MINIT MESYUARAT AJK PIBG SMK PEREMPUAN SANDAKAN BIL 2/2022 Tarikh:11 November 2022 (Jumaat) Masa : 2.00 pm. – 3.05 p.m. Tempat : Bilik Bestari Pengerusi:Tuan Haji Otoh Sibik bin Haji Sahak Kehadiran : Hadir 1.Tuan Haji Otoh Sibik bin Haji Sahak Yang Dipertua PIBG 2.Puan Bernadeth De Guzman Penasihat 3.Puan Liew Jing Mei -Penolong Kanan HEM
4.Noor Hiruani Haslina Binti Hassan Setiausaha 5.Naziratul Afifah binti Zainudin Timbalan Setiausaha 6.Sumathie A/P Veerappan Biro Kebajikan 7.Rosdayana binti Bulliga -Biro Pendidikan 8.Rosyanah Binti Ahmad -Biro Sukan dan Kebudayaan 9.Nurul Ain binti Abu Bakar -Biro Kebajikan 10.Masniza Maidin Bendahari
Tidak hadir 11.Nurulaslah bin Datuk Hassan Alban -Naib Yang Dipertua PIBG 12.Ali bin Laada Penolong Kanan Pentadbiran 13.Mohammad Edzwan - Biro Infrastruktur 14.Abdul Fuad Abdul Malek Biro Ekonomi/ Tajaan 15.Ahmad Tajudin bin Muain Biro Maklumat dan Penerangan 16.Ali Rahman bin Haji Arsad Biro Keselamatan 17.Majais Bin Arsain Biro Infrastruktur
1.0 Perutusan Pengerusi 1.1 Ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir pada mesyuarat kali ke-2.1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat PIBG mestilah dibuat empat kali setahun dan ini merupakan mesyuarat kali ke-2. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG Bil 1 2022/2024 2.1 Minit Mesyuarat PIBG Bil. 1 2022/2024 dicadang oleh Cik Naziratul Afifah dan disokong oleh Puan Sumathie. Maka, minit mesyuarat kali pertama telah disahkan.
3.0 Perkara-perkara berbangkit 3.1 Pengerusi memberi cadangan sebanyak 150 buah kerusi dan 150 buah meja dimohon daripadaYB Datuk Haji Suhaimi bin Haji Nasir. 3.2 Penasihat memaklumkan Hari Majlis Graduasi ditetapkan pada 14 Januari 2023 dan diadakan di Sanbay Hotel. 3.3 Pengerusi meminta BIro Pendidikan mendapatkan kotasi untuk jubah, kualiiti kain beserta upah. 3.4 Pengerusi meminta Setiausaha menulis surat kepada pihak MPS bertujuan membuat rayuan tentang gelanggang futsal untuk dijadikan kawasan hak milik PIBG SMKPS.
3.5 Penasihat memaklumkan Laluan TS25 merupakan sumbangan Alumni SMKPS. 3.6 Puan Masniza memaklumkan RM1800 juga merupakan sumbangan alumni SMKPS dan telah dikreditkan ke akaun PIBG. 3.7 Puan Rosyanah memberi respon tentang penglibatan bola jaring. Seramai 4 orang pelajar mewakili bola jaring ke peringkat Negeri Sabah dan 2 orang pelajar sebagai wakil ke peringkat kebangsaan. 4.0 Perkongsian Dari Pengetua 4.1 Pengetua memaklumkan kepada ibu bapa mengenai SSDM yang digunakan oleh guru untuk mengisi
kesalahan dan amalan baik yang oleh pelajar. 4.2 Pengetua juga memaklumkan amalan baik yang dilakukan oleh pelajar dapat membantu pelajar memadam rekod kesalahan yang dilakukan oleh pelajar sekiranya amalan baik melebihi amalan tidak baik. 4.3 Tujuan membudayakan SSDM ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan perasaan peka dikalangan ibu bapa terhadap anak masing-masing. 4.4 Pengetua juga memaklumkan bahawa rekod SSDM akan dirujuk oleh pengetua apabila sesi perjumpaan dengan ibu bapa. 4.5 Bermula pada tahun 2023, Warga SMKPS perlu membudayakan pembelajaran berunsurkan KBAT
bersesuaian dengan slogan “JANA KBAT, SMKP HEBAT”. 5.0 Pembentangan Bajet 5.1 Bendahari membentangkan kedudukan kewangan yang terkini yang berbaki RM11,213.88 dan peruntukan surau RM208,916.00. 5.2 Puan Masniza memaklumkan jumlah kutipan PIBG sebanyak RM150 dan sumbangan one-off RM90.00. 5.3 Pengerusi menekankan supaya semua ibu bapa dapat memberikan sumbangan PIBG dan sumbangan one- off untuk membantu pihak sekolah menyelenggara dan memperbaiki infrastruktur dalam kawasan sekolah.
