The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aziz Jaafar, 2020-12-01 22:14:41

LOMPAT TINGGI

PJPK TINGKATAN 5

LOMPAT TINGGI

PJPK TINGKATAN 5

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan
kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai
salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu
kejohanan olahraga hendaklah memastikan
semua ini disediakan sebelum pertandingan
dimulakan.

1.0 PERALATAN

Antara peralatan-peralatan yang diperlukan
adalah seperti berikut :
1.Tiang Lompat Tinggi

2. Palang Lompat Tinggi.

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat
sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat
atau segitiga.

3. Kawasan Mendarat

4. Pita Pengukur

5. Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali
dalam pertandingan-pertandingan yang
dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b)
dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m.
jika keadaan mengizinkan , jarak minimum
ini sepatutnya 25m.

2.0 FASA LOMPATAN TINGGI

a) Penujuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk

menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan

ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan

bahagiannya dengan tempat mendarat.

3.0 GAYA LOMPAT TINGGI

a) Gaya gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut
dan melonjak dengan kaki yang berada di
luar dari palang. Semasa melepasi palang,
pelompat berada dalam keadaan duduk
berlunjur.

b) Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus
dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,
kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan
badannya dan pelompat melepasi palang
secara mengiring.

c) Gaya guling barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti
dalam gaya gunting. Pelompat melonjak
dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.
Kaki lonjakan berada dalam keadaan
bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari
dengan palang untuk membuat pelepasan.

d) Gaya pelana
Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling
Barat. Pelompat menuju ke palang secara
bersudut. Ketika melepasi palang, muka
pelompat memandang ke bawah dan
keadaan badannya seolah-olah meniarap di
atas palang.

e) Gaya Fosbury Flop

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada
Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu
teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana
pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (
bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang
badan dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak
ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang
untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan,
tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa
pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-
fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

1) Penujuan

Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga
sembilan langkah larian di mana tiga langkah
terakhir itu adalah bentuk melengkung.
Larian melengkung inilah yang menyediakan
pelompat melepasi palang dengan bahagian
belakangnya dahulu.

2) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja
pelompat mengakhiri larian yang melengkung,
kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila
memijak tanda lonjakan yang hampir selari
dengan palang. Kedua-dua belah tangan
dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki
bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut
juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan
secara melintang badan untuk membantu
pusingan badan di udara supaya bahu menjadi
selari dengan palang.

3) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang
(memandang palang) sambil melentikkan badan.
Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-
dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut.
Lentikan badan ini akan membantu bahagian
punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah
badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah
kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas.
Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut
pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk
pendaratan.

4) Pendaratan

Serentak dengan mengangkat kakinya ke
atas, pelompat menarik kepala dan dadanya
ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan
diangkat ke atas dan pelompat mendarat di
atas bahagian belakang badannya (tulang
belikat).

a) Penujuan Biasanya pelompat akan berlari
sebanyak tujuh hingga sembilan langkah
menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah.
Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas
dan terkawal. Badan pelompat
dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki
lonjak dibengkokkan sebagai persediaan
untuk melompat pada langkah yang terakhir.

b) Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak
mencecah tandaan melonjak, pelompat
hendaklah melompat dengan kuat.Tindakan
melonjak ini bermula dengan bahagian tumit
dan disusuli dengan bahagian hujung kaki.
Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas
dihayun dengan kencang ke atas paras palang.
Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan
menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

c) Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan
kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir
selari dengan palang yang berada di bawahnya.
Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing
seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan
kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja
pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk
membantu pelompat membuat persediaan untuk
mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli
pergerakan badan tanpa diluruskan.

d) Pendaratan Ketika di fasa pendaratan,
pelompat memusingkan badannya dan
mendarat di atas bahagian belikat atau
bahagian belakang badan.

KESALAHAN YANG BIASA
DILAKUKAN DALAM LOMPAT
TINGGI GAYA PELANA

a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga
tidak terkawal.
b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit
kaki lonjak mencecah tanah.
c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum
ke atas.
d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian
kepala dan bahu kanan melepasi palang.

Peraturan Lompat Tinggi

1. Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan
dengan sebelah kaki.

2. Seorang peserta itu gagal sekiranya:

a. Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya
akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat atau,

b. Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat
melebihi satah mencancang dan sama ada luar atau di
antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya,
sebelum melepasi palang.Walau bagaimanapun sewaktu
melompat, jika seseorang peserta itu menyentuh tempat
mendarat dengan kakinya, dan pada hemat hakim tidak
akan memberi kelebihan padanya, maka atas sebab ini
lompatan tersebut tidak dianggap batal.

SEKIAN


Click to View FlipBook Version