The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shashazura, 2019-03-07 00:28:02

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM 2019

MINIT PERTAMA KURIKULUM 2019-e

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,KPM

PERSIARAN IMPIAN PERDANA, SAUJANA IMPIAN,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM KALI 1/2019

Bilangan Mesyuarat : 1/2019
Tarikh : 26hb Disember 2018
Hari : Rabu
Masa : 11.15 tengah hari – 1.15 tengah hari
Tempat : Kamar Saujana, SK Saujana Impian SBT

Hadir - Guru Besar
- GPK Hal Ehwal Murid
1. Pn. Khatijah Bt Yusof - GPK Pentadbiran
2. Pn. Norihan Bt Md Nahar - GPK Kokurikulum
3. Pn. Hjh Khaizulakmam Bt. Zulkifli - GPK Petang
4. En. Mohd Hafeez B. Mansor - Setiausaha Hal Ehwal Murid
5. Pn. Norlia Bt. Ahmad - Setiausaha Kokurikulum
6. Ustazah Junariah Bt Tairin - Guru Bimbingan & Kaunseling
7. Ustazah Nazuha Bt Mohamad Aris - Guru Pra Sekolah
8. Pn. Hjh Noryana Bt Mahat - Ketua Panitia Bahasa Melayu
9. Cik Suraini Bt Ibrahim - Ketua Panitia Bahasa Inggeris
10. Pn. Nor Azlita Bt Jani - Ketua Panitia Sains
11. Pn. Gowri A/P Mottaiya - Ketua Panitia Matematik
12. Pn. Khalilah Bt Kamaruddin - Ketua Panitia Agama Islam
13. Pn. Tuan Haroha Bt Tuan Mat - Ketua Panitia Bahasa Arab
14. Ustazah Halimah Bt Mohamad - Ketua Panitia Sejarah
15. Ustazah Rohaya Bt Mat Zin - Ketua Panitia Muzik
16. Pn. Helena Bt Hj Mohamed - Ketua Panita RBT
17. En. Hamin B Ahmad - Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
18. En. Mohd Yamani B Ngah - Ketua Panitia Pendidikan Seni
19. Pn. Siti Aishah Bt Ismail - Ketua Panitia Pendidikan Moral
20. Pn. Mawar Bt Shariff - Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
21. Pn. Zurinah Bt Jaafar - Setiausaha Panitia Sains
22. Pn. Hasnafizah Bt Che Soh - Setiausaha Panitia Agama Islam
23. Pn. Norashikin bt Mohd Norrizan - Setiausaha Panitia Bahasa Arab
24. Ustazah Sa’idah Bt Ibrahim - Setiausaha Panitia Pendidikan Seni
25. Ustazah Nursaadah Bt Ismail - Seitiausaha Panitia Pendidikan Muzik
26. Pn. Nurul Akmar Bt Mohd Ariffin - Setiausaha Panitia Pend. Kesihatan
27. Cik Wan Athirah Bt Wan Mohd Aminuddin - Setiausaha Panitia Pend. Jasmani
28. Cik Hjh Ernie Aida Bt Hadi Darsono - Setiausaha Panitia Sejarah
29. Pn. Hamimah Bt Abdullah - Setiausaha Panitia RBT
30. Pn. Wan Nasiha Bt Wan Ahmad - Guru Perpustakaan & Media
31. Pn Siti Asbah Bt Bahraldin
32. Ustazah Suryani Bt Brahim 1

