The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Laylastudymaterials, 2021-01-15 03:52:12

SAINS TAHUN 3

H
U
N
TA
TA H U N
TAHUN





















































BT073002

RUKUN NEGARA


Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;


Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;


Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.


MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)










RUKUN NEGARA.indd 1 28/09/16 7:53 PG

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)
















U
H
U
N
N
TAHUN
TA
TA H U N SEKOLAH KEBANGSAAN
H
TA
Penulis
Raja Shahida binti Raja Mansor
Abdul Karim bin Daud
Jong Tze Kian


Editor

Mohd Faizal bin Rus Rzerli


Pereka Bentuk
Muhammad Izzuan bin Idris


Ilustrator
Muhammad Izzuan bin Idris












Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
2018
2018

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA





No. Siri Buku: 0005


KK 507-221-0102011-49-2048-20101
ISBN 978-983-49-2048-7 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama
daripada banyak pihak. Sekalung penghargaan
Cetakan Pertama 2018 dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 semua pihak yang terlibat:

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penambahbaikan
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Kementerian Pendidikan Malaysia.
lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk
atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
mekanik, penggambaran semula mahupun Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Kementerian Pendidikan Malaysia.
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran • Jawatankuasa Penyemakan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti Kementerian Pendidikan Malaysia.
atau honorarium.
• Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks,
Diterbitkan untuk dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka, • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.
50460 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-21479000 (8 talian) • Panel Pembaca Luar,
Faksimile: 03-21479643 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web: http://www.dbp.gov.my • SK Lembah Subang, Selangor.

Reka Letak dan Atur Huruf: • SK Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka • Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Muka Taip Teks: Azim • Portal MyHealth,
Saiz Muka Taip Teks: 16 poin Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Semua pihak yang terlibat dalam proses
Dicetak oleh: penerbitan buku ini.
Sinaran Bros Sdn. Bhd.,
No. 1 & 3, Jalan 118C,
Desa Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.

KANDUNGAN




PENGENALAN v

Unit 1
KEMAHIRAN SAINTIFIK 1

• Kemahiran Proses Sains 2
• Kemahiran Manipulatif 15
• Santai Sains 21
• Ingat Semula 21
• Mari Jawab 22
Unit 2
PERATURAN BILIK SAINS 23
• Mematuhi Peraturan Bilik Sains 24
• Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains? 26
• Santai Sains 27
• Ingat Semula 27
• Mari Jawab 28
Unit 3
MANUSIA 29

• Jenis Gigi dan Fungsinya 30 • Proses Pencernaan 49
• Struktur Gigi 32 • Urutan Aliran Makanan 50
• Gigi Susu dan Gigi Kekal 34 • Pencernaan Makanan 52
• Penjagaan Kesihatan Gigi 37 • Perbuatan yang Mengganggu 54
• Kelas Makanan 40 Pencernaan
• Pentingnya Makanan Saya 42 • Santai Sains 55
• Makanan Seimbang 44 • Ingat Semula 55
• Kesan Makanan yang Tidak 47 • Mari Jawab 57
Seimbang
Unit 4
HAIWAN 59

• Pengelasan Haiwan 60
• Tabiat Pemakanan Haiwan 62
• Kegigian Haiwan 64
• Perubahan Tabiat Pemakanan Haiwan 67
• Santai Sains 69
• Ingat Semula 69
• Mari Jawab 70
Unit 5
TUMBUH-TUMBUHAN 71

• Cara Pembiakan Tumbuh-tumbuhan 72
• Kepentingan Pembiakan Tumbuh-tumbuhan 74
• Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan 76
• Teknologi Pembiakan Tumbuh-tumbuhan 77
• Santai Sains 77
• Ingat Semula 78
• Mari Jawab 78


iii

Unit 6
PENGUKURAN 79

• Luas 80
• Mengukur Luas Permukaan Sekata 81
• Menganggar Luas Permukaan Tidak Sekata 83
• Isi Padu 85
• Mengukur Isi Padu Kotak Lohong 86
• Mengukur Isi Padu Cecair 88
• Isi Padu Pepejal Tidak Sekata 91
• Santai Sains 93
• Ingat Semula 93
• Mari Jawab 94
Unit 7
KETUMPATAN 95

• Timbul dan Tenggelam 96
• Ketumpatan 98
• Air Menjadi Lebih Tumpat 99
• Aplikasi Ketumpatan dalam Kehidupan 102
• Santai Sains 103
• Ingat Semula 104
• Mari Jawab 104
Unit 8
ASID DAN ALKALI 105

• Asid, Alkali dan Neutral 106
• Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral 109
• Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral di Sekeliling Kita 111
• Pengganti Kertas Litmus 112
• Santai Sains 113
• Ingat Semula 113
• Mari Jawab 114
Unit 9
SISTEM SURIA 115

• Ahli Sistem Suria 116
• Suhu Planet 120
• Orbit Planet 122
• Masa Peredaran Planet 124
• Santai Sains 125
• Ingat Semula 126
• Mari Jawab 126
Unit 10
MESIN 127

• Takal 128
• Cara Takal Tetap Berfungsi 129
• Kegunaan Takal 131
• Mereka Cipta Model Takal Berfungsi 133
• Jenis-jenis Takal 135
• Santai Sains 136
• Ingat Semula 137
• Mari Jawab 137

JAWAPAN 138


iv

PENGENALAN





Buku teks Sains Tahun 3 SK ini ditulis dan dijelmakan berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdapat dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Sains Tahun 3. Penulisan buku teks
ini bertujuan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengintegrasikan pengetahuan,
nilai, Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dengan pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics
(STEM) secara eksplisit. Kurikulum standard ini juga bertujuan untuk memberikan
pendidikan yang setanding dengan pendidikan antarabangsa.

