IKRAR & PENDAFTARAN IKHTISAS KEDOKTORAN VETERINAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK FAKULTI PERUBATAN VETERINAR Majlis 9 NOVEMBER 2023 (KHAMIS) DEWAN KEUSAHAWANAN, UMK KAMPUS KOTA &
Isi Kandungan Sekapur Sirih Aturcara Majlis Fakulti Perubatan Veterinar Senarai Veterinawan Ikrar Veterinawan Anugerah Kecemerlangan Senarai Ahli Jawatankuasa
Sekapur Sirih Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada semua graduan veterinawan, Universiti Malaysia Kelantan yang telah menamatkan sesi pengajian program Doktor Perubatan Veterinar dengan cemerlang. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua ahli akademik dan bukan akademik yang saya percaya telah memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan graduan. PRESIDEN MAJLIS VETERINAR MALAYSIA Kini, isu keselamatan dan keterjaminan makanan adalah isu global yang semakin meningkat dan memerlukan perhatian kita. Penyakit bawaan makanan menimbulkan ancaman kesihatan awam global yang ketara. Peranan doktor veterinar menjadi semakin penting dalam menjamin bekalan makanan kita. Doktor veterinar memberi tumpuan untuk mencegah penyebaran penyakit pada haiwan dengan memberi vaksinasi, mejalankan pemeriksaan kesihatan dan memastikan amalan penternakan yang betul. Selain itu, doktor veterinar juga turut mengesan dan memantau wabak penyakit pada haiwan berimpak ekonomi dan zoonotik, untuk mengelakkan penyebaran penyakit yang meluas. Oleh itu, doktor veterinar memimpin penyelidikan mengenai penyakit yang baru muncul dan penyelesaian keselamatan makanan yang inovatif, menyumbang kepada kemajuan teknologi di lapangan. Melalui pendekatan "One Health", iaitu saling berkaitan kesihatan haiwan, manusia dan alam sekitar. Veterinarwan bekerjasama dengan kumpulan profesional lain menangani cabaran keselamatan makanan terutamanya produk makanan berasaskan ternakan yang kompleks secara holistik.
Sekapur Sirih Kesimpulannya, cabaran keselamatan makanan di dunia global kita adalah kritikal. Doktor veterinar, dengan kepakaran mereka dalam kesihatan haiwan dan keselamatan makanan, memainkan peranan penting dalam memastikan keterjaminan makanan dalam negara. Bersama dengan pengguna dan pembuat dasar, kita dapat memastikan makanan yang kita makan bukan sahaja enak tetapi juga selamat untuk semua. Majlis Veterinar Malaysia berperanan memastikan piawaian tertinggi di dalam amalan perubatan veterinar tercapai demi kepentingan pesakit, pemilik haiwan dan masyarakat. Selain itu, Majlis Veterinar Malaysia juga berperanan untuk mengawal selia tingkah laku dan etika doktor veterinar. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada UMK kerana sentiasa berusaha menghasilkan veterinarwan yang kompeten, berwibawa dan berintegriti. Semoga veterinawan kelahiran UMK ini sedia menyumbang ke arah perkhidmatan veterinar yang cemerlang di dalam negara serta menabur khidmat kepada masyarakat. Terima Kasih. DR. AKMA NGAH HAMID
Sekapur Sirih Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan izin-Nya, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya melahirkan seramai 44 orang Doktor Perubatan Veterinar pada Majlis Ikrar & Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar 2023. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN Tahniah diucapkan kepada para pensyarah dan staf sokongan yang banyak membantu dalam melancarkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) merupakan fakulti yang keempat yang ditubuhkan di Universiti Malaysia Kelantan dan juga merupakan universiti kedua yang menawarkan Kursus Ijazah Kedoktoran Veterinar. Sehingga kini, seramai 414 orang Doktor Ijazah Veterinar telah dihasilkan oleh Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan. Doktor Veterinar adalah satu kerjaya yang dipandang tinggi kerana ia merupakan satu profesion yang memerlukan tahap pengetahuan yang meluas merangkumi semua spesis haiwan, kecekapan dan daya saing yang tinggi, inovatif serta memastikan kebajikan haiwan dijaga. Doktor veterinar bukan sahaja berperanan merawat haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing malah terlibat dengan pelbagai prosedur perubatan seperti khidmat pengimejan dan diagnosis makmal, endoskopi, sonografi, pembedahan orthopedik dan trauma, dan rawatan kanser berdasarkan kepada kes yang dikendalikan. Keterlibatan doktor veterinar bukan sahaja hanya merawat dan mendiagnos penyakit haiwan kesayangan malah pelbagai spesies yang lain seperti haiwan ternakan, avian, eksotik serta hidupan liar. Konteks ini lebih meluas apabila doktor veterinar juga bertanggungjawab mengawal penyakit berjangkit yang disebarkan melalui haiwan kepada haiwan yang lain atau kepada manusia yang dikenali penyakit zoonosis.
