KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS Mari Belajar Jawi MOHD ADHAM BIN SAMIT @ HAMIT D20211098658
1 14-19 2 20 PENGENALAN CARA MENGEJA HURUF VOKAL KATA SERAPAN BAHASA PANDUAN MENGEJA INGGERIS KATA SERAPAN INGGERIS KESIMPULAN 3-13 CARA MENGEJA HURUF KONSONAN KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS ISI KANDUNGAN 21 LATIHAN PENGUKUHAN
Perkembangan ilmu dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan perkataan Inggeris yang mendiami dunia Bahasa Melayu semakin bertambah dengan pesat Umumnya, sebutan bagi kata serapan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada huruf-huruf menurut nilai bunyi dalam Bahasa Melayu. PENGENALAN Apa itu kata serapan bahasa Inggeris
1 Huruf Konsonan 2 Huruf Vokal Panduan mengeja kata serapan bahasa Inggeris
Huruf ‘c’ dalam ejaan rumi kata serapan bahasa Inggeris digantikan dengan huruf ‘k’ . Maka dalam ejaan jawi, huruf ‘k’ hendaklah dibunyikan dengan huruf kaf HURUF KONSONAN ‘C’ SEBAGAI ‘K’ Contoh: Ethnic --- Etnik = ايتنيک Fonetic -- Fonetik = فونيتيک
Adakalanya, huruf ‘c’ dalam kata serapan bahasa Inggeris dibunyikan dengan huruf ‘s’ . Maka huruf ‘s’ dieja dengan huruf sin HURUF KONSONAN ‘C’ SEBAGAI ‘S’ Contoh: Commercial -- Komersial = کومرسيال Communication -- Komunikasi = کومونيکاسي
Huruf konsonan ‘k’ (pada posisi hentian glotis) di suku kata akhir ejaan rumi dalam kata serapan bahasa Inggeris dieja dengan menggunakan huruf ‘k’ atau ‘kaf’ dalam jawi. HURUF ‘K’ PADA POSISI HENTIAN GLOTIS Contoh: Block -- Blok =بلوک Classic -- Klasik = کالسيک Politic -- Politik = ڤوليتيک
Huruf konsonan ‘k’ di awal atau pertengahan perkataan ejaan rumi dalam kata serapan bahasa Inggeris juga dieja dengan huruf ‘kaf’ dalam ejaan Jawi. HURUF KONSONAN ‘K’ DI AWAL DAN DI TENGAH KATA Contoh; Chronology -- Kronologi = کرونولوݢي Comedy -- Komedi = کوميدي
Ejaan rumi dalam kata serapan bahasa Inggeris yang mempunyai gugusan konsonan hendaklah dirangkaikan hurufhuruf berkenaan tanpa sisipan apa-apa huruf vokal. GUGUSAN KONSONAN Contoh: Clinic -- Klinik = کلينيک Psychology -- Psikologi = ڤسيکولوݢي Structure -- Struktur = ستروکتور Abstract -- Abstrak = ابسترک
Kata serapan bahasa Inggeris yang mempunyai gugusan konsonan di akhir kata hendaklah dieja secara terpisah dalam ejaan jawi. (hurufhuruf yang bergugus akan membentuk suku kata tertutup) Contoh: ڬول ف = Golf -- Golf ساءين س = Sains -- Science تيک س = Teks -- Text
Kata serapan bahasa Inggeris yang mempunyai gugusan konsonan di akhir kata tetapi mempunyai huruf vokal ketika ditukar menjadi ejaan rumi maka membentuk satu suku kata terbuka. Maka huruf saksi ‘alif’ perlu ditambah. Contoh: Fact -- Fakta = فکتا Paradigm -- Paradigma = ڤاراديݢما Protoplasm -- Protoplasma = ڤروتوڤلسما
Semua huruf ‘g’ dalam ejaan rumi kata serapan bahasa Inggeris hendaklah dilafazkan dengan huruf ‘ga’ . HURUF KONSONAN ‘G’ Contoh: Technology -- Teknologi = تيکنولوݢي Agenda -- Agenda = اڬيندا Tragedy -- Tragedi = تراݢيدي Generation -- Generasi = ݢينراسي