Buku teks ini mengandungi sepuluh unit yang merangkumi enam tema, iaitu
Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa,
serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku teks ini telah disusun
bertujuan untuk merangsang dan menarik minat murid untuk terus menghayati
pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Setiap
unit di dalam buku teks ini dimulakan dengan halaman rangsangan, huraian
kandungan pembelajaran, aktiviti, rumusan, penilaian dan aktiviti pengayaan. Bagi
memudahkan pengajaran dan pembelajaran, halaman jawapan untuk setiap unit
disediakan pada akhir buku.

Bagi memastikan matlamat dan objektif Kurikulum Standard Sekolah
Rendah bagi mata pelajaran Sains tercapai, penulisan buku teks ini menekankan
elemen KBAT dan memberi fokus kepada pembelajaran berasaskan inkuiri dan
pembelajaran berasaskan projek. Di samping itu, elemen merentas kurikulum (EMK)
yang sedia ada ditambah lagi dengan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan
serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Nilai murni dan sikap positif, serta
budaya kerja yang baik turut diterapkan di dalam buku teks ini.

Selain itu, kurikulum standard bagi mata pelajaran Sains mempunyai strategi
pengajaran dan pembelajaran, iaitu mengutamakan pembelajaran berfikrah,
pemerolehan serta penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan murid ke tahap
optimum. Pendekatan STEM juga digarap secara kontekstual dan autentik bagi
menggalakkan pembelajaran yang harmoni dalam kalangan murid menerusi
aktiviti penyiasatan yang dapat memupuk minat murid ke arah budaya STEM. Minat
dan keseronokan ini dapat dicetuskan melalui persembahan buku teks ini dengan
unsur didik hibur yang digabungjalinkan dengan kandungan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, panel penulis berharap agar buku teks ini dapat
mencetuskan idea kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian
pengajaran. Diharapkan murid akan tertarik untuk menggunakan buku ini dalam
pembelajaran mereka.







v

KETERANGAN IKON KBAT
KBAT

Soalan Kemahiran Berfikir Aras

Aktiviti Ria
Aktiviti Ria Tinggi (KBAT).
Awas
Awas
Aktiviti yang membantu murid
menguasai standard pembelajaran Aspek keselamatan yang
melalui kaedah inovasi dan kreativiti perlu murid berikan perhatian

sama ada secara individu, ketika menjalankan aktiviti.
berpasangan atau berkumpulan.
Maklumat tambahan

Mari Uji untuk aktiviti
Mari Uji
pembelajaran yang
Aktiviti sains berasaskan penyiasatan boleh diimbas

ringkas yang membantu murid dengan peranti
menguasai standard pembelajaran. pintar mudah alih.


Santai Sains
Santai Sains Pautan halaman
85 pada buku aktiviti.
Aktiviti pengayaan yang menarik dan
mencungkil daya kreativiti murid
di samping memberikan keseronokan
kepada murid menghayati kandungan Nombor standard
pembelajaran setiap unit. pembelajaran
10.1.1 seperti dalam
Dokumen Standard
Ingat Semula Kurikulum dan
Ingat Semula
Pentaksiran (DSKP).
Nota ringkas berdasarkan kandungan
A GURU
T
NO
NOTA GURU
pembelajaran pada akhir setiap unit.
Mari Jawab
Mari Jawab

Soalan yang bertujuan untuk menilai Panduan dan maklumat
kefahaman murid pada akhir tambahan yang membantu
pembelajaran unit. guru semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.


vi

1 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK
KEMAHIRAN SAINTIFIK
KEMAHIRAN SAINTIFIK






Aishah, Kina, Lim dan Langgi sedang minum petang di warung Pak Mat.
















Sedap betul
bau kuih ini!






Rasanya juga
manis.








Mesin pengisar ais
itu berbunyilah.









Sejuknya cendol ini!
Warnanya pun menarik.



Ceritakan pemerhatian yang dibuat oleh Aishah, Kina, Lim dan Langgi
semasa berada di warung Pak Mat.


1

Kemahiran Proses Sains




Memerhati

Memerhati ialah kemahiran menggunakan semua deria untuk
mengumpul maklumat tentang sesuatu objek dan fenomena

yang berlaku.

Apakah deria yang digunakan untuk memerhati dalam situasi
di bawah?













Kuat betul bunyi
letupannya!


Wah, cantiknya
bunga api itu!





Lembutnya kek ini.
Rasanya pun sedap.






Biar ayah cabut
lilinnya dulu. Nanti
berbau asap.







Bagaimanakah deria membantu kamu memerhati?




1.1.1
2

Apakah perubahan yang dapat kamu perhatikan terhadap
pokok semalu dalam situasi di bawah ini?


