SAJAK
RANGKAP 1
Penyajak mengumpamakan kita sebagai daun yang
mekar dan merimbun yang dapat memberikan
manfaat kepada diri dan makhluk lain.
RANGKAP 2
Penyajak menyatakan bahawa sekiranya tiada lagi
manusia yang berbuat jasa dan bakti, maka
benda-benda hidup tiada lagi kudrat dan juga
tiada lagi tempat untuk berlindung daripada panas
matahari.
RANGKAP 3
Penyajak mengingatkan kita bahawa pada
suatu hari nanti kita akan menemui ajal. Oleh
itu, kita janganlah angkuh akan apa-apa
kelebihan yang dimiliki hingga melupakan
kesusahan orang lain.
RANGKAP 4
Penyajak menyeru agar kita menjadi manusia
yang berguna dan berjasa sama ada hidup
mahupun setelah tiada lagi di dunia ini.
Amalan baik semasa
hidup
Amalan baik yang dilakukan untuk diri sendiri
di samping tidak melupakan insan lain
Perbuatan mementingkan diri akan
mengakibatkan insan lain menghadapi
kesusahan.
Hidup di dunia hanya sementara waktu.
Menjadi seorang insan yang berjasa dan
berbakti sama ada hidup mahupun setelah
meninggal dunia.
Sajak ini terdiri daripada empat
rangkap.
Bilangan baris setiap rangkap tidak
sama.
Terdapat tiga hingga lima patah kata
dalam satu baris.
Terdapat antara lapan hingga dua
belas suku kata.
Berbentuk bebas (rima akhir bebas)
Bernada romantis
Asonansi : kita umpama
sehelai daun (Perulangan
vokal ‘a’)
Aliterasi : unggas kecil
tidak berkudrat (Perulangan
konsonan ‘k’)
Imej alam : daun, ranting, mentari,
unggas
Repetisi : kita umpama sehelai daun
(Diulang pada baris pertama R1 dan R3)
Simile : kita umpama sehelai daun.
Hiperbola : dari tusukan bahang
memijar.
Personifikasi : tempat bercanda unggas
meriang
Baik hati – kita mesti baik hati
membantu dan menolong makhluk lain
yang ingin sama-sama hidup bahagia.
Kesyukuran – bersyukur atas apa-apa
yang kita miliki.
Keinsafan – insaf akan diri yang serba
kekurangan kerana akhirnya kita akan
meninggal dunia.
Bertanggungjawab – bertanggungjawab
atas diri dan makhluk lain di dunia.
Bersimpati – simpati akan makhluk lain
yang kurang bernasib baik.
Kita perlulah membantu hidupan lain
yang ingin sama-sama hidup di dunia
ini.
Kita janganlah mementingkan diri
sendiri.
Kita haruslah bersyukur akan nikmat
yang kita peroleh di dunia ini.
Kita mestilah berbuat jasa dan bakti.
Kita perlulah bersimpati akan makhluk
yang kurang bernasib baik.
1. Apakah kepentingan daun kepada unggas?
Kepentingan daun kepada unggas ialah sebagai tempat
makhluk berlindung daripada panas matahari. Selain itu,
daun juga menjadi baja kepada tumbuh-tumbuhan lain.
_____________________________________________
2. Pada pendapat anda, apakah kesan yang wujud dalam
masyarakat jika suka berbuat jasa dan bakti?
Pada pendapat saya, kesan yang wujud dalam masyarakat
jika suka berbuat jasa dan bakti ialah mewujudkan masyarat
yang harmoni, aman dan damai. Selain itu, dapat
mengurangkan kadar jenayah di sesuatu tempat.
_____________________________________________
3. Apakah kelebihan ulam-ulaman dalam makanan kita?
Kelebihan ulam-ulaman dalam makanan kita ialah ulam-
ulaman dapat membekalkan vitamin yang penting untuk
tubuh badan kita. Selain itu, pengambilan ulam-ulaman
dapat mencegah kita daripada mendapat pelbagai penyakit.
______________________________________________