ANTOLOGI PUISI KANAK-KANAK
NASIHAT MA ABAH
PENYELENGGARA
NAZRUL AZIZ
SEPATAH DUA KATA
MOGA AKHIRNYA BERBENIH CINTA
PADA BUDAYA & BAHASA
O Antologi ini menghimpunkan beberapa nukilan teman-
teman yang mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap
puisi dan bahasa.
O Semoga antologi ini dapat memberikan pendedahan
awal kepada anak-anak kecil mengenai bahasa, puisi
dan sastera.
O Terima kasih buat semua penulis yang sudi
menyumbangkan karya dalam antologi ini. Semoga
melalui karya-karya yang terdapat dalam antologi ini
dapat membenihkan rasa cinta kanak-kanak terhadap
bahasa, puisi dan sastera.
SELAMAT MEMBACA
KEMBANGKAN ILMU
SEBARKAN SENI
LUASKAN BUDAYA
HARGAI WARISAN
NAZRUL AZIZ
APRIL 2020
ANTOLOGI PUISI KANAK-KANAK
NASIHAT MA ABAH
APRIL 2020
NUKILAN LEGASI
( LAMAN INSTAGRAM RASMI :
@legasi_aktivispantun)
PANTUN IBU
Tanam labu hujung desa,
Buahnya berat jangan diangkat;
Sayangi ibu sepanjang masa,
Pasti selamat hidup pun berkat.
(Najwan Husaini)
PANTUN MARI MENGAJI
Lambak-lambak buah keranji,
Mari dibawa ke hujung desa;
Budak-budak mesti mengaji,
Kumpul pahala setiap masa.
(Cikgu Fiq)
PANTUN NASIHAT ANAK
Ke paya bakau mencari ikan,
Dapat haruan simpan di raga;
Kandung dikau sembilan bulan,
Bawa harapan dalam keluarga
(Nik Zaini Peei)
NUKILAN LEGASI
( LAMAN INSTAGRAM RASMI :
@legasi_aktivispantun)
PANTUN RAJIN BELAJAR
Pohon berangan tumbuh sejajar,
Gugur daun atas papan;
Adik jangan malas belajar,
Ilmu berguna masa hadapan.
(Chegu AA)
PANTUN PERANGAI BAIK
Petani lelah kala senja,
Nikmati bekal lauk tenggiri;
Usah lengah buat kerja,
Risau sesal kemudian hari.
(Muzam Rahim)
PANTUN BUNGA RAYA
Rimbun siantan ditanam sahaya,
Petik satu di hari cerah;
Bunga kebangsaan bunga raya,
Lima kelopak warnanya merah.
(Nazrul Aziz)
PESAN
KELUARGA AZIRAH
Solatlah dengan ikhlas
kerana syaitan sentiasa menghasutmu
-IDAYU-
Nasihat ibu harus kita dengar,
pesan bapa jangan dilupa.
-NIK-
Dalam hidup, kamu adalah seseorang.
Tetapi bagi seseorang, kamu adalah hidupnya.
-HZ-
Gosok gigi setiap hari,
kelak gigi tiada berlubang.
-MISI GIGI-
Kehidupan kamu seterusnya
ditentukan dengan apa yang kamu mulakan.
-LEDEK-
NASIHAT
MA ABAH
AZIRAH SELISING, KELANTAN
Anakku, Berdoalah untuk ibu
jadilah seorang bapa,
yang sentiasa kejayaan pasti akan
merendah diri. hadir.
Anakku, Ibu bapa di hati,
jadilah manusia Hidup dirahmati.
yang berpegang
teguh pada agama. ABDUL AZIZ
Anakku,
jagalah silaturahim
adik beradik.
TAHIRAH
PANTUN BANTU-MEMBANTU
Duduk sendiri di atas batu,
Kala redup di tanah seberang;
Didiklah diri saling membantu,
Supaya hidup disenangi orang.
(Akmal Mansor)
PANTUN BERBUDI BAHASA
Tumbuh rimbun markisa,
Menghijau hujung pekan;
Amalkan berbudi bahasa,
Pasti disenangi rakan.
(Ekien Ishak)
PANTUN HORMAT IBU BAPA
Pokok kelapa hujung desa,
Jatuh sebiji dekat hulu;
Ibu bapa banyak jasa,
Anak mesti hormat selalu.
(Nurain Mohd Kamal)
PANTUN BUDI
Sebelum gelap memotong dahan,
Hajat teruna membuat titi;
Usah diharap pada imbuhan,
Buatlah jasa seikhlas hati.
(Nazrullah)
SYAIR CELORENG
MERAH HITAM
CIK PUAN BESAR KENANGA
SETAPAK
Anggota bomba mulia peribadi,
Khidmat diberi tak minta puji,
Laksana tugas seikhlas hati,
Pertaruh nyawa untuk berbakti.
Tidak memilih agama bangsa,
Memadam api selamatkan mangsa,
Tanpa mengira detik dan masa,
Sehabis baik menabur jasa.
Di air, di puncak juga di darat,
Anggota bomba berikan khidmat,
Penuh semangat membanting kudrat,
Tetap tersenyum walaupun penat.
PANTUN MARI MEMBACA
Hana Mustika Mohd Khairul
Negeri Sembilan
Mari kawan naik beca,
Naik beca tepi pantai;
Mari kawan kita membaca,
Supaya kita lekas pandai.