Sebelum disentuh Semasa disentuh Selepas disentuh














Aktiviti Ria
Aktiviti Ria Tekalah Saya

Alat dan Bahan
• penutup mata • kotak






pemadam bunga raya sabun loceng limau nipis

Langkah-langkah
1. Lantik seorang ahli kumpulan sebagai pengawal manakala ahli lain
sebagai pemain.

2. Tutup mata pemain dengan penutup mata.
3. Pengawal meletakkan objek ke dalam kotak tanpa dilihat oleh pemain.
4. Pemain perlu mengambil satu objek daripada kotak dan menekanya
menggunakan semua deria kecuali deria penglihatan.
5. Pengawal mengawasi tekaan pemain. Bagi tekaan yang salah, pemain
diminta membuka penutup mata dan melihat objek tersebut.
6. Tukar pemain lain. Ulang langkah 2 hingga 5 dengan objek yang lain
sehingga pemenang dapat ditentukan.

7. Pemain yang berjaya meneka paling banyak objek dengan betul ialah
pemenang.
Soalan
Apakah deria yang membantu kamu mengenal pasti objek dengan betul
dalam aktiviti ini?

NOTA GURU
NO T A GURU
• Selain objek yang ditunjukkan, guru boleh menggantikan objek lain
yang sesuai dengan aktiviti ini. 1-2 3

Mengelas

Langgi ingin membantu datuknya menyusun koleksi setem
ke dalam album. Apakah ciri-ciri setem yang dapat kamu

perhatikan?





Banyaknya setem
atuk! Macam mana
nak asingkannya?




























Bagaimanakah kamu dapat membantu Langgi mengasingkan

setem-setem tersebut?



Perhatikan, selain warna setem yang
berbeza, bentuk setem juga berbeza.


Oh, maknanya setem boleh
diasingkan mengikut ciri

warna dan ciri bentuk.







1.1.2
4

Koleksi Setem













Bentuk




Segi tiga Segi empat











Apakah ciri-ciri lain yang boleh digunakan untuk mengasingkan
setem-setem tersebut?



Aktiviti Ria
Aktiviti Ria Kemas Beg Sekolah

Alat dan Bahan

• buku-buku dalam
beg sekolah


Langkah-langkah

1. Kenal pasti ciri-ciri pada buku-buku yang terdapat di dalam beg
sekolah kamu.
2. Asingkan dan kumpulkan buku-buku tersebut mengikut ciri-ciri yang
telah dikenal pasti.

Soalan

Apakah ciri-ciri lain yang boleh digunakan untuk mengelaskan buku-buku
sekolah kamu selain ciri-ciri yang kamu pilih di atas?

NOTA GURU
NO T A GURU
• Bahan lain yang boleh digunakan untuk aktiviti mengelas adalah seperti
duit syiling, wang kertas, poskad dan kad ucapan. 3 5

Mengukur dan Menggunakan Nombor

Mengukur ialah kemahiran membuat pemerhatian

menggunakan nombor dan alat berunit piawai.





Cikgu, macam mana
nak ukur masa larian?
Kita boleh ukur menggunakan
jam randik digital.






Bagaimanakah
caranya?
















Langkah 1 Tekan butang Langkah 2 Tekan
ini untuk butang ini
set semula untuk mula

bacaan mengambil
kepada sifar. bacaan.


Langkah 3 Tekan butang ini Bacaan minit
sekali lagi untuk
memberhentikan
kiraan masa supaya

bacaan boleh diambil. Bacaan saat
Berapakah bacaan masa pada jam randik digital ini?

NO
NOTA GURU
A GURU
T
• Terdapat dua jenis jam randik, iaitu jam randik digital dan jam randik
1.1.3 analog.
6 • Bacaan tepat jam randik di atas ialah 3 minit 59.29 saat.

Bagaimanakah cara mengukur panjang dengan betul?

Langkah 1 Langkah 2

Hujung objek diletakkan Kedudukan mata yang betul pada tanda .
pada senggat “0”.













Ukuran panjang yang betul ialah 9 cm.


Mari Uji Mengukur dengan Betul
Mari Uji

• jam randik digital • pembaris • klip kertas
Alat dan Bahan
• pensel • kereta mainan • guli

Langkah-langkah
1. Ukur panjang pensel dan klip kertas menggunakan alat pengukur yang
sesuai dengan teknik yang betul.

2. Tolak kereta mainan di atas lantai dan ukur masa pergerakannya
sehingga berhenti.
3. Golekkan guli di atas lantai dan ukur masa pergerakannya sehingga
berhenti.
4. Rekodkan bacaan langkah 1 hingga 3 dengan unit yang betul dalam
Jadual A.
Jadual A

Objek/Aktiviti Ukuran Alat Pengukur Bacaan (Unit)
Pensel Panjang
Klip kertas Panjang

Pergerakan kereta mainan Masa
Pergerakan guli Masa
Soalan


KBAT Bolehkah ukuran panjang digunakan untuk
KBAT
mengukur masa? Mengapa?

4-5 7

Membuat Inferens


Membuat inferens ialah kemahiran menyatakan kesimpulan awal

yang munasabah untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

Mari kita ikuti perbualan Langgi dan rakan-rakannya di bawah.



Langgi, mengapa pokok ini Mungkin pokok ini disiram
kelihatan hijau dan segar? dengan air setiap hari.























