POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK: KES PEMBUANGAN BAYI YANG SERING DIPAPARKAN DI
MEDIA MASSA SEMAKIN MENINGKAT.
NAMA PENSYARAH: PUAN FARAH HANAN BINTI ABU
BAKAR
JABATAN: PERDAGANGAN
PROGRAM: DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
KUMPULAN: 4
AHLI KUMPULAN:
MUSERINIKA MUSA (20DSK21F1009)
JEAZEBELL JESSY AK LUNY (20DSK21F1015)
LUCIANA UBONG IGNATIUS (20DSK21F1023)
ANVIERRA TASHA JONG (20DSK21F1037)
1
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapaan terima kasih kepada pensyarah
khusus kelas DSK2A iaitu Puan Farah Hanan Binti Abu
Bakar kerana beliau telah memberi bimbingan dan
tunjuk ajar kepada kami sepanjang melakukan E-Folio
ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu
Jeazebell Jessy Anak Luny, Luciana Ubong Ignatius dan
Anvierra Tasha Jong kerana telah memberi kerjasama
sepenuhnya dalam usaha menyiapkan projek E-Folio ini.
Saya amat menghargai kerjasama yang telah diberikan
oleh mereka untuk menyiapkan projek E-Folio ini.
Projek E-Folio ini telah mewujudkan semangat
sepasukan dalam kumpulan ini. Segala ilmu yang telah
kami perolehi amatlah bermakna. Sekian terima kasih.
2
OBJEKTIF
•Kita dapat mengenalpasti punca-punca kes pembuangan
bayi.
•Kita dapat menyenaraikan kesan-kesan pembuangan bayi
yang sering berlaku.
•Kita dapat mengemukan langkah-langkah untuk
membendung gejala buruk ini.
3
SENARAI ISI KANDUNGAN
▪ Pendahuluan
▪ 5 Punca-punca kes pembuangan bayi.
▪ 5 Kesan-kesan kes pembuangan bayi.
▪ 5 langkah-langkah membendung kes pembuangan bayi.
▪ 5 Contoh isu pembuangan bayi yang berlaku di
Malaysia.
▪ Penutup
▪ Aktiviti pengukuhan
▪ Rujukan
4
PENDAHULUAN
Kes pembuangan bayi boleh dikatakan hampir setiap
hari terjadi di Malaysia. Kebanyakannya adalah
melibatkan golongan remaja yang terlanjur dengan
pasangan, dirogol oleh kenalan atau menjadi mangsa
seks lelaki yang tidak bertanggungjawab. Lebih
menyedihkan tandas tempat pembuangan sampah atau kawasan
semak sering menjadi tempat individu ini membuang janin
yang tidak berdosa. Kita juga sering membaca laporan ada
kes badan bayi dikerat, bayi masih bertali pusat dicampak
dari rumah pangsa, bayi baru dilahirkan dipeuhi gigitan
semut dan pelbagai lagi.
Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja
yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan.
Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah
yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila
akhbar-akhbar perdana negara sering memaparkan kejadian
ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-
silu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak
malah imej negara kita akan tercalar. Jadi, sebelum
mencari jalan penyelesaiannya, kita perlulah mengenal
pasti sebab musabab yang menjadi akar umbinya sebelum
kemelut ini menjadi barah kerana kalau tiada angin
masakan pokok bergoyang.
5
5 punca kes pembuangan bayi.
1.Remaja kurang didikan agama.
Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan hidup
remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam
kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala
negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya.
Remaja melibatkan dalam gejala pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan. Hal ini menyebabkan remaja
perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah.
Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan
agama tidak teragak-agak untuk membuang dan
meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.
2.Pengaruh rakan sebaya
Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak mengajak
remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar
Batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke
tempat hiburan, menghisap dadah, melepak serta
melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan.
3.Terdesak kerana wang dan harta
Demi wang dan harta, ramai remaja serta wanita lain
sanggup menggadai maruah dan menyebabkan kes
pembuangan bayi semakin meningkat. Mereka terdesak
dengan wang dan harta sehingga sanggup melakukan apa
sahaja termasuk menggadai diri demi wang dan harta
tersebut.
4.Pengaruh gejala sosial dan teknologi
Teknologi seperti telefon bimbit dan internet adalah
pengaruh besar kepada para remaja serta menjadi punca
6
pembuangan bayi berleluasa. Remaja sering melayari
internet dan melihat perkara yang tidak berfaedah
menyebablan mereka terikut-ikut dengan apa yang
dilihat. Hal ini akan menyebakan remaja tidak
teragak-agak untuk mencari rakan berlainan jantina di
luar sana.
5.Tidak menjaga diri dan gaya pakaian
Menjaga diri dengan cara berpakaian sopan dan menutup
aurat adalah salah satu cara yang dapat menghalang
pembuangan bayi berlaku. Punca pembuangan bayi akibat
tidak menjaga diri menyebabkan berlakunya kes jenayah
seperti kes rogol dan akhirnya melahirkan bayi dan
seterunya pembuangan bayi pun berlaku secara tidak
langsung.
7
5 kesan kes pembuangan bayi
1.Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan
dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat setempat.
Bayi ini setelah dewesa tidak akan dapat mengenali
siapa ibu bapa kandung sebenar mereka. Selain itu
bayi ini akan berasa sedih dan kecewa kerana sikap
ibu bapa kandungnya membuangnya.
2.Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah
sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh
yang panjang, sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu
Kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu
kandung sebenarnya sedangkan ank itu telah dijaga
rapi oleh keluarga angkatnya.
3.Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri
dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan
dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga.
Selain itu keluarga perempuan juga akan dipandang
hina sehingga turun temurun.
4.Kesan terhadap masyarakat
Kesan kepada masyarakat adalah kes pepmbuangan bayi
yang berlaku akan menjejaskan imej masyarakat
sekeliling. Sudah semestinya remaja dipersalahkan
dalam kes ini kerana biasanya remaja merupakan
golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini.
5.Kesan kepada negara
Pembuangan bayi juga memberi kesab kepada negara.
Jatuh bangun sesebuah negara dan masyarakat itu
bergantung kepada generasi pada ketika ini.
Pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi
8
negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala
sosial ini.
9
5 langkah-langkah membendung kes pembuangan bayi.
1.Peranan ibu-bapa
Ibu bapa haruslah memberi perhatian dan kasih sayang
sepenuhnya kepada anak-anak seperti sering
berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa hendaklah
mengutamakan keperluan anak-anak agar mereka tidak
berasa tersisih.
2.Peranan media massa dan media cetak.
Peranan media penting dalam menghebahkan dan membuaat
liputan secara besar-besaran tentang kempen yang
dilaksanakan. Pihak berkuasa hendaklah mengadakan
kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran
remaja terhadap isu pembuangan bayi.
3.Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi
mereka yang mengandung anak luar nikah disamping
untuk mendapat bimbingan dan perlindungan. Badan-
badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan
pusat jagaan bayi bagi membela nasib bayi yang tidak
bersalah contohnya Pusat Perlindungan PERNIM.
4.Peranan pihak sekolah
Pihak sekolah juga perlulah meningkatkan kesedaran
remaja untuk membendung isu pembungan bayi ini. Pihak
sekolah hendaklah menerapkan nilai-nilai murni kepada
pelajar dalam subjek Pendidikan Moral untuk memberi
kesedaran kepada setiap pelajar. Pihak sekolah juga
sewajarnya mengadakan ceramah mengenai isu pembuangan
bayi tersebut.
10
5.Peranan pihak berkuasa
Pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan undang-
undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas
pasangan yang berzina. Hukuman yang setimpal harus
dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada
remaja yang terlibat dan juga kepada remaja-remaja
lain.
11
5 contoh isu pembuangan bayi di Malaysia.
12
PENUTUP
Kesimpulannya kes pembuangan bayi yang semakin
berleluasa sememangnya amat membimbangkan dan
mencemaskan masyarakat. Tindakan untuk mengawal gejala
ini sudah sampai ke tahap yang dianggap serius. Justeru
itu, semua warga masyarakat tidak mengira kaum dan
agama haruslah bersatu padu bagi membantu mencegah dan
membanteras gejala sosial supaya tidak menjadi lebih
serius da dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.
Pihak atasan dan badan-badan kebajikan juga perlu lebih
peka dan perlu menganjurkan pelbagai ceramah, program-
program dakwah atau motivasi kepada remaja supaya
mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan
sedar tentang kesan bahaya daripada perbuatan tidak
bermoral itu. Dengan pelbagai usaha yang dilakukan
secara Bersama-sama ini, ia sedikit sebanyak dapat
mengurangkan masalah ini daripada menjadi satu penyakit
berbahaya di negara Malaysia ini. Sebagai remaja yang
bermoral, kita seharusnya menjauhkan diri daripada
melakukan perbuatan yang kejam dan hina itu.
13
SOALAN PENGUKUHAN :
1. Apakah punca-punca kes pembuang bayi?
i. Remaja kurang didikan agama
ii. Terlalu banyak wang
iii. Pengaruh gejala sosial dan teknologi
iv. Tidak menjaga diri dengan gaya pakaian yang tidak sesuai
a) i dan ii
b) ii dan iii
c) i, iii dan iv
d) semua di atas
2. Apakah akta yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak?
a) Akta perlindunga data peribadi
b) Akta kanak-kanak 2001
c) Akta pencegahan jenayah
d) Akta keselamatan dalam negeri
KBAT
Aina adalah seorang anak tunggal. Ibu bapanya sering tidak berada
di rumah kerana sibuk bekerja. Aina merasakan dia tidak disayangi
oleh ibu bapanya kerana ibu bapanya tidak pernah memperdulikannya.
Pada suatu hari rakan sekelasnya mengajak Aina untuk keluar lepak
di taman bersama dengan beberapa orang remaja lelaki. Sejak
daripada itu Aina merasakan rakan-rakan nya itu sayang kepada
dirinya lalu kerap lepak bersama. Pada suatu hari, tanpa Aina
sedari dirinya telah hamil selama dua minggu. Aina berasa sangat
takut dan sedih kerana rakan-rakannya telah menganiyai dirinya.
Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan yang akan kamu ambil
jika kamu mengalami situasi tersebut? Berikan ulasan anda.
14
RUJUKAN
Internet
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikes
buangbayi/Article
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagik
esbyangbayi/Article
https://www.sinarharian.com.my/article/188216/BERITAS
emasa/Buang-bayi-Perlu-undang-undang-lebih-berat
15
LAMPIRAN
16
SINOPSIS
e-book ini menjelaskan tentang kes pembuangan bayi dan
janin yang pernah berlaku di dalam negara Malaysia.
Antara perkara yang terkandung dalam e-book ini adalah
punca-punca kes pembuangan bayi berlaku, kesan daripada
pembuangan bayi, langkah-langkah untuk mengatasi
pembuangan bayi dan janin daripada kerap berlaku dan
contoh isu pembuangan bayi dan janin yang pernah berlaku.
E-book ini sekaligus akan menyedarkan masyarakat bahawa
perbuatan seperti ini akan mengundang kepada maruah diri
dan keluarga akan tercalar.
PENERBIT :
17