The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan tugasan 1 bagi kerja kursus PSV 1064.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chelsea Chong, 2021-03-16 05:23:40

CHELSEA_KKP_TUGASAN-1

Berikut merupakan tugasan 1 bagi kerja kursus PSV 1064.

Keywords: manta_ray

Langkah Penghasilan Karya:-

7. Setelah selesai mewarna keseluruhan arca, ikan
pari diikat pada setiap gegelung besi menggunakan
benang bola.
8. Kemasan kemudian dilakukan pada arca bagi
memperbaik kelemahan pada arca.

Arca yang siap
dihasilkan.

Karya Akhir Seni Tiga Dimensi

Dalam Bentuk Manual/ Lakaran Digital

Berikut merupakan karya akhir dalam lakaran digital
menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Apresiasi

Terhadap Karya yang Dihasilkan

Sememangnya, pelbagai perkara telah mampu saya pelajari melalui tugasan ini. Tema yang
dikaitkan alam semulajadi membuka mata saya dan menukar pandangan saya mengenai keindahan dan
keunikannya. Noor Azizah Samsudin dan Zanaton H. Iksan (2015) menyatakan bahawa manusia dan alam
sekitar saling bergantung dan bagi aspek manusia, alam sekitar mampu memenuhi dan memperbaik kualiti
kehidupan kerana menyediakan sumber asas kepada manusia. Contohnya, daripada sebatang pokok,
kertas dan perabot mampu dihasilkan. Bukan itu sahaja, fauna seperti lembu dan ayam dapat menjadi
sumber protein bagi manusia. Namun begitu, isu alam semulajadi di Malaysia semakin menjadi-jadi
disebabkan kelalaian manusia (Mohamed Fazli Sabri & Yong, 2006). Justeru, melalui pelaksanaan tugasan
ini, saya mampu menambah ilmu pengetahuan mengenai flora dan fauna malah memupuk kesedaran dalam
memulihara dan memelihara alam semulajadi.

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya perlu menghasilkan suatu arca yang bertemakan alam
semulajadi. Oleh itu, saya telah memilih arca jenis mobail berbanding arca stabail, timbulan dan asemblaj.
Setelah sekian lama bereksperimentasi dengan jenis arca yang ingin didirikan, saya memilih arca mobail.

Pada pandangan saya, arca mobail amat sesuai dengan sumber ilham yang dipilih, iaitu ikan pari
manta. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui pencarian sumber gambar dari Internet, ikan pari manta
kelihatan seakan-akan ‘terbang’ dalam lautan biru ketika memburu. (Lihat gambar 1.0.)

Rajah 1.0: Ikan pari manta yang sedang berenang. Disebabkan kebanyakan arca mobail memerlukan
Sumber: http://bluecornerconservation.org/manta-rays- pergerakan untuk menyerlahkan lagi keunikannya, saya
berasa bahawa dengan memaparkan tema ikan pari manta
of-penida melalui arca mobail, saya mampu menghasilkan ‘ikan pari
manta yang sedang terbang’ apabila arca ditiup angin atau
digerakkan. Arca ini merupakan arca estetik kerana
digunakan sekadar perhiasan atau dipamerkan di suatu
ruang, seperti di balkoni atau berdekatan tingkap.

Corak berputar yang didapati pada tapak arca
mewakili pusaran ombak laut yang terhasil daripada
pergerakan ikan pari manta ketika sedang berburu.

Bertitik tolak daripada pernyataan berikut, dalam arca mobail yang dibina, saya mencuba pelbagai
bahan dan teknik untuk merealisasikan arca berikut. Walaupun ini pertama kali saya menghasilkan arca,
namun melalui rujukan pelbagai sumber, contohnya dari pensyarah, rakan-rakan dan Internet, maka arca
mobail mampu didirikan. Teknik yang digunakan juga berbeza bagi menampakkan lagi keunikan arca,
antaranya ialah teknik picitan dan cantuman.

Sepanjang tempoh saya menghasilkan arca tersebut, saya telah
menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan. Misalnya, ketika membentuk besi
dawai bagi rangka tapak arca tersebut, dawai yang tebal sukar dipotong
walaupun playar telah digunakan. Bukan itu sahaja, cat pada arca sepatutnya
daripada cat poster, namun selepas menjalani eksperimentasi, cat akrilik lebih
sesuai digunakan. Akhirnya, arca mobail juga siap dihasilkan walaupun adanya
gangguan pada ketika proses menghasilkan arca. Saya berasa gembira dan
juga lega kerana bukan sahaja mampu menyiapkan arca pada tempoh masa
yang diberi malah mampu mempelajari kaedah dan teknik pembuatan arca.

Rujukan & Lampiran

Blue Corner Marine Research. (2021). Manta Rays in The Nusa Islands!
http://bluecornerconservation.org/manta-rays-of-penida

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi 4). Dewan Bahasa dan Pustaka.

National Geographic. (2021). Animals: Manta Rays.
https://www.nationalgeographic.com/animals/fish/facts/manta-ray

The Editors of Encyclopedia Britannica. (2021). Birds, Reptiles & Other Vertebrates: Stingray.
https://www.britannica.com/animal/stingray

3d_molier International. (2016). Manta Ray Pose 2. https://www.turbosquid.com/3d-models/manta-
pose-2-obj/1077159

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version