33. Pn. Marita Bt Abd Wahab - Setiausaha Peperiksaan Dalaman
34. Pn. Lim Swee Fong - Setiausaha UPSR
35. Pn. Azilawati Bt A. Rahim - Setiausaha Intervensi
36. Ustaz Mohammad Khairil Akmal B Masduki - Setiausaha Jadual Waktu
37. Pn. Nawal Shakirah Bt Mahmud - Penyelaras UPSR
38. Pn. Suganah A/P Nadasan - Setiausaha DLP
39. Pn. Nor Fadhlina Bt Omar - Penyelaras KSSR
40. Ustazah Sawaroh Bt Che Jahari - Setiausaha SBT
41. Pn. Siti Hajar Bt Idris - Penyelaras SPBT Daerah
42. Pn. Siti Asiah Bt Idris - Penyelaras SPBT
43. En. Mohd Zaidi B Sulaiman - Setiausaha Disiplin
44. Pn. Rosni Bt Ali - Penyelaras MMI
45. Pn. Siti Zaharah Bt Che Ros - Setiausaha LAP
46. Pn. Warisah Bt Mohd Daud@Mohd Hanafi - Setiausaha PIBG
47. En. Nik Iruansafawi B Nik Chik - Guru Kelas 2 Musytari
48. Ustazah Khairiah Bt Husin - Guru Kelas 2 Zuhrah
49. Ustazah Nur Faridah Bt Abdul Kadir - Guru Kelas 2 Utarid
50. Ustazah Siti Khadijah Bt Mohd Nordin - Guru Kelas 3 Marikh
51. Ustazah Sa’idah Bt Ibrahim - Guru Kelas 3 Bumi
52. Pn. Nur Edayu Bt Sa’ari - Guru Kelas 3 Zuhrah
53. Cik Rosmiza Bt Ismail - Guru Kelas 3 Utarid
54. En. Mohd Rosli B Abdullah - Guru Kelas 5 Marikh
55. Pn. Juliana Bt Ahmad Zuki - Guru Kelas 6 Utarid
56. Pn. Noorul Hafizah Bt Mohd Masri@Othman - Guru Pendidikan Jasmani
57. Ustazah Kamariah Bt Sulong - Guru Pendidikan Islam
58. Ustaz Abdul Muhaimin B Mat Rasid - Guru Pendidikan Islam
59. Ustaz Sayuti B Abdul Aziz - Guru Pendidikan Islam
60. Ustaz Omaira B Samat - Guru Pendidikan Islam
61. Pn. Nor Shasha Zura Bt Md Lajis - Setiausaha Kurikulum

Tidak Hadir (Bersebab) - Cuti Bersalin
- Cuti Bersalin
1. Ustazah Sawaroh Bt Che Jahari - Cuti Rehat Khas
2. Ustazah Thohirah Bt Mohamed - Cuti Rehat Khas
3. Pn. Roszawati Bt Md Din - Cuti Rehat Khas
4. Pn. Fazlezaa Bt Sarif
5. En. Mohd Hatme Fadly B Yusoff

2

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI : PN KHATIJAH BINTI YUSOF (GURU BESAR)
1.1 Pn Khatijah mengucapkan Salam SeIMPIAN kepada semua guru, semoga
semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran
semua guru dalam mesyuarat pengurusan unit kurikulum kali pertama sesi 2019.
1.2 Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairil Akmal Bin Masduki dan
diharapkan semoga perjalanan mesyuarat pada hari ini diberkati
1.3 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru tahun 6 atas
kejayaan dalam Keputusan UPSR 2018. Beliau membentangkan analisa keputusan
UPSR 2018. (Rujuk Lampiran 1).
1.4 Beliau mensasarkan KPI Gred Purata UPSR 2019 adalah 1.98.
Makluman semua guru

1.5 Beliau meminta agar Pn. Gowri memasukkan markah PPPBS 2 murid Tahun 5
(2018) ke dalam system GROW bagi mendapatkan sasaran untuk persediaan
UPSR 2019.
Tindakan : Puan Gowri a/p Mottaiya

UCAPAN NAIB PENGERUSI :
PN HAJAH KHAIZULAKMAM BINTI ZULKIFLI (GPK PENTADBIRAN)
1.6 Pn Khaizulakmam mengucapkan selamat sejahtera dan salam saujana kepada

semua guru yang hadir ke mesyuarat kali pertama unit kurikulum bagi tahun 2019.
1.7 Pn Khaizulakmam mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru

dalam bidang kurikulum yang telah menjalankan tanggungjawab yang cemerlang
sepanjang tahun 2018.
1.8 Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru Tahun 6 di atas
peningkatan peratus dan GPS UPSR 2018.

3

Makluman semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
-Tiada-

3.0 PERKARA - PERKARA BERBANGKIT
-Tiada-

4.0 PERKARA - PERKARA DIBINCANGKAN

4.1 KETETAPAN PELAKSANAAN DASAR KURIKULUM

4.1.1 Pn. Khaizulakmam mengingatkan semua guru agar sentiasa menjadikan
Buku Ketetapan Pelaksanaan sebagai sumber rujukan dalam perkara-
perkara yang berkaitan.