Sekapur Sirih Lantaran itu, persediaan graduan dalam mendepani tanggungjawab yang berat ini, graduan perlu cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah perlu mantap dari segi sahsiah, jasmani dan fizikal. Semua nilai ini telah diterapkan sepanjang tempoh pengajian mereka selama 5 tahun di Fakulti Perubatan Veterinar, Daya tahan yang tinggi dalam mendepani setiap cabaran ini amat dititik beratkan dalam diri setiap graduan. Tambahan pula, kini krisis makanan global yang semakin meruncing juga turut membuka mata masyarakat tentang peri penting peranan Doktor Veterinar tidak terhad di klinik malahan turut sama mencari penyelesaian masalah dan memastikan keterlansungan sumber makanan dalam negara terjamin. Majlis ini amat dinanti-nantikan oleh bakal graduan untuk meraikan kejayaan selepas berusaha bertungkus-lumus selama 5 tahun demi mencapai kejayaan yang membanggakan ini. Segala keringat dan penat jerih kini terbalas dengan diberkati doa ibu bapa serta bimbingan tenaga pengajar. Diharapkan para graduan terus berbakti kepada masyarakat seterusnya kepada negara, bangsa dan agama. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua para graduan yang berjaya bergraduasi tahun ini. Mendayung sampan ke Pulau Bintan, Sampan berlabuh menjelang malam, Sekalung tahniah kami ucapkan, Dari hati yang paling dalam. Terima Kasih. PROF. DATO' DR. RAZLI CHE RAZAK
Sekapur Sirih Assalamualaikum dan salam sejahtera Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Malaysia Kelantan dengan penuh rasa kesyukuran dan dengan izin-Nya mengadakan Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikthisas Kedoktoran Veterinar serta Anugerah Kecemerlangan Akademik 2023 bagi graduan Program Doktor Perubatan Veterinar FPV. Majlis ini khususnya adalah DEKAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan serta meraikan kejayaan para graduan. Saya berbangga dan bersyukur dengan kejayaan dan kesungguhan para veterinawan baru selepas melalui proses pembelajaran secara langsung dan tidak langsung selama lima tahun di sini. Dengan bekalan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi, harapan saya, mereka akan menjadi Doktor Veterinar yang bertanggungjawab, beretika, dan kompeten serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Saya juga yakin mereka akan memberikan perkhidmatan veterinar yang cemerlang dan mengharumkan nama FPV dan UMK. Pihak fakulti dan universiti sentiasa berusaha dalam menambahbaik pencapaian kecemerlangan selaras dengan visi dan misi pendidikan tinggi negara untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Walau bagaimanapun, hasrat ini hanya akan tercapai dengan kesungguhan pelajar dalam usaha menuntut ilmu dengan keazaman dan disiplin diri yang tinggi.
