PROSA MODEN
CERPEN – ‘HADIAH’
• Hari Guru menjelang.
• Semua murid bercakap tentang hadiah untuk guru.
• Merunsingkan Azizah kerana tidak berkemampuan.
• Cuba minta wang daripada ibu dan bapa – gagal.
• Cuba buka tabung arnabnya ttp tidak cukup utk beli
hadiah utk Cikgu Zaleha.
• Ibu cadangkan Azizah buat sendiri.
• Buat anyaman tudung saji lengkap dengan empat
warna.
• Semasa Hari Guru – Azizah datang lewat dgn hadiah
yang dibungkus kertas surat khabar.
SINOPSIS
• Azizah menyerahkan hadiah itu ttp minta Cikgu
Zaleha membuka hadiah itu di rumah.
• Cikgu memberi borang Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah.
• Setelah puas memujuk, Azizah bersetuju menyerah
pertandingan itu.
• Muncul sebagai Johan.
• Cikgu Zaleha pula muncul sebagai pemenang Guru
Inovatif
Sinopsis
• Kegigihan dan kecekalan
seorang murid.
Tema
• Meraikan Hari Guru dalam kalangan murid-murid.
• Berusaha membalas jasa seseorang.
• Memperkasakan kraf tangan.
• Peranan guru dalam memperkembangkan bakat dan
potensi murid.
• Peranan ibu bapa dalam melahirkan anak yang
cemerlang.
Persoalan
Watak utama: Azizah
• Murid sekolah rendah.
• Mempunyai ayah dan ibu.
• Mempunyai abang yg belajar di UITM.
• Mempunyai keluarga miskin.
• Kreatif, kuat semangat kuat berusaha.
• Pandai menganyam.
• Patuh kepada ibu bapa
WATAK &PERWATAKAN
Watak sampingan:
Cikgu Zaleha
• Guru sekolah rendah.
• Guru kesayangan Azizah.
• Pandai memotivasikan muridnya.
• Bersemangat untuk mengembangkan bakatnya.
Ibu Azizah
• Kakinya cacat.
• Pandai memotivasikan anaknya.
• Mempunyai idea yang kreatif.
• Penyabar
Watak & Perwatakan
Permulaan:
Rakan2 Azizah asyik bercerita tentang hadiah yang akan
diberikan kepada guru-guru sempena Hari Guru.
Azizah runsing kerana tidak mampu – beri hadiah utk guru
kesayangan iaitu Cikgu Zaleha.
Perkembangan:
Azizah berhasrat memberi hadiah kpd Cikgu Zaleha.
Minta wang daripada ibunya tetapi tidak mampu.
Buka tabung arnabnya tetapi tidak cukup.
Azizah minta wang drp bapanya ttp gagal.
Ibu mencadangkan supaya Azizah membuat anyaman
mengkuang menjadi tudung saji.
Binaan Plot
Klimaks
Pd Hari Guru, Azizah hadir lewat ke sekolah.
Menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha – buka di
rumah.
Cikgu Zaleha mencabar Azizah menyertai pertandingan
kraftangan peringkat daerah.
Peleraian
Azizah muncul sebagai Johan peringkat daerah. Naib
Johan peringkat negeri.
Cikgu Zaleha – Guru Inovatif Hari Guru peringkat
daerah.
Binaan plot
Teknik pemerian
Semua murid bercakap tenang Hari guru.
Rahimah akan menghadiahi Cikgu Khalid bunga dalam
kotak plastik.
Teknik imbas kembali
Azizah melihat sapu tangan berbunga orkid kecil itu di
pekan sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu.
(P2,B3-B5,hlm 46)
Teknik
Teknik monolog
“Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat
sumber lagipun majalah juga mahal. Harganya tiga
ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa?”
FikirAzizah.
Teknik dialog
“kau nak hadiahkan apa, Aliza?” tanya Hamidah.
Teknik
Latar tempat
Di rumah Azizah – Habis daun nipah, urat mengkuang, daun
lalang dikerjakannya. Dengan berulang-ulang, dicubanya
untuk meneroka pelbagai bentuk dan warna, aneka rupa dan
teknik, cara dan persembahan.
Di dalam kelas –”Yalah…betul kata Aliza itu,” kata Rashid.
Semua orang memandang Rashid yang baru datang ke kelas.
Di pintu pagar sekolah – Kelibat Azizah yang lewat tiba di
pintu pagar diperhatikan oleh Cikgu Zaleha.
Di tapak perhimpunan – Cikgu Zaleha dikerumuni banyak
peminat cilik. Azizah di belakang sekali. Secara tradisi, murid-
murid yang membaca hadiah akan dipersilakan utk
menghulurkan hadiah masing-masing ke tangan guru mereka
di hadapan tapak perhimpunan.
Latar tempat
Latar masa
Waktu pagi – Hari Guru pun tiba. Azizah keluar awal
pagi itu.
Waktu tengah hari – Azizah pulang tgh hari dengan tekad
dan semangat yang kuat untuk membuktikan bahawa usaha
gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang
yang banyak, bukan tenaga yang kuat.
Waktu petang – Petang itu, Azizah sibuk menganyam
tudung saji. Dia memang cekap menganyam.
Latar masa
Latar masyarakat
Masyarakat untuk suka menunjuk2.
Masyarakat yang hidup miskin.
Masyarakat murid yang menghargai jasa gurunya.
Masyarakat murid yang mahir menganyam.
Masyarakat gur yang sentiasa memberi motivasi kepada
muridnya.
Latar masyarakat
Anafora - …bukan wang yang banyak, bukan tenaga
yang kuat.
Sinkope – “Zah nak buat berapa?”
Peribahasa – “Cikgu berbangga kalau Azizah menang tapi
kalau Aziziah tarik diri….bermakna Azizah kalah..”
Simile – “….hanya orang yang bersikap seperti Profesor
Azizah yang akan memberikan kepuasaan kepada cikgu.
Tolong ya?”
Gaya bahasa
• Bertanggungjawab – Azizah bertanggungjawab untuk
mengotakan janji yg telah dilafazkannya di hadapan
Cikgu Zaleha untuk memberi hadiah.
• Prihatin – Ibu Azizah amat prihatin akan masalah yang
dihadapi oleh anaknya dalam mencari wang untuk
membeli hadiah untuk guru kesayangannya.
• Berjimat cermat – Azizah berjimat cermat dengan
menabung dalam tabung arnabnya.
• Kegigihan – Azizah gigih berlatih membuat anyaman
kraftangan
Nilai
• Kita mestilah menghargai seseorang yang
telah berjasa kepada kita.
• Kita perlulah berusaha keras untuk mencapai
cita-cita.
• Kita mesti menghormati perasaan rakan-
rakan yang kurang bernasib baik.
• Kita mestilah bersyukur dengan apa2 yang
kita peroleh.
• Kita mestilah menunaikan janji yang telah
dilafazkan.
Pengajaran
SEKIAN
1. Berdasarkan petikan, apakah cadangan yang diberikan oleh
emak Azizah dalam usaha memujuk anaknya yang ingin
memberi hadiah kepada Cikgu Zaleha? (3 markah)
Berdasarkan petikan, emak Azizah mencadangkan Azizah
membuat sendiri hadiah untuk Cikgu Zaleha dengan cara
menganyam sama ada raga, bakul atau tudung saji kecil sebagai
hiasan di dalam rumah. Selain itu, emak Azizah menyatakan
tentunya Cikgu Zaleha gemar menyimpan hasil-hasil kerja
tangan lebih-lebih lagi daripada anak muridnya.
LATIHAN
2. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan
cerpen di atas? (3 markah)
Dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
ialah penggunaan kata ganda. Contohnya hasil-hasil kerja
tangan. Gaya bahasa kedua ialah sinkope, iaitu singkatan
perkataan. Contohnya, “Tak apa, tapi malulah Zah..”.
Latihan
3. Sikap kreatif dan inovatif merupakan kunci kejayaan
seseorang.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab kita harus berfikir
secara kreatif dan inovatif? (4 markah)
Pada pendapat saya, sebab-sebab kita harus berfikir secara
kreatif dan inovatif adalah untuk memajukan diri seiring
dengan keadaan semasa. Selain itu, kita dapat menghasilkan
sesuatu yang baru yang tidak pernah terfikir oleh orang lain.
Latihan