101 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR GERAK GEMPUR 2 Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A,B dan C atau empat pilihan jawapan A,B,C dan D.Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul.Pilih jawapan itu.Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.Hitamkan ruangan yang sama dengan dengan jawapan yang kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 17 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Isteri Encik Malim lebih suka ___________ buah kelapa daripada membeli santan kelapa yang sudah siap di dalam kotak. A menyagat B mengikis C mengukur D memerah 2 “Maaf,Hussain.Semalam aku tidak dapat mengikut ____________ ke bandar,” beritahuku kepada Yi Min. A aku B dia C kamu D mereka
102 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR 3 ______________ pemimpin itu sudah lama diduga kerana beliau terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. A Kejatuhan B Kerosakan C Kehancuran D Kemusnahan Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4 Kasut sukan yang dibeli oleh Marwan memang mahal kerana kasut itu _________ terkenal. A berjenama B berharga C bernama D berjejak 5 Tiang kayu jambatan itu ____________ dimakan anai-anai. A reput B rapuh C pecah D buruk 6 Longkang di kawasan perumahan itu berbau ____________ . A hapak B hanyir C busuk D hamis
103 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR 7 Badan orang tua itu masih _____________ walaupun usianya sudah menjangkau lebih daripada separuh abad. A tegap B kukuh C tegak D teguh 8 Usaha Perhilitan harus dipuji _____________ menyediakan habitat untuk badak sumbu Sumatera yang kini semakin terancam. A kerana B apabila C kecuali D sementara Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah 9 Bubu yang digunakan untuk memerangkap ikan diperbuat ____________ buluh. A dari B pada C oleh D daripada 10 Beberapa buah jeti dibina di __________ persisiran pantai untuk memudahkan nelayan memunggah ikan yang ditangkap. A tepi B tengah C penjuru D dalam
104 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. 11 Ayah sedang ____________ lubang di belakang rumah untuk menanam jagung. A mengambus B mengorek C menggali D menggerudi 12 Dia dimarahi ibu kerana ____________ lantai rumah yang baru sahaja dibersihkan dengan mop. A mengotori B mengotorkan C terkotor D kekotoran 13 Sufian bertuah mempunyai ____________ yang sangat penyayang dan saling bertolak ansur. A ibu mentua B cara hidup C isi perut D kata hati 14 Hatinya semakin ______________ apabila keputusan peperiksaan akan diumumkan tidak lama lagi. A berdenyut-denyut B berdebar-debar C berpusing-pusing D berlegar-legar
105 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR 15 Amir dan rakannya terjatuh daripada basikal ketika mereka melalui jalan yang ________________ itu. A berputar-putar B bergoyang-goyang C berlekak-lekuk D berbintik-bintik Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah. 16 Rambutan di atas meja itu dijual pada harga lima ringgit se_____________. A rumpun B utas C biji D ikat 17 Hazif membeli enam ___________ mata kail dan dua _________ joran di kedai alat-alat memancing ikan. A bentuk…puntung B bentuk…batang C biji…batang D utas…keping 18 Semua penduduk di situ melakukan kerja secara _________ untuk membantu golongan yang miskin. A sukacita B sukarela C sukaduka D sukahati
106 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah. 19 Pak Mail menambat kambing jantan itu pada sebatang pokok di belakang rumahnya. Kata berlawan bagi menambat ialah… A memberkaskan B melonggarkan C melepaskan D meleraikan 20 Kita haruslah lakukan sesuatu yang bermanfaat kepada diri dan bukannya Yang merosakkkannya. Pilih perkataan seerti bagi bermanfaat A berguna B bermadah C bermegah D berhasil 21 Ramai pengunjung yang datang mandi-mandi di tepi pantai itu apabila laut mulai pasang. Pilih perkataan berlawan bagi pasang A dalam B cetek C tohor D surut
