2024 MESYUARAT AGUNG KALI KE – 16 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 9 MEI 2024 KHAMIS DEWAN TERBUKA SK JITRA 3 2.30 PETANG SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 06000 JITRA KEDAH DARULAMAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -16 TAHUN 2024 /2025 ISI KANDUNGAN 01 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG SKJitra 3 kali ke-16 sesi 2024/2025 02 Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 Tahun 2024/2025 03 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 sesi 2024/2025 04 Jawatankuasa PIBG SK Jitra 3 sesi 2024/2025 05 Senarai Kehadiran Mesyuarat AJK pibg 06 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali Ke16 sesi 2024/2025 07 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 sesi 2022/2023 08 Laporan Kewangan (Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023) 09 Jawatankuasa PIBG sesi 20223/2024 10 Perbahasan Usul 11 Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 12 Album Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 13 Sekalung Penghargaan 14 Memo 1
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -16 TAHUN 2024 /2025 2 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK JITRA 3 KALI KE-16 SESI 2024/2025 Pendaftaran Ketibaan YDP PIBG SK Jitra 3 Dato’ Hj Zulkifli @ Mohd Ros bin Ahmad DIMP., AMN., AMK., BKM., BKT., PPN., PJK., JP Ketibaan Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu En. Muhamad Mahazi bin Hj Ibrahim SDK., AMK., BCK., ASK., Nyanyian Lagu Negaraku Aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ucapan Guru Besar ( Penasihat ) Pn. Norashikin binti Saad Ucapan Aluan YDP PIBG Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 oleh Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 bermula Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu Perkara-perkara berbangkit Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022 / 2024 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2024 / 2026 Membahaskan usul-usul Ucapan Penangguhan Cabutan Bertuah Bersurai 2.30 Petang : 2.45 Petang :
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK JITRA 3 KALI KE-16 SESI 2024/2025 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -16 TAHUN 2024 /2025 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN TEL /FAX : 04-9174036 Ruj. Kami : PIBG /SKJ3 60/002/135 Tarikh : 2 Mei 2024 Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jitra 3 Kedah Darulaman. Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 16 ( 2024 ) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Jitra 3 akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) kali ke-16 pada ketetapan berikut : Tarikh : 19 Mei 2024 Hari : Khamis Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Terbuka SK Jitra 3 3. Dengan ini pihak sekolah dan Jawatankuasa PIBG berbesar hati mempersilakan tuan / puan hadir ke majlis tersebut. Sekian, terima kasih. “ FROM GOOD, BETTER TO THE BEST “ Saya yang menjalankan amanah, ............................................ (NORAINI BINTI ISMAIL) SETIAUSAHA s.k. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 3 3