Semua huruf ‘h’ dalam ejaan rumi kata serapan bahasa Inggeris hendaklah dieja dengan huruf ‘ha simpul’ . (tidak kira huruf ‘ha’ berada di awal,pertengahan atau akhir kata) HURUF KONSONAN ‘H’ Contoh: Hospital -- Hospital = هوسڤيتل Hobby -- Hobi = هوبي Hormone -- hormon = هورمون
Gugusan konsonan di akhir setiap kata serapan bahasa Inggeris yang berakhir dengan ism menjadi isme dalam ejaan rumi. Huruf ‘e pepet’ pada akhir perkataan tersebut dipadankan dalam huruf jawi sebagai huruf ya tidak bernoktah. GUGUSAN ‘ISM’ Contoh: Nasionalism – Nasionalisme = ناسيوناليسمى Realism – Realisme = رياليسمى Patriotism – Patriotisme = ڤاتريوتيسمى
Partikel the dieja menggunakan huruf ‘dzal’ dan ‘ya’ dalam ejaam jawi. PARTIKEL THE Contoh: The Aceh Chronicle = ذي اچيه كرونيكل ذي ڤريچيڠ اوف إسالم = Islam of Preaching The
Huruf vokal ‘u’ yang terletak di awal kata dalam ejaan rumi kata serapan bahasa inggeris dieja dengan huruf alif-wau HURUF VOKAL ‘U’ DI AWAL KATA Contoh: Unique – unik = اونيک Unit – unit = اونيت University – universiti = اونيۏرسيتي Cara mengeja kata serapan bahasa Inggeris Huruf Vokal
Huruf vokal ‘u’ yang terletak di tengah atau akhir kata dalam ejaan rumi kata serapan bahasa Inggeris dieja dengan huruf wau sahaja. HURUF VOKAL ‘U’ DI TENGAH DAN AKHIR KATA Contoh: Subsidy – Subsidi = سوبسيدي Republic – Republik = ريڤوبليک Curriculum – Kurikulum = کوريکولوم
Huruf ‘e’ dalam ejaan kata serapan bahasa inggeris mempunyai dua bunyi iaitu e taling dan e pepet. Kata serapan bahasa Inggeris yang menggunakan e taling hendaklah dieja dengan huruf ya. HURUF VOKAL ‘E’ DALAM EJAAN SERAPAN INGGERIS Contoh: Seminar – Seminar = سيمينر Debate – Debat = ديبت Academy – Akademi = اکاديمي
Gabungan dua vokal atau diftong ‘au’ di awal kata dalam ejaan rumi kata serapan bahasa Inggeris dieja dengan huruf alifhamzah-wau. DIFTONG DI AWAL KATA Contoh: Autobiography – Autobiografi = اءوتوبيوݢرافي Automatic – Automatik = اءوتوماتيک Autonomy – Autonomi = اءوتونومي
Gabungan dua vokal yang bukan diftong di awal kata bagi serapan bahasa Inggeris hendaklah dieja mengikut bunyi perkataan tersebut. GABUNGAN DUA VOKAL YANG BUKAN DIFTONG Contoh: Iodine – iodin = اييودين Aeon – eyon = اييون Eutetik – eyutetik = اييوتيتيک
Deretan vokal yang e pepetnya berada di suku kata terakhir atau ditengah maka dieja dengan huruf hamzah berumah ya Contoh: Diet – Diyet = ديئت client – Klayen = كليئن
Kata serapan bahasa Inggeris telah banyak digunakan dalam penulisan bahasa Melayu dan Jawi. Pengejaan kata serapan bahasa Inggeris ke tulisan Jawi perlu mengikut bunyi. Kesimpulan
LATIHAN PENGUKUHAN 1 2 Chronology Tragedy 3 Hormone 4 The Preaching of Islam 5 Technology 6 7 Urine Authentic 8 client 9 Science 10 Influenza Tukarkan kata serapan bahasa Inggeris di bawah kepada tulisan Jawi.