6.0 Projek Surau 6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa RM200,000.00 telah dikreditkan ke akaun PIBG. 6.2 Penasihat mencadangkan pihak PIBG perlu menyediakan pelan surau terlebih dahulu. 6.3 Pengerusi mencadangkan pelan surau boleh di dapati di dalam laman sesawang google atau boleh rujuk kepada MPS dan JHEAINS. 6.4 Pengerusi memaklumkan bahawa pelukis pelan mestilah profesional dan bertauliah.
6.5 Penasihat mengingatkan tentang surau lama perlu dirobohkan, sekiranya masih terdapat barang-barang yang boleh digunakan semula, barang-barang tersebut hendaklah disimpan dan haruslah digunakan semula. 6.6 Pengerusi memaklumkan kerja- kerja untuk merobohkan surau lama termasuk dalam BQ kontraktor yang akan mendapat tender pembinaan surau kelak. 6.7 Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan Pengerusi untuk mengagihkan peruntukan 10 % daripada RM200,000 kepada tabung PIBG. 6.8 Pengerusi memberi saranan kepada AJK PIBG supaya memohon sumbangan dari pihak lain juga sekiranya surau tersebut ingin dilengkapi dengan mozek.
6.9 Pengerusi meminta cadangan ahli mesyuarat memilih samada open tender atau selected tender. Penasihat mencadangkan PIBG merujuk kepada Encik Ishak mengenai hal ini. 7.0 Hal-hal lain 7.1 Puan Sumathie bertanya mengenai besi yang terdapat di jalan raya yang membahayakan kenderaan keluar masuk. 7.2 Penasihat memberi respon masalah tersebut akan diperbaiki dalam masa terdekat.
7.3 Puan Sumathie juga bertanyakan mengenai kebenaran menggunakan kipas tangan dan warna kasut yang dibenarkan kerana terdapat beberapa orang pelajar memakai kasut berwarna-warni. 7.4 Puan Liew memberi respon segera mengenai kipas tangan dibenarkan manakala kasut yang dibenarkan adalah warna hitam atau putih sahaja. 7.5 Puan Liew ingin mendapatkan kepastian mengenai jalan yang berturap dan melukis garisan jalan raya diluar kawasan sekolah merupakan satu kesalahan atau sebaliknya.
7.6 Pengerusi memberi respon bahawa inisiatif ini tidaklah menjadi kesalahan. 7.7 Penasihat memberi cadangan supaya membina bulatan di hadapan sekolah sebagai tempat kenderaan keluar masuk dan meletakkan papan tanda “dropping zone. 8.0 Penutup 8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada mesyuarat kali kedua ini. 8.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3:05 petang.
8.3 Pengerusi menjemput semua AJK untuk menikmati minum petang. Disediakan oleh, Noor Hiruani Haslina Binti Hassan Setiausaha PIBG Disahkan Oleh, Tuan Haji Otoh Sibik bin Haji Sahak Pengerusi PIBG Pengesahan minit mesyuarat: Dicadang oleh, Disokong oleh, ( ) ( )