107 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR Soalan 22 – 23 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22 23 I II III IV A B C D I II III IV A B C D Adik sedang bermain masak dengan rakan-rakannya. Encik Borhan telah masak benar dengan tingkah laku anak gadisnya itu. Buah betik yang dijolok oleh abang diperamnya agar cepat masak. Datuk Malik seorang ahli perniagaan yang sudah masak dengan cabaran. I dan II I,III dan IV II,III dan IV I,II dan IV Sudah tiga tahun Divya menuntut di luar Negara dalam bidang perubatan. Semua pemenang diminta menuntut hadiah yang dimenangi dalam masa dua minggu. Semua pekerja di syarikat minuman itu menuntut kenaikan gaji. Dia menuntut tangan perempuan tua yang hendak melintas jalan. I,II dan III I,III dan IV II,III dan IV I,II,III dan IV 24 Pilih ayat tanya yang betul bagi ayat di bawah.. Kemudahan penginapan yang selesa perlu disediakan kepada para pelancong. A Mengapakah kemudahan penginapan yang selesa perlu disediakan? B Di manakah kemudahan penginapan yang selesa disediakan? C Apakah cara untuk memajukan pusat pelancongan itu? D Siapakah yang menyediakan kemudahan penginapan itu? 25 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah. Bilakah pameran kereta antik itu akan dilangsungkan di Skudai? A Lima hari lagi jika tidak ada sebarang aral yang melintang. B Banyak faedah yang kita dapat jika pameran itu diadakan di Skudai. C Pameran kereta antik itu hanya akan dilangsungkan di Skudai. D Lebih daripada lima puluh buah kereta antik akan dipamerkan
108 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR Soalan 26 – 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan 26 27 Kakak terpaksa menaiki teksi apabila tayar kereta baharunya pancit sejak dua hari yang lalu. A Apabila tayar teksinya pancit sejak dua hari yang lalu,dia terpaksa menarik kereta baharu. B Sudah dua hari ayah menaiki kereta baharunya apabila tayar kereta teksi itu pancit. C Sejak dua hari yang lalu ayah terpaksa menaiki teksi apabila tayar kereta baharunya pancit. D Apabila tayar kereta ayah pancit sejak dua hari yang lalu,ayah terpaksa menarik teksi baharu. “Bilakah kamu dan keluarga kamu hendak melancong ke luar negara?”tanya Mei Li kepada Hamdan. A Mei Li memberitahu Hamdan bahawa dia dan keluarga akan melancong ke luar negara. B Mei Li disoal oleh Hamdan tentang lawatannya bersama keluarga ke luar negara. C Mei Li menyoal Hamdan bila dia dan keluarganya akan melawat ke luar negara. D Mei Li dan Hamdan hendak melawat ke luar negara bersama keluarga masing-masing. Soalan 28 – 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 28 A Dia tinggal di kawasan pendalaman dengan ibunya. B Mereka sedang memperdalamkan anak sungai di hadapan balai raya. C Anak lelaki Halim yang paling kuat sekali membaca di dalam kelasnya. D Cikgu Nora menasihati murid-murid supaya rajin membaca buku. 29 I II III IV A B C D Warung itu terletak di antara pejabat pos dengan kedai alat tulis. Kakak berasa bimbang kerana badannya susut selepas dia demam. Pokok bunga-pokok bunga yang ibu tanam sangat cantik. Norli memasukkan serumpun serai ke dalam masakannya. I dan II I dan IV II dan III III dan IV
109 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR 30 I II III IV A B C D Baju kurung itu bukan baju kakak yang baharu. Bangunan itulah yang paling tertinggi sekali di Kuala Lumpur. Segala rumah di taman perumahan itu telah memasang jeriji untuk keselamatan. Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Kesihatan sebelum bersara. I dan II I dan IV II dan III III dan IV Soalan 31 – 35 Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Iman Meili Iman Meili Iman Meili Iman Meili Iman Meili Iman Meili Iman : Hai,apa khabar?Baca apa tu? : Khabar baik.Saya sedang membaca buku tentang Sejarah Kemerdekaan Negara. : Kamu pinjam buku dari perpustakaan sekolahkah? : Tidaklah.Buku ini saya beli semasa saya pergi ke kedai buku,kelmarin.Banyak yang saya tidak tahu tentang kemerdekaan negara kita.Sekarang apabila saya membaca,barulah saya tahu. : Boleh kamu cerita kepada saya sedikit tentang peristiwa menjelangnya kemerdekaan di negara kita? : Boleh,apa salahnya.Berdasarkan buku ini,pengumuman tarikh kemerdekaan negara kita telah diadakan di Padang Merdeka,Bandar Hilir,Melaka pada 20 Februari 1956. : Siapakah yang membaca pengumuman itu? : Pengumuman itu dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. : Bilakah Bendera Union Jack diturunkan? : Pada 12.00 malam,30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur.kemudian pada hari yang sama bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.Keesokan harinya,barulah Tunku mengisytiharkan kemerdekaan Negara kita di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. : Boleh,saya pinjam buku ini tak?Baguslah kandungannya.Saya juga hendak tahu tentang sejarah kemerdekaaan negara kita. : Esok,saya berikan kepada kamu?Sebab saya belum habis membacanya. : Boleh,rugi jika saya tidak membacanya!