Sekapur Sirih Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat veterinarwan baru yang bakal menceburi bidang kerjaya dan berkhidmat untuk komuniti setempat. Ribuan terima kasih dan tahniah kepada warga FPV yang bekerjasama menjayakan Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar serta Anugerah Kecemerlangan Akademik 2023 pada hari ini. Terima Kasih. DR. MOHD FARHAN HANIF REDUAN
Atur Cara Majlis 01:15 PM : Sesi Bergambar Graduan dengan Staf 01:45 PM : Pendaftaran Jemputan 02:15 PM : Ketibaan Tetamu Kehormat : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Terbilang UMK 02:30 PM : Kata Aluan Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar 02:45 PM : Ucapan Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan 03:00 PM : Tayangan Multimedia 03:10 PM : Perarakan Masuk Veterinawan Baharu : Taklimat Pendaftar : Ucapan Ikrar : Upacara Tandatangan dan Penyampaian Sijil Veterinawan 03:50 PM : Amanat dari Presiden Majlis Veterinar Malaysia : Sesi Bergambar : Cenderahati kepada Presiden & Pendaftar, Majlis Veterinar Malaysia 04:05 PM : Upacara Penganugerahan Akademik 04.45 PM : Ucapan Wakil Graduan 05:00 PM : Jamuan dan Majlis Bersurai
Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Universiti Malaysia Kelantan adalah fakulti kedua di Malaysia yang menawarkan Program Doktor Perubatan Veterinar. Penubuhannya selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan menggunakan sains dan teknologi sebagai medium untuk pembangunan industri haiwan demi kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan haiwan itu sendiri serta kesihatan dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar. FPV merupakan fakulti yang keempat ditubuhkan di Universiti Malaysia Kelantan. Mula beroperasi dengan kemasukan pelajar perintisnya seramai 39 orang pada bulan Julai 2009 dan 38 orang telah diiktiraf sebagai veterinawan. Fakulti masih dalam fasa pembangunan dan sedang giat melakukan pelbagai inisiatif untuk memantapkan kualiti program Doktor Perubatan Veterinar yang ditawarkan, penyelidikan yang dijalankan dan perkhidmatan yang diberikan. Ini melibatkan komitmen yang jitu oleh pengurusan tertinggi universiti dalam pembangunan infrastruktur, sumber modal insan dan kewangan serta pembangunan budaya kerja dan tadbir urus cemerlang. Seramai 48 graduan berjaya menamatkan pengajian dalam Program Doktor Perubatan Veterinar dan akan didaftar dalam ikhtisas Doktor Perubatan Veterinar pada tahun ini menjadikan jumlah veterinawan kelahiran FPV UMK seramai 318 orang sejak ditubuhkan pada Julai 2009.
Fakulti Perubatan Veterinar VISI Kita beriltizam menjadi fakulti yang bereputasi tinggi dalam pendidikan perubatan veterinar MISI ● Memberi pembelajaran melalui pengalaman menggunakan pendidikan veterinar yang inovatif ● Terlibat dalam aktiviti kesarjanaan ● Memberikan perkhidmatan veterinar yang profesional kepada masyarakat ● Meningkatkan kesihatan haiwan, manusia dan alam sekitar OBJEKTIF ● Menghasilkan graduan perubatan veterinar yang kompeten dan mempunyai ciri keusahawanan ● Menghasilkan saintis yang inovatif yang terlibat dengan aktiviti kesarjanaan ● Memberikan perkhidmatan veterinar yang profesional ● Menyediakan aktiviti pembelajaran sepanjang hayat ● Mengamalkan sistem tadbir urus yang cekap Warga FPV akan terus meningkatkan usaha untuk menghasilkan veterinawan yang kompeten dalam penjagaan kesihatan haiwan, bercirikan keusahawanan dan berdaya saing di peringkat global dengan menyediakan kurikulum veterinar yang relevan dengan kehendak semasa dan masa depan.
