The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-12-23 23:33:27

MESYUARAT HEM KALI KE 03 2018

MESYUARAT HEM KALI KE 03 2018

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM)
SK (FELDA) JENGKA 17

KALI KETIGA TAHUN 2018

Tarikh : 22 November 2018
Hari : Khamis
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sk (Felda) Jengka 17
Kehadiran : 28/29
Tidak hadir : Pn.Zaimam Bt Mad Zain

HADIR : Pengerusi
Timbalan Pengerusi
1. Tn. Hj.Mohd.Nazaharuddin bin Mohsin Naib Pengerusi 1
2. Pn.Noor Ashikin bt Hj.Harun Naib Pengerusi 2
3. Tn.Hj.Naharuddin bin Miskam SU HEM
4. Tn.Hj.Ismail bin Mat Sulaiman SU PS1M
5. Pn Suzani bt Ismail SU Biasiswa Yayasan Pahang
6. Cik Hjh.Hasmiza bt Yaakob SU Bina Insan
7. Cik Maizon bt Mokhtar SU SPBT
8. En Azizulfitri bin Muslihat SU Data (SSM)
9. En Husaimi bin Mohamad SU Bantuan & Kebajikan
10. En.Mohd Fadzil bin Yusof SU Bimbingan & Kaunseling
11. En. Mohd Husaini bin Ramli SU Pengurusan Kelas
12. En Noor Azman bin Zainuddin SU Keselamatan
13. En.Shahidan bin Mat Yatim SU Data APDM
14. En Zainol bin Hashim SU Kesihatan
15. En Zolkifle bin Muda SU Bank Simpanan
16. Pn Hjh.Zahariah bt Bakar SU Keceriaan
17. Pn Mon Zila bt Abu SU RMT
18. Pn Nik Mahzon bt Ariffin SU Kantin
19. Pn Siti Sarah bt Herman SU Disiplin
20. Pn Zainun bt Yusoff SU Ppda
21. Tn.Hj.Muhammad Harris Imran bin Jamaluddin AJK
22. En. Roshidi bin Dolmajli AJK
23. En Sairuddib bin Idrus AJK
24. En Zakaria bin Ahmad AJK
25. Pn Anisuzana bt Hamid AJK
26. Pn Nor Ashikin bt Yusof AJK
27. Pn Nurulhuda bt Ahmad
28. Pn Kalthum bt Omar

1.0 Ucapan Tuan Guru Besar ( Tn.Haji Mohd Nazaharuddin B Mohsin )
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran ke mesyuarat

1

HEM untuk kali ketiga. Guru Besar juga mengharapkan agar semua guru dapat melaksanakan
tugas masing-masing di bawah unit HEM dengan penuh tanggungjawab dan amanah demi
meningkatkan kecemerlangan sekolah SK Jengka 17.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan GPK HEM ( Pn.Noor Ashikin Bt Hj Harun )
2.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran ke Mesyuarat HEM
kali yang ketiga.
2.2 GPK HEM mengharapkan agar semua guru dapat melaksanakan tugas-tugas yang telah di
amanahkan dan dipertanggungjawabkan dengan tugasan masing-masing .

Tindakan : Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat .
Pn.Suzani Ismail telah membentangkan Minit Mesyuarat HEM Kali Kedua bagi sesi 2018.
En.Mohd Fadzil Yusuf telah mengesahkan Minit Mesyuarat tersebut dan telah disokong oleh
En.Zakaria Ahmad.

Tindakan : Makluman

4.0 Laporan Unit-Unit HEM Sesi 2018

4.1. Unit Disiplin
-Unit Disiplin telah diuruskan dengan baik di bawah pengurusan Tn Hj Muhammad Harris
Imran. Lantikan Pengawas Sekolah bagi sesi 2019 sedang dilaksanakan dan borang pencalonan
telah diedarkan kepada murid-murid yang terlibat.
- Unit Disiplin akan menguatkuasakan SSDM pada Tahun 2019.Ketidakhadiran murid perlu
ditandakan dalam SSDM. Surat amaran ketidakhadiran boleh dijana terus daripada SSDM.