4.1.2 Beliau memaklumkan pindaan pada KPI Kurikulum Sekolah tidak perlu
dinyatakan Tahun 2018.

Makluman semua guru

4.1.3 MESYUARAT

4.1.3.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan Mesyuarat Induk Kurikulum dan
Panitia Mata Pelajaran akan bermesyuarat sekurang-kurangnya
empat 4 kali setahun mengikut takwim sekolah.

4.1.3.2 Notis panggilan mesyuarat (SPSK PK 07/1) mestilah diedarkan 7
hari sebelum mesyuarat. Borang kehadiran menggunakan (SPSK
PK 07/02), Rekod Edaran (SPSK PK 07/04) dan Borang Maklum
Balas Mesyuarat (SPSK PK 07/05)

4.1.3.3 Beliau menegaskan minit mesyuarat disediakan mengikut format
(SPSK PK 07/03). Minit mesyuarat perlu disediakan selepas
mesyuarat dalam tempoh (3/7/14). Minit mesyuarat disemak oleh

4

pengerusi mesyuarat. Beliau membuat pindaan pada perkara 4.4
dengan menghuraikan format 3/7/14 iaitu 3 ialah hari ketiga selepas
mesyuarat draf minit telah disediakan dan diserah kepada Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan. 7 ialah hari ketujuh selepas
mesyuarat edaran minit telah dilakukan kepada ahli mesyuarat. 14
ialah hari ke-14 selepas mesyuarat semua tindakan yang berkaitan
di dalam perbincangan mesyuarat telah diambil tindakan.

4.1.3.4 Beliau menggalakkan Ketua Panitia agar menggunakan borang
maklumbalas untuk setiap kali mesyuarat panitia.

4.1.3.5 Agenda Laporan Unit@ Perkara Baharu merangkumi :

a) Mesyuarat Pertama (Kurikulum/Panitia)
1. Matlamat dan Objektif Kurikulum/Visi Misi
2. Dasar/Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum termasuk Pengagihan
Tugasan
3. Post Mortem Peperiksaan Awam (mengikut kesesuaian)
4. Perancangan Strategik Kurikulum
5. Anggaran Belanja Mengurus (PCG Mata Pelajaran)

b) Mesyuarat Kedua/Ketiga
1. Dasar/Ketetapan (dibangkit jika perlu/ada)
2. Laporan
 Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan
Penambahbaikan(ProgramInduk@Panitia/Pencerapan/Kewa
ngan)
3. Post Mortem Peperiksaan Awam (mengikut kesesuaian)

c) Mesyuarat Keempat
1. Laporan
 Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan
Penambahbaikan
(Program Induk@Panitia/Pencerapan/Kewangan)
2. Post Mortem PPPBS/Pentaksiran
3. Penyediaan/Pemurnian/Kemaskini Dokumen/Laporan
4. Penarafan Kendiri Sekolah (SKPMg2)
5. Perancangan Tahun Hadapan

5

4.1.3.6 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa Ketua Panitia boleh
membuat sebarang penambahan yang bersesuaian dengan
keperluan panitia.
Tindakan: Ketua Panitia

4.1.4 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

4.1.4.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan pengurusan panitia mata-mata
pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasaan
Ketua Panitia Mata Pelajaran.

4.1.5 4.1.4.2 Pn Khaizulakam mengingatkan ketua panitia perlu memastikan
dokumen berikut disediakan;
a) Sukatan Pelajaran & DSKP
b) Rancangan Pelajaran Tahunan
c) Anggaran Perbelanjaan Tahunan berdasarkan peruntukan
kewangan bagi pembelian bahan bantu mengajar dan
program/aktiviti panitia.
Tindakan: Ketua Panitia

PENGURUSAN FAIL KURIKULUM/PANITIA

4.1.5.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan fail Jawatankuasa Kurikulum
diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum. Sebarang aktiviti
untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam Kamar Saujana
mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan PK
Pentadbiran atau SU Kurikulum. Fail tidak boleh dibawa keluar dari
Kamar Saujana kecuali untuk pemantauan rasmi.