Bagus, kamu telah membuat
Mungkin juga pokok ini telah
diberi baja yang mencukupi. inferens atau kesimpulan
awal terhadap pokok ini.



















“Mungkin pokok ini disiram dengan air setiap hari” dan
“Mungkin juga pokok ini telah diberi baja yang mencukupi”
ialah inferens terhadap pemerhatian dalam situasi di atas.




1.1.4
8

Kenapa daun
pokok ini pula Eh, betullah! Agaknya pokok
berwarna Pokok ini juga ini tidak dibaja.
kuning? kelihatan layu.



























Tanahnya Mungkin pokok ini juga telah

Agaknya pokok juga nampak diserang oleh serangga.
ini tak cukup air. kering.



























Berdasarkan situasi di atas, bolehkah kamu nyatakan inferens

terhadap pokok yang layu dan kekuningan?


6-7 9

Inferens yang dibuat terhadap sesuatu pemerhatian mungkin
benar atau tidak benar.



Inferens boleh dibuat berpandukan langkah-langkah berikut.







Penerangan
yang munasabah Kesimpulan
Pemerhatian
terhadap awal
pemerhatian








Aktiviti Ria Cerita Bergambar
Aktiviti Ria


Alat dan Bahan
• pen penanda

• gam
• kad manila
• majalah

• gunting Awas
Awas



Langkah-langkah

1. Pilih dan gunting dua gambar daripada majalah.
2. Tampalkan gambar tersebut di atas kad manila.
3. Bincang dan tulis inferens berdasarkan situasi dalam gambar tersebut.
4. Persembahkan hasil kerja kumpulan kamu di dalam kelas.

Soalan
Apakah perbezaan antara memerhati dengan membuat inferens?



NO T A GURU
NOTA GURU
• Aktiviti Ria Cerita Bergambar boleh dilakukan dengan kaedah PAK-21
10 ‘One Stay, Three Stray’. 6-7

Meramal

Meramal ialah kemahiran membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa yang akan berlaku.

Ramalkan keadaan yang akan berlaku jika salah seorang

pemain tidak menggerakkan kakinya dalam permainan ini?


























Ramalan yang dibuat mungkin benar atau tidak benar.


Cuba perhatikan pula situasi di bawah.
























Apakah ramalan kamu terhadap warna krim yang seterusnya?





1.1.5
7-8 11

Meramal tidak sama dengan meneka kerana ramalan dibuat
berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola.
























Ramalkan keadaan yang akan berlaku berdasarkan gambar ini.
Apakah bukti yang menyokong ramalan kamu?



Ramalan juga boleh dibuat lebih daripada satu.


Mari kita perhatikan situasi di bawah.





























Apakah ramalan kamu terhadap pergerakan bola itu?







12 7-8

Berkomunikasi

Berkomunikasi ialah kemahiran memberikan penerangan tentang
tindakan, objek atau peristiwa menggunakan perkataan atau

simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model.


Mari kita lihat contoh di bawah.

Murid tahun 3 telah mengumpulkan maklumat bilangan murid

di dalam kelas mengikut jenis buah-buahan kegemaran mereka.
Maklumat tersebut direkodkan dalam bentuk jadual.


















Maklumat daripada jadual juga boleh dipindahkan kepada
bentuk lain seperti carta palang.


Buah-buahan Kegemaran Murid

Bilangan murid
(orang)

10

8

6

4

2 Jenis
buah-buahan
Betik Durian Pisang Tembikai kegemaran





1.1.6
9 13

Mari Uji
Mari Uji Merekod Maklumat


Alat dan Bahan

• pensel • kertas graf
Langkah-langkah
Jadual A
1. Kenal pasti lima jenis hobi murid Bilangan murid
di dalam kelas. Hobi (orang)
2. Kumpulkan maklumat bilangan murid
bagi setiap jenis hobi.
3. Rekodkan maklumat yang dikumpul
seperti dalam Jadual A.

4. Pindahkan maklumat dalam jadual
kepada bentuk komunikasi lain secara
kreatif.
Soalan
Apakah hobi yang paling digemari oleh murid di dalam kelas?




Aktiviti Ria Melakar Wajah
Aktiviti Ria



Alat dan Bahan

• pensel • kertas A4

Langkah-langkah

1. Perhatikan wajah rakan kamu.
2. Lakarkan wajah rakan kamu pada sehelai kertas.

3. Labelkan setiap bahagian wajah yang dilakar.
4. Persembahkan lakaran kamu di hadapan kelas.

Soalan
Selain melakar, apakah cara berkomunikasi lain yang boleh dilakukan?




NOTA GURU
NO T A GURU
• Bentuk komunikasi lain yang kreatif adalah seperti melukis poster,
14 carta bergambar, carta pai dan bercerita. 9

Kemahiran Manipulatif



Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains.
































































Apakah kemahiran manipulatif yang dapat kamu perhatikan
dalam situasi di atas?


15

Menggunakan dan Mengendalikan

Peralatan, Bahan Sains dan Spesimen


Kina dan Lim akan menjalankan satu penyiasatan sains.
Mari kita ikuti perbualan mereka.


Lim, macam mana Nanti saya
nak tangkap Oh, cuba simpan belalang
belalang? gunakan yang ditangkap
sauk!
ke dalam botol.