Senarai Veterinawan DR. ABDUL MUHAIMIN BIN SIMUNIR DR. ADIB DZAFIRAH BINTI MOHD KHAIRUL FIDZAL DR. ALWAFI BIN NORDIN DR. ARAVIN KUMARAN A/L S THIRUVARASU
Senarai Veterinawan DR. ASHYER ANDDERIAS DR. CHIN YI LIN DR. CORNEYLIUS COLODIUS DR. ELEENA CHONG
Senarai Veterinawan DR. HANG YONG YI DR. HARI HARAPRIEN A/L K. KESAVAN DR. HAZAEL SHARMILA A/P ALBERT CHARLES DR. HUSSAIN MISFAH SAAMEE
Senarai Veterinawan DR. IMAN NAJLA BINTI THAIRUN ARIS DR. JEREMY TAN JIANHAO DR. JUDITH EMBANG LIBAN DR. KIRTHEKKA A/P BALACHANDRAN
Senarai Veterinawan DR. KOSHEILASRI A/P SUBBARAOO DR. LAK ONG'A A/P UDOM DR. LAVEDA KELLY A/P LOGINGTON DR. LEE RUI YING
Senarai Veterinawan DR. LIM CHEE CHEE DR. LIM WEI LI DR. MOHAMMAD FIRDAUS BIN HERMAN DR. MUHAMMAD IZAD BIN MOHD NOOR
Senarai Veterinawan DR. MUHAMMAD KASYFI BIN MOHD YAZIDE DR. MUHAMMAD SHAHIN BIN KAMARUL-ANUAR DR. MUHAMMAD TAUFIQ BIN TARMUZI DR. NATASHA ADDINA BINTI ROZMI
Senarai Veterinawan DR. NIK NUR AIDAWATIE BINTI NIK MAT DR. NIK NUR NAJIHAH BINTI NIK MOHD AZRIHAN DR. NUR ALAWIYAH BINTI MOHD AWALLUDDIN DR. NUR ATHIRAH NABILAH BINTI SUHAIMI
Senarai Veterinawan DR.NUR FAQIHAH BT MOHD 'ASRI DR. NUR RAHMAH BINTI RUSLY DR. NURIN BINTI CHE AZMI DR. PRITAM A/L TAMIL SELVAN
Senarai Veterinawan DR. REXZANA ROSE HENRY DR. SITI AISHAH BINTI ZAINOL RASHID DR. SUBEINTHIRAN A/L RINAGASAMY DR. SYUHADA MAT SALLEH
Senarai Veterinawan DR. TAN BEE YANN DR. UMA DEVI A/P RAJESWARAN DR. WONG SIN JIA DR. YAMUNASRI A/P KUTHIAH
Ikrar Veterinawan Dengan diterimanya saya ke dalam ikhtisas Kedoktoran Veterinar, Saya bertekad akan menyumbang segenap daya dan pengetahuan saya bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan. Saya akan mengamalkan ikhtisas saya dengan penuh minat, dedikasi dan kesopanan. Kesihatan pesakit, keperluan tuanpunya dan kebajikan insan seluruhnya adalah tanggungjawab saya. Saya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan penuh minat dan dedikasi dan dengan sikap bertimbang rasa. Saya akan menggunakan pengetahuan saya sepenuh-penuhnya tanpa bertentangan dengan undang-undang perikemanusiaan, dan peraturan etika ikhtisas veterinar. Saya berazam akan mempertahankan dan memperbaiki keluhuran tradisi veterinar yang saya terima ini. Ikrar ini saya buat dengan penuh keazaman dan kerelaan semoga direstui Tuhan.