Tindakan : Tn.Hj Harris Imran dan semua guru

4.2 Unit RMT
- Jumlah murid yang layak menerima RMT sehingga Oktober 2018 ialah seramai 86 orang .
- Senarai nama penerima RMT bagi sesi 2019 sedang diproses.
- Mesyuarat Pemilihan penerima RMT telah dijalankan pada 12 November 2018.
- Baki duit RMT bagi Tahun 2018 adalah sebanyak RM 7000.00.
- Selepas diputuskan dalam mesyuarat pemilihan RMT jumlah penerima RMT bagi Tahun 2019
Seramai 74 orang bagi tahun 2 hingga tahun 6 termasuk kelas PPKI.

Tindakan : Makluman semua guru

2

4.3 Unit Kantin
- Permohonan kantin baru untuk tempat makan guru telah dihantar kepada En.Hamid Vyti
(PPDM) dengan anggaran kos adalah sebanyak RM 50,000.00. Tempat makan murid yang baru
telah disediakan dengan meja dan kerusi. Meja dan kerusi adalah sumbangan daripada pihak kedai
buku dan PIBG SK (Felda) Jengka 17.
- Terdapat beberapa teguran berulang daripada Pihak Kesihatan Maran iaitu aspek pemakaian,
cara penyimpanan makanan, proses penyediaan makanan. Teguran juga telah disampaikan kepada
pengusaha yang berkenaan.
- Penender baru kantin ialah Cik Nurul Atikah Bt Mohamathu yang berkuatkuasa pada 1
Disember 2018 hingga 30 November 2020.

Tindakan : Makluman semua guru

4.4 Unit Data
- Guru Data telah menghadiri taklimat Verifikasi Data di PPD Maran. In house telah dijalankan
Kepada guru kelas untuk mengemaskini data dalam APDM.
- PK HEM memohon semua guru kelas mengemaskini data APDM sebab data murid ini

digunakan untuk pendaftaran UPSR dan permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.

Tindakan : semua guru kelas

4.5 Unit Bimbingan dan Kaunseling
- Program AGP dan DWEN telah dilaksanakan .
- Ujian Aptitude Tahun 3 dan Tahun 6 juga telah dilaksanakan.
- Sijil Ujian Aptitud bagi murid Tahun 6 perlu dicetak dan untuk dimasukkan ke dalam fail
peribadi murid untuk dibawa ke sekolah menengah.

Tindakan : SU Bimbingan & Kaunseling

4.6 Unit PPDA
- Unit PPDA perlu lebih agresif , info-info perlu disebarkan kepada murid-murid.
- Program-program yang hendak dilaksanakan perlu dirancang lebih awal dan teliti.
- Tindakan awal perlu jika program melibatkan pegawai AADK.

Tindakan : SU Ppda

4.7 Unit Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah.
- Penyelaras bagi orientasi tahun satu dan prasekolah ialah Pn.Nurulhuda dan Pn.Anisuzana.
- Cadangan tarikh bagi Hari Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah ialah pada 31 Disember 2018.
- PK HEM mengingatkan guru berkaitan agar bersedia dengan bahan untuk program orientasi
Bersama ibu bapa nanti

Tindakan : Penyelaras Hari Orientasi Tahun 1 & Prasekolah

3

4.8 Unit SPBT
- Proses pemulangan dan pengagihan buku-buku teks bagi semua kelas telah dilaksanakan
- Surat turun kuasa telah diberikan kepada pejabat (PO).
- Bekalan buku bermula pada 5 Oktober hingga 15 November 2018.

Tindakan : SU SPBT

4.9 Unit Kesihatan
- Pemeriksaan berkala pada setiap bulan dilaksanakan oleh guru kesihatan.
- Ingatan juga kepada pekerja agar memantau dan mengambil tindakan menghapus tempat
pembiakan nyamuk aedes.
- Program kesihatan bagi tahun 2018 telah dilaksanakan

Tindakan : SU Kesihatan

4.10 Unit Keselamatan
- Program kawad kebakaran dan demonstrasi memadam kebakaran telah dijalankan dengan
kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Jengka.