Bolehkah belalang bernafas Kalau macam tu,
di dalam botol yang bertutup? saya gunakan
kain yang

berlubang.








Semasa di padang, tiba-tiba...



Kina, apa yang Saya tangkap belalang.
kamu buat?


















1.2.1
1.2.2
16

Masukkan daun untuk
Berapa ekor belalang
yang kamu perlukan? Seekor. belalang ini makan.














Cikgu suruh lakarkan
belalang ini. Saya telah

selesai melakar
seekor belalang.











Apakah yang perlu dilakukan oleh Kina terhadap belalang

tersebut?


Aktiviti Ria Pepatung Oh, Pepatung!
Aktiviti Ria


Alat dan Bahan • kanta tangan • sauk • botol
• gelang getah • kain berlubang • pepatung

Langkah-langkah
1. Tangkap pepatung di taman sains menggunakan sauk.
2. Masukkan pepatung ke dalam botol bertutup dengan kain berlubang.
3. Perhatikan pepatung menggunakan kanta tangan dan lakarkan
di dalam buku latihan Sains.
4. Lepaskan pepatung ke tempat asalnya.


Soalan
Mengapakah kanta tangan digunakan dalam aktiviti ini?

T
A GURU
NO
NOTA GURU
1.2.1
1.2.2 • Pepatung boleh digantikan dengan spesimen seperti kupu-kupu,
1.2.3
1.2.4 lipas, semut atau serangga yang lain. 10-11 17
1.2.5

Melakar


Melakar merupakan cara untuk merekodkan maklumat dalam
bentuk gambar rajah. Lakaran hendaklah jelas, tepat dan berlabel.



Cikgu, saya dah tahu melakar
spesimen. Bagaimanakah pula
melakar peralatan sains?


Mari kita lihat
contoh di bawah.
A Melakar Bikar



1 2





















3 4







larutan



bikar










1.2.3
18

B Melakar Tabung Uji




1 2






















3 4



penutup


tabung uji



larutan











Gunakan saya
untuk membuat
garisan.




Setiap lakaran
perlu dilabelkan
dengan betul.






12-13 19

Membersihkan dan Menyimpan Peralatan Sains

Selepas menjalankan penyiasatan sains, kita hendaklah

membersihkan, mengeringkan dan menyimpan peralatan
sains dengan betul.

Mengeringkan
Membersihkan Mengeringkan
2
1











Menyimpan
3














Aktiviti Ria
Aktiviti Ria Melakar dengan Betul

Alat dan Bahan

• tabung uji • bikar • pembaris • pensel
• kertas A4 • cecair berwarna • 300 mℓ air

Langkah-langkah

1. Isikan cecair berwarna ke dalam tabung uji.
2. Masukkan tabung uji ke dalam bikar yang berisi
300 mℓ air.
3. Lakarkan tabung uji di dalam bikar seperti gambar
di sebelah dengan betul.
4. Labelkan lakaran.
5. Bersihkan tabung uji dan bikar kemudian simpan.



1.2.3
1.2.4
20 1.2.5 14

Santai Sains
Santai Sains Belon Ajaib


Langkah-langkah

1. Pasang belon pada hujung bukaan botol.
2. Letakkan botol di dalam bekas berisi ais.
3. Perhatikan hasilnya.
4. Ramalkan perubahan yang akan berlaku
pada belon tersebut selepas dimasukkan
ke dalam bekas berisi air panas. Awas
Awas


Apakah hasilnya?
Adakah ramalan kamu benar?









Ingat Semula
Ingat Semula


1. Kemahiran Proses Sains
• Memerhati.
• Mengelas.
• Mengukur dan menggunakan nombor.
• Membuat inferens.
• Meramal.
• Berkomunikasi.

2. Kemahiran Manipulatif
• Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains

dengan betul.
• Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
• Melakar spesimen dan peralatan sains dengan betul.
• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
• Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.





21

Mari Jawab
Mari Jawab

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Apakah deria yang terlibat untuk 5. Berikan inferens kamu jika
membuat pemerhatian terhadap lampu suluh tidak menyala.
buah durian?
6. Maklumat atau data boleh
dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk seperti
jadual, ______, rajah atau
model.

2. Apakah ciri sepunya yang ada 7. Tentukan betul atau salah

pada haiwan di bawah? pada pernyataan yang
berikut:
(i) Buang spesimen ke dalam
singki.
(ii) Gunakan penyepit kayu
untuk memegang tabung
uji yang panas.

(iii) Gunakan kuantiti spesimen
yang banyak.
(iv) Labelkan setiap lakaran
3. Pembaris ialah alat yang spesimen, peralatan dan

digunakan untuk mengukur bahan sains.
______ dalam unit sentimeter. 8. Apakah yang harus dilakukan
setelah selesai menjalankan
4. Aishah membuat gelang penyiasatan sains?
tangannya menggunakan
manik berwarna. Ramalkan
KBAT
warna manik yang seterusnya. KBAT
Rakan kamu membuang

spesimen tanah ke dalam
singki. Apakah tindakan
kamu? Mengapa?







22

2 2 PERATURAN BILIK SAINS
PERA
PERA
TURAN
S
BILIK SAINS
TURAN BILIK SAIN



Sebaik-baik sahaja murid-murid tahun 3 meninggalkan bilik sains,
Si Bikar dan Si Tabung Uji berbual-bual tentang aktiviti yang telah
dijalankan oleh murid-murid tersebut.