Anugerah Kecemerlangan KIJANG EMAS AWARD This award is given to the student who achieved outstanding overall results throughout the course of the study. CRITERIA • Candidate has demonstrated excellent achievement in studies and obtained at least 3.50 CGPA. • Candidate obtained excellent results in the comprehensive examination. • Candidate is listed on the Dean List for at least 5 times. • Candidate has good academic standing and has never been suspended from studies. • Candidate is versatile and has a noble character. • Candidate is active and contributed to faculty and university activities. • Candidate is active in the FVM veterinary student association (VETSA). • Candidate is active in community service activities. Amount: RM 5000 Sponsor: Datuk Dr. Sharifuddin Wahab
Anugerah Kecemerlangan BEST IN PRECLINICAL STUDIES This award is given to a student who achieved exceptional results in all preclinical courses. Amount: RM 1,500 Sponsor: Malayan Flour Mills Bhd. BEST IN PARACLINICAL STUDIES This award is given to a student who achieved exceptional results in all paraclinical courses. Amount: RM 1,000 Sponsor: TLC Veterinary Services
Anugerah Kecemerlangan BEST IN CLINICAL STUDIES This award is given to a student who achieved exceptional results in all clinical courses. Amount: RM 2,000 Sponsor: Rhone Ma Malaysia Sdn. Bhd. BEST IN AVIAN DISEASES This award is given to a student who exhibited immense interest and has achieved excellent results in the Avian Diseases course and has obtained CGPA of at least 3.0 Amount: RM 2,000 Sponsor: Rhone Ma Malaysia Sdn. Bhd.
BEST IN SURGERY This award is given to a student who has achieved outstanding performance in Veterinary Surgery courses: Surgery Anaesthesia and Intensive Care Radiology Jumlah (Amount): RM 1,000 Penaja (Sponsor): Malaysian Veterinary Medical Association (MAVMA) BEST IN CLINICAL PRESENTATION This award is given to a student who exhibited excellent performance in clinical cases presentation (clinical rounds & clinical conference) during Clinical Practice courses and has obtained CGPA of at least 3.0. Amalan Klinikal I - IV (Clinical Practice I - IV) Anugerah Kecemerlangan Jumlah (Amount): RM 1,000 Penaja (Sponsor): Malaysian Veterinary Medical Association (MAVMA)
Anugerah Kecemerlangan BEST IN RUMINANT MEDICINE & PRODUCTION This award is given to a student who exhibited immense interest and has achieved excellent results in courses related to Ruminant Medicine & Production also has obtained CGPA of at least 3.0. Subjects considered for award nominations are: Ruminant Production Animal Nutrition Obstetrics & Reproduction Animal Genetic Ruminant Diseases Amount: RM 1,500 Sponsor: Elanco Malaysia Sdn Bhd
BEST IN NON-RUMINANT MEDICINE & PRODUCTION This award is given to a student who exhibited immense interest and has achieved excellent results in courses related to Non-ruminant Medicine & Production and has obtained CGPA of at least 3.0. Subjects considered for award nominations are: Non-ruminant Production Animal Nutrition Avian Diseases Animal Genetics Pig Diseases Amount: RM 1,500 Sponsor: Leong Hup Agrobusiness Sdn. Bhd. Anugerah Kecemerlangan
BEST IN PATHOLOGY This award is given to the student who has achieved outstanding results in all pathology courses. Amount: RM 2,000 Sponsor: Malaysian Association of Veterinary Pathology Anugerah Kecemerlangan BEST IN EQUINE DISEASES This award is given to a student who exhibited immense interest and has achieved excellent results in the Equine Diseases course and has obtained CGPA of at least 3.0. Amount: RM 1,000 Sponsor: Equine Vet Ambulatory Care Sdn Bhd
BEST FINAL YEAR PROJECT AWARD This award is given to a student has achieved excellent results in final year project and has obtained CGPA of at least 3.0. Subjects considered for award nominations are: Biometry and Experimental Design Final Year Project Amount: RM 2000 Sponsor: QL Resources Berhad Anugerah Kecemerlangan LEADERSHIP AWARD The award recognizes the student who has exhibited good character and leadership qualities, responsible, teamwork and effective communication skills and has obtained CGPA of at least 3.0. Amount: RM 1,000 Sponsor: Royal Canin Malaysia Sdn. Bhd.