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-16 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024/2025 4 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 ( SESI 2024 / 2025 ) PENASIHAT PN. NORASHIKIN BINTI SAAD YANG DIPERTUA PIBG DATO’ HJ ZULKIFLI @ MOHD ROS BIN AHMAD NAIB YANG DIPERTUA PIBG TN. HJ. WAN DAUD BIN WAN HAMID PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PN. NORHAYATI BINTI PUTEH PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID EN. MOHD SABIDI BIN YAACOB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM EN. SHAMSUL ANUAR BIN AHMAD TERMIZI SETIAUSAHA PN. NORAINI BINTI ISMAIL BENDAHARI PN. ZARINA BINTI SAHADAN JAWATANKUASA PELAKSANA JEMPUTAN / SAMBUTAN YDP NYDP Guru Besar Penolong Kanan (PKP,PKHEM, PKKK) Semua AJK PIBG Pn. Noraini binti Ismail Pn. Mazlina binti Osman BUKU PROGRAM Pn. Wan Nurasyikin binti Wan Md Najib Cik Noorhasfariza binti Talib Pn. Noraini binti Ismail Pn. Mazlina binti Osman Pn. Normalasari binti Che Ashaari BANNER / PENTAS / BACKDROP Pn. Noor Faizah binti Zainon Pn. Nur Wahida binti Omar Pn. Suriani binti Sulong Pn. Noor Emilia binti Ab Rahman Cik Nor Atiqah binti Ramli PENDAFTARAN Pn. Rusiah binti Muksan Pn. Najwa binti Aziz Pn. Fadzlina binti Fadzim Pn. Fauziah binti Ahmad Cik Farah Fasehah binti Mustafa Kamal Cik Nur Afiqah binti Jasni
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-16 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024/2025 5 JAWATANKUASA PELAKSANA PENGACARA MAJLIS Pn. Hjh. Siti Hajar binti Abd Rahim Pn. Hasniza binti Zakaria BACAAN DOA En. Mohd Zamzari bin Salleh SIARAYA / PUBLISITI En. Muhammad Bashir bin Bakar En. Nadziran bin Ezizs En. Mohd Fadly Effandy bin Nordin PENCATAT Pn. Nur Hidayah binti Mat Isa Pn. Nor Kamaliah binti Ali Azmey Pn. Afiza Fazuraini binti Omar PERSIAPAN TEMPAT / HIASAN LUAR En. Roslan bin Md Desa En. Mohd Azmi bin Ngah En. Mohd Aswad bin Anuar En. Muhammad LuqmanHakim bin Shahidan Pn. Zarina binti Hamzah Pn. Rasidah binti Adenan Cik Balqis binti Abdul Rahman Huraisen CABUTAN BERTUAH Pn. Nur Farhana binti Jamil Pn. Sopiah binti Mohd Radzi Pn. Zarina binti Sahadan Pn. Fauzyana binti Abu Bakar Pn. Wan Salamah binti Wae Ali Etam Cik Nur Fatihah binti Jamil Cik Alyaa Awatif binti Abd Razak JAMUAN VIP Pn. Nor Mala binti Saad Pn. Safina binti Abdullah Pn. Hjh. Ku Hanita binti Ku Mahamud FOTOGRAFI / DOKUMENTASI Pn. Roslindawati binti Ariffin Cik Chang Chi Ling En. Edwin Jude A/L Vincent Paul En. Muhammad Solehhin bin Azhar TEKS UCAPAN PERASMI, YDP DAN GB Pn. Hindon binti Mahmood Pn. Umi Zahilah binti Awang Saad Pn. Nurul Afzan binti Azizan SIJIL / CENDERAHATI Pn. Haslizawati binti Ahmad Pn. Zarina binti Sahadan Cik Nur Afifah binti Jasni JAMUAN GURU / WARIS Pn. Cik Rodhi binti Mat Isa Pn. Norainy binti Kassim Pn. Habshah binti Saidin Pn. Hjh. Nur Hayati binti Mansor Pn. Norhayati binti Shaari Pn. Norhayati binti Zainol
JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2023 / 2024 6 PENASIHAT Guru Besar Pn. Norashikin binti Saad Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Pn. Norhayati binti Puteh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) En. Mohd Sabidi bin Yaacob Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PKKK) En. Shamsul Anuar bin Ahmad Termizi PENGERUSI Dato’ Hj Zulkifli @ Mohd Ros bin Ahmad DIMP.,AMN.,AMK.,BKM.,BKT.,PPN.,PJK.,JP NAIB PENGERUSI Tn. Hj Wan Daud bin Wan Hamid SETIAUSAHA Pn. Noraini binti Ismail NAIB SETIAUSAHA Pn. Hjh Ku Hanita binti Ku Mahamud BENDAHARI Pn. Zarina binti Sahadan NAIB BENDAHARI Pn. Nur Farhana binti Mohd Jamil AJK GURU & WARIS En. Mohd Jamzuri Ammir bin. Bahauddin En. Khairol Anuar bin Ishak En. Roslan bin. Md Desa En. Muhammad Bashir bin. Bakar Pn. Shakirah binti Ahmad Pn. Norhasmawati binti Mat Lazim Pn. Zalina binti Zolkiply Pn. Latifah binti Ab Aziz Pn. Nur Wahida binti Omar Pn. Wan Nurasyikin binti Wan Md Najib JURU AUDIT Pn. Normalasari binti Che Asshaari Pn. Nurul Adlina binti Othman
KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SK JITRA 3 SESI 2023 / 2024 7 BIL NAMA M 1 M2 M3 M4 CATATAN 1 En. Khai Rol Saleh B. Halim( GB-Penasihat ) 1 1 1 1 2 Dato’ Hj Zulkifli @ Mohd Ros Bin Ahmad (YDP) 1 1 1 1 3 Tn Hj Wan Daud Bin. Wan Hamid( NYDP ) 1 0 1 1 BERSEBAB 4 Pn. Norhayati Bt Puteh ( PK Pentadbiran ) 1 1 1 1 5 En. Mohd Sabidi Bin. Yaacob( PK HEM ) 1 1 1 1 6 En. Shamsul Anuar Bin Ahmad Termizi ( PK KK ) 1 1 1 0 BERSEBAB 7 En. Khairol Anuar B. Ishak ( AJK Waris ) 1 0 0 0 BERSEBAB 8 En. Mohd Jamzuri Ammir B. Bahauddin (AJK Waris ) 1 0 1 0 BERSEBAB 9 Pn. Norhasmawati Bt Mat Lazim ( AJK Waris ) 0 0 1 0 BERSEBAB 10 Pn. Shakirah Bt Ahmad ( AJK Waris ) 1 1 0 0 BERSEBAB 11 Pn. Zalina Bt Zolkifly ( AJK Waris ) 1 1 1 0 BERSEBAB 12 Pn. Latifah Bt Ab Aziz( AJK Waris ) 1 0 1 0 BERSEBAB 13 Muhammad Bashir B. Bakar ( AJK Guru ) 1 1 1 1 14 En. Roslan B. Md Desa ( AJK Guru ) 1 1 1 1 15 Pn. Nur Wahida Bt. Omar ( AJK Guru ) 1 1 0 1 BERSEBAB 16 Pn. Wan Nurasyikin Bt Wan Md Najib (AJK Guru ) 1 1 1 1 17 Pn. Nur Farhana Bt Mohd Jamil ( Pen. Bendahari ) 1 1 1 1 18 Pn. Hjh Ku Hanita Ku Mahamud (Pen. Setiausaha ) 1 1 1 1 19 Pn. Zarina Bt Sahadan( Bendahari ) 1 1 1 1 20 Pn. Noraini Bt Ismail ( Setiauasa ) 1 1 1 1
AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024 / 2025 8 AGENDA PERKARA 1 Ucapan aluan pengerusi mesyuarat 2 Laporan Guru Besar 3 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-16 4 Perkara-perkara berbangkit 5 Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG 6 Pembubaran AJK PIBG sesi 2022 / 2024 7 Pelantikan AJK PIBG ( Baharu ) sesi 2024 / 2026 ❖ YDP ❖ NYPD ❖ Setiausaha ❖ Naib Setiausaha ❖ Bendahari ❖ Naib Bendahari ❖ AJK Waris ❖ AJK Guru 8 Membahaskan usul 9 Ucapan Penangguhan
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 KALI KE-15 SESI 2023 / 2024 9 TARIKH : 18 MEI 2023 HARI : KHAMIS MASA : 2.30 petang TEMPAT : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Jitra 3 KEHADIRAN : 142 orang I Ucapan Yang Dipertua PIBG 1. YDP mengalu-alukan kehadiran tetamu yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 / 2023. YDP menyatakan rasa bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris kerana sudi meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Jitra 3 kali ke 15. 2. YDP menerangkan tentang peranan PIBG dari segi menyuarakan pandangan dan pendapat untuk kebaikan bersama. 3. YDP mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa menjalankan tugas mengajar dengan baik tanpa rasa jemu. 4. YDP juga percaya bahawa gabungan kerjasama antara PIBG dan pihak sekolah dapat berjalan dengan baik demi anak-anak didk di SK Jitra 3. 5. YDP juga berharap semua ahli dapat kekal dalam mesyuarat ini hingga ke penghujung mesyuarat untuk sama-sama berbincang, memberi pandangan dan idea bernas demi kebaikan pendidikan anak-anak di SK Jitra 3. 6. YDP juga menyatakan PIBG sentiasa bersedia dan terbuka untuk menerima pandangan daripada semua pihak. Makluman semua PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN
10 II Laporan Guru Besar 7. Guru Besar memanjatkan kesyukuran dan mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa, guru-guru dan AJK PIBG ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 / 2023. 8. Guru Besar melahirkan rasa syukur kerana dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. 9. Guru Besar membentangkan beberapa isu untuk makluman dan tindakan bersama. 9.1 Seimbangkan antara kerjasama pihak sekolah dan para waris untuk membangunkan pembelajaran yang kondusif 9.2 Guru Besar berharap sekurang-kurangnya apabila keluar nanti, anak-anak kelahiran SK Jitra 3 akan menjadi masyarakat yang berguna untuk negara. 9.3 Isu Ponteng 9.3.1 Guru Besar memaklumkan isu ini semakin menunjukkan peningkatan. Ada yang masih terbawa-bawa dari musim Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) 9.3.2 Waris perlu sedar dan anak-anak perlu diingatkan bahawa kehadiran murid ke sekolah direkodkan dalam sistem dan dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysa ( KPM ). Kegagalan anak-anak untuk hadir ke sekolah menyebabkan tergendalanya pengisian data. Contohnya data SEGAK, PAJSK dan sebagainya. Ketidakhadiran murid ke sekolah perlu dimaklumkan kepada guru kelas atau pihak sekolah. 9.3.3 Surat amaran akan dikeluarkan jika berlakunya masalah ponteng yang berterusan tanpa sebab atau alasan yang kukuh. 9.4 Tahap Pencapaian Murid ( PBD – Tahap 1 ) dan ( UASA – Tahap 2 ) 9.4.1 Guru Besar menjelaskan Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) diguna pakai. Tiada lagi peperiksaan berpusat. PBD juga merupakan ujian dalaman peringkat sekolah sebagai rujukan untuk mengukur tahap pencapaian dan penguasaan murid. Murid Tahap 2 juga akan dinilai melalui Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA ) 9.4.2 Setiap kali Interaksi Waris diadakan, guru kelas akan mengedarkan kepada waris analisis pencapaian murid untuk waris lihat dan amati pencapaian anak masing-masing. 9.4.3 Untuk makluman semua, pemberian Tahap Penguasaan ( TP ) akan dinilai oleh guru selepas sesi pembelajaran.
11 9.5 Isu Pemakaian Baju Sukan ( faktor cuaca panas ) 9.5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa murid-murid boleh memakai baju sukan ke sekolah atas faktor cuaca panas yang melampau pada masa kini. Namun pemakaian baju sukan tersebut mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Antaranya memakai baju t-shirt sukan sekolah , tshirt putih kosong atau t-shirt berwarna ( 1 warna tanpa logo , tanpa gambar atau tanpa tulisan ) 10. Guru Besar juga memaklumkan tentang sumbangan yang telah diterima pihak sekolah dan diedarkan kepada murid-murid. Antaranya; 10.1 Sumbangan daripada Pejabat Zakat (buku tulis dan buku aktiviti ) 10.2 Bantuan Hari Raya ( diedarkan kepada waris murid yang kurang berkemampuan ) 10.3 Bantuan Awal Persekolahan ( telah selesai diagihkan kepada semua murid ) 10.4 Bantuan Ihya Ramadhan 10.5 Bantuan barang dapur kepada 5 keluarga murid yang kurang berkemampuan ( bantuan ini diagihkan setiap bulan ) 10.6 Bantuan / kutipan / sumbangan kepada keluarga arwah adik Nurul Athirah ( Tahun 3S ) akibat sakit jantung. 11. Aktiviti Kokurikulum ( 1M1S ) untuk tahun 2023 akan dijalankan pada waktu pagi iaitu pada jam ( 7.45 – 8 .45 pagi ) setelah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ( JPN ). 11.1 Rasional menjalankan aktiviti kokurikulum ( 1M1S ) pada waktu pagi ialah untuk menggalakkan penglibatan murid yang lebih menyeluruh dan peratusan kehadiran murid yang lebih baik. Kehadiran murid juga direkodkan dalam buku PAJSK. 12. Guru Besar memaklumkan bahawa penggunaan buku kerja atau buku aktiviti bagi Tahun 2023 / 2024 akan diteruskan dan telah dipersetujui oleh semua waris sebulat suara tanpa bantahan. 13. Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada waris, guru-guru dan staf sekolah yang sudi dan telah menyumbang kepada pihak sekolah. Sumbangan ini telah digunakan untuk program Ihya Ramadhan, Sambutan Hari Raya dan Hari Guru. Selain itu, ia juga disalurkan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan ( barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ) Makluman semua