Murid-murid tadi
sangat berdisiplin.










Mereka amat
berhati-hati semasa
menggunakan kita.



Mereka juga tahu Kita patut berbangga kerana
bahawa kita diperbuat mereka mengamalkan peraturan

daripada kaca dan bilik sains dengan bijak.
mudah pecah.


















Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tidak berhati-hati
semasa mengendalikan peralatan kaca di bilik sains?


23

Mematuhi Peraturan Bilik Sains


Peraturan bilik sains perlu sentiasa dipatuhi dan diamalkan.

Apakah peraturan bilik sains yang perlu kita patuhi?


Membuka pintu dan tingkap sebelum memulakan aktiviti




Mengapakah kita perlu
membuka pintu dan
tingkap sebaik-baik sahaja
memasuki bilik sains?
























Memakai kasut yang bertutup


Eh, awak tak pakai kasut! Memakai kasut juga merupakan
Bahaya nanti semasa kita peraturan sekolah. Mengapakah
berada di dalam bilik sains. kita perlu sentiasa memakai
kasut ketika berada di dalam
bilik sains?














2.1.1
24

Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib



Apakah yang
akan terjadi
sekiranya
semua murid
berebut-rebut
semasa
mengambil

peralatan sains?




Menjaga kelengkapan dan peralatan bilik sains



Apakah tindakan
kamu sekiranya
ternampak situasi
seperti ini?













Menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan

bilik sains


Mengapakah
kita perlu
menutup suis
kipas dan
lampu apabila
meninggalkan
bilik sains?





15-16
25

Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains?


Peraturan bilik sains dapat mendisiplinkan kita dan boleh
diamalkan dalam kehidupan seharian.



Adakah kamu Mari kita lihat
sentiasa senarai semak
mengamalkan peraturan bilik
peraturan bilik sains di bawah.
sains?




Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains?

Tandakan peraturan bilik sains yang telah kamu amalkan.

1. Saya beratur sebelum memasuki bilik sains.
2. Saya memakai kasut yang bertutup di dalam bilik sains.

3. Saya tidak makan dan minum di dalam bilik sains.

4. Saya meletakkan beg sekolah di luar bilik sains.
5. Saya membuka pintu dan tingkap apabila masuk ke bilik sains.

6. Saya tidak berlari atau bermain semasa berada di dalam bilik sains.

7. Saya mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib.
8. Saya tidak melakukan aktiviti tanpa arahan guru.

9. Saya segera memaklumkan kepada guru jika berlaku kecederaan
atau kerosakan peralatan sains.
10. Saya membersihkan peralatan sains yang telah digunakan.

11. Saya menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik
sains.

Tandatangan,

........................................
Nama : ................................
Tarikh : ................................

T
A GURU
NO
NOTA GURU
• Minta murid menyalin semula senarai semak peraturan bilik sains
15-16
26 di dalam buku latihan Sains. 15-16

Santai Sains Kipas Tangan Peraturan Bilik Sains
Santai Sains



Langkah-langkah
1. Hasilkan kipas tangan

menggunakan alatan
dan bahan mengikut
kreativiti kamu.
2. Taip dan cetak semua
peraturan bilik sains
yang telah kamu
pelajari, kemudian
tampal pada kipas
tangan tersebut.





Ingat Semula
Ingat Semula

Peraturan Bilik Sains


1. Sebelum Menjalankan Aktiviti
• Membuka semua pintu dan tingkap sebaik-baik sahaja memasuki
bilik sains supaya mendapat cahaya dan aliran udara yang baik.

• Memakai kasut yang bertutup ketika berada di dalam bilik sains
bagi mengelakkan kecederaan.

2. Semasa Menjalankan Aktiviti

• Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib bagi
mengelakkan peralatan atau bahan sains terjatuh.
• Tidak menconteng meja dan merosakkan peralatan sains supaya
bilik sains sentiasa bersih dan kemas.


3. Selepas Menjalankan Aktiviti

• Menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik sains
bagi mengelakkan pembaziran elektrik.






27

Mari Jawab
Mari Jawab

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
Mari bermain sambil belajar dengan menjawab soalan-soalan berikut.

Arahan
1. Jawab soalan bermula dari tangga paling bawah.
2. Sekiranya betul, teruskan ke tangga yang berikutnya.
3. Sekiranya salah, sila buat rujukan untuk mendapatkan jawapan.
4. Teruskan menjawab soalan sehingga ke tangga terakhir.



KBAT
KBAT
Selain di bilik sains, di manakah peraturan ini

boleh diamalkan?





Kamu terlihat rakan menggunakan peralatan
sains yang telah pecah. Apakah tindakan kamu?




Guru mula memberikan arahan supaya setiap
murid mengambil satu kanta tangan dan satu
spesimen. Apakah yang akan berlaku jika:
(i) murid berebut-rebut? (ii) murid beratur?




Bolehkah kita melakar spesimen pada
permukaan meja di bilik sains? Mengapa?





Bagaimanakah suasana di dalam bilik sains jika
aktiviti dijalankan dalam keadaan semua pintu
dan tingkap tertutup?



Nyatakan lima peraturan bilik sains yang perlu
kamu amalkan.