Anugerah Kecemerlangan BEST IN COMPREHENSIVE EXAMINATION This award is given to a students who achieved excellent results in the Comprehensive Examination. Amount: 3 prizes (RM 1000, RM 750, RM 500) Sponsor: Pets Corner Sdn. Bhd. BEST IN SMALL ANIMAL MEDICINE This award is given to a student who exhibited immense interest and has achieved excellent results in courses related to Veterinary Surgery, also Cat and Dog Diseases: Surgery Anaesthesia and Intensive Care Radiology Cat and Dog Diseases Amount: RM 1,000 Sponsor: Malaysian Small Animal Veterinary Association
BEST IN CLINICAL PRACTICE This award is given to a student who achieved excellent results in all Clinical Practice courses. Amount: RM 1,000 Sponsor: KM Vet Pharm Sdn. Bhd. Anugerah Kecemerlangan BEST IN CLINICAL DIAGNOSIS This award is given to a student who achieved excellent results in all courses related to diagnosis (Paraclinical subjects & Clinical Practice). Amount : RM 1,000 Sponsor: Prof. Dr Thotta Narasimhalu Ganesh
Anugerah Kecemerlangan BEST IN ENTREPRENEURSHIP This award is given to a student who achieved excellent results in all Entrepreneurship courses and has obtained CGPA of at least 3.0. Amount: 3 Prizes X RM 1000 Sponsor: Vet Partners WVPA AWARD FOR AVIAN MEDICINE EXCELLENCE This award is given to a student who exhibited immense interest and has achieved excellent results in avian medicine courses. Courses related to avian medicine, including clinical rotations and industrial training Essay on interest and aspiration for avian medicine Involvement in avian medicine, including case presentation, final year project, poultry production and others Amount: RM 1,200 (Financial support to attend avian medicine related conference) Sponsor: World Veterinary Poultry Association Malaysia
Anugerah Kecemerlangan BEST IN FELINE PRACTICE This award is given to a student who achieved outstanding performance in feline practice for all Clinical Practice courses. Amount: RM 1,000 Sponsor: Kitty’s Cottage Veterinary Clinic BEST IN FELINE SURGERY This award is given to a student who has achieved outstanding performance in veterinary surgery related courses and feline surgery during Clinical Practice courses. Amount: RM 1,000 Sponsor: Faculty of Veterinary Medicine, UMK
Anugerah Kecemerlangan BOEHRINGER INGELHEIM AWARD IN SMALL ANIMAL PARASITOLOGY This award is given to a student who achieved outstanding performance and showed interest in parasitology courses, also obtained a minimum of 3.0 CGPA. Jumlah (Amount): RM 2,000 & certificate Penaja (Sponsor): Boehringer Ingelheim Malaysia BOEHRINGER INGELHEIM BEST IN SWINE MEDICINE This award is given to a student who achieved outstanding performance and showed interest in swine medicine, also obtained a minimum of 3.0 CGPA. Jumlah (Amount): RM 2000 & certificate Penaja (Sponsor): Boehringer Ingelheim Malaysia BOEHRINGER INGELHEIM PRIZE-INDUSTRIAL PRACTICAL IN AVIAN This award is given to a student who achieved outstanding performance and showed interest in avian, also obtained a minimum of 3.0 CGPA. Jumlah (Amount): RM 2000 & certificate Penaja (Sponsor): Boehringer Ingelheim Malaysia
Anugerah Kecemerlangan BEST IN CLINICAL SKILLS This award is given to a student who has achieved outstanding performance for clinical skills in all Clinical Practice courses. Amount: RM 1,000 Sponsor: Empire Vet Sdn. Bhd. BEST IN CANINE PRACTICE This award is given to a student who achieved outstanding performance in canine practice for all Clinical Practice courses. Amount: RM 1,500 Sponsor: Empire Vet Sdn. Bhd.
