HARI BUMI JAGALAH BUMI 22 APRIL Mengenali Pencemaran Dengan Lebih Mendalam Melindungi Species Terancam di Malaysia Meningkatkan Kesedaran Untuk Melindungi Alam Sekitar
Isi Kandungan 03 TINDA EDITOR 04 PENGENALAN HARI BUMI 05 BERITA UTAMA 07 BERITA SAMPINGAN - PENCEMARAN UDARA 09 BERITA SAMPINGAN - PENCEMARAN AIR 1 1 BERITA SAMPINGAN - PENCEMARAN TANAH 13 RUANGAN KREATIF 1 4 RUANGAN IKLAN
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Dengan setinggi-tingginya syukur atas kekuatan minda yang dianugerahkan kepada kita, kumpulan Jagalah Bumi mampu berkumpul dan meneruskan perkongsian idea dan pandangan menerusi artikel yang dinaskahkan dalam Buletin Jagalah Bumi. Sekalung penghargaan diucapakan kepada semua penulis yang terlibat dalam penulisan ini walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Buletin Jagalah Bumi memberi tumpuan utama atas tema Hari Bumi dan menjadi medium untuk memberi kesedaran kepada para pembaca menerusi penulisan para penulis. “Jagalah Bumi kita”, ini merupakan ayat-ayat yang sentiasanya didengar semasa waktu kecil. Dengan ini, begitulah penting kesedaran menjaga bumi haruslah ditanamkan dalam hati setiap penduduk bumi. Untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar, Hari Bumi disambutkan pada hari 22 April setiap tahun oleh sedunia. Sambutan ini adalah usaha seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran semua penghuni bumi menhargai bumi yang istimewa dan menyemaikan rasa tanggungjawab setiap penghuni bumi.Tema Hari Bumi 2022 adalah “Invert In Our Planet”, adalah memberi fokus atas tindakan manusia dengan cara barani dan berinovasi luas dalam cara-cara menjaga bumi kita. Dalam penulisan ini, tumpuan utama diberikan atas tindakan manusia terhadap alam sekitar dan apa yang terjadi pada alam sekitar. Hal ini demikian disebabkan kekurangan kesedaran atas kesan alam sekitar dijejaskan oleh tindakan manusia yang pentingkan keuntungan sendiri. Dengan berita yang dihuraikan dan dikongsikan daripada para penulis, apa yang terjadi dan kerugian manusia dapat dinaskahkan dengan teliti dan memberi pandangan yang jelas kepada penghuni bumi yang masih tidak menghargai apa yang dikurniakan oleh alam sekitar. Sesungguhnya, menerbitkan buletin adalah kerjasama semua yang terlibat, dengan ini, harap semua pembaca selamat membaca! Sekian, terima kasih! Ketua Editor yew kai jyet 271967 pereka grafik chew yenn thin 270044 TINTA EDITOR DARI MEJA KETUA EDITOR... BULETIN JAGALAH BUMI 03 penulis li Hui Shan 269935 penulis CHEW SHI-I PRISCILLA 271038 penulis lIM YI QIAO 271556 Penulis Khor jhun hung 278772
PENGENALAN HARI BUMI B U L E T I N J A G A L A H B U M I Hari Bumi mula diraikan pada tahun 1970. Peringatan Hari Bumi bermula apabila seorang senator, Gaylord Nelson yang berasal dari Wisconsin, merasa prihatin dan khuatir terhadap kerosakan alam sekitar di Amerika ketika itu. Beliau merasa risau dengan pencemaran alam terutamanya pencemaran air dan udara yang makin serius di Amerika. Oleh itu, beliau telah merancang dan menganjurkan satu demonstrasi kesedaran alam sekitar. Tarikh 22 April dipilih kerana merupakan tarikh di antara cuti musim bunga dan peperiksaan akhir kolej. Pada mulanya, aktiviti ini hanya mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar kolej. Namun begitu, berkat usaha Gaylord Nelson dan aktivis alam sekitar yang lain, pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa, umur, kepercayaan dan agama telah bersatu untuk menentang pencemaran tumpahan minyak, udara, dan kerosakan habitat alam semula jadi. Gerakan ini mendorong kerajaan Amerika Syarikat untuk mewujudkan Agensi perlindungan Alam Sekitar. Berkat usaha beliau, sentimen untuk melindungi Bumi daripada pencemaran tidak terhenti di situ. Peringatan Hari Bumi yang diraikan sebagai usaha untuk menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar, masih berkekal sehinggalah hari ini. Peringatan Hari Bumi terus berkembang dan disambut di seluruh dunia. 04