12 III Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 14. Pn. Noraini Binti Ismail ( Setiausaha ) membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-14 / 2023. Mohon semua ahli membuat semakan dan cadangan pengesahan juga sokongan. Pn. Latifah Binti Abd Aziz mencadangkan supaya Minit Mesyuarat Agung Kali ke-14 / 2022 yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Nurul Adlina Binti Othman. Setiausaha dan tindakan semua ahli mesyuarat IV Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 15. Pn. Zarina Binti Sahadan ( Bendahari ) membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022. Mohon semua ahli membuat semakan dan cadangan pengesahan juga sokongan. Pn. Nur Fazlina Binti Fauzi mencadangkan supaya Penyata Kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2022 disahkan dan disokong oleh Pn. Natrah Bint Ahmad. Bendahari dan tindakan semua ahli mesyuarat V Pengesahan AJK PIBG sesi 2023 / 2024 16. YDP memaklum bahawa pada tahun 2023 ini, tiada perlantikan baru untuk AJK PIBG bagi sesi 2023 / 2024 namun pengesahan dan pemakluman baharu perlu dibuat untuk pengetahuan semua ahli PIBG SK Jitra 3. Pn. Nur Hazwani Binti Zakaria - cadangan Pn. Mazlina Binti Othman - sokongan AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 / 2024 PENASIHAT : En. Khai Rol Saleh Bin Halim YANG DIPERTUA : Dato’ Hj Zulkifli @ Mohd Ros Bin Ahmad NAIB YANG DIPERTUA : Tn. Hj Wan Daud Bin Wan Hamid SETIAUSAHA : Pn. Noraini Binti Ismail NAIB SETIAUSAHA : Pn. Hjh Ku Hanita Binti Ku Mahamud BENDAHARI : Pn. Zarina Binti Sahadan NAIB BENDAHARI : Pn. Nur Farhana Binti Jamil AJK WARIS : En. Khairol Anuar Bin Ishak En. Mohd Jamzari Ammir Bin Bahauddin Pn. Siti Norhasmawati Binti Mat Lazim Pn. Shakirah Binti Ahmad Pn. Latifah Binti Ab Aziz Pn. Zalina Binti Zolkiply
13 AJK GURU : En. Roslan Bin Md Desa En. Muhammad Bashir Bin Bakar Pn. Wan Nurasyikin Bin Wan Md Najib Pn. Nur Wahida Binti Omar JURU AUDIT : Pn. Normalasari Binti Che Ashaari Pn. Nurul Adlina Binti Othman Makluman semua VI Membentangkan usul 17. Guru Besar memaklumkan tiada usul secara bertulis dan yang ada hanya cadangan atau komen. Guru Besar membuka kepada ahli yang hadir untuk kemukakan usul, cadangan atau komen. a) En. Amirul Bin Ismail Cadangan / Komen 1 – Isu bonggol yang landai perlu ditinggikan. En. Amirul mencadangkan agar bonggol di jalan raya ( berhadapan sekolah ) ditinggikan sebagai langkah mengawal kelajuan kenderaan di laluan tersebut. Bonggol yang sedia ada kini semakin landai atau rendah. Respon : Guru Besar memaklumkan bahawa bonggol di jalan raya di hadapan kawasan sekolah bukanlah bidang kuasa pihak sekolah, namun pihak sekolah dan PIBG akan cuba memanjangkan isu ini kepada pihak yang berkaitan ( JKR ) Cadangan / Komen 2 – Isu Penutup Longkang En. Amirul memaklumkan penutup longkang yang sedia ada, kebanyakkannya telah rosak. Beliau mohon diperbaiki atau diganti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Respon : Guru Besar memaklumkan bahawa peruntukkan yang diterima oleh pihak sekolah tidaklah banyak, kekadang ada juga mohon daripada PIBG. Walau bagaimanapun pihak sekolah dan PIBG akan cuba mencari jalan terbaik untuk memperbaiki penutup longkang tersebut ataupun mencari inisiatif lain bagi mengatasi masalah ini. Cadangan / Komen 3 – Isu “Parking” En. Amirul mencadangkan supaya diadakan petak-petak parking supaya tiada waris yang bertindak memonopoli kawasan parking dan memudahkan waris “parking” dalam kotak yang betul.
