TRAGEDI
13 MEI :
Punca &
Pengajaran
Treat May 13 as a lasting reminder of the danger
of disregarding the Merdeka Constitution and of
playing about with the sensitivities, customs and
traditions of the country's various ethnic groups.
Nama Ahli Kumpulan:
1. Noor Hawa Intan Sofia Binti
Zulhisham (28DRM21F10132)
2. Izzati liyana Binti Bokhari
(28DRM21F1034)
Isi
Kandungan
01. Pengenalan
02-03. Latar Belakang
04-09. Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969
10. Punca Peristiwa 13 Mei 1969
11. Kesan Daripada Peristiwa 13 Mei
1969
12.Pengajaran Yang Diperolehi Daripada
peristiwa 13 Mei 1969
13. Kesimpulan
14.Rujukan
PENGENALAN
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi
berdarah yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada
semua rakyat Malaysia kerana memberi kesan dari segi
politik,ekonomi dan sosial. Akibat pendudukan Jepun di
Tanah Melayu adalah merupakan salah satu faktor utama
yang menyebabkan berlakunya Peristiwa 13 Mei pada
1969.Selain itu,terdapat faktor yang lain yang menyebabkan
berlakunya peristiwa tersebut iatu dari kesan peninggalan
penjajahan Inggeris juga boleh dilihat sebagai salah satu
punca terjadinya peristiwa tersebut.Namun,Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak
merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah
Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei dan juga kesan
negatif terhadap masyarakat melayu khasnya adalah kepada
golongan bumiputera. Jelaslah bahawa,keadaan ini
merupakan kesan yang nyata selepas penjajahan
British.Dalam pada itu,Dasar ekonomi di negara Malaysia
yang dirancangkan oleh kerajaan pada tahun 1971
merupakan salah satu usaha membangunkan dan
mengimbangi semula negara kepada kedudukan ekonomi
dan mengusahakan untuk merapatkan hubungan antara
kaum di Malaysia.Konklusinya, kejadian ini telah
menyebabkan kemerosotan ekonomi Malaysia dan kerajaan
telah mengambil tindakan untuk meningkatkan ekonomi
terhadap kaum melayu.
Latar Belakang
Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku semasa isu perkauman dalam pilihan
raya 1969,yang berlaku diantara calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang yang telah
membangkit soal-soal Bangsa Malaysia dengan Bahasa
Kebangsaan.Kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
Bumiputera dan Hak Kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah daripada dalam pilihanraya.Disebaliknya
itu,berlakunya peristiwa pembangkang meraikan kemenangan
pada tahun 10 Mei 1969 oleh DR. Tan Chee Khoon dari parti
Gerakan telah menang besar di kawasaan Batu,Selangor dan juga
melakukan perarakkan meraikan kemenangan parti tersebut di
Selangor.Sedangkan di kampung Baru,diduduki lebih 30,000 orang
penduduk Melayu yang menjadi kubu UMNO,berasa terancam
dengan kemenangan pihak pembangkang dan juga terletaknya
rumah Menteri Besar Selangor ketika itu,Dato’ Harun Idris. Namun
begitu,perarakan yang dimenangi oleh kaum cina telah menjadi
pengajaran kerana kematian seoran cina di Jinjang,Kepong,akibat
sakit tua kerana diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Hal
ini menyebabkan perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Sementara itu, Rumah Menteri Besar Selangor telah
mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang diketuai
oleh ahli politik UMNO yang telah mengakibatkan terjadinya peritwa
13 Mei 1969 ini.Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan
kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Di samping itu,berlakunya
pasukan FRU di keluarkan di Kampung Baru dan askar darai
Regimen Renjer ambil alih.Malangya pasukan ini terdiri dari
Melayu,Iban,Cina,India dan lain-lain turut menembak orang-orang
Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin
meradang.Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan
dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar
Kampung Baru,Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu.Malangnya beberapa
Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan
mengambil harta benda di sana.
Dalam pada itu,pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat
dari kongsi-kongsi gelap bertindak mengepung Panggung Odeon, di
Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur. Beberapa iklan
disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan
bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa
cina. Disebabkan Panggung Odeon menjadi sasaran rusuhan polis
dan tentera mengawal ketat Panggun Odeon kerana angka
terkorban menunjukkan 196 mati, 439 cedera , 39 hilang dan 9,143
ditahan dan 211 kenderaan musnah. Ketika itu pada 13 Mei
1969,Tuanku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selaku
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian
pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan
pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan
Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan
Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku
menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di televisyen,
Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada
kita hidup atau mati". Pada masa itu, Negara diisytiharkan darurat
pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan
Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh
Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam
pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku
Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.
Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun
Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Kronologi Peristiwa 13
Mei 1969
Faktor -faktor Pencetus Peristiwa 13 Mei 1969
1. Keputusan pilihan raya umum sembilan belas enam puluh
sembilan, lonjakan pengaruh parti cauvinis Cina serta hilang
majoriti dua pertiga perikatan di DUN Selangor. Perarakan
kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar
kemarahan kaum Melayu. Ketika berkumpul dalam keadaan
bersemangat itu, tayangan cerita-cerita tentang kebiadapan segelintir
orang Cina tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan. Tragedi
tercetus dengan Kuala Lumpur mula menjulang asap dan api
kemarahan, pembunuhan dan keadaan yangpanik mewabak dengan
pantas.
2. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu Parti
Tindakan Demokratik (DAP) telah secara lantang menyuarakan
rasa tidak berpuas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu yang kedudukan terkebawah berbanding
dengan kaum Cina dalam perlembagaan denganmemainkan isu-isu
sensitif dan perkauman. Walaupun DAP bertujuan untuk
mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak
mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu
yang telah memecah-belah perpaduan rakyat.
PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum
pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu ,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan
parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50 : 50 di Selangor . Perarakan
tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
hingga ke Jalan Campbell dan Halan Hale dan menuju ke Kampung Baharu.
Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi
kubu UMNO , berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini
letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu , Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan . Ada pula pendapat yang mengatakan
penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-
orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi
yang negatif sial. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang
Melayu di tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
Di Jinjang , Kepong , kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan
. Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. Tapi
permohonan maaf sudah terlambat.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
UMNO telah mengadakan perarakan
balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa
ini. Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari kedua-dua pihak.
Perarakan ini tidak dirancang. Orang
Melayu berkumpul di rumah Menteri
Besar Selangor di Jalan Raja Muda
Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala
Lumpur . Dato' Harun Idris selaku
Menteri Besar Selangor ketika itu
cuba mententeramkan keadaan
Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah
membawa senjata pedang dan parang
panjang dan hanya menunggu isyarat lampu
hijau dari Dato' Harun Idris untuk
mengamuk .Ketika berkumpul , cerita-cerita
tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan
DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00
petang datang berita kejadian pembunuhan
orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari
rumah Menteri Besar Selangor.4.00 petang
dua pemandu motosikal Cina yang melalui
jalan Kampung Baru telah dipancung.
Sebuah van membawa rokok dibakar dan
pemandunya dibunuh.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari
PKM dan kongsi-kongsi gelap telah
bertindak balas. Mereka membunuh orang-
orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-
rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini
lengkap dengan pelbagai senjata besi ,
tombak dan lembing berparang di hujung
seperti dalam filem lama Cina.Rusuhan
besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan,
semua orang tidak boleh keluar dari rumah.
Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala
Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih
awal dikerahkan menjaga keselamatan
sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari
Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-
orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang
. Ketua Regimen Renjer dikatakan
seorang Cina . Pemuda-pemuda
Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina
dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke
arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan
Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar
Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa
askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan
mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang
menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah
membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.
Ramai orang Cina dibunuh dan dihumban ke dalam lombong bijih
timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit.
Kononnya ada rakamantelevisyen oleh pemberita dari BBC dan
Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi
lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung
Panggung Odeon , di Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur. Beberapa iklan
disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di panggung
tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai
Ramal , Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton
wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih
hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu
mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di
atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala
Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak
disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka
yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari
Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan
Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat
iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil
kesempatan daripada keadaan cemas tersebut . Sesiapa yang memakainya menjadi
kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu sahaja yang telah
menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak ,
Kedah , Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan
negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong
ada tembakan oleh PKM.
ANGKA KORBAN
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan . 211
kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.
Mageran.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan
pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara
diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang
tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk.
Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.
Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul
Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan
untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak
berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun
Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan
negara. Turut dilakukan ialah melancarkanDasar Ekonomi Baru untuk
menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan
membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
Punca Berlakunya Peristiwa 13 Mei
1969
1.Layanan berat sebelah tentera Jepun
-Masyarakat Melayu dilayan secara berbeza-beza
-Masyarakat Cina dilayan teruk oleh tentera Jepun berbanding masyarakat
Melayu.
-Layanan berat sebelah ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan
dendam masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu.
2.Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
PAP telah lantang bersuara tentang rasa tidak puas hati mereka terhadap apa
yang disebut sebagai hak istimewa orang melayu dalam perlebagaan orang
Malaysia.
mendakwa hak kaum lain diketepikan dan kononya mereka telah disishkan
daripada keadilan.
Isu sebenar terjadi nya tragedi 13 mei ini apabila kaum kaum lain merasa
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu.
