The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KLINIK KEJURULATIHAN SKUASY 2020- BAHAN EDARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aziz Jaafar, 2020-10-11 23:26:40

KLINIK KEJURULATIHAN SKUASY 2020- BAHAN EDARAN

KLINIK KEJURULATIHAN SKUASY 2020- BAHAN EDARAN

PENGENALAN PERMAINAN SKUASY

LATAR BELAKANG

Permainan menggunakan raket telah menyebabkan kepelbagaian jenis sukan. Umpamanya,
terciptalah pemainan tenis, badminton, dan sebagainya. Pada abad ke-19, permainan skuasy tercipta
daripada ketidakcukupan ruang di Fleet Prison, London, England. Banduan memukul bola yang keras
di ruang bilik yang luas. Lama kelamaan permainan ini menjadi popular di sekolah awam di London.

Dipercayai satu daripada sekolah yang terawal mencipta permainan ini ialah Harrow School,
London pada sekitar tahun 1830-an. Pada kali ini mereka menggunakan bola yang lebih lembut
tetapi dimainkan di dalam bilik yang lebih kecil. Apabila mereka memukul bola itu, bola itu akan
menjadi seperti dilenyek (squashing).

Pada 1923, peraturan dan undang-undang skuasy telah digubal. Maka bermulalah
pertandingan. Peningkatan jumlah pemain bermula apabila tentera Inggeris menduduki negara-
negara lain. Tidak lama kemudian, negara-negara seperti India, Pakistan, Mesir, New Zealand, Afrika
Selatan, dan Australia mula mempelajari permain ini. Pada 1930, British Open buat kali pertama
diperkenalkan. Pada masa ini, kejohanan ini belum menjadi pertandingan dunia secara rasmi. Don
Butcher, seorang Inggeris telah memenangi kejohanan ini mengalahkan Charles Read. Selepas itu,
kira-kira 35 tahun, pemain-pemain dari Mesir dan Pakistan menguasai kejohanan peringkat dunia.

PENGENALAN

Skuasy adalah permainan raket yang dimainkan dalam satu gelanggang tertutup. Skuasy dimainkan
oleh dua orang pemain yang akan memukul bola menggunakan raket secara bergilir-gilir ke dinding
gelanggang. Bola perlu dipukul sebelum melantun dua kali di lantai. Kiraan mata pula adalah seperti
ping pong. Pemenang ditentukan apabila salah seorang pemain mencapai mata 11 dalam satu set
permainan. Jika 10-10, dius akan dilakukan. Pemenang ditentukan jika salah seorang pemain
mendahului 2 mata. Suatu permainan adalah berasaskan keputusan terbaik dari 3 set atau 5 set.

UKURAN GELANGGANG UNTUK ACARA INDIVIDU

BENTUK GELANGGANG
Gelanggang skuasy adalab berbentuk segiempat dengan 4 permukaan dinding yang berlainan
ketinggiannya. Permukaan dinding adalah terdiri daripada DINDING DEPAN, 2 DINDING TEPI (KIRI
DAN KANAN) dan DINDING BELAKANG. Gelanggang boleh dalam bentuk berdinding simen atau
diperbuat daripada kaca.

1

UKURAN 9750mm
a) Panjang gelanggang antara dinding depan dan belakang 6400mm
b) Lebar gelanggang 4570mm
c) Ketinggian dari lantai ke garisan bawah dinding depan 2130mm
d) Ketinggian dari lantai ke garisan bawah dinding belakang
e) Ukuran dari garisan dalam kotak servis yang berbentuk 1600mm
Segiempat sama 50mm
f) Lebar semua garisan dalam gelanggang

UKURAN RAKET 686mm
a) Panjang raket (maksimum) 215mm
b) Lebar raket (maksimum) 390mm
c) Panjang ukuran tali raket (maksimum) 500cm persegi
d) Luas maksimum kawasan bertali 255gm
e) Berat maksimum

BOLA SKUASY

a) Diameter 40.0mm + atau – 0.5mm

b) Berat 24gm + atau -1.0 gm

c) Bola adalah dibezakan mengikut kelajuan pergerakan sama ada cepat atau lembat dan

ditandakan mengikut titik warna seperti berikut:

i) Paling perlahan (super slow) – dua titik kuning

ii) Perlahan (slow) – titik putih atau hijau

iii) Sederhana (medium) – titik merah

iv) Cepat (fast) – titik biru

2

KEMAHIRAN ASAS
1. MEMEGANG RAKET
Permainan skuasy sangat pantas, tidak ada masa untuk menukar cara pegangan. Pegang raket
dengan tangan kira di mana permukaan raket berada dalam keadaan bersudut tepat dengan
lantai. Guna tangan kanan untuk ‘berjabat tangan’ dengan pemenang raket. Cekak raket dengan
ibu jari dan jari-jari yang lain. Ibu jari dan jari telunjuk akan berada dalam satu kedudukan ‘V’.
Cekak raket dengan keadaan selesa.

2. PUKULAN HADAPAN LURUS
a) Pengenalan
Fungsi PHL adan untuk memukul bola ke dinding depan, melantun balik secara selari, dekat
dengan dinding tepi dan bola akan mati selepas melantun di dinding belakang.
b) Teknik
Pemain berdiri dengan muka menghadap dinding sebelah kanan. Bola dipukul selepas melantun.
Kaki kiri berada di hadapan, lutut serta pinggang dibengkokkan sedikit. Raket diangkat lebih awal
ke belakang dan siku dibengkokkan. Pergelangan tangan dikunci apabila membuat pukulan
dengan tangan lurus. Siku dibengkokkan selepas membuat pukulan sambil kepala raket diangkat
tinggi (ikut lajak).
c) Aktiviti latihan kemahiran PHL – 3 fasa (Fasa persediaan, kontek bola dan ikut lajak)

i) Ayunan raket ke belakang.

3

ii) Pergerakan kaki kanan ke hadapan menghadap dinding tepi kiri.

iii) Raket diturunkan dengan cepat untuk kontek dengan bola. Pertukaran berat badan
ke kaki hadapan.

iv) Ikut lajak – raket dibawa tinggi ke atas.
4

3. PUKULAN DERAS KILAS LURUS (PKL)
a) Pengenalan
Fungsi PKL adalah untuk memukul bola supaya selepas bola menyentuh dinding depan, akan
melantun secara selari dan berdekatan dengan dinding tepi , bola akan mati selepas
melantun dari dinding belakang.
b) Teknik pukulan
Pemain berdiri dengan muka menghadap dinding tepi. Bola dipukul pada peringkat tertinggi
selepas melantun dari lantai. Bola di dipukul pada jarak yang padan dengan kaki kanan di
hadapan. Semasa membuat pukulan, lutut dan badan dibengkokkan sedikit.
Raket diangkat tinggi ke belakang dan siku dibengkokkan. Muka raket dibuka sedikit
agar condong ke belakang. Semasa membuat pukulan, langkah kaki dibesarkan sedikit untuk
mendapatkan keseimbangan badan. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki
hadapan. Pastikan raket ikut lajak selepas kontek bola.
c) Aktiviti
Terdapat 3 fasa – ayunan raket ke belakang, kontek bola, dan ikut lajak.
i) Ayunan raket ke belakang.

ii) Pergerakan kaki kanan ke hadapan, menghadap dinding tepi kiri.

5

iii) Raket diturunkan dengan cepat untuk kontek dengan bola. Pertukaran berat badan
ke kaki hadapan.

iv) Ikut lajak – raket dibawa tinggi ke atas.

4. PUKULAN SUDUT (BOAST)
a) Pengenalan
PS adalah pukulan bola menyentuh dinding tepi sebelum ia melantun ke dinding depan. PS boleh
digunakan sebagai pukul bertahan dan menyerang.
b) Teknik pukulan
Pukulan ini adalah sama dengan PHL dan PKL. Bezanya hanya pada kedudukan badan di mana
badan menghadap sudut di antara dinding tepid an dinding belakang.
c) Aktiviti
Dalam kedudukan bersedia, jurulatih menjatuhkan bola secara ‘drop feed’ sejauh satu raket dari
kaki hadapan pemain. Pemain dikehendaki memukul bola ke dinding tepi dan pastikan raket ikut
lajak. Bola akan menyentuh dinding tepi dan melayang ke dinding depan.

6

i) Fasa persediaan – ayunan raket

ii) Kontek bola – bola dipukul ke dinding tepi, bola akan melayang ke dinding hadapan.
iii) Ikut lajak
5. VOLI
a) Pengenalan
Voli adalah satu pukulan bola semasa bola belum melantun ke lantai. Voli boleh dilakukan secara
lurus, melintang dan boast.
b) Teknik
Badan pemain menghadap ke dinding tepi di sebelah kanan. Kaki kiri ke hadapan. Bola dipukul
apabila berada di udara dan melepasi ketinggian bahu badan. Untuk membuat pukulan voli kilas
pula, badan menghadap dinding tepi di sebelah kiri. Kaki kanan di hadapan.
c) Aktiviti
Pemain beratur di ‘T’. Jurulatih membuat hantaran bola tinggi ke dinding depan supaya bola
melantun tinggi. Pemain dikehendaki membuat voli pada ketinggian yang sesuai.

7

i) Persediaan awal, raket diayun separa, bahu dipusingkan supaya badan menghadap dinding
tepi.

ii) Pergelangan tangan dikunci, pindahkan berat badan di kaki hadaan, pukul bola di paras bahu

iii) Ikut lajak, kaki hadapan kekal, siku dibengkokkan

8

6. SERVIS
a) Pengenalan
Servis adalah pukulan yang sangat penting. Servis digunakan untuk memulakan permainan
skuasy.
b) Teknik
Pemain mesti berdiri di dalam kotak servis, cuba berdiri paling dekat dengan ‘T’. Sebelah kaki
mesti berada dalam kotak servis. Untuk servis lob, kedududkan raket adalah bermula dari bawah
dan bahu kanan mengarah pada tempat di dinding depan yang akan menjadi sasaran bola.
Biarkan bola yang dipegang dalam tangan kiri jatuh dari tangan dan gerakkan raket untuk
membuat pukulan. Selepas bola dipukul, pastikan pemain terus bergerak ke ‘T’ untuk bersedia
melanjutkan permainan.
c) Aktiviti
i) Servis dari kotak kanan

9

ii) Servis dari kotak kiri

7. PUKULAN DROP
a) Pengenalan
Pukulan junam adalah pukulan menyerang di mana bola dihantar ke dinding depan secara
lembut dan bola melantun sangat rendah, menyukarkan pihak lawan mengembalikan pukulan
itu. Pukulan junam dilakukan apabila pihak lawan berada di belakang.
b) Teknik
Badan menghadap dinding tepid an bahu mengarah kea rah sasaran bola. Lutut dibengkokkan
agar badan direndahkan. Ayunan raket separuh. Bola disentug di hadapan kaki dengan raket
dibuka sedikit. Ikut lajak minimum dan mengikut arah bola. Bola menyentuh dinding hadapan
serendah mungkin dan seberapa dekat dengan dinding tepi.
c) Aktiviti
Pemain berdiri dekat dengan dinding depan. Jurulatih melambungkan bola ke dinding depan
dengan perlahan. Biarkan pemain mengembalikan bola ke dinding depan dengan perlahan.

SEKIAN
ENJOY SQUASHING

10


Click to View FlipBook Version