14 Respon : Guru Besar memaklumkan masalah ini wujud atas sikap waris yang suka “parking “ ikut suka hati. Bagaimana pun cadangan daripada En. Amirul akan dipertimbangkan. Makluman dan tindakan semua b) Pn. Nur Hazwani Binti Zakaria Cadangan / Komen 1 – Rekod PAJSK Pn. Hazwani mohon jasa baik pihak sekolah membentangkan atau memaklumkan kepada waris tentang rekod pencapaian PAJSK anak-anak SK Jitra. Respon : Guru Besar menjelaskan kehadiran murid diambil kira. Markah kehadiran 40%. Murid aktif , ada jawatan dan penyertaan atau penglibatan luar juga menyumbang kepada markah dalam PAJSK. Cadangan / Komen 2 – Aktivit Kokurikulum dipamerkan. Pn. Hazwani juga mencadangkan agar pihak sekolah mempamerkan di papan kenyataan papan makluman atau “ Board Digital “ di luar pagar sekolah untuk rujukan dan “info” kepada waris. Respon : Guru Besar menjelaskan pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan cuba usaha untuk sediakan papan makluman atau “ Board Digital ” sebagai ” info” kepada waris. Cadangan / Komen 3 – Analisa kemasukan ke sekolah Pn. Hazwani juga mencadangkan agar pihak sekolah mengeluarkan analisa atau data kemasukan ke sekolah menengah bagi murid-murid lepasan Tahun 6 daripada SK Jitra 3 untuk makluman waris Respon : Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah tiada makluman daripada pihak waris tentang penempatan anak-anak mereka ke sekolah menengah. Sehingga kini, pihak sekolah hanya dimaklumkan oleh anak-anak ( lepasan Tahun 6 ) melalui “group whatapps” kelas masing-masing. Namun tidak semua murid memaklumkannya. Cadangan / Komen 4 – Program Kebitaraan Sekolah Pn. Hazwani juga mencadangkan agar pihak sekolah dapat menonjolkan Proram Kebitaraan Sekolah. Beliau juga berpandangan tahap penguasaan dan pencapaian murid-murid SK Jitra 3 dalam Bahasa Inggeris amat menarik untuk diketengahkan atau ditonjolkan. Justeru, beliau mencadangkan pihak waris yang berkemahiran dalam bidang tersebut boleh turut serta membantu jika pihak sekolah memerlukan bantuan dan sumbangan tenaga.
15 19. Pn. Zarina Binti Sahadan ( Bendahari ) mencadangkan sumbangan PIBG berjumlah RM 60.00 ( RM 25.00 untuk sumbangan PIBG dan RM 35.00 untuk sumbangan akademik ) dikekalkan dan mendapat sokongan daripada Pn. Zalina Binti Zolkiply serta tiada bantahan daripada ahli mesyuarat. 20. Makluman aktiviti Kokurikulum daripada En. Shamsul Anuar Bin Ahmad Termizi ( PK Kokurikulum ) 20.1 En. Shamsul Anuar ( PK Kokurikulum ) menjelaskan 40 % markah dalam PAJSK dicatatkan melalui kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum di samping markah lain. Contohnya penglibatan murid dalam sesuatu pertandingan, ahli yang aktif mahu pun jawatan yang disandang murid dalam persatuan, kelab dan sebagainya. 21. Makluman Unit HEM daripada En. Mohd Sabidi Bin Yaacob (PK Hal Ehwal Murid) 21.1 En. Mohd Sabidi Bin Yaacob ( PK HEM ) mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh para waris dalam menyelesaikan setiap masalah anak-anak. Pihak sekolah sentiasa berbincang untuk mencari jalan terbaik demi pendidikan anak-anak di SK Jitra 3 21.2 PK Hem juga memaklumkan wujudnya pemasalahan terkini iaitu ramai dalam kalangan anak-anak tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang berulang. PK HEM juga mohon ibu bapa, waris atau penjaga agar bersama-sama membantu pihak sekolah menangani masalah ini. 22. Makluman daripada Pn. Norhayati Binti Puteh ( PK Pentadbiran ) 22.1 Pn. Norhayati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris kerana memberi kerjasama yang baik untuk pendidikan anak-anak di SK Jitra 3. 22.2 Pn. Norhayati mohon waris memantau pendidikan anak-anak di rumah. Beliau juga menyentuh tentang Tasmik. Sebagai seorang berlatar belakangkan Guru Pendidikan Islam, Pn. Norhayati memberi penekanan agar waris membimbing anak-anak mengaji di rumah supaya anak-anak ini dapat menguasai bacaan al-quran dan tidak timbul permasalahan apabila mereka melangkah ke sekolah menengah nanti. 22.3 Pn. Norhayati juga berharap pihak waris “cakna” tentang aktiviti dan bahan yang perlu dibawa atau bakal digunakan untuk proses pembelajaran anak-anak di sekolah.