Anugerah Kecemerlangan BEST IN SMALL ANIMAL CASE PRESENTATION This award is given to a student who exhibited excellent performance in small animal clinical cases presentation (clinical rounds & clinical conference) during Clinical Practice courses and has obtained CGPA of at least 3.0. Amount: RM 1,000 Sponsor: Faculty of Veterinary Medicine, UMK ACADEMIC PRIZE (UNIVERSITY LEVEL PRIZE) This award is given to a student who achieved outstanding academic. Amount: RM 1,000 Sponsor: My Vet Care Sdn Bhd MY VET CARE POSTGRADUATE TRAVEL GRANT This award is given to postgraduate students with best proposals, for provision of financial support to attend conference, training program, or short-term attachment related to study or project. Amount: RM 1,000 Sponsor: My Vet Care Sdn Bhd
Anugerah Kecemerlangan BEST PHD AWARD This award is given to a student who has achieved outstanding performance in scholarly works, doctoral thesis preparation and viva voce. Amount: RM 1,000 Sponsor: Teraslab Saintifik Sdn. Bhd. BEST MASTER’S AWARD This award is given to a student who has achieved outstanding performance in scholarly works, Master’s thesis preparation and viva voce. Amount: RM 1,000 Sponsor: Muzmi Resources Sdn. Bhd.
Senarai Ahli Jawatankuasa PENASIHAT Dr. Mohd Farhan Hanif Reduan PENGERUSI Dr. Sandie Choong Siew Shean PENGURUS MAJLIS Pn. Nur Zezafiza binti Mohamed Zainuzain PENYEDIA TEKS UCAPAN NC Prof. Madya Dr. Rumaizi bin Shaari Dr. Murshidah binti Mohd Asri JAWATANKUASA JEMPUTAN DAN TAJAAN Dr. Roslina binti Rashid (Ketua) Pn. Siti Norainun binti Othman Pn. Nur Syahira binti Shuhaimi JAWATANKUASA KEWANGAN, LOGISTIK & TEKNIKAL Pn. Liyana Suhailie binti Md Salleh (Ketua) En. Mohd Khairul Anuar bin Mat Hussin En. Wan Md Zulkarmi Bin Wan Omar JAWATANKUASA PENERBITAN DAN PERCETAKAN Dr. Ruhil Hayati bt Hamdan (Ketua) Dr. Tan Li Peng Dr. Nur Zulaikha Binti Mat Zawawi En. Muhammad Ammar bin Rosli Cik Nani Izreen binti Mohd Sani
Senarai Ahli Jawatankuasa JAWATANKUASA PENGHASILAN VIDEO Dr. Intan Noor Aina binti Kamaruzaman (Ketua) Dr. Nurshahirah binti Shaharulnizim Dr. Goh Soon Heng Exco penerbitan Vetsa JAWATANKUASA PROTOKOL, PERJALANAN MAJLIS DAN SAMBUTAN TETAMU Dr. Luqman Bin Abu Bakar (Ketua) Dr. Mohammad Sabri bin Abdul Rahman Dr. Mohd Farhan Hanif bin Reduan Dr. Nor Fadhilah binti Kamaruzzaman Dr. Murshidah binti Mohd Asri Dr. Erkihun Aklilu Woldegiorgis Pn. Nur Eizzati binti Badrul Hisham Pn. Siti Rokiah binti Awang JAWATANKUASA PENDAFTARAN Prof. Dr Maizan Binti Mohamed (Ketua) Dr. Giguruwa Gamage Thilini Nisansala Cik Hasimah Binti Hassan Pn Norsyamimi Farhana Binti Mat Kamir Cik C.W. Salma Binti C.W. Zalati En. Zia Ul-Ariff bin Nazman JAWATANKUASA HADIAH En. Amirul Faiz bin Mohd Azmi (Ketua) Cik Nor Afiqah Khaliesah binti Mahadi Cik Zulaikha bt Ab Roni Pn. Zalhasrah bt Ahmad Fathillah Cik Nur Izati binti Shahiran Cik Wan Nurul Karimah binti Wan Ab Hadi
Senarai Ahli Jawatankuasa JAWATANKUASA JAMUAN Dr. Mimi Armiladiana binti Mohamad (Ketua) Dr. Norhidayah bt Noordin Pn. Noramalina binti Abdullah Pn. Norfaizatul Farah bt Mahmood JAWATANKUASA ICT, MULTIMEDIA DAN RAKAMAN En. Muhamad Faiz Bin Juha (Ketua) En. Wan Aziz Bin Wan Ahmad En. Ahmad Fadli Bin Ahmad Sanusi En. Mohd Safuan bin Mustafa Pusat Komputeran dan Informatik En. Mohd Khairul Ikhwan Bin Mohd Sukri En. Alif Ismail Bin Zaabar En. Muhammad Aizat Bin Aminurddin JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT DAN TEKNIKAL En. Mohd Norhisyam Bin Jaafar (Penolong Jurutera) En. Rosmawi Bin Md Ali (Pembantu Awam H11) En. Ady Amin Bin Awang (Pembantu Awam) En. Wan Mohd Osman Bin Wan Omar (PSH Juruaudio) En. Nik Kamaruddin Bin Fatanah (PSH Juruaudio) Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur JAWATANKUASA LIPUTAN, RAKAMAN DAN ARKIB En. Mohd Safuan Bin Mohd Azam En. Mohd Khairul Azman Bin Che Ibrahim En. Hakim Bin Hanapi En. Wahyudi Yusra Bin Zulfin En. Mohd Fadzli Bin Ismail Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu
Senarai Ahli Jawatankuasa JAWATANKUASA JAMUAN Dr. Mimi Armiladiana binti Mohamad (Ketua) Dr. Norhidayah bt Noordin Pn. Noramalina binti Abdullah Pn. Norfaizatul Farah bt Mahmood JAWATANKUASA ICT DAN MULTIMEDIA En. Muhamad Faiz Bin Juha (Ketua) En. Wan Aziz Bin Wan Ahmad En. Ahmad Fadli Bin Ahmad Sanusi En. Mohd Safuan bin Mustafa Pusat Komputeran dan Informatik En. Mohd Khairul Ikhwan Bin Mohd Sukri En. Alif Ismail Bin Zaabar En. Muhammad Aizat Bt Aminurddin JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT DAN TEKNIKAL Mohd Norhisyam Bin Jaafar (Penolong Jurutera) Rosmawi Bin Md Ali (Pembantu Awam H11) Ady Amin Bin Awang (Pembantu Awam) Wan Mohd Osman bin Wan Omar (PSH Juruaudio) Nik Kamaruddin Bin Fatanah (PSH Juruaudio) Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur JAWATANKUASA LIPUTAN, RAKAMAN DAN ARKIB Encik Mohd Safuan Bin Mohd Azam Encik Mohd Khairul Azman Bin Che Ibrahim Encik Hakim Bin Hanapi Encik Wahyudi Yusra Bin Zulfin Encik Mohd Fadzli Bin Ismail Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu Penghargaan Dengan penuh rasa syukur dekan, para staf dan mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Veterinar Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, veterinarwan baru, para jemputan serta semua pihak yang menjayakan majlis ini secara langsung ataupun tidak langsung. FAKULTI PERUBATAN VETERINAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2023
Dengan penuh rasa syukur dekan, para staf dan mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Veterinar Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, veterinawan baru, para jemputan serta semua pihak yang menjayakan majlis ini secara langsung ataupun tidak langsung. FAKULTI PERUBATAN VETERINAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2023 FACULTY OF VETERINARY MEDICINE Universiti Malaysia Kelantan Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan [email protected] +6097717279