SEKOLAH MENENGAH AGAMA IRSYADIAH, KG PONDOK AMPANG,JENERI
08320 SIK, KEDAH DARUL AMAN.
KERTAS KERJA
BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
SMA IRSYADIAH
TAHUN 2019
Anjuran:
SEKOLAH MENENGAH AGAMA IRSYADIAH
Hari & Tarikh:
08/11/2019 - 09/11/2019 (KHAMIS & JUMAAT)
Tempat :
SWISS IN SUNGAI PETANI
1.0 PENGENALAN
REVOLUSI INDUSTRI 4.0: TEMPIAS DALAM PENDIDIKAN
Industri 4.0 adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada proses
pembangunan dalam industri pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia
ada dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksibel. Ini bermakna mesin akan beroperasi
secara bebas, atau bekerjasama dengan manusia. Mesin akan beroperasi secara autonomi iaitu
menjadi entiti bebas yang akan mengumpul data dan menganalisa.
Pendidikan perlu kepada perancangan teliti bagi menjamin pencapaian aspirasi
Negara. Pendidikan juga merupakan satu wahana penting dalam menjana
kecemerlangan negara. Berbekalkan slogan “Hari ini lebih baik dari hari semalam,
esok lebih baik dari hari ini” maka perancangan yang strategik amat ditekan bagi
mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekolah Menengah Agama Irsyadiah telah
bercadang untuk mengadakan bengkel perancangan strategik semua peringkat
sebagai pelengkap kepada perancangan yang sedia ada selaras dengan hasrat untuk
mencemerlangkan pendidikan negeri Kedah Darul Aman seiring dengan hasrat
kerajaan iaitu menjadikan Malaysia negara maju. Perancangan strategik Sekolah
Menengah Agama Irsyadiah mengambil kira prestasi semasa akademik sekolah dan
kumpulan sasaran pelajar dengan menambahbaik perancangan yang sedia ada demi
mencapai sasaran yang diharapkan. Perancangan yang kemas dan teratur membantu
kakitangan SMAIJ merealisasikan sasaran yang ditetapkan dengan menamatkan
pendekatan yang strategik dan berkesan.
2.0 MATLAMAT
Proses 1: Pra perancangan
Kejayaan sesuatu program sangat berkait rapat dengan cara pengurus dan
pemimpin sekolah menzahirkan wawasannya. Pengetua bertindak sebagai visionary
leaders perlu menjelaskan keperluan dan sebab sekolah perlu mempunyai
perancangan strategik sekolah. Untuk itu sesi bengkel atau LADAP perlu dibuat
kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya aspirasi membina pelan
perancangan strategik sekolah diketahui semua guru dan kakitangan sekolah serta
ibu bapa. Tempoh masa penyediaan dan perancangan strategik perlu dibuat. Semua
guru yang terlibat adalah sebagai pemegang taruh, serta sama-sama membangunkan
pelan perancangan strategik sekolah.
Proses 2: Halatuju organisasi
Dalam konteks perancangan strategik sekolah hala tuju sekolah mestilah
selaras dengan visi dan misi KPM, selain itu ia juga mesti berpaut kepada PPPM
2013-2025. Aspirasi sistem dan apirasi murid perlu disambut selain daripada
melestarikan pelan perancangan strategik sekolah merujuk kepada 10 anjakan dalam
PPPM 2013-2025. Enam (6) daripada anjakan dalam PPPM itu adalah aspek yang
sangat berkait rapat dengan kemenjadian murid dan ia perlu diterjemahkan secara
strategic dalam perancangan strategik sekolah.
Proses 3: Analisis persekitaran
Analisa persekitaran adalah cara strategis mengetahui KEKUATAN,
KELEMAHAN, PELUANG dan ANCAMAN. Pelbagai alat Analisis boleh digunakan
seperti SWOT, ISHIKAWA, MIND MAPPING, SEBAB DAN AKIBAT, Don Crawfort IN
DEPTH SCANNING TOOLS dan sebagainya boleh digunakan. Analisis persekitaran
yang dibuat perlu berdasarkan maklumat dan data. Ia tidak boleh dibuat berdasarkan
andaian dan persepsi. Dalam konteks sekolah segala maklumat dan data boleh
didapati daripada skor pencapaian kurikulum, kokurilum dan sebagainya. Analisis
berasaskan data menjadikan program strategik yang dirancang akan mempunyai
impak yang kuat kepada kemenjadian murid.
Proses 4: Isu Strategik / Matlamat/ KPI dan Sasaran
Pengesanan isu strategik diperolehi daripada analisis persekitaran. Secara
umumnya isu strategik sekolah ia berkaitan dengan bidang kurikulum, kokurikulum,
disiplin, hal elwal murid, hubungan luar, sumber manusia dan sebagainya. ISU
STRATEGIK yang dianalisis dengan baik akan dapat mengesan dasar masalah.
Dasar masalah itu perlu diterjemah dalam bentuk matlamat strategik. Daripadanya
objektif strategik boleh ditetapkan. Objektif boleh lebih daripada satu. Seterusnya
menetapkan KPI dan unjuran sasaran.
Proses 5: Strategi,Pelan Tindakan Dan Pelan Operasi
Strategi diterjemah daripada matlamat strategik. Strategi atau inisiatif perlu
dibuat dalam bentuk program, ada tempoh masa, output dan KPI yang hendak dicapai.
KPI strategi adalah menyambut KPI daripada dalam pelan perancangan strategik
sekolah. Pelan operasi adalah kerangka lengkap siapa yang terlibat dalam
melaksanakan strategi yang ditetapkan.
Proses 6: Pelaksanaan Strategi
Inilah peringkat terpenting dalam kejayaan pelaksanaan program. Pemegang
Taruh atau stakeholder yang terdiri daripada ketua bidang, ketua panitia serta guru–
guru perlu melaksanakan semua program berdasarkan strategi yang ditetapkan.
Inilah fasa yang paling kritikal dalam pelaksanaan perancangan strategik sekolah.
Kejayaan dan kegagalan pelaksanaan perancangan strategik sekolah sangat
bergantung kepada kesungguhan pemegang taruh melaksanakan program.
Proses 7: Kawalan Dan Penambahbaikan Berterusan
Pelbagai cara kawalan keberkesanan program perancangan strategik sekolah
boleh dilakukan. Misalnya setiap enam bulan sekali dibuat pembentangan pelaporan
pencapaian perancangan strategik sekolah. Jabatan atau pemegang taruh program
akan membentang melaporkan pencapaian. Urusetia akan merekodkannya. Pada
ketika ini petunjuk prestasi atau KPI akan jadi petunjuk kepada keberkesanan
pelaksanaan program. Pemegang taruh perlu bertanggungjawab terhadap semua
pencapaian KPI yang dimiliki, serta memberi sebab kenapa KPI tidak dapat dicapai.
Melalui pelaporan pencapaian itulah proses penambahbaikan boleh dibuat secara
lebih berkesan.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
4.1 Tempoh Masa Program
Dua hari satu malam.
4.2 Tarikh Program
0811/2019 – 09/11/2019
KHAMIS DAN JUMAAT
4.3 Tempat dan Lokasi
Swiss In Sunagi Petani
4.4 Kumpulan Sasaran
Semua guru dan staf
TENTATIF PROGRAM
Check in 8/11/2019
3.00 pm - pendaftaran bilik
3.30 pm - taklimat urusetia
4.00 pm - Minum petang ( KENDIRI)
4.30 pm - water confident
8.30 pm - ice breaking
9.00 pm - BBQ
9/11/2019
7.00 am - sarapan
8.00 am - slot psmp
9.00 am - slot tpi
10.00 am - oppm
11.00 am - bengkel
12.00 pm - penutup