16 23. Tn. Hj Wan Daud ( NYDP ) memaklumkan bahawa bonggol di hadapan sekolah menjadi landai atau rendah kerana jalan raya tersebut baharu sahaja diturap sebulan yang lalu. Oleh demikian, bonggol tersebut kelihatan landai. 24. Tn. Hj Wan Daud juga bersependapat dengan Guru Besar tentang isu “parking”. Sikap pentingkan diri sendiri dalam kalangan waris menyebabkan timbulnya masalah parking ini. Beliau berpendapat sikap waris itu perlu diubah demi kebaikan kita bersama. 25. Pn. Shakirah Ahmad mencadangkan satu program kerjasama pihak sekolah dan PIBG diadakan. Antaranya Program Gotong- Royong Bersama Waris SK Jitra 3. Sehubungan itu, beliau mengajak semua waris turut serta dalam program tersebut untuk sama-sama berganding bahu menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih, selamat dan ceria untuk anakanak kita. Makluman dan tindakan semua VII Ucapan Penangguhan Guru Besar 26. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas komitmen yang tinggi dalam kalangan waris. 27. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada PIBG kerana berjaya menganjurkan Program Bubur Asyura, Pertandingan Amal Tenpin Bowling, Penglibatan aktif dan turut serta dalam Hari Kokurikulum dan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Penglibatan waris dalam program-program sebegini secara sukarela ternyata mampu mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan waris. 28. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris yang menyumbang kipas angin dan sumbangan kewangan ( untuk membeli kipas angin ). Kipas-kipas ini akan ditempat dalam kelas anak-anak untuk keselesaan mereka. ( faktor cuaca panas ) 29. Guru Besar mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato’ Hj Zulkifli ( YDP PIBG ) yang bertindak sebagai penyumbang pertama kipas angin kepada pihak sekolah demi keselesaan anak-anak di SK Jitra 3. .
17 . 30. Guru Besar juga mengalu-alukan kedatangan waris ke sekolah jika wujud permasalahan dan sedia berbincang untuk memberikan yang terbaik demi pendidikan anak-anak di SK Jitra 3. 31. Guru Besar mengharapkan SK Jitra 3 dapat mengekalkan kualiti murid walaupun UPSR dimansuhkan. 32. Guru Besar berterima kasih kepada Dato’ Hj Zulkifli ( YDP PIBG ) yang mempengerusikan mesyuarat pada hari ini. Makluman dan tindakan semua Yang DiPertua PIBG ( YDP ) 33. YDP mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang sudi meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 / 2023 34. YDP melahirkan rasa syukur kerana dapat melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. 35. YDP berharap kualiti terbaik SK Jitra 3 dapat dikekalkan. 36. YDP sentiasa berharap wujudnya hubungan yang baik dan erat antara PIBG, waris dengan pihak sekolah demi pendidikan anak-anak di sekolah ini. 37. YDP menjelaskan bahawa PIBG sentiasa menyokong setiap perancangan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah demi kebaikan dan kecemerlangan bersama. 38. YDP memohon maaf jika ada sebarang salah silap, tersalah bicara sepanjang mengendalikan mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.50 petang Disediakan oleh Disahkan oleh, ......................................... ........................................... ( NORAINI BINTI ISMAIL ) ( DATO’ HJ ZULKIFLI @ MOHD ROS BIN AHMAD ) Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG SK Jitra 3 SK Jitra 3
18 PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-16 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024/2025
PERBAHASAN USUL PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-16 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024 / 2025 19 TIADA USUL .
AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-15 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024 / 2025 20 BIL AKTIVITI / PROGRAM 1 Lawatan Hari Pertama Persekolahan (sesi baru ) 2 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG (1,2,3,dan 4 ) 3 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 4 Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah 5 Program Bubur Asyura Anjuran PIBG SK Jitra 3 6 Gotong Royong Madani 7 Hari Kokurikulum SK Jitra 3 8 Hari Sukan SK Jitra 3 9 Hari Anugerah Cemerlang 10 Mesyuarat Agung PIBG
AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-15 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024 / 2025 21 PROGRAM BUBUR ASYURA
AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-15 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024 / 2025 22 GOTONG ROYONG MADANI
AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-15 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024 / 2025 23 KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-15 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2024 / 2025 24 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
25 Jawatankuasa PIBG SK Jitra 3 mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Guru Besar SK Jitra 3 Semua AJK PIBG SK Jitra 3 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG ke -16 Guru-guru Kakitangan sokongan sekolah dan Semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16
26 Memo