3.Perbezaan budaya dan agama
kaum melayu sebahagian besar nya beragama islam, kaum cina pula
beragama Buddha,Lao-Tza, Taoisme, dan conficius dam kaum india beragama
hindu serta terdapat juga agama kristian.
setiap kaum mempunyai kebudayaan sendiri,perbezaan antara kaum dan
agama sedikit sebanyak telah menyinggung perasaan dan emosi penganut
agama lain tanpa disedari.
4.Masalah ekonomi
Perbezaan kegiatan ekonomi menyebabkan timbul nya jurang perbezaan
antara kaum dan persaingan ekonomi secara tidak sihat dan perasaan tidak
puas hati.
cemburu dengan kegiataan ekonomi kaum lain.
Kesan Daripada Peristiwa 13 Mei 1969
Kesan Positif Kesan Negatif
kerajaan menubuhkan Jabatan peristiwa 13 Mei ini telah menyebabkan
sistem masyarakat negara ini yang asalnya
Perpaduan Negara yang sangat taat dan hidup di bawah
pemerintahan raja dan sultan telah
memperkenalkan program mengalami satu perubahan yang drastik,
Kuasaan raja serta sultan Melayu telah
memupuk hubungan baik antara dihadkan kepada hanya menjadi sesebuah
negeri atau negara.
kaum Penjajah Inggeris ini telah menerapkan
sistem residen di Negeri-Negeri Melayu
Kerajaan memperkenalkan Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula
dengan sistem penasihat British di Negeri-
Rukunegara sebagai ideologi Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan
adanya sistem yang berbeza antara negeri,
bangsa Malaysia. Malah Dasar pemerintah percaya bahawa setiap negeri
tidak akan bersatu untuk menentang
Ekonomi Baru (DEB) juga mereka kerana tiada persefahaman.
Penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa
diperkenalkan untuk mewujudkan pemerintahan raja-raja Melayu dan
pembesarnya. Perkara ini telah
perpaduan kaum menyebabkan satu perubahan yang besar
dalam pentadbiran.
Barisan Nasional yang lahir atas penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah
mengakibatkan perubahan dalam sistem
kesedaran untuk perpaduan kaum ekonomi tradisional yang telah sekian lama
diamalkan di Tanah Melayu. Sistem
akibat peristiwa 13 Mei 1969.Ia ekonomi tradisional yang dimaksudkan
adalah seperti sistem yang berasaskan sara
dianggotai oleh Pertubuhan Keba diri, penanaman padi, penangkapan ikan,
dan penternakan binatang.
ngsaan Melayu Bersatu (UMNO), penjajah Inggeris telah menjalankan dasar
ekonomi kolonialismenya dengan
Parti Islam SeMalaysia (PAS), menjadikan sistem ekonomi yang wujud
bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
Kongres India Malaysia (M IC) dan
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
serta enam lagi parti politik
Rombakan politik ini telah berjaya
menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua
pihak semakin mula memahami
kepentingan perpaduan kaum
Pengajaran yang diperoleh daripada
peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara
ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa
pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk
terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.Bagi felo
utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia,
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa
50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari
segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan
negara."Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang
kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang
kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain
menjejaskan imej negara di persada antarabangsa,"
katanya kepada Bernama.Katanya, kejadian itu turut
menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini
Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan
kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja
Melayu."Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat
agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada
setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah
memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan
hubungan etnik sentiasa baik," tambahnnya
Bagaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian
masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh kembali
terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu
fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat
kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang
berpotensi bersengketa antara satu sama lain.Jelas beliau,
politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini
sebaliknya perlu memberi perhatian utama kepada soal
perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di
Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih
baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan -
sempadan yang harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini
turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan
kerugian harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah
tersebut agar generasi akan
d19a6ta9ngditiKduakalapeLrnuamhputarhutetaappai
yang berlaku pada 13 Mei
msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah
tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita
seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap
kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah
sudah wujud riak-riak perbal
ahan melibatkan kaum. Cuma
riak itu belum menjadi gelombang.
Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13
Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat
negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak
melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya
peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan
pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat
selama-lamanya. Kita seharusnya bangga dengan apa yang
telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan
keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita
telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan
dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba
sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami
antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,
hormat-menghormati agar kita terus memelihara
keharmonian dan keamanan negara.
RUJUKAN
Website
ENCIK MOHD FAISAL BIN MAT
PESA,https://tragedi13meigroup4.blogspot.com/20
21/11/tragedi-13-mei-punca-dan-pengajaran.html
zaris bin mohd nazeri , Hazmi bin Shahabaharin ,
Abdul Rahman Bin Abdul Wahab,
https://rusuhankaum13mei.weebly.com/
Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul
Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan
Selepas'.
Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-
Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala
Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13,
2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not
all bad news". Malaysia Today.
Watershed elections of 1969, 8 August 2007,
Malaysian History