4.1.5.2 Pn Khaizulakmam memaklumkan Fail Jawatankuasa Kurikulum
akan disemak dua kali setahun (bulan Mac dan Oktober) iaitu Audit
Kurikulum.

Tindakan: Setiausaha Panitia

4.1.5.3 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa fail surat menyurat berada
di pejabat. Segala surat yang berkaitan akan disimpan 1 salinan di
dalam fail tersebut. Ini bertujuan memudahkan guru-guru untuk
membuat sebarang rujukan.

6

Tindakan: Encik Vairalingan a/l Manokaran

4.1.6 PAKEJ MATA PELAJARAN
4.1.6.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi.KSSR merupakan
kurikulum KBSR yang telah diperkukuh dan ditambah baik
dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun 1.
4.1.6.2 Peruntukan masa KSSR yang akan dilaksanakan di sekolah ini
berdasarkan kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru,
permintaan daripada murid serta prasarana sekolah. (Rujuk
lampiran 2)

4.1.7 MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN KURIKULUM YANG BERKUALITI
4.1.7.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum diadakan minimum 4 kali. Mesyuarat Jawatankuasa
Panitia Mata Pelajaran diadakan minimum 4 kali setahun dan
mematuhi SPI 4/86.
Tindakan: Ketua Panitia

4.1.8 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN & RANCANGAN PELAJARAN
HARIAN
4.1.8.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan RPT disediakan sebelum sesi
persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga
kehari terakhir persekolahan
4.1.8.2 Beliau memaklumkan penulisan RPH mengandungi sekurang-
kurangnya mengikut (SPI Bil : 3/1999) Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran.
Tindakan: Semua guru
7

4.1.8.3 Beliau mengingatkan agar semua ketua panitia agar menyimpan
satu salinan DSKP dan juga RPT di Bilik Lembaga Peperiksaan.

Tindakan: Ketua Panitia

4.1.9 BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)

4.1.9.1 Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran.

4.1.9.2 Pn Khaizulakmam mengingatkan semua guru membuat
penghantaran Buku Rekod Mengajar ke Pejabat pada hari Jumaat
untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar. Jika seseorang
guru bercuti atau menghadiri kursus buku tersebut hendaklah
diserahkan kepada pentadbir sebelum bercuti.

4.1.9.3 BRM hendaklah diambil semula pada hari Isnin kecuali bagi guru
yang tidak hadir.

4.1.9.4 Beliau juga menekankan bahawa BRM adalah dokumen rasmi dan
disimpan di tempat yang selamat. Ianya mesti dibawa setiap kali
guru melaksanakan PdPc. Penyediaan RPH hendaklah dibuat sehari
sebelum PdPc dilaksanakan.

4.1.9.5 Penggunaan pen ball point sahaja dibenarkan untuk menulis dalam
Buku rekod mengajar. Semua guru mata pelajaran perlu mencatat
TOV dan ETR di dalam senarai nama murid yang ditampal di
belakang buku rekod mengajar.

4.1.9.6 Beliau meminta semua guru agar menampal Borang Semakan BRM
di helaian akhir BRM dan dilengkapkan segala maklumat yang
tertera. Ini bertujuan untuk penyemakan BRM yang akan dilakukan
oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.

4.1.9.7 Borang Rekod Pencapaian 100% digunakan untuk 1 mata pelajaran
sahaja. Semua guru perlu mendapatkan borang tambahan (bagi
melebihi 1 mata pelajaran) di Bilik Lembaga Peperiksaan yang akan
disediakan oleh Setiausaha Kurikulum.

8

4.1.9.8 Beliau turut mengingatkan kepada semua ketua panitia agar
membincangkan penyelarasan RPH mengikut panitia di dalam
mesyuarat pertama panitia.

Tindakan: Semua guru

4.1.10 JADUAL WAKTU

4.1.10.1.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan jadual waktu disediakan
mematuhi peraturan pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas
(SPI) yang berkuatkuasa. (SPI Bil 3/1979, SPI Bil 17/1988, SPI
Bil 8/1990, SPI Bil 25/1998, SPI Bil 5/2002, SPI Bil 11/2010)

4.1.10.1.2 Mengenalpasti mata pelajaran yang ditawarkan, bilangan kelas,
bilangan guru dan opsyen serta mematuhi peruntukan masa
untuk setiap mata pelajaran (SPI Bil 17/1988, SPI Bil 8/1990,
SPI Bil 25/1998)

4.1.10.1.3 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa jadual waktu masih
dalam proses dan akan diedarkan dalam minggu ini.

4.1.10.1.4 Beliau memaklumkan bahawa beliau akan mengeluarkan jadual
guru ganti sebelum jam 7.35 pagi bagi guru-guru sesi pagi.

Makluman semua guru

4.1.11 WAKTU PERSEKOLAHAN

4.1.11.1 Sesi pagi

(a) Isnin : 7.35 a.m. – 1.35 p.m.

(b) Selasa – Khamis: 7.35 a.m.- 1.00 p.m.

(b) Jumaat : 7.35 a.m. – 12.30 p.m.

4.1.11.2 Sesi petang

(a) Isnin – Khamis : 1.05 p.m. – 6.30 p.m.

(b) Jumaat : 2.05 p.m. – 6.00 p.m.

** Waktu berubah mengikut akta/Pekeliling Ikhtisas semasa.

Makluman semua guru

9

4.1.12 PENILAIAN &PEPERIKSAAN

4.1.12.1 Penilaian Pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PPPBS) – 2 kali setahun

4.1.12.2 Ketua Panitia mata pelajaran perlu membuat agihan

penggubal soalan (SPSK PK 05/1) untuk penilaian & peperiksaan

dalam satu tahun persekolahan. Satu salinan agihan penggubal

soalan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.

4.1.12.3 Pn Khaizulakmam memaklumkan penggubal soalan perlu

menyerahkan JSU (SPSK PK 05/2), draf soalan dan skema jawapan

kepada ketua panitia untuk semakan. Ketua Panitia perlu merekod

penyerahan draf soalan dan skema jawapan yang dihantar oleh

penggubal soalan menggunakan borang (SPSK PK 05/3).

4.1.12.4 Beliau memaklumkan PPPBS hanya melibatkan murid-murid

tahap 2 sahaja. Murid-murid tahap 1 perlu dijalankan Penilaian Bilik

Darjah (PBD).

Tindakan: Semua guru

4.1.13 PEMANTAUAN

4.1.13.1 Pencerapan PdPc dilaksanakan mengikut surat Pekeliling

Ikhtisas 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran.

Instrumen pencerapan menggunakan Standard 4 SKPMg2:

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

4.1.13.2 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa pencerapan pdpc

berlaku dua kali setahun iaitu:

Pencerapan pertama: April – Julai

Pencerapan kedua: Ogos - November.

Tindakan: Semua pentadbir

4.1.14 ANGGARAN BELANJA MENGURUS/PCG MATA PELAJARAN

10

4.1.14.1 Semua Ketua Panitia dikehendaki menyediakan Anggaran

Perbelanjaan/Perancangan Kewangan berdasarkan peruntukan

yang diberi.

4.1.14.2 Anggaran Belanja Mengurus dibuat mengikut format (SPSK

PK 17/1). Anggaran Belanja Urus perlu disimpan dalam fail panitia,

fail kurikulum dan fail Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)@PT

4.1.14.3 Peruntukan kewangan mata pelajaran digunakan secara

optimum untuk sumber pendidikan. (60% hingga 80%) melibatkan

semua tahun. Peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran

murid (20% hingga 30%) melibatkan semua tahun.

4.1.14.4 Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian

sumber/ program kepada Guru Besar menggunakan nota minta

(SPSK PK 17/2). Kegagalan mematuhi prosedur tidak akan

diluluskan oleh Guru Besar.

Tindakan: Ketua Panitia

4.1.15 BUKU TEKS/BUKU KERJA/BUKU LATIHAN

4.1.15.1 Pn Khatijah mengingatkan guru matapelajaran mestilah

memastikan murid-murid membuat latihan dalam buku kerja yang

telah dibeli dan ianya perlu disemak oleh guru mata pelajaran dalam

tempoh masa yang ditetapkan.