28

3 3 MANUSIA
MANUSIA
MANUSIA






Kina sedang makan buah anggur. Apakah yang berlaku pada

buah anggur tersebut?

























Eh, bentuk saya dah

Argh... berubahlah! Apakah
badan saya yang akan berlaku
semakin hancur! kepada saya
seterusnya?





















Bagaimanakah buah anggur boleh berubah bentuk?


29

Jenis Gigi dan Fungsinya


Manusia mempunyai tiga jenis gigi.

Mari kenali jenis gigi dan fungsinya.
Gigi Taring



Fungsi:
mengoyakkan
makanan









Gigi Geraham



Fungsi:
melumatkan Gigi Kacip

makanan
Fungsi:
memotong
makanan

Lagu Jom Kenali Gigi


Gigi kacip untuk memotong, Gigi tersusun bantu bertutur,
Gigi taring untuk mengoyak, Barulah cantik nampak menawan,
Gigi geraham untuk melumat, Inilah gigi kita semua.
Semuanya untuk kunyah makanan.
(Irama lagu Papaku Pulang)

Ngap, Ngap, Ngap, Ngap, Ngap,
Ngap, Ngap, Ngap, Ngap



Berdasarkan lagu di atas, cuba kamu

ceritakan tentang jenis gigi dan fungsinya.




3.1.1
30 17-19

Aktiviti Ria Kenali Fungsi Gigi
Aktiviti Ria


Alat dan Bahan

• pembaris plastik • pensel • botol • jubin • keratan
batang sawi
Langkah-langkah

1.



Potong keratan batang sawi
menggunakan pembaris.
Perhatikan hasilnya.






2.


Cucuk pensel pada keratan
batang sawi, kemudian
koyakkannya.
Perhatikan hasilnya.




3.


Lenyek keratan batang sawi

menggunakan botol sehingga
lumat. Perhatikan hasilnya.




Soalan

1. Apakah yang diwakili oleh pembaris, pensel dan botol?
2. Berdasarkan aktiviti ini, cuba kamu perihalkan fungsi setiap jenis gigi.










31

Struktur Gigi


Aishah sedang memerhatikan giginya di hadapan cermin.





Eee... kerasnya
gigi ini! Apakah
agaknya yang ada
di dalamnya?








Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, apakah struktur

yang dapat diperhatikan? Mari kita lihat struktur gigi di bawah.

Keratan Rentas Struktur Gigi




Enamel


Dentin



Gusi





Saraf


Salur Darah
















3.1.2
32 20

Aktiviti Ria
Aktiviti Ria Melabel Struktur Gigi


Alat dan Bahan
• pembaris plastik 3 cm
• penggelek • potongan • tanah liat putih,
• benang merah, biru dan kuning
botol plastik kuning dan merah

Langkah-langkah
1. Nipiskan tanah 2. Masukkan lapisan

liat putih dengan tanah liat putih
penggelek diikuti kemudian tanah liat
dengan tanah kuning ke dalam
liat kuning. potongan botol
plastik dan tekan.



3. Tanah liat 4. Balut lapisan
merah dibentuk tanah liat merah

seperti huruf ‘U’ dengan tanah
dan diletakkan liat kuning dan
di atas tanah putih. Kemudian
liat kuning. keluarkan daripada
botol plastik.

5. Potong 6. Letakkan benang
model gigi merah dan biru
menggunakan sebagai salur

pembaris. darah, benang
kuning sebagai
saraf di atas
keratan model gigi
kemudian labelkan.
Soalan

Berdasarkan aktiviti di atas, apakah struktur lain yang tiada pada model
gigi tersebut?






33

Gigi Susu dan Gigi Kekal




Mari kita perhatikan situasi di bawah.



Ayah, gigi Apa itu gigi susu dan
adik telah gigi kekal, ayah?
tercabut!













Oh, tak mengapa! Itu hanyalah
gigi susu. Gigi kekal akan
tumbuh menggantikannya.






Mari ayah ceritakan. Manusia mempunyai dua
set gigi, iaitu set gigi susu
dan set gigi kekal.






























3.1.3
34

Perbandingan antara Set Gigi Susu

dengan Set Gigi Kekal


























Set Gigi Susu Set Gigi Kekal

Ada 20 batang gigi, iaitu: Ada 32 batang gigi, iaitu:

• 8 batang gigi kacip • 8 batang gigi kacip
• 4 batang gigi taring • 4 batang gigi taring
• 8 batang gigi geraham • 20 batang gigi geraham


Lapisan enamel dan Lapisan enamel dan
dentin yang nipis. dentin yang tebal.


Saiz yang kecil dan Saiz yang besar dan
gigi kurang kuat. gigi lebih kuat.

Gigi tidak kekal. Gigi kekal.

Jangka hayat yang pendek. Jangka hayat yang panjang.

Mula tumbuh pada usia 6 bulan Mula tumbuh pada usia 6 tahun

dan lengkap pada usia 3 tahun. dan lengkap pada usia 21 tahun.

Kedua-dua set gigi mempunyai jenis

gigi yang sama, iaitu gigi kacip,
gigi taring dan gigi geraham.