Tindakan : SU Keselamatan

4.11 Unit PS1M
- Tiada peruntukan bagi Tahun 2018.

Tindakan : Makluman

4.12 Unit Kebajikan dan Bantuan
- Mesyuarat pemilihan penerima KWAPM telah dijalankan dengan dihadiri oleh YDP PIBG
- Biasiswa Yayasan Pahang (BYP),permohonan dihantar seramai 36. Daripada jumlah itu, 24

Permohonan diterima dan 12 permohonan lagi akan dibuat rayuan. Terdapat seorang penjaga
Yang membuat rayuan sendiri ke pihak Yayasan Pahang

Tindakan : SU BYP

5.0 Hal-hal lain

5.1 Senarai nama guru-guru kelas bagi Tahun 2019 :
Tahun 1Alpha : Pn.Nurulhuda Bt Ahmad
Tahun 1 Beta : Pn.Zahariah Bt Bakar
Tahun 2 Alpha : Pn.Zainun Bt Yusuf
Tahun 2 Beta : En.Zolkefli B Muda
Tahun 3 Alpha : Pn.Kalthum Bt Mat Omar
Tahun 3 Beta : Pn.Nik Mahzon Bt Ariffin
Tahun 4 Alpha : En.Zainol B Hashim

4

Tahun 4 Beta : En.AzizulFitri B Muslihat
Tahun 5 Alpha : En.Noor Azman B Zainuddin
Tahun 5 Beta : En.Shahidan B Mat Yatim
Tahun 6 Alpha : Pn.Suzani Bt Ismail

Tindakan : Makluman

5.2 Jadual Kedatangan Murid (JKM ) perlu ditutup pada 23 Disember 2018.Guru kelas perlu
menulis nama murid pada ruangan Bulan Disember dan buat garisan memanjang. Catatkan
pada muka surat tersebut Cuti Akhir Tahun. Guru Besar mengingatkan semua guru kelas
perlu menghantar Jadual Kedatangan Murid di pejabat sekolah. Jangan tinggalkan di bilik
guru.

5.3 Keputusan mesyuarat agung PIBG supaya murid-murid lelaki memakai tali leher. Pihak
Kedai buku diminta menyediakan tali leher bagi semua murid lelaki. Ibu bapa boleh membeli
tali leher di kedai buku mengikut yang disediakan. Warna yang dicadangkan ialah biru tua.

5.4 Cik Hjh Hasmiza mencadangkan agar T- shirt sekolah (ko-ku) untuk aktiviti luar dan
Rombongan akan dibawa dalam mesyuarat PIBG.

5.5 PK HEM mencadangkan Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2019 dibuat pada Januari.
Mesyuarat AJK PIBG perlu dilaksanakan pada Minggu ke dua sesi persekolahan. Pada
penghujung bulan Januari telah dilangsungkan Mesyuarat PIBG sekolah.

5.6 Perjalanan kelas untuk sesi 2019. Pada 23 Disember 2018 semua guru kelas bagi sesi 2019
pastikan keadaan kelas dalam keadaan yang bersih dan kemas dan buku-buku teks tidak
berada dalam meja.

5.7 PK HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelaras unit HEM dan guru-guru
kelas sesi 2018 atas komitmen yang diberikan bagi melancarkan perjalanan pengurusan HEM

. PK HEM juga mengharapkan agar semua guru kelas boleh meningkatkan keceriaan kelas
pada tahun 2019.

5.8 Tuan Guru Besar memaklumkan tarikh penting iaitu Mesyuarat Guru Kali Pertama 2019 akan
diadakan pada 26 Disember 2018. Mesyuarat HEM dan Ko Kurikulum pada 27 Disember
2018. Mengemas kini Kelas akan dilaksanakan pada 28 Disember 2018. Orientasi tahun satu
dan prasekolah pada 31 Oktober 2019.

5.9 Kontrak kebersihan dilanjutkan sehingga 5 bulan lagi bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2019
bagi syarikat yang markah bulanan 80% dan ke atas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang.

5

Disediakan oleh,
............................................

Disemak oleh,
...........................................
Disahkan oleh,
.............................................

6


Click to View FlipBook Version