BERITA UTAMA ALAM KITA DIMUSNAH ATAU TERMUSNAH? Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, tanah dan air semakin tidak terkawal. Pencemaran alam sekitar terbahagi kepada dua jenis, iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi, dan pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi merupakan pencemaran yang berlaku dengan sendirinya akibat bencana alam, seperti gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia pula berlaku dengan pelbagai sebab. Isu pencemaran alam sekitar sering menjadi liputan utama akhbar masa kini dan masalah ini menjadi semakin serius. Jenis pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, tanah dan air semakin tidak terkawal. Berdasarkan Indeks Prestasi Alam Sekitar yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia hanya berada di tempat ke-130, manakala negara jiran iaitu Singapura pula mendapat tempat ke63. Terbuktilah bahawa kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak mencukupi. Contohnya, pembangunan yang tidak terkawal dan pertambahan penduduk yang semakin tinggi, terutamanya di bandar besar telah menyebabkan semakin banyak sumber yang diperlukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran bagi menampung kehidupan dan penggunaan penduduk. Selain itu, sisa toksik yang dibuang dari kilang menerusi aliran air dan udara turut merupakan penyumbang utama pencemaran alam sekitar. 05
Selain itu, manusia juga perlulah mencegah alam sekitar dengan mempraktikkan amalan 3R, iaitu pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula dalam kehidupan seharian. Pengurangan bermaksud menggunakan bahan sumber dengan cermat dan tidak membazir. Penggunaan semula bermaksud penggunaan semula bahan-bahan buangan dan menggubah bahan tersebut sebagai barangan yang baharu. Kitar semula ialah usaha untuk mengumpul dan menggunakan bahan buangan menjadi bahan dan barangan baharu. Oleh itu, manusia sebagai wakil atau pemimpin di bumi mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tindakan dalam mencegah pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan kimia yang digunakan oleh manusia mendatangkan kesan dan pencemaran yang berjangka panjang kepada alam sekitar. Sebagai contoh, penggunaan pendingin hawa yang akan melepaskan kluoroflurokarbon (CFC) akan merosakkan lapisan ozon. Bahan kimia yang dilupuskan oleh kilang juga akan merosakkan tanah dan air. Di samping itu, penggunaan pengangkutan awam juga sangat efisien dalam mencegah pencemaran alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan pengangkutan akan menyebabkan pencemaran udara akibat pelepasan asap dari ekzos. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan situasi ini. Justeru, bumi merupakan rumah kita bersama. Perlindungan bumi merupakan tanggungjawab manusia sejagat. Sempena dengan Hari Bumi, marilah kita sama-sama berusaha ke arah planet bumi yang lebih baik. 06