21 35

Aktiviti Ria Banding Beza antara Gigi Susu
Aktiviti Ria
dengan Gigi Kekal

Alat dan Bahan
• gam • kertas A4 • gambar set gigi susu dan set gigi kekal

• gunting • pen penanda

Langkah-langkah

1. Setiap murid dalam pasangan perlu mencari maklumat tentang set gigi
yang berlainan.
2. Bandingkan maklumat set gigi yang diperoleh bersama pasangan
masing-masing.
3. Kenal pasti perbezaan dan persamaan antara set gigi susu dengan set
gigi kekal.
4. Hasilkan peta buih berganda menggunakan gambar set gigi

seperti di bawah.












Gigi Susu Gigi Kekal








5. Persembahkan peta buih berganda kamu di hadapan kelas.

Soalan

Adakah kedua-dua set gigi manusia mempunyai struktur yang sama?

KBAT
KBAT
Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia hanya mempunyai

set gigi susu?


T
A GURU
NO
NOTA GURU
3.1.3 • Aktiviti Ria Banding Beza antara Gigi Susu dengan Gigi Kekal
3.1.5 dilakukan dengan kaedah PAK-21 ‘Think-Pair-Share’.
36

Penjagaan Kesihatan Gigi


Lim dan abangnya baru sahaja selesai makan.


Mengapakah abang Berkumur dapat
berkumur selepas makan? mengeluarkan
sisa makanan

yang terlekat
di celah gigi.






Jika sisa makanan tidak
Mengapakah sisa makanan perlu
dikeluarkan dari celah gigi? dikeluarkan dari celah gigi,
kuman akan membiak dan
merosakkan gigi.















Memberus gigi dan Gigi diberus menggunakan ubat
menggunakan flos juga boleh gigi yang digosokkan di setiap
mengeluarkan sisa makanan. permukaan gigi. Beruslah
Mari abang tunjukkan. sekurang-kurangnya dua kali sehari.





















3.1.4
37

Untuk menggunakan Gigi juga boleh rosak sekiranya
flos, selitkan tali flos kamu kerap makan makanan yang
di celah gigi dan manis dan tidak membersihkannya
gerakkannya untuk dengan cara yang betul.
mengeluarkan sisa
makanan.















Kita juga perlu membuat Jika kita mengamalkan penjagaan
pemeriksaan gigi di klinik kesihatan gigi, gigi kita akan sihat
setiap enam bulan.
dan cantik.













Mengapakah amalan harian penjagaan kesihatan gigi penting
kepada kita? Cuba kamu jelaskan.


Terdapat pelbagai teknologi rawatan pergigian seperti:











Tampalan Pendakap gigi Gigi palsu Rawatan akar

Dapatkan maklumat tambahan mengenai teknologi ini dan
persembahkannya secara kreatif di dalam kelas.




3.1.4
3.1.5
38 22-25

Aktiviti Ria Senangnya Membersihkan Gigi
Aktiviti Ria


Alat dan Bahan

• blok mainan • benang • tanah liat • berus gigi



Langkah-langkah

1.



Letakkan tanah liat di celah blok
mainan.





2.

Gunakan berus gigi untuk

mengeluarkan tanah liat di celah blok
mainan. Adakah semua tanah liat
dapat dikeluarkan? Mengapa?



3. Letakkan dan gerakkan benang
pada blok mainan yang sama untuk
mengeluarkan sisa tanah liat yang

masih terlekat di celahnya. Adakah
sisa tanah liat dapat dikeluarkan?
Mengapa?

Soalan

1. Apakah yang diwakili oleh blok mainan, tanah liat dan benang?
2. Mengapakah amalan menggunakan flos dan memberus gigi perlu
dilakukan setiap hari?








39

Kelas Makanan



Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan,
iaitu karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin,
pelawas dan air.








Karbohidrat Protein Lemak






KELAS Mineral






MAKANAN


Vitamin









Pelawas Bolehkah kamu

berikan contoh
makanan lain

Air bagi setiap kelas
makanan di atas?
















3.2.1
40 26

Aktiviti Ria
Aktiviti Ria Kelaskan Makanan


Alat dan Bahan

• kertas mahjung
• tujuh gambar
• kertas A4
hidangan makanan
• pen penanda


Langkah-langkah



















1. Setiap kumpulan akan menerima 2. Kenal pasti makanan bagi
satu gambar hidangan makanan. setiap kelas makanan daripada
gambar hidangan.


















3. Bina peta pokok pengelasan 4. Pamerkan hasil kerja di dalam

makanan di atas kertas mahjung. kelas.
Soalan

Kelas makanan apakah paling banyak yang dapat kamu kenal pasti?


NOTA GURU
NO T A GURU
3.2.1 • Aktiviti Ria Kelaskan Makanan dilakukan dengan kaedah PAK-21
3.2.5 ‘Gallery Walk’.
• Guru boleh memilih menu yang sesuai untuk tujuh kelas makanan. 41

Pentingnya Makanan Saya


Aishah melawat Rani yang sakit di hospital.










Rani, saya ada Eh, janganlah begitu!
bawa bubur nasi Kamu perlu makan untuk
untuk kamu. sihat semula.
Marilah makan.














Saya tak naklah. Saya tak
berselera. Badan saya lemah
dan tak bertenaga.






Rani, cuba tengok
bubur ini.
Bagaimanakah
saya boleh
sihat semula?

















3.2.2
42


Click to View FlipBook Version