110 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR 31 Siapakah yang baru membeli buku Sejarah Kemerdekaan Negara? A Iman B Meili C Ibu bapa Meili D Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 32 Apakah isi kandungan buku tersebut? A mengenali Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj B bagaimana Union Jack diturunkan C sejarah Bandar Hilir,Melaka D tentang kemerdekaan negara 33 Bilakah tarikh pengumuman tarikh kemerdekaan negara diisytiharkan? A Tahun 1957 B 31 Ogos 1957 C 30 Ogos 1957 D 20 Februari 1956 34 Di manakah Union Jack diturunkan? A Di Padang Kelab Selangor B Di Stadium Merdeka C Di Dataran Merdeka D Di Padang Merdeka 35 Mengapakah Meili tidak meminjamkan buku tersebut kepada Iman? A buku itu mahal harganya B Meili belum selesai membacanya C ibu bapa Meili tidak mengizinkan D Meili perlu memulangkan buku itu ke perpustakaan
111 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR Soalan 36 – 40 Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. MUDAH UNTUK DIPELAJARI,MUDAH UNTUK DIFAHAMI, MUDAH UNTUK DILAKUKAN Gerbang Gemilang UPSR Alamatkan kepada: Unit Langganan, Alaf Dua Puluh Satu Sdn.Bhd, Lot 2,Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15,40000 Shah Alam, Selangor. Saya ingin memiliki buku, Matematik Tahun 6 ________ naskhah x RM4.00 =RM Bahasa Inggeris Tahun 6 ________ naskhah x RM4.00 =RM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 ________ naskhah x RM4.00 =RM Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6 ________ naskhah x RM3.60 =RM Sains Tahun 6 ________ naskhah x RM4.60 =RM JUMLAH KESELURUHAN CARA BAYARAN: ( ) Disertakan wang pos atau kiriman wang atau cek berpalang No.: ………………… bernilai RM………………. atas nama ALAF DUA PULUH ( ) Saya ingin membuat bayaran melalui maybank2u.com(sila e-mail:support @alaf20.com) ( ) Pembayaran melalui „bank in‟ke akaun BIMB No.12222234567123(salinan bank slip disertakan) # Kos penghantaran percuma # Harga baru mulai Januari 2009 36 Buku latihan ini sesuai untuk murid A tahun tiga B tahun lima C tahun empat D tahun enam
112 MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU SJK PPMP NEGERI JOHOR 37 Berapa jenis bukukah yang ditawarkan oleh syarikat itu? A empat B enam C lima D tiga 38 Jika kamu hanya membeli buku Matematik dan buku Bahasa Melayu Penulisan sahaja,berapakah harga yang perlu dibayar? A RM 4.00 B RM 8.00 C RM 7.60 D RM 12.00 39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan A Pembayaran boleh dilakukan secara tunai sahaja. B Harga keseluruhan buku yang dijual ialah RM20.20 C Harga buku Sains lebih mahal daripada buku latihan lain D Beza harga buku Sains dengan Bahasa Melayu Penulisan ialah seringgit 40 Rangkai kata penghantaran percuma dalam petikan bermaksud A Tidak dikenakan apa-apa bayaran semasa buku dihantar B Hanya buku-buku tertentu sahaja yang dikenakan bayaran C Buku akan diberi percuma kepada pembeli yang membeli D Semua buku akan diberi secara percuma apabila ada penghantaran - SELAMAT MAJU JAYA -