Pencemaran udara Punca-punca pencemaran udara Pencemaran udara merujuk kepada keadaan di mana pelbagai bahan kimia, zarah atau biologi bertukar menjadi gas toksik dan dibebaskan ke atmosfera, menyebabkan ketidakselesaan, kemudaratan dan kerosakan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan industri gas toksik, dan tapak pelupusan sampah membebaskan gas toksik ke udara. Gas beracun ini berbahaya kepada kesihatan manusia. Pencemaran udara yang tidak terkawal akan menyebabkan manusia menghadapi penyakit pernafasan, penyakit kronik dan peningkatan risiko kemasukan ke hospital, serta kematian awal adalah paling teruk akan dihadapi oleh manusia. Pencemaran udara akan menyebabkan kualiti udara menjadi rendah dan kualiti udara mengandungi bahan-bahan cemar di paras tinggi terdiri daripada sulfat, nitrat dan karbon hitam. Kesan utama pencemaran udara ialah membahayakan system pernafasan manusia. Gas-gas yang bertoksik akan merancuni system pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesihatan terjejas Kualiti udara BERITA SAMPINGAN 07
PENDUDUK DIARAH BERPINDAH KERANA PENCEMARAN UDARA 08 Contohnya, penduduk akan diarah memindahkan ke tempat lain kerana masalah pencemaran udara dan berbahaya kepada kesihatan penduduk. Tempatan penduduk udara dicemar oleh pembakaran tapak pelupusan sampah menyebabkan penduduk tempatan diarah berpindah ke tempatan lain untuk menjamin kesihatan penduduk. NIBONG TEBAL: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah bagi memindahkan penduduk Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru, di sini kerana berdepan masalah pencemaran udara. Ia susulan kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, di sini yang berlaku sejak Rabu lalu dan hingga kini masih tidak dapat dipadamkan sepenuhnya. Berikutan itu, usaha memindahkan penduduk yang terdiri daripada 86 keluarga membabitkan 400 individu itu akan dilakukan dengan segera. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan dalam kenyataan memaklumkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang melakukan pemantauan kualiti udara di tiga lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan MPKK Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru. "Berdasarkan pemantauan didapati terdapat kandungan gas yang boleh memberi risiko kesihatan. Justeru, penduduk yang tinggal di lokaliti Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dinasihatkan untuk berpindah buat sementara waktu. "JAS akan terus membuat pemantauan kualiti udara dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu. Dalam pada itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang mengadakan lawatan ke tapak pelupusan sampah terbabit petang tadi melahirkan rasa kesal dengan insiden berkenaan.
09 KESAN DAN PUNCA PENCEMARAN AIR SUNGAI TERCEMAR DIPERCAYAI PUNCA IKAN MATI Nelayan-nelayan berkata bahawa punca kematian di sungai adalah kerana air sungai tercemar. Air yang busuk dan kotor faktor beribu-ribu ikan mati di sungai dan telah menjejaskan mereka. Punca daripada pencemaran air di sungai adalah daripada akitiviti perkilangan yang membuang sisa-sisa toksik ke dalan sungai untuk mengurangkan kos mereka. Sisasisa toksik ini telah menyebabkan air di kawasan sungai tercemar dan telah menyabakan kematian ikan-ikan di sungai. AIR TERCEMAR MENJEJASKAN KUALITI AIR MINUMAN Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai salah satu punca yang mengakibatkan pencemaran air semakin serius. Para manusia suka membuang sampah mereka ke dalam sungai yang dekat dengan rumah mereka. Air yang tercemar ini telah menjejaskan penggunaan air harian manusia seperti menjejaskan kualiti air minuman. Sumber air yang tidak bersih telah menyebabkan air yang kita guna semakin kotor dan tidak bersih. Pencemaran Air Pencemaran air di Malaysia semakin serius dan tidak terkawal. Kebanyakan sungai di Malaysia telah dicemari oleh aktiviti-aktiviti harian manusia seperti pembuangan sampah, pembuangan sisa toksik oleh kilang ataupun penggunaan bahan kimia dari aktiviti pertanian. Berita Sampingan