Tepi pantai terpijak kaca,
Kaki sakit tidak tertahan;
Banyak buku boleh dibaca,
Rajinlah pergi ke perpustakaan.
Tepi pantai kita ber temu,
Dalam hati rasa ceria;
Membaca itu jambatan ilmu,
Bila dewasa kita berjaya.
TERIMA KASIH CIKGU
Kapten Hidayat Muhamad - Kuala Lumpur
Dulu,
kami tidak pandai membaca dan mengira
tapi cikgulah yang mengajar kami
mengenal huruf dan angka
hingga kami tahu
erti pekerti yang mulia
nilai-nilai murni dan bahasa
serta soal dosa dan pahala.
Cikguku
senyumnya manis selalu
sabar melayan segala karenahku
berkorban diri tiada siapa yang tahu
demi mendidik anak bangsa
menjadi insan yang berjaya
Terima kasih cikgu
tak pernah mengenal lelah
bagi cikgu tiada yang susah
mendidikku di sekolah
dan memberiku kerja rumah
demi melatihku agar lebih pandai dan berhemah
Cikguku
Semoga tiap huruf dan angka
dan setiap tunjuk ajar berharga darimu
akan peroleh rahmat ganjaran oleh-Nya
pahala berterusan menjadi saham ke syurga.
Terima kasih cikgu!
PABILA IVY MEMBERI
NASIHAT
Berwaspadalah Jangan
dalam mencari membenci jika
tidak mengenali,
kawan,
kerana musuh kelak cinta
datang terus ke
itu sentiasa
tersembunyi. hati.
Berusaha semampu Ujian besar
daya, atau kecil
hanya dinilai
kerana kejayaan
datang dari titik pada
tolak ujian yang kejayaan
yang dicapai.
ditempuhi.
IVY
SELISING, KELANTAN
MUSTIKA SINTOK
PANTUN NASIHAT
Adik jangan malu,
Bermain layang-layang;
Hormat ibu bapa selalu,
Pasti Allah sayang.
Tepian jalan berliku, PANTUN PESAN KAKAK
Tumbuh bunga raya;
Rajinlah baca buku,
Kelak pasti berjaya.
WAN HANIF WAN HAMID Singgah beli raga,
hujung Kampung Tualang;
Adab berguru dijaga,
Jadi insan cemerlang.
Kayu dibuat alas,
Elak tertusuk duri;
Hidup jangan malas,
Kelak rugi sendiri.
ALIFAH SAIFUDDIN
PANTUN Tangkap seekor ikan,
Jatuh dari rakit;
RAIH ILMU
SHAHRIL Kalau lambat makan,
TEMASEK Nanti perut sakit.
LAMAN RASMI Jumpa pula peti,
Pikul atas bahu;
INSTAGRAM : Habis makan nanti,
@PANTUNISM Cepat raih ilmu.
Walau peti kasar,
Usah pula cuai;
Jika rajin belajar,
Nanti kita pandai.
Emas perak digadai,
Satu kedai diborong;
Bila sudah pandai,
Jangan pula sombong.
GURINDAM
DUHAI ANAK
EKIEN ISHAK
KOTA TINGGI
• Duhai anak buatlah jasa,
• Kelak disayang ayah dan bonda
• Duhai anak buatlah budi,
• Kelak elok santun pekerti.
• Duhai anak jagalah solat,
• Kelak terjaga di hari akhirat.
• Duhai anak serlahkan hormat,
• Kelak hidup mendapat manfaat.
• Duhai anak ringankan tulang,
• Kelak orang bertambah sayang.
• Duhai anak mesralah tuturan,
• Kelak hidup bertambah rakan.
PUISI PESAN AYAH
NAJWAN HUSAINI
PAHANG
Wahai anakku
ayah ingin berpesan
tentang kehidupan
untuk engkau jadikan pedoman.
Anakku sayang
jagalah perilaku
hiaskan akhlakmu
kelak bangga ayah ibu.
Anakku sayang
jangan tersesat
mencari sahabat
kelak binasa dunia akhirat.
Anakku sayang
buatlah kebaikan
dengan keikhlasan
kelak dikenang sepanjang zaman.
CITA-CITAKU MENJADI ASKAR
Kapten Hidayat Muhamad - Kuala Lumpur
Sejak kecil
cita-citaku menjadi askar
memakai pakaian seragam segak dan bergaya
mempertahankan negara dari ancaman bahaya.
Akan kami pertahankan tanah air ini
hingga hujung nyawa
biar putih tulang, jangan pernah berputih mata
kami berkorban jiwa dan raga
demi tanah air yang tercinta.
Cita-citaku menjadi askar
berdisiplin sepanjang masa
berkawad dan berlatih sepenuh tenaga
demi cita-citaku yang mulia.
Ayah dan ibu
kami akan membuatmu bangga
melihat anakmu berjaya
mencapai cita-cita mempertahankan negara.
20 April 2020
Kau tidak tahu
di utara sana,
awan menitiskan hujan
mengiringi dirimu
bak linang air mata kami semua.
20 April 2020
Kau juga tidak tahu
ramai di sini yang sayangkan engkau
saat ini, semua bertaut kembali ukhuwah
bercerita tentang diri engkau
betapa kami amat kehilanganmu sahabat
Tenanglah di negeri abadi
Usah risau, doa kami iringi pemergianmu
MELALUI SEMILIR
KUSAMPAIKAN RINDU
EZAL EZHAM BIN AZAMI
SEPTEMBER 1988 – APRIL 2020