4.1.15.2 Pn Hajah Khaizulakmam memaklumkan semua guru mengisi

maklumat bilangan dan bentuk latihan/tugasan kepada murid bagi

memastikan pengukuhan konsep dan pengayaan dalam topik yang

diajar dalam Rekod Penyemakan Buku Latihan/Kerja Murid (SPSK

PK 06/1). Borang ini perlu dihantar kepada pentadbir untuk semakan

setiap kali guru merekod 25 latihan/ tugasan. Pemantauan Buku

Rekod Penyemakan Buku Latihan murid akan dilaksanakan dua kali

setahun.

Tindakan: Semua guru

4.1.16 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN

11

4.1.16.1 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc

bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk

Program NILAM.

4.1.16.2 Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang

tidak hadir digalakkan membawa murid ke Pusat Sumber

Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan

pelajaran.

4.1.16.3 Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan

sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa. Penyemakan buku NILAM

murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

4.1.16.4 Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan

oleh guru terlibat dan diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat

Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tindakan: Guru Perpustakaan & Media

4.1.17 BUDAYA MEMBACA BERIMPAK TINGGI /PROGRAM NILAM

4.1.17.1 Memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan

mengikut perancangan.

4.1.17.2 GPM dan Guru NILAM perlu memastikan Program NILAM

dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan. Anugerah

Budaya Membaca dan NILAM perlu dijalankan.

Tindakan:Guru Perpustakaan & Media, Guru NILAM

4.1.18 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

4.1.18.1 Panitia mata pelajaran perlu merancang dan melaksanakan

program bagi meningkatkan kualiti PdPc. Perancangan program

dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum dan panitia pertama.

4.1.18.2 Panitia hendaklah menyediakan Perancangan Strategik (PS)

bagi program peningkatan. PS meliputi program peningkatan

12

prestasi bagi semua murid untuk semua tahun dan program
peningkatan kualiti PdPc.

4.1.18.3 Panitia diminta merancang sekurang-kurangnya satu

program kualiti PdPc guru dilaksanakan setahun. Ketua Panitia perlu

mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program

akademik panitia berkenaan.

Tindakan: Ketua Panitia

4.1.19 PROGRAM LATIHAN PERSONAL (LAP)

4.1.19.1 Pn Khatijah memaklumkan semua guru yang menghadiri

kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada beliau apabila

pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.

4.1.19.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan

mengikut keperluan dan budi bicara Guru besar / Penolong Kanan

apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.

4.1.19.3 LAP wajib dihadiri oleh guru sekurang-kurangnya 7 hari

setahun.

Tindakan: Semua guru

4.1.20 KAJIAN TINDAKAN

4.1.20.1 Pn Khaizulakmam menggalakan panitia mata pelajaran

membuat satu kajian tindakan setiap tahun.

Tindakan: Ketua Panitia

4.1.21 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc & PEPERIKSAAN

4.1.21.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan

dengan menggunakan Font 9/10 Times New Roman, set-up kertas

kiri & kanan 0.5, atas dan bawah pada 0.5. Percetakan 100 helai ke

bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.

13

4.1.21.2 Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo.

Tempoh serahan mestilah 3 harI sebelum penggunaannya.

Tindakan: Semua guru

4.1.22 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN

4.1.22.1 UPSR – Semua murid lulus setiap mata pelajaran (100%)

4.1.22.2 Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata

pelajaran.

4.1.22.3 Gred Purata Sekolah (GPS) menuju ke arah UPSR tidak

melebihi 1.98

Tindakan: Semua guru

4.1.23 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

4.1.23.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk

akademik di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

4.1.23.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian

dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah

memartabatkan nama sekolah.

Tindakan : Semua guru

4.1.24 MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN PdPc YANG BERKUALITI

4.1.24.1 100% guru menulis Rancangan Pengajaran Tahunan dan

Harian mengikut keupayaan murid.

4.1.24.2 100% guru melaksanakan sesi set induksi ke arah kesediaan

minda murid menghadapi PdPc.

4.1.24.3 100% guru melaksanakan Pendekatan PdPc yang

berpusatkan murid. Semua murid diberikan peluang untuk terlibat

dalam PdPc. Semua jawapan murid mesti dihargai.

14

4.1.24.4 100% guru mematuhi Standard Kualititi Pentaksiran

Berasaskan Sekolah semasa melaksanakan Pentaksiran Sekolah.

Tindakan : Semua guru

4.1.25 GURU BERPRESTASI TINGGI

4.1.25.1 100% guru mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan

Awam (PKPA) manakala 15% guru menyumbang kepakaran dalam

bidang di luar sekolah.

4.1.25.2 100% guru mahir menggunakan ICT

Tindakan : Semua guru

4.2 PELANTIKAN JAWATANKUASA KURIKULUM

4.2.1 Pn. Khaizulakmam memaklumkan pelantikan Pn Nor Shasha Zura Bt Md
Lajis sebagai setiausaha kurikulum bagi tahun 2019.

Makluman semua guru

4.2.2 Pn. Khaizulakmam membentangkan perancangan unit kurikulum tahun
2019 (Rujuk Buku Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran – 3P) pada
muka surat 48 - 62.

4.2.3 Pn. Khaizulakmam membentangkan senarai ketua-ketua unit dan ketua
panitia bagi tahun 2019. (Rujuk Buku Perancangan, Pengurusan dan
Pentadbiran – 3P) pada muka surat 54 – 62

4.2.4 Beliau memaklumkan terdapat 2 jawatankuasa yang ditubuhkan ialah
Jawatankuasa Kbat/i-Think dan Jawatankuasa Highly Immersive
Programme (HIP). Manakala Jawatankuasa LINUS diganti dengan
Jawatankuasa Intervensi.

4.2.5 Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik.

Makluman semua guru

4.2.6 Beliau memaklumkan bahawa dalam Jawatankuasa Kurikulum 2019, Puan
Marita turut dilantik sebagai Penyelaras PLC. Beliau meminta agar Pn

15

Marita dapat mengumpul semua laporan PLC dari setiap panitia untuk
didokumentasikan.

Tindakan: Pn Marita Bt Abd Wahab

4.3 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2)

4.3.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan pengisian SKPMg2 akan diisi sebanyak 3
kali iaitu pada bulan Mac, Ogos dan November. Ketua Panitia perlu
membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan helaian
instrumen yang diberi berdasarkan penilaian salinan Aspek 3.1.2
(Pengurusan Panitia).

4.3.2 Beliau memaklumkan semua panitia perlu mencapai Tahap Tindakan 1 dan
Tahap Kualiti sekurang-kurangnya Skor 4.

4.3.3 Beliau meminta semua Ketua Panitia menguasai SKPMg2 dibawah
pengurusan panitia masing-masing.

4.3.4 Ketua Panitia perlu membuat perancangan program peningkatan kualiti
PdPc guru secara terancang iaitu PLC, LADAP, in-house training dan
sebagainya.

4.3.5 Pn. Khaizulakmam memaklumkan perancangan program peningkatan murid
perlu dirancang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran murid
dalam mata pelajaran tersebut.

Tindakan : Ketua panitia

4.4 MBMMBI, DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP), HIGH IMMERSIVE
PROGRAM (HIP)

4.4.1 Pn.Khaizulakmam memberitahu dasar MBMMBI masih diteruskan dimana
setiap murid perlu menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi
kebangsaan.

4.4.2 Pn.Khaizulakmam memaklumkan Dual Language Programme (DLP)
merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Peningkatan Bahasa

16

Inggeris (MBMMBI) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 – 2025.

4.4.3 Program Dual Language Programme (DLP) telah dijalankan di SK Saujana
Impian, SBT semenjak 2016. Mata pelajaran yang terlibat dalam program ini
adalah mata pelajaran Sains dan Matematik.

4.4.4 Pada tahun 2018 Kelas DLP di SK Saujana Impian , SBT melibatkan murid
tahun 1-6. (Musytari & Marikh)

4.4.5 Murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2018 adalah murid pertama
keluaran DLP menjawab matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

4.4.6 Pn. Khaizulakmam meminta guru yang telah dipilih oleh pihak sekolah
mengajar Sains dan Matematik dalam program Dual Language Programme
(DLP) ini bersedia dan meningkatkan kemahiran untuk mengajar dalam
mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris.

4.4.7 Pn Khatijah berharap agar semua warga sekolah membudayakan
penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah.

Tindakan: Semua Guru

4.4.8 Pn Khatijah mengulas bahawa kumpulan pertama murid DLP yang
mengambil UPSR 2018 dianggap berjaya berdasarkan keputusan UPSR
2018 yang sangat membanggakan.

Makluman semua guru

4.5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) & i-THINK

4.5.1 Pn Khaizulakmam menggalakkan guru merancang dan melaksanakan
proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berkualiti tinggi dan
bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian
murid pada tahap optimum secara berterusan.

4.5.2 Guru perlu menggalakkan murid mengemukakan soalan semasa PdPc.
Guru perlu memperbanyakkan aktiviti berpusatkan murid dan aktiviti
menaakul.

17

4.5.3 Beliau juga mengingatkan kepada semua guru, menggalakkan budaya
membaca dalam kalangan murid untuk mendapatkan pelbagai maklumat
dan idea baru dalam mencapai kecemerlangan.

4.5.4 Pn Khaizulakmam meminta Ketua Panitia menetapkan bilangan soalan
yang perlu disediakan dan format soalan yang perlu dibuat. Ketua Panitia
perlu mengingatkan ahli di dalam panitia 40% soalan perlu menjurus kearah
KBAT.

4.5.5 Beliau menekankan penggunaan konsep i-THINK perlu dibudayakan dalam
PdPc dengan menggunakan 8 peta pemikiran dan penggunaan teknik
penyoalan aras tinggi (KBAT). Beliau meminta semua guru menyediakan
PdPc yang menggunakan peta i-THINK sekurang kurangnya 2 kali dalam
seminggu.

4.5.6 Beliau memaklumkan cap peta i-THINK versi buku rekod mengajar untuk
kegunaan guru-guru dalam buku rekod mengajar telah disediakan. Semua
guru digalakkan menggunakan cap tersebut apabila menggunakan peta
pemikiran dalam PdPc dan dicatatkan di dalam buku rekod mengajar.

4.5.7 Pn Khaizulakmam turut menjelaskan bahawa penggunaan KBAT terlibat di
dalam semua unit dan bukan hanya di bawah Unit Kurikulum sahaja.

Tindakan : Semua guru

4.5.8 Pada tahun 2019, Program i-Think sewaktu Perhimpunan Rasmi tetap
diteruskan kerana ia adalah satu program berimpak tinggi. Oleh yang
demikian, sebuah peti jawapan akan disediakan dan diletakkan di luar
Makmal ICT. Ini bertujuan agar memudahkan murid-murid menghantar hasil
kerja i-Think. Pemandu KBAT/i-Think akan bertindak mengumpul jawapan
dan memilih hasil kerja terbaik.

Tindakan : Pemandu KBAT/i-Think

4.6 PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

4.6.1 Pn Khaizulakmam meminta ketua Panitia memainkan peranan dalam
membudayakan strategi-strategi PLC. Semua guru perlu memahami konsep

18

PLC dan menjalankan program PLC. Beliau turut menggalakan semua
panitia menjalankan program PLC lebih dari tiga kali dalam setahun.

4.6.2 Semua guru perlu menjalankan PLC. PLC mewujudkan semangat kerja
berpasukan dengan berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan
bekerjasama dalam kalangan guru.

Tindakan : Semua guru

4.7 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) & PENTAKSIRAN DALAM
BILIK DARJAH (PBD)

4.7.1 Pn Hajah Khaizulakmam memaklumkan pelaksanaan PBS di SK Saujana
Impian,SBT adalah terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.

4.7.2 Komponen PBS yang dijalankan terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS),
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (Psi).

4.7.3 Beliau memaklumkan Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir
dan diskor dan dilapor oleh sekolah, di dalam bentuk pentaksiran formatif
yang dijalankan semasa proses PdPc manakala pentaksiran sumatif (Ujian
1, PPPBS 1 dan PPPBS 2) .

4.7.4 Semua guru mata pelajaran perlu merekodkan prestasi pencapaian murid
pada aras perkembangan pembelajaran murid dengan mengunakan

Tahap Penguasaan pada borang transit dan kemudian direkodkan di tapak
excