Sampai Bila?
Dikarang oleh: Muhammad Aiman Hakim
Dikarang pada: 20 September 2021/13 Safar 1443
Isi Kandungan
Bil. Isi Kandungan Muka Surat
1. Mukaddimah 3
2. Pengalaman 3
Saya Disekat
3. Penutup 7
Mukaddimah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pada
hari ini, saya ingin mengarang penulisan saya mengenai
pengalaman saya menghadapi tekanan sepanjang
disekat akibat Covid-19. Tanpa membuang masa, saya
akan ceritakan segalanya.
Pengalaman Saya
Disekat
Kisah ini bermula pada bulan April hinggalah sekarang di
mana sudah lima bulan kisah ini berjalan dan masih lagi
berjalan sekarang. Saya telah disekat daripada bermain
futsal bersama rakan-rakan futsal saya sejak bulan April
lagi. Hal ini kerana, terdapat beberapa kekangan yang
saya hadapi untuk bermain futsal bersama mereka.
Antara kekangannya ialah sibuk dalam meyiapkan
kerja rumah, perlu menjalani kuarantin diri dan bulan
puasa. Sepatutnya saya ingin kembali bersama mereka
pada hari raya pertama iaitu pada 12 Mei 2021. Namun,
nasib tidak menyebelahi saya, PKP 3.0 dilaksanakan
pada hari tersebut. Jadi, saya menunda waktu untuk saya
kembali bersama mereka pada 28 Jun 2021 kerana
menurut ayah saya pada masa itu PKP akan tamat pada
tarikh tersebut. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi
saya lagi apabila PKP dilanjutkan lagi (ditukar nama PPN)
mengikut fasa bagi setiap negeri dan kawasan. Pada
ketika itu, kawasan perumahan saya (Putrajaya) berada
di fasa 1 dalam PPN. Saya menunda lagi tarikh pada 17
Julai 2021 apabila seminggu sebelum tarikh tersebut
saya telah berjumpa dengan rakan-rakan futsal saya
ketika saya sedang berjoging pada waktu itu. Malang
sekali lagi menimpa saya apabila ibu bapa saya
menyekat saya daripada bermain futsal. Bukan itu
sahaja, tetapi saya juga disekat daripada berjalan
sekitar kawasan perumahan dan berjoging. Saya hanya
boleh bermain di belakang rumah saya sahaja. Inilah
yang dikatakan “sudah jatuh ditimpa tangga”. Mulai dari
itu, saya sudah tidak berminat lagi memikirkan tentang
futsal. Saya lebih suka melayan WhatsApp dan YouTube
daripada bermain di luar rumah. Saya hanya bermain di
luar rumah apabila disuruh oleh ibu bapa saya sahaja.
Saya hanya berjoging sahaja apabila saya bermain di
luar rumah kerana ibu bapa saya masih lagi sekat saya
daripada berjumpa dengan orang. Saya sudah muak
dengan semua itu. Lama-kelamaan saya sudah tidak
gemar lagi untuk bermain di luar rumah kerana saya
sudah mempunyai teman yang sentiasa ada dengan saya
sepanjang saya disekat daripada bermain futsal, iaitu
WhatsApp dan YouTube.
Akan tetapi, pada satu ketika itu, ibu saya hendak
merampas telefon pintar saya kerana saya asyik
berkepit dengan telefon pintar sahaja. Selepas itu, saya
pendam apa yang ibu saya lakukan terhadap saya. Saya
merasakan yang kebebasan saya telah dicabul lagi
setelah disekat daripada bermain futsal. Hati saya
berbisik “adakah ibu bapa saya ini tidak memahami
perasaan saya selaku anaknya?”. Sudahlah saya disekat
daripada bermain futsal, disekat pula daripada bermain
telefon pintar. Adakah ibu bapa hanya berfikir hanya
dengan beribadah dan belajar sahaja yang
menghilangkan bosan? Bagi saya tidak sama sekali.
Bukanlah saya hendak menafikan beribadah dan belajar
ini bermanfaat. Tetapi untuk hilangkan bosan ada banyak
lagi aktiviti dan hiburan di rumah yang boleh kita nikmati
seperti bermain game, mendengar lagu, melayari media
sosial, mengadakan sesi borak santai dengan
rakan-rakan secara maya dan seumpamanya.
Sebulan kemudian, saya dapat kembali semula
bersama rakan-rakan futsal saya. Itu pun hanya bermain
badminton sahaja. Tidak ramai orang pun yang bermain
badminton di situ (rumah kawan saya). Hanya beberapa
orang sahaja yang bermain di situ. Walau
bagaimanapun, saya lihat reaksi ibu bapa saya seperti
keberatan untuk mengizinkan saya bermain badminton
bersama mereka. Ibu bapa saya memberikan syarat
kepada saya untuk bermain badminton bersama mereka,
iaitu memakai face mask dan tidak bersentuhan serta
menjaga penjarakan fizikal dan sosial. Tidak beberapa
lama selepas itu, saya mula cenderung semula ke arah
bermain futsal bersama rakan-rakan futsal saya kerana
mereka sudah kembali bermain futsal setelah beberapa
lama padang futsal yang berdekatan dengan rumah saya
itu sunyi sepi daripada permainan futsal. Apabila ibu
bapa saya mendapati bahawa saya bermain futsal
semula bersama mereka, mereka marah terhadap saya.
Lalu, saya pun berasa tidak mempunyai selera untuk
makan dan tidak larat untuk berjalan disebabkan saya
dimarahi oleh ibu bapa saya tentang perkara tersebut.
Saya juga berasa bahawa mental saya telah didera
banyak kali kerana sebelum ini saya telah disekat
bermain futsal. Selepas itu, ugutan untuk rampas telefon
pintar. Kali ini, saya disekat semula untuk bermain futsal.
Bukan itu sahaja, bahkan ibu bapa saya juga memarai
saya sehingga membuat saya berasa lemah badan dan
hilang selera untuk melakukan sesuatu.
Penutup
Apa yang boleh saya katakan berdasarkan
perkara-perkara yang saya lalui ini amatlah pahit.
Bahkan sengsara. Berkali-kali saya sudah merancang
untuk kembali semula bermain futsal namun gagal. Hal
ini boleh diibaratkan seperti orang yang gagal dalam
rayuan terhadap keputusan mahkamah terhadap orang
tersebut. Pendek kata saya sudah hadapi jalan buntu
untuk kembali semula bermain futsal melainkan dengan
memohon hajat kepada Allah SWT. Insya-Allah ia akan
berjaya. Kita tidak boleh berputus asa dalam memohon
hajat kepada Allah SWT meskipun berkali-kali kita sering
mengalami nasib yang begitu malang sekali. Bahkan
Allah SWT sebenarnya menyayangi hambanya dengan
memberikan ujian kepada hamba-Nya seperti kesedihan,
kehilangan, kemalangan dan kesusahan. Itu sahaja apa
yang saya hendak karang. Mohon maaf jika terdapat
sebarang kesalahan dan kesilapan dalam penulisan
saya ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.