati yang sangat cantik. Tun Fatimah
telah berkahwin dengan Tun Ali iaitu anak kepada Seri Nara Diraja Tun Tahir Penghulu
Bendahari Melaka. Sultan Mahmud Syah (1488-1511), telah berangkat menghadiri
majlis perkahwinan dengan Tun Ali telah jatuh hati apabila melihat kecantikan Tun
Fatimah. Hasil perkahwinan Tun Ali dan Tun Fatimah itu mereka telah dikurniakan
seorang puteri dinamakan Tun Terang.

Raja Mendaliar, Dato’ Syahbandar Melaka dan rakan-rakannya saudagar Ninan Sura
Dewana dan Si Kitul yang bermusuhan dengan Bendahara Tun Mutahir telah
mengambil kesempatan di atas peristiwa tersebut. Mereka telah memberi emas dan
perak kepada Laksamana Khoja Hassan supaya mempersembahkan kepada Sultan
Mahmud .Bendahara Tun Mutahir merancang untuk merampas kuasa dan ingin
menjadi Sultan. Tanpa usul periksa, Sultan Mahmud menitahkan agar Bendahara Tun
Mutahir dan seluruh keluarganya dihukum bunuh.

Selepas berlakunya peristiwa pembunuhan ahli keluarga ,Tun Fatimah telah diperisterikan oleh
Sultan Mahmud dan seterusnya ditabalkan sebagai permaisuri Melaka pada tahun 1510. Tun
Fatimah tidak sanggup mengandungkan anak dengan Sultan Mahmud selagi baginda tidak
memberi jaminan melantik puteranya sebagai sultan menggantikan bagainda kelak. Selepas
mendapat jaminan barulah Tun Fatimah melahirkan Raja Putih, Raja Khatijah dan Raja Ali.

Setelah beberapa tahun lamanya, barulah Sultan Mahmud menyedari bahawa hukuman
yang dijatuhkannya ke atas ayahandnya Tun Mutahir itu merupakan fitnah semata-mata.
Justeru itu, Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman bunuh ke Raja endaliar, Nina Sura
Dewana dan Si Kitul dan seluruh keluarga mereka

Tun Fatimah bukan sahaja terkenal kerana kecantikan rupa parasnya, tetapi juga sifat-sifat kepintaran dan
kepahlawanannya. Tun Fatimah dan rakan-rakan wanitanya yang lain telah mempelajari ilmu
kepahlawanan seperti pencak silat dan sebagainya. Beliau juga telah dikenali sebagai Wirawati Melaka
yang gagah berani.
Buktinya, Tun Fatimah dan rakan-rakan wirawati yang lain telah keluar menentang soldadu Portugis yang
membuat kacau menganggu wanita-wanita di pasar semasa mereka menyerang Melaka 1511. Kekuatan
serangan Tun Fatimah dan wirawati Melaka telah menyebabkan Soldadu Portugis itu lari bertempiaran
menyelamatkan diri ke kapal mereka.

Bendahara Seri Maharaja ingin mengahwinkan Tun Fatimah dengan Tun Ali, anak Seri

Nara Diraja. Suatu hari, Raja di Baruh datang ke rumah Bendahara Seri Maharaja. Raja di
Baruh ialah ayah saudara kepada Sultan Mahmud Syah, saudara Sultan Alau’d-Din Syah

yang tua sekali.

Raja di Baruh melewati Tun Fatimah
lalu tertarik akan rupa paras Tun

Fatimah yang cantik. Kemudian Raja di
Baruh mengunjungi rumah Bendahara

Seri Maharaja.

Kerana sekarang negeri Melaka ini tiada raja Walaupun begitu, Dato’ Bendahara
perempuan, kerana permaisuri Pahang sudah beranggapan Tun Fatimah tidak
mangkat; yang istiadat raja Melayu, apabila layak menjadi pemaisuri kepada
tiada beraja perempuan, anak Bendaharalah
Sultan Mahmud dan Dato’
akan jadi raja perempuan Bendahara telah memberitahu bahawa

hari perkahwinan Tun Fatimah dan
Tun Ali semakin tiba.

Maka, Tun Fatimah pun berkahwinlah dengan Tun Ali. Pada hari perkahwinan, Sultan Mahmud Syah pun
dipersilakan oleh Bendahara Seri Maharaja akan mengadap anaknya kahwin itu. Setelah Sultan Mahmud Syah
datang, maka Tun Ali beraraklah, kahwin dengan Tun Fatimah. Maka kata Sultan Mahmud Syah pun masuklah ke

dalam rumah mengadap orang bersuap-suapan itu.

Setelah Sultan Mahmud Syah melihat rupa Tun
Fatimah itu, maka baginda pun hairan; maka inginlah
rasa baginda akan Tun Fatimah seperti kata syair:

Ma yarji’u al-tarfu ‘ainnuhu ‘inda ru’yatihi,
Hatta yu’ ada i-laiya al-tarfa musytaqu.

Sultan Mahmud Syah melihat Tun Fatimah tanpa berkelipkan kelopak mata dan bertambah dendamnya
terhadap Bendahara Seri Maharaja. Maka baginda berkata dalam hatinya, bahawa Pak Mutahir jahat kerana tidak

menunjukkan Tun Fatimah kepadanya. Maka Sultan Mahmud Syah pun berdendamlah akan Bendahara Seri
Maharaja. Setelah selesai menghadap, maka Sultan Mahmud Syah pun berangkatlah ke istana baginda, tanpa
bersantap, tetapi perasaan Sultan Mahmud Syah terhadap Tun Fatimah tetap ada. Maka Sultan Mahmud Syah
sentiasa mencari cedera akan Bendahara Seri Maharaja. Setelah berapa lamanya Tun Ali berkahwin dengan Tun
Fatimah, maka Tun Fatimah telah melahirkan seorang anak perempuan, yang bernama Tun Terang dan rupa
parasnya juga baik.

Pada suatu hari berlaku salah faham antara Raja Mendeliar dengan seorang
saudagar kaya di Melaka ketika itu bernama Nina Sura Dewana. Mereka
berdua berjumpa dengan Bendahara Seri Maharaja untuk menyelesaikan

perbalahan antara mereka. Pada ketika itu, hari telah lewat petang dan
Bendahara Seri Maharaja menyuruh mereka untuk datang pada keesokan hari.

Si Kitul mendapat tahu adanya pertemuan antara Bendahara Seri Maharaja
dengan Nina Sura Dewana secara sulit, lalu dia terus memberitahu kepada
Raja Mendeliar bahawa Bendahara Seri Maharaja telah menyebelahi Nina
Sura Dewana dalam perbalahannya dengan Raja Mendeliar. Perkara yang
dikhabarkan Si Kitol kepada Raja Mendeliar tersebut adalah salah dan fitnah.

Raja Mendeliar merasa kedudukannya sedang
terancam dengan perkhabaran yang diterimanya
itu. Lalu Raja Mendeliar pun mengoyak-ngoyak
surat hutang Si Kitol dan memberitahu bahawa

hutangnya sebanyak sekati emas itu beliau
halalkan dunia akhirat.

Setelah itu, Raja Mendeliar pula telah membuat tindakan susulan.
Beliau telah mengambil sejumlah hartanya lalu pergi pula ke rumah
Laksamana Khoja Hassan. Raja Mendeliar memberitahu Laksamana
Khoja Hassan bahawa Bendahara Seri Maharaja sedang merancang

untuk menjadi raja di Melaka.

Katanya lagi, Bendahara Seri Maharaja juga telah pun
menempah beberapa alat kebesaran daripada emas.
Melihatkan harta yang banyak itu, Laksamana Khoja

Hassan tidak dapat berfikir panjang lagi.
Pertimbangannya sudah hilang dan kewarasan akalnya

sudah lenyap.



Laksamana Khoja Hassan masuk mengadap Sultan Mahmud. Laksamana Khoja
Hassan mempersembahkan ke bawah duli Sultan Mahmud bahawa Datuk Bendahara
hendak derhaka dan mahu merampas takhta Kerajaan Melaka.

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah
patik harap diampun. Nampaknya Datuk

Bendahara bersultan di mata beraja di hati.”

“Ampun Tuanku, nampaknya Datuk Bendahara
cuba nak merampas Kerajaan Melaka.”

(SSSM:256)

Sultan Mahmud sangat terkejut dan tidak mempercayai apa yang telah dikatakan oleh
Laksamana Khoja Hassan. Laksamana Khoja Hassan kemudiannya mengatakan bahawa
Datuk bendahara telah menempah cerek emas dan kasut emas yang bertujuan menaiki
takhta Kerajaan Melaka.

“Sudah ia berbuat takhta kerajaan, menempa
cerek emas dan kaus emas kasadnya hendak naik

raja di dalam negeri Melaka ini.”

(SSSM:256)

Setelah Sultan Mahmud mendengar kata-kata Laksamana Khoja Hassan itu, baginda
sangat murka. Ia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal kepada Sultan Mahmud
kerana baginda telah menyimpan dendam akan Bendahara Seri Maharaja, atas sebab
tidak menunjukkan Tun Fatimah kepadanya. Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman
bunuh ke atas Datuk Bendahara.

“Datuk Bendahara nak menderhaka kepada
Sultannya. Beta mesti mengambil keputusan.
Beta mesti menjatuhkan hukuman ke atasnya”

“Patutlah Datuk Bendahara tak menyembahkan
Tun Fatimah kepada Beta. Rupa-rupa begini
keadaannya”

(SSSM:257)

Sultan Mahmud memanggil Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara dan
menitahkan mereka untuk membunuh Datuk Bendahara. Mereka pergi dengan
semua hamba raja.

“Tun Sura Diraja! Tun Indera Segara! Pergi kamu
berdua, habiskan riwayat Datuk Bendahara

durjana itu. Segera kamu pergi, sekarang juga!”

“Titah dijunjung Tuanku”

(SSSM:257)

TUN MUTAHIR MATI DIBUNUH

Setelah mendengar perintah sultan, Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pun berangkat ke rumah
Bendahara untuk melaksanakan hukuman. Kawasan rumah Bendahara penuh dengan anak buah Bendahara
sambil membawa senjata. Tun Hassan Temenggung ingin melawan namun dihalang oleh Bendahara.

“Hei Hassan! Hendak membinasakan nama orang-orang tua kitakah
engkau? Kerana adat Melayu tidak pernah derhaka.”

“ Barang siapa kamu melawan, hamba dakwa ia di akhirat.”

(SSSM:257)

Mendengar itu, semua anak buah Bendahara beredar dan tinggallah Tun Sura
Diraja dan Tun Indera Segara bersama-sama Bendahara Seri Maharaja dan ahli
keluargnya. Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara masuk ke dalam rumah dan
membawa keris Sultan Mahmud Syah dan dikeluarkan dihadapan Bendahara Seri
Maharaja.

Maka kata Tun Sura Diraja
“Salam doa anakanda, bahawa takdir Allah Taala

telah datanglah pada hari ini.”

Maka sahut Bendahara Seri Maharaja dan Seri Nara
Diraja

“Barang yang telah berlaku, pada hokum Allah
itu, hamba pun redalah.”
SSSM:257

Bendahara Seri Maharaja “Hei, hei, Hassan! Mengapa maka peti emas itu hendak
mengambil air sembahyang dan dibuangkan? Karena Yang Dipertuan membunuh kita ini,
menegur perbuatan anaknya iaitu bukanlah hendakkan emas kita? Jikalau kita sudah mati, biarlah
Tun Hassan Temenggung yang ingin emas kita diambil oleh Yang Dipertuan akan kebaktian kita”
membuang peti emas ke dalam air.
(SSSM:258)

Datuk Bendahara disuruh melutut. Sebelum dibunuh Datuk Bendahara mengucap dan dihukum bunuh
dahulu. Kemudian diikuti oleh Datuk Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali. Namun
ketika Tun Ali hendak dihukum, Tun Fatimah enggan dan menggugut untuk mengamuk tetapi Tun Ali
tetap dihukum bunuh.

Bendahara Tun Seri Nara Diraja Tun Hassan Tun Ali
Mutahir Temenggung


Click to View FlipBook Version