INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, 71760 BANDAR BARU ENSTEK NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (MALAYSIAN RED CRESCENT) BUKU LOG
BIODATA NAMA: NG ZI YIN UNIT: PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 3 AMBILAN JUN 2022 ANGKA GILIRAN: 2021162340096 TAHUN DAN SEMESTER: TAHUN 2 SEMESTER II ALAMAT: NO 2, LORONG TIRAM JAYA 4, 25200 KUANTAN, PAHANG NO. TELEFON: 012-998 8781 E-MEL: [email protected] PENGALAMAN DALAM KOKURIKULUM: Unit beruniform S.T JOHN, BSMM Kelab dan Persatuan Kelab bahasa cina dan kebudayaan Sukan dan Permainan Catur, Badminton
ISI KANDUNGAN Penghargaan BAB 1 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH 1.1 Takwim dan rancangan aktiviti 1.2 Program unit beruniform BSMM di sekolah rendah 1.3 Skim latihan sekolah rendah BAB 2 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT 2.1 Pendaftaran ahli & kumpulan 2.2 Kuasa penganjur 2.3 Struktur unit 2.4 Pengurusan buku log 2.5 Tanggungjawab pemimpin 2.6 Pakaian seragam ahli & pemimpin 2.7 Takwim & rancangan aktiviti 2.8 Pelantikan jawatankuasa unit 2.9 Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang BAB 3 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH 3.1 Sejarah 3.2 Prinsip-prinsip asas bulan sabit merah 3.3 Struktur dan organisasi pertubuhan palang merah/bulan sabit merah antarabangsa 3.4 Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 3.5 Undang-undang kemanusiaan antarabangsa 3.6 Pembangunan konvensyen - konvensyen Geneva 3.7 Protokol-protokol tambahan 3.8 Tanggungjawab negara-negara. 3.9 Konvensyen-konvensyen Hague 3.10 Lambang/emblem 3.11 Pengenalan/indikatif & perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya 3.12 Undang-undang asas konvensyen
i4 PENGHARGAAN Melalui peluang keemasan ini, saya Ng Zi Yin ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah terhormat saya Puan Che Rohani Binti Che Aziz kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan yang sungguh teliti dan bermanfaat telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini sehingga jayanya. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kerana sudi meluangkan masa untuk menjelaskan tugasan ini dan memberi semangat kepada semua pelajar. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan, dorongan dan kemudahan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa segala kemudahan dan sokongan moral kalian, tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima kasih juga tunjukkan kepada rakan-rakan. Mereka menghulurkan bantuan dengan menjawab pertanyaan saya dan memberi peringatan. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan tugasan ini. Saya juga memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam tugasan ini. Harapan saya agar segala tugasan yang hasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan saya di samping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.
i5 BAB 1 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNITFORM DI SEKOLAH
i6 1.1 Takwim dan rancangan aktiviti Contoh: Perancangan Aktiviti Tahunan BSMM 2022 Sjk(C) Kuang Hwa Bil Tahunan Aktiviti Tindakan 1 3/4/2024 - Mesyuarat Agong 2024 - Pelantikan jawatankuasa baru 2024 Semua guru penasihat 2 17/4/2024, 24/4/2024 - Sejarah dan ikrar BSMM guru penasihat 3 8/5/2024 - Lagu PBS(salin link dan hafal) guru penasihat 4 15/5/2024, 5/6/2024 - Asas pertolongan Cemas - Menyalin nota guru penasihat 5 12/6/2024, 19/6/2024 - Ikatan anduh dan balutan - (belajar cara ikatan dan balutan) guru penasihat 6 26/6/2024, 3/7/2024, 10/7/2024 - Kawad kaki - Belajar asas kawad kaki guru penasihat 7 17/7/2024 - Kuiz kesihatan umum guru penasihat 8 24/7/2024, 31/7/2024 - Jenis-jenis penyakit - Menyalin nota guru penasihat 9 7/8/2024, 14/8/2024, 21/8/2024 - Panduan Rawatan kecemasan - Teori dan praktikal guru penasihat 10 4/9/2024 – 5/9/2024 - Perkhemahan Unit beruniform guru penasihat 11 16/10/2024, 6/11/2024 - Gotong-royong persekitaran sekolah guru penasihat 12 27/11/2024 - Mesyuarat penutup 2024 - Laporan aktiviti 2024 dan perancangan 2025 Semua guru penasihat
i7 Rancangan Aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia Tahun 2024/2025
i8
i9
i10 1.2 Program unit beruniform BSMM di sekolah rendah Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (10 jam) terdapat 4 tahap (Tahap 1- 4) : Sesi 1: Pengenalan Ringkas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah • Lambang BSMM, Palang Merah dan Kristal Merah • Lagu BSMM • Ikrar (umum untuk semua acara • Cogan Kata/Motto (Berkhidmat / To Serve) • Pakaian BSMM Sesi 2: Sejarah Ringkas Asal Usul PM/BSMM • Pengasas PM/BSMM, Jean Henry Dunant • Peperangan di Solferino • Kelahiran Palang Merah • Kelahiran/Sejarah BSMM Sesi 3: Menghayati 7 Prinsip Palang Merah / Bulan Sabit Merah 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan Sesi 4: Aktiviti-Aktiviti Kegemaran, Perhubungan, Perpaduan dan Nilai-Nilai Murni Kemanusiaan untuk Keamanan Dunia Membuat kad ucapan (wajib) dan pilih salah satu aktiviti lain seperti: • Membuat album/kumpul setem • Membuat buku skrap • Mengumpul/menyusun kaset / CD lagu-lagu / nyanyian • Gambar lukisan dan poster • Kegemaran-kegemaran lain yang sesuai Jean Henry Dunant
i11 1.3 Skim latihan sekolah rendah Terdapat beberapa aspek dalam skim lencana kecekapan BSMM iaitu: - Pertolongan cemas - Pendidikan kesihatan
i12 - Pendidikan palang merah - Persahabatan antarabangsa
i13 - Kem kraf Contoh Kem kraf: Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)Lencana Kecekapan Kem Kraf Peringkat Daerah Kulai 2018, 7-8 November 2018
i14 BAB 2 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT
i15 2.1 Pendaftaran ahli dan Kumpulan Keahlian persatuan terbuka kepada semua individu tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Cara Pendaftaran • Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan • Setiap Cabang Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masingmasing • Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan Proses Penyelaras Pendaftaran Keahlian 1. Kad keahlian telah diberi nombor beriri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. 2. Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang 3. Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar. 4. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada: • Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan • Salinan kedua disimpan oleh Cawangan • Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit • Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup
i16 Komposisi keahlian seperti berikut: Ahli kanak-kanak 9 – 12 Tahun Ahli belia 13 – 18 Tahun Ahli Belia terbuka 13 – 17 Tahun Ahli Bantuan Sukarela berpakaian seragam / tidak berpakaian seragam 18 Tahun ke atas Ahli Seumur Hidup Ahli Kehormat Seumur Hidup Anugerah kepada individu yang beri sumbangan Perincian bagi jenis-jenis keahlian di atas: Ahli biasa Yuran setahun RM 2.00 Bayaran kepada setiausaha Cawangan atau Cabang dan menerima resit pembayaran
i17 Komposisi kumpulan seperti berikut: ✓ Pasukan kanak-kanak ✓ Pasukan belia ✓ Pasukan Belia terbuka ✓ Pasukan bantuan Sukarela Berpakaian Seragam ✓ Pasukan bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam ✓ Pasukan bantuan Sukarela IPT Perincian bagi jenis-jenis kumpulan di atas: Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak/ belia • Setiap sekolah hanya diberikan menubuhkan 1 pasukan BSMM • Setiap pasukan- Minimum 15 ahli • Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan Pendaftaran Pasukan Belia Terbuka • Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh belia Cabang sahaja • Ahli- Minimum 15 orang • Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan Pendaftaran Pasukan Bantuan Sukarela • Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang • Ahli- Minimum 15 orang • Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanakkanak
i18 2.2 Kuasa Penganjur Peranan Penganjur: 2.3 Struktur Unit Struktur unit terdiri daripada: • Kanak-kanak (Link) • Belia (Youth)- Pasukan Bantuan Sukarela • Ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang- kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia • Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing • Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua • Bagi Unit kanak-kanak pula, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar • Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang menunjukkan unit itu dari Sabang mana dan dari bahagian apa • Contoh: Unit PK (Y) 118 menunjukkan unit ini dan Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf "PK") merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PBSM di mana perlu Meluluskan permohonan untuk aktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya
i19 2.4 Pengurusan Buku Log • Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang • Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti • Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat • Saiz buku Log ialah 21cm*32 cm • Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik supaya tidak mudah koyak Gambar: Contoh Buku Log BSMM bertulis 2.5 Tanggungjawab Pemimpin ☺ Memastikan: ✓ Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK ✓ ada perlembagaan atau peraturan ✓ aktiviti dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah ✓ pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir ☺ Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar ☺ Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau yang lebih tinggi ☺ Memohon kebenaran daripada ibu bapa /penjaga pelajar melalui pengurusan sekolah jika khidmat /kepakaran /kebolehan pelajar diperlukan di luar sekolah ☺ Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan /pengelolaan /anjuran /projek /lawatan dan sebagainya
i20 2.6 Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin • Pakaian seragam BSMM hendaklah dipakai lengkap dengan peralatan yang telah diperuntukkan bagi tiap-tiap jenis pakaian seragam. • Barang-barang kemas tidak boleh dipakai semasa memakai pakaian seragam BSMM seperti jam tangan atau cincin perkahwinan. • Semua peralatan hendaklah mengikut spesifikasi yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan dan dibeli secara persendirian. Senarai Warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pemakaian Uniform Berkenaan:
i21 Uniform BSMM No. 2 Pegawai Ahli Belia/ Kadet/ Muda Pakaian “Bush Jacket” Uniform BSMM No. 3 Pegawai Ahli Belia/ Kadet/ Muda & Ahli Belia Pakaian Kerja Susunan Pemakaian Lencana pada Lengan untuk Pegawai Ahli Belia/ Kadet/ Muda dan Ahli Belia
i22 Uniform BSMM No. 4 Pegawai Ahli Belia/ Kadet/ Muda Pakaian Kawalan Kehormat atau Perbarisan Uniform Korporat BSMM Pegawai Ahli Belia/ Kadet/ Muda & Ahli belia (Guru Pelatih sahaja) Pakaian Korporat Uniform Mufti BSMM Pegawai Ahli Belia/ Kadet/ Muda Pakaian Mufti
i23 2.8 Pelantikan Jawatankuasa Unit • Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan. • Terdapat dua cara pelantikan jawatan kuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: 1. Mesyuarat Agong 2. Pelantikan oleh Penasihat Bil Cara Pelantikan Penerangan 1 Mesyuarat Agong • Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli menjadi Jawatan Kuasa. • Jawatan yang dipertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Jawatan Kuasa. • Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas 2 Pelantikan Oleh Penasihat • Pelantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan beruniform. Ia berbeza kerana pelantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. • Carta organisasi untuk pelantikan oleh penasihat juga berbeza daripada pelantikan ahli jawatan kuasa melalui mesyuarat Agong. Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan. 2.9 Pengurusan Badan Beruniform Secara Sistematik Persatuan di institusi pendidikan mempunyai pensyarah atau guru penasihat. Guru penasihat peranannya memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Kadangkala beliau bertindak sebagai jurulatih. Bil JAWATAN TUGAS 1 Penasihat • Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan
i24 2 Pengerusi • Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agong • Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja • Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan • Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir • Mendapat kelulusan daripada pengetua • Menentukan langkah-langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu • Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan 3 Naib Pengerusi • Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan • Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi • Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan 4 Setiausaha • Menyimpan pendaftaran ahli • Membuat urusan surat-menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan • Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat • Bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan • Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan • Merekod kegiatan gerak kerja kokurikulum 5 Bendahari • Menyimpan rekod dan stok harta persatuan • Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli • Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan • Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira persatuan • Menjalankan tugas mengikut ketepatan dalam perlembagaan persatuan 6 Jawatankuasa / Ketua Biro • Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro atau bahagian • Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan
i25 BAB 3 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH
i26 3.1 Sejarah Pergerakan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah, sebuah Gerakan kemanusiaan yang bertujuan: • menyelamatkan nyawa dan Kesihatan manusia. • memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada yang cedera di medan pertempuran Dalam erti kata lain, ia ditubuhkan tanpa bercampur tangan dengan sebarang kuasa politik dan akan memberi pertolongan cemas dan Kesihatan tanpa mengira pesakit tersebut sesiapa pun. Palang Merah juga dikatakan mempunyai tugas Istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undangn antarabangsa. Sejarah penubuhan Gambar: Jean Henry Dunant Pengasas bagi Palang Merah antarabangsa atau Bulan Sabit Merah ialah seorang ahli perniagaan yang bernama Jean Henry Dunant. Beliau merupakan individu yang paling penting dalam menubuhkan Pergerakan Palang Merah (Bapa Palang Merah). Beliau berlahir di Geneva, Switzerland dan mempunyai latar belakang keluarga yang mewah kerana ayahnya merupakan seorang ahli perniagaan perbankan yang maju dan ibunya merupakan seorang pengikut agama yang taat dan kasih sayang. Dengan kasih sayang dan ajaran yang memberangsangkan, beliau telah memberi sumbangan yang unggul kepada dunia ini. Pencetusan hati beliau untuk menubuhkan Palang Merah adalah apabila beliau melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Soliferino, Itali Utara pada 24 Jun 1859. Lebih daripada 40,000 orang tantara yang telah tercedera disertai orang awam yang cedera malahan terlantar, kebesaran hati Henry Dunant telah menggerakkan hatinya untuk membantu mangsa yang meringtih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Dalam buku yang diciptakannya, iaitu A Memory og Solferino, beliau telah menceritakan peristiwa yang memberi impak besar dalam hidupnya. Di samping itu, beliau juga telah memberi beberapa cadangan kepada para ketua kerajaan di Eropah antaranya:
i27 • Pertama: Pembentukan sebuah organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi menghulurkan bantuan ketenteraan serta pertolongan orang awam yang tercedera dan menderita akibat peperangan. • Kedua: Pelaksanaan perjanjian antarabangsa agar tentera yang tercedera daripada manamana pasukan dibantu tanpa mengira pihak. Dengan itu, pada tahun 1864, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk. Jawatankuasa Berlima Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva telah ditubuhkan, Jawatankuasa ini terdiri daripada Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour dan Hnery Dunant. Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima. Matlamat jawatankuasa ini adalah untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanan dan mempratikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku "Kenangan di Solferino". Pada 26 sehingga 29 Oktober 1863, sebuah Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Di akhir konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang pertama dihadiri oleh 16 buah negara telah memberi peruntukan seperti berikut: • Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan • Ambulans, Hospital Tentera dan kakitangan perubatan akan dilindungi semasa peperangan • Mengesahkan sebuah lambang yang seragam, iaitu gelangan tangan dengan lambang palang merah yang berlatar belakangkan putih
i28 Sejarah Penubuhan di Malaysia Masa Peristiwa 1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British 1950 Ditubuhkan di Pulau Pinang 1951 Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor 1952 Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang 1961 Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-Undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen 1962 Pada 16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) AKTA 1961 (No. 4, tahun 1962) telah berkuatkuasa 1963 Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah 1965 Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965) 1975 Pada 21 Ogos 1975, di atas persetujuan Diraja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162 membenarkan pertukaran nama dan lambang) Penggabungan Semenanjung Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak menghasilkan sebuah negara, iaitu Malaysia pada 16 September 1963 telah menyebabkan penggubalan suautu akta baharu dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Dasar Penswastaan) Akta 1965. Penggubalan yang terbentuk menghasilkan penggabungan nama Persatuan Palang Merah Malaya dan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak kepada Persatuan Palang Merah Malaysia. Lantaran itu, pada September 1975, nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diganti kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
i29 Tujuan Penubuhan 3.2 Prinsip-prinsip Asas Bulan Sabit Merah Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah menggariskan 7 prinsip asas bagi Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk diterima pakai. Prinsip-prinsip ini diterima secara rasmi pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ke- 20 di Vienna, Itali dalam tahun 1965: Memberi Perlindungan dan meringankan kesengaaraan manusia di mana Sahaja Melindungi nyawa dan Kesihatan Memberi galakan perkhidmatan sukarelawan dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli Pergerakan Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh pada mereka yang memerlukan perlindungan dan pertolongannya Berusaha ke pencegahan penyakit-penyakit dan Kebajikan social Menentukan penghormatan diberi kepada manusia terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga kecemasan
i30 1. Kemanusiaan •Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia la memupuk kesefahaman, persahabatan dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. 2. Kesaksamaan •Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya adalah untuk meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. 3. Keberkecualian •Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman agama atau ideologi. 4. Kebebasan •Kami bebas dan sementara kami adalah pembantu dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang negara kami mengekalkan autonomi supaya kami boleh bertindak selaras dengan prinsip pergerakan tu pada setiap masa 5. Khidmat Sukarela •Ia berupa sebuah gerakan bantuan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mendapatkan keuntungan 6. Ketunggalan •Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua dan aktivitinya meliputi seluruh negara 7. Kesejagatan •Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia di mana semua persatuan mempunyai Taraf dan tanggungjawabi yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain
i31 3.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa Terdiri daripada 3 badan yang berasingan: ✓ Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) ✓ Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) ✓ Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan (PBSMK)
i32 Persidangan • JAPM, IFRC, PBSMK dan kerajaan yang menandatangan Konvensyen Geneva berjumpa 4 tahun sekali • Badan yang membuat keputusan yang tertinggi • Semua terikat dengan Keputusan dan resolusi (pembaharuan) yang dibuat
i33 3.4 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) • Penaung Persatuan: Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong • Presiden persatuan: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri • Timbalan Presiden: Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri • Naib Presiden: ✓ YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ✓ YB Menteri Kesihatan ✓ YB Menteri Luar Negeri ✓ YB Menteri Belia dan Sukan ✓ YB Menteri Pelajaran ✓ YB Menteri Pendidikan Tinggi
i34 3.4.1 Senat BSMM • Badan yang tertinggi dalam BSMM tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif • Terdapat 25 senator pada suatu masa • Pelantikan senator ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik di kalangan ahli BSMM • Peranan utama adalah meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip pergerakan Senator Masjlis Kebangsaan Jawatan Eksekutif Kebangsaan Jawatankuasa Cabang Unit Unit Sukarela Pasukan Bantuan Sukarela Pasukan Kebajikan Unit-unit Lain Kanak-kanak Belia
i35 3.4.2 Majlis Kebangsaan • Badan yang membuat polisi dan dasar BSMM • Mesyuarat dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk forum • Majlis ini dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan,4orang Naib Pengerusi Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan,8 orang ahli yang dipilih,2 orang wakil setiap Cawangan, wakilwakil agensi kerajaan, Kementerian dan Setiausaha Agung 3.4.3 Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan • Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan • Pengurusan seharian mengenai persatuan • Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Tugasnya adalah melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian • Dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan,4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan,8 orang ahli yangdipilih,5 orang wakil zon dan Setiausaha Agung 3.4.4 Pengerusi Kebangsaan BSMM • Berkuasa dalam: o Menamakan calon bagi pelantikan Setiausaha Agung oleh Majlis Kebangsaan o Memberi pertimbangan dan melulus/sebaliknya pelantikan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang dipilih o Mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama menentukan pemerhatian, pembuangan/memansuhkan keahlian (tidak termasuk ahli-ahli Senat BSMM, Majlis Kebangsaan)
i36 3.4.5 Jawatankuasa Kebangsaan ✓ Belia ✓ Kewangan ✓ Kutipan Derma ✓ Latihan ✓ Pembangunan Organisasi ✓ Pentadbiran &Perjawatan ✓ Perhubungan Antarabangsa ✓ Perkhidmatan Ambulans & Pengurusan Bencana ✓ Perkhidmatan Masyarakat ✓ Program Darah/HIV-AIDS &Penyalahgunaan Dadah ✓ Lembaga Tender ✓ Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa ✓ Pengurusan *setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan akan melantik ahli-ahli Jawatankuasa masing-masing 3.4.6 Cawangan(Negeri) • Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di lbu Pejabat Kebangsaan (IPK) Kuala Lumpur • BSMM terdapat 15 cawangan di Malaysia (setiap negeri, Wilayah Persekutuan dan Labuan) 3.4.7 Cabang(Daerah) • Setiap Cawangan terdiri daripada Beberapa Cabang o Daerah o Daerah Kecil ▪ Merupakan suatu institusi (institut pendidikan guru, universiti dan sebagainya) ▪ Kini telah dinaik taraf kepada Cabang ▪ Tahun 2000-119 Cabang di Malaysia
i37 3.4.8 Unit-Unit • Contoh Unit-Unit: o Pasukan Bantuan Sukarela/PBS(Volunteer Aid Detachment/VAD) o Pasukan Kumpulan Kebajikan(Welfare Service Group/WSG) o Belia(Youth) o Kanak-Kanak(Link) • Menjalankan aktiviti di peringkat Cabang • Terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan politik • Komposisi keahlian o Kanak-kanak(Pelajar Sekolah Rendah) o Ahli-ahli Belia(Pelajar Sekolah Menengah) o Pasukan Bantuan Sukarela(Orang Dewasa) o Ahli Seumur Hidup o Ahli Kehormat Seumur Hidup • Bentuk latihan yang diberi kepada ahli: o Pertolongan Cemas o Rawatan Rumah o Bantuan Bencana Alam o Memberi perkhidmatan masyarakat o Pendidikan Kesihatan • Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing • Setiap unit yang berdaftar dengan IPK mempunyai nombor unit yang khasmenunjukkan unit itu dari Cawangan mana dan dari bahagian apa
i38 STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT NEGERI/DAERAH PENAUNG BSMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong PRESIDEN BSMM YAB Perdana Menteri TIMBALAN PRESIDEN BSMM YAB Timbalan Perdana Menteri NAID PRESIDEN BSMM YAB Timbalan Perdana Menteri 1. Menteri Pambangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat 2. Menteri Pendidikan Tinggi 3. Menteri Kesihatan 4. Menteri Luar Negeri 5. Menteri Belia& Sukan 6. Menteri Pelajaran 7. Menteri Di Jatatan Perdana Menteri
i39 STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT IPG STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT SEKOLAH DAN KUMPULAN Penaung (Pengarah) Pengerusi (ketua Jabatan) Guru penasihat Pengerusi (pelajar) Naib pengerusi (Pelajar) Setiausaha naib setiausaha bendahari Penolong bendahari Komanden Kuarter master Ketua patrol/biro Guru Besar Guru penasihat (PKK) Pengerusi (pelajar) Naib pengerusi (Pelajar) Setiausaha naib setiausaha bendahari Penolong bendahari AJK
i40 STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT IPGM KPT Penaung Dr Hanani Binti Harun Rasit Pengerusi(ketua Jabatan) En Shamsharizal Bin Abd Aziz Setiausaha(pensyarah Penasihat) Puan Che Rohani Binti Che Aziz Pengerusi(pelajar) Lee Xin Yi Naib Pengerusi (Pelajar) Muhammad Zhafirul Ariff Bin Zainom Setiausaha Ooi Hui Qun Naib Setiausaha Angela Tiong Yi Jia Bendahari Yong Zi Wei Penolong Bendahari Nur Erika Ridwana Binti Bizaisham
i41 3.5 Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) 3.5.1 Pengenalan UUKA • Satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan • Bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan • Dikenali sebagai:· o Undang-Undang Peperangan o Undang-Undang Konflik Bersenjata 3.5.2 Kepentingan UUKA • Salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang • Bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya 3.5.3 Kegunaan UUKA UUKA melibatkan dua keadaan: • Konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurangkurangnya dua buah negara) • Konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak) *UUKA diguna pakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya 3.5.4 Perlindungan UUKA UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran: • Orang Awam • Anggota Perubatan dan Kor Agama Angkatan Tentera • Mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit • Tawanan Perang *Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan
i42 3.5.5 Cara UUKA Melindungi • UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam • Membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam • Membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan • Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka 3.6 Pembangunan Konvensyen-Konvensyen Geneva 3.6.1 Konvensyen Geneva • Tujuan melindungi mangsa perang terutama orang awam dan tentera yang terlibat dalam peperangan • Peraturan yang menghadkan keganasan perang • Sebanyak 194 buah negara telah menandatangani perjanjian tersebut 3.6.2 Matlamat • Mengelakkan kemusnahan yang teruk akibat peperangan • Sebagai satu Undang-Undang Kemanusiaan Dunia • Mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggarinya 3.6.3 Sejarah • Peperangan berlaku di Solferino(Itali) • Tentera Franco-Sardinian vs Tentera Austria • Mengakibatkan krisis kebuluran dan menyebabkan hampir 9000 penduduk menjadi pelarian • Henry Dunant pencetus idea penubuhan persatuan antarabangsa • Pada 25 Ogos 1863,satu persidangan diadakan di Geneva • Tujuan meningkatkan bantuan dan tahap keselamatan pembantu perubatan di medan peperangan • Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah • Namun perjanjian ini hanya dapat bertahan seketika sahaja • Peperangan di Eropah masih meletus • Pada 1949 -perjanjian ini dikaji semula dan ia dibekukan sementara • Walau bagaimanapun, ia memberi pengalaman kepada para delegasi untuk mengadakan perjanjian seterusnya
i43 3.6.4 Konvensyen Geneva Pertama 1864(Perkhidmatan Ketika Peperangan) Melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan. • Dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek lain • Tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal • Menerima rawatan yang mencukupi • Dilindungi daripada dirompak dan jangkitan penyakit • Semua parti terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah(ICRC) • Organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera Meluaskan perkhidmatan ambulans, hospital kepada bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal 3.6.5 Konvensyen Geneva Kedua 1899(Perlindungan Laut & Darat) • Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut o Mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut o Pengawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi • Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan o la tidak boleh diserang atau ditahan o Pengangkutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera dan terkaram o Tidak boleh ditangkap selagi kekal berkecuali • Pegawai perubatan kapal hospital tidak boleh ditangkap, namun mereka yang cedera, sakit dan terkaram boleh ditahan sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut mesti mempunyai kemudahan perubatan 3.6.6 Konvensyen Geneva Ketiga 1906(Perlindungan Kepada Tawanan Perang) • Tawanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan makanan yang mencukupi serta rawatan yang memadai o Diberi perlindungan dengan sebaiknya o Diberi keselesaan dan keperluan hidup yang terbaik o Tahanan yang dilakukan perlu tertakluk kepada undang-undang penahanan
i44 o Penahanan tidak boleh bertindak secara diskriminasi terhadap tahanan perang dari aspek agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteria o dari segi jantina, tahanan wanita perlu dilayan dengan baik 3.6.7 Konvensyen Geneva Keempat 1949(Perlindungan Terhadap Orang Awam) • Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata pengganas o Orang awam tidak boleh dibuang negeri atau dikurung kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mereka) o Kegiatan negatif seperti rompakan, pembalasan pemusnahan harta benda adalah dilarang o Perlindungan kanak-kanak dan orang awam diutamakan o Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja ketenteraan untuk penjajah o Pihak penjajah mesti menyediakan bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk bekalan penduduk o Hospital dan zon-zon keselamatan perlu diwujudkan untuk ibu mengandung dan 人 kanak-kanak umur bawah 15 tahun o Orang kurungan mesti menerima makanan dan rawatan perubatan yang secukupnya kesan daripada risiko peperangan o Keselamatan, penghormatan, hak keluarga, agama, adat resam perlu dihormati 3.7 Protokol-Protokol Tambahan 3.7.1 Protokol Tambahan l(1977) • Melarang serangan membuta tuli yang dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup • Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuklear, objekobjek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang • Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam serta had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan • Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera • Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang • Penggunaan salah satu emblem (lambang)yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah parang
i45 3.7.2 Protokol Tambahan ll(1977) • Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva • Individu yang tidak teribat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol ll melarang keganasan atas kehidupan,kesihatan,fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ketempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya • Serangan tidak boleh dibuat ke atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman sistem pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang • la menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama • Organisasi bantuan saksama seperti ICRC adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan kemanusiaannya TARIKH ASAL KONVENSYEN TARIKH VERSI SEMASA 1864 Konvensyen Geneva l: Memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan 12 Ogos 1949 1899 Konvensyen Geneva Il: Memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera,sakit dan karam di laut 12 Ogos 1949 1906 Konvensyen Geneva III: Perihal layanan orang-orang tawanan perang 12 Ogos 1949 1949 Konvensyen Geneva IV: Perlindungan orang-orang awam dalam masa perang 19 Ogos 1949 1977 Protokol l: Protokol tambahan bagi Konvensyen Geneva 12 Ogos1949 & berkaitan dengan perihal perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa 18 Jun 1977 1977 Protokol Il: Protokol Tambahan bagi Konvensyen Geneva 12 Ogos1949 & berkait dengan perihal konflik bersenjata bukan antarabangsa 18 Jun 1977 Jadual 1:Tarikh-Tarikh Konvensyen Geneva Diadakan
i46 3.8 Tanggungjawab negara-negara Tanggungjawab Persatuan (BSMM) • Mengekalkan organisasi yang tetap dan aktif untuk melegakan kesakitan, penderitaan atau tekanan terutama mangsa konflik bersenjata, bencana atau kecemasan lain tanpa mengira warganegara, bangsa, kelas, jantina, keturunan atau pendapat politik, organisasi. • Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan PrinsipPrinsip Asas Pergerakan. • Menggalakkan penubuhan Cawangan, Cabang dan Unit dan melaksanakan kawalan umum terhadap kerja mereka. • Menggalakkan dan mengekalkan kepentingan awam dalam kerja-kerja Persatuan dan melaksanakan kutipan derma dan dana. • Bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan organisasi sukarela lain yang terlibat dalam kerja-kerja yang sama dengan Persatuan laksanakan dengan Persatuan mengekalkan kuasa pentadbiran terhadap dana, kakitangan dan material dan tidak berkongsi nama dan lambang Bulan Sabit Merah untuk rayuan dana dan tujuan lain. • Bergantung bagi menjalankan pentadbiran bila mana yang mungkin kepada sumbangan dan derma sukarela sebanyak yang boleh bagi memberi khidmat secara percuma. • Menerima tugas menurut prinsip-prinsip (7 Prinsip Asas) dan fungsi tertentu untuk melindungi alam sekitar dan membekalkan kursus-kursus latihan bagi subjek yang boleh dibuka kepada awam. • Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah penggunaan yang tidak sah dan pencabulan terhadap lambang Palang Merah Bulan Sabit Merah atau penggunaan nama Persatuan, Uniform, Medal dan Lencana yang tidak diberi kebenaran. • Mempertimbangkan dan meluluskan dalam kes-kes yang sesuai bagi pencalonan untuk penganugerahan pangkat kecemerlangan, pingat dan lencan Persatuan. • Menggalakkan dan mempromosikan ahli belia dengan sasarannya iaitu untuk mendidik pembentukan tabiat kehidupan yang sihat, kepentingan berkhidmat kepada orang lain, membangunkan rasa tanggungjawab sosial dan menguatkan ikatan persahabatan antarabangsa yang wujud di antara ahli belia Palang Merah / Bulan Sabit Merah di seluruh dunia.
i47 3.9 Konvensyen-konvensyen Hague 3.9.1 Objektif • Perbincangan berkaitan Undang-Undang Antarabangsa • Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan • Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata • Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa 3.9.2 Konvensyen Hague 1899 & 1907 • Undang-undang peperangan • Memberi hak dan menerangkan cara tugas pihak yang berperang dalam menjalankan operasi ketenteraan • Berkenaan tentang hak perlindungan kemanusiaan bagi mereka yang terbabit dalam peperangan • Sebanyak 50 buah negara telah menyertai mesyuarat keamanan ini di Hague, Netherlands pada tahun 1899 dan 1907 • Mesyuarat tersebut telah berlancar dari 18 Mei dan ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Perjanjian tersebut berkuat kuasa dari 4 September 1900 3.9.3 2 Konvensyen Hague 1. Persidangan Keamanan Pertama 1899 • Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani 2. Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 • Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907 3.9.4 4 Bahagian Perjanjian Hague 1. Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaian di Benua Pasifik 2. Undang-undang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat 3. Penambahan syarat peperangan di lautan kepada Prinsip Konvensyen Geneva pada tahun 1864 4. Melarang penggunaan bom yang dipancar dan mengebom di udara
i48 3.9.5 Hague I • Pacific Settlemenet of International Disputes • Ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Dikuatkuasa pada 4 September 1900 • Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara • Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata • Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa bertindak sebagai badan pengaman perlu dirujuk jika sesuatu konflik tidak diselesaikan secara diplomasi 3.9.6 Hague II • Ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Dikuatkuasa pada 4 September 1900 • Diilhamkan semasa persidangan Brussels 1874 • Pihak yang bertelagah perlu menghormati undang-undang dan cara-cara peperangan darat • Undang-undang, hak dan tugas peperangan perlu dipatuhi oleh semua pihak • Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang 3.9.7 Hague III • Undang-undang peperangan adalah adaptasi peperangan maritim (22 Ogos 1864) • Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut ➢ Kemudahan perubatan (hospital kapal tentera) ✓ Kapal tersebut tidak boleh digunakan dalam tujuan peperangan ✓ Dicat dengan warna putih dengan garisan melintang berwarna merah
i49 3.9.8 Hague IV • Antara persetujuan-persetujuan adalah ➢ Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun ➢ Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat ➢ Deklarasi harus disahkan segera dan pengesahan seharusnya dimulakan di Hague dengan cara menulis notis kepada Kerajaan Netherland 3.9.9 3 Sumpahan Persefahaman ✓ Berkenaan pelancaran bom udara ✓ Berkenaan penggunaan objek akan menyebarkan gas racun melalui udara yang akan membunuh manusia. ✓ Berkenaan penggunaan peluru yang senang mengembang dan mengalahkan di dalam tubuh manusia 3.9.10 Bab Dalam Perjanjian Terdapat 4 bab utama dalam Konvensyen Hague • Kawalan ➢ tor-general of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization mempunyai kuasa dalam memastikan bahawa objek-objek dan warisan sesebuah negara yang berlaku konflik adalah terpelihara • Perlindungan Istimewa ➢ International Register of Cultural Property under Special Protection ➢ Sesebuah negara berhak mendaftarkan barangan, objek yang dianggap bernilai dalam masa 30 hari ketika tercetusnya konflik • Pengangkutan ➢ United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization akan menyediakan pengangkutan untuk membawa keluar barangan tersebut ke tempat yang lebih selamat • Lambang Kenderaan ➢ Kenderaan yang membawa barangan ini mestilah melekatkan lambang ini ➢ Pihak yang terbabit dalam konflik tidak boleh memusnahkan, merosakkan atau merampas kenderaan tersebut ➢ Sehingga kini, Konvensyen Hague masih lagi digunakan untuk melindungi sesetengah hak barangan untuk kepentingan sejagat
i50 3.10 Lambang/emblem • identiti atau tanda pengenalan untuk orang dalam kumpulan, wilayah, negara atau apa sahaja • ciri tersendiri, termasuk Lambang Palang Merah. Sebelum Lambang Gerakan diterima pakai, setiap perkhidmatan perubatan tentera sekurang-kurangnya dalam Eropah, mempunyai tanda pengenalannya sendiri. Misalnya, Austria menggunakan bendera putih, Perancis bendera merah atau Sepanyol bendera kuning. Kebanyakan tanda yang digunakan mempunyai akibat yang tragis. Walaupun tentera tahu apa tanda pengenalan kakitangan perubatan, tetapi biasanya mereka tidak tahu apa tanda pengenalan perubatan lawan mereka kerana tanda pengenalan yang digunakan tidak simbol universal dan tidak dilihat sebagai satu perkara neutral. 1. Lambang Palang Merah Pada tahun 1863, Persidangan Antarabangsa telah diadakan di Geneva dan menerima pakai Lambang Palang Merah di atas dasar putih sebagai tanda pengenalan Persatuan Palang Merah Kebangsaan adalah bertentangan dengan bendera Kebangsaan Switzerland. Pada tahun 1864, Konvensyen Geneva pertama menyatakan bahawa lambang Palang Merah berada di atas dasar putih diiktiraf secara rasmi sebagai tanda pengenalan perkhidmatan perubatan angkatan tentera. Di Konvensyen Geneva 1906, semasa kajian semula Konvensyen Geneva 1864, barulah Lambang Palang Merah ditubuhkan sebagai penghormatan kepada Switzerland.