HANYA 53 PERATUS LEMBANGAN SUNGAI DI M'SIA DIKELASKAN BERSIH Sejak akhir-akhir ini, kes pencemaran sungai juga dilihat semakin berleluasa sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air bersih. Mereka berpandangan situasi itu berlaku berikutan masih kurangnya pendidikan dan kesedaran orang ramai berhubung kelestarian sungai serta bagaimana menguruskan sungai bagi memastikan kualiti air sungai terjamin. Aduan penduduk setempat dan hasil pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bahan pencemar dan sisa kimia masih di paras yang membimbangkan. Di negeri Selangor pula, pencemaran sungai menjadi polemik kerana sering dibabitkan dengan gangguan bekalan air. Sektor industri dan masyarakat setempat mula terjejas akibat gangguan air yang berterusan. 10 Hanya 53 peratus lembangan sungai di Malaysia dikelaskan sebagai sungai bersih, manakala 42 peratus adalah sungai tercemar dan bakinya dikategorikan sebagai tercemar teruk, kongsi dua pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Berita Sampingan Membuang bahan sintesis Bahan sintetis terbuat dari hasil pengolahan manusia dan bukan dari alam. Contohnya plastik, karet, kaleng, dan kaca. Berbagai bahan tersebut sangat sulit diuraikan oleh mikroorganisme tanah. Terus-menerus membuang sampah berbahan sintesis, akan menyebabkan hilangnya pasokan oksigen yang cukup dalam tanah. 11 Penggundulan hutan dan erosi tanah Tanah yang berubah menjadi kering dan tandus akibat pembukaan lahan secara paksa (penggundulan hutan), tak akan pernah bisa subur kembali. Kondisi ini akan menyebabkan erosi dan tanah pun tercemar. Polusi tanah Pencemaran pada tanah akan menyebabkan lapisan atas tanah rusak. Penyebabnya, penggunaan pupuk kimia yang berlebihan, erosi tanah dan tindakan pengendalian hama. Perubahan pola iklim Pencemaran tanah sangat berbahaya, menyebabkan hilangnya keseimbangan ekosistem. Tanah tercemar secara langsung atau tidak langsung akan memengaruhi pola iklim. Pencemaran Tanah
Berita Sampingan Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud,Profesor Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berkata tindaken menanam sisa toksik bawah tanah boleh menyebabkan pencemaran tanah dan pencemaran udara. SISA TOKSIK BAWAH TANAH PASIR GUDANG 12 Pasir Gudang 26 Jun 2019: Kejadian pencemaran udara dipercayai sebab pembuangan sisa toksik dalam tanah, dengan ini pencemaran tanah turut berjadi. Bekas Perunding Penilaian Risiko Kuantitatif (QRA) untuk Industri Minyak, Gas dan Petrokimia, Wan Ramli menyatakan bahawa Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah mengambil tindakan dengan memberi arahan hentikan operasi kilang sementaranya untuk memberi ruangan menghentikan kejadian keracuan gas dan pencemaran tanah.
OH BUMIKU Ruangan Kreatif Oh, bumiku Tanah dimana kita hidup Tanah dimana kita berpijak Tanah dimana kita ditemukan dan dipisahkan Oh, bumiku Tuhan memberimu segala keindahan Laut yang luas tidak terhingga Gunung yang tinggi tidak tercapai Oh, bumiku Anugerah dan kasih Tuhan Yang telah memberikan kenikmatan alam Yang tiada terhingga kecantikannya 13
RUANGAN IKLAN H A R I B U M I "PULIHKAN BUMI KITA" 22 April 2023 l Sabtu l 10AM-3PM Universiti Utara Malaysia Universiti Utara Malaysia UUMtube Setiap tanggal 22 April, masyarakat dunia memperingatinya sebagai Hari Bumi atau Earth Day. Tujuannya untuk meningkatkan kesedaran orang umum terhadap alam sekitar. EARTH HOUR 25 Mac 2023 l Sabtu 8:30 malam JOM TUTUP LAMPU ! #SelamatkanBumiKita Kerajaan Negeri Kedah HARI LAUTAN SEDUNIA SERTAI WEBINAR SEMPENA 8 JUN 2023 I THURSDAY 8:30 MALAM SERTAI KAMI SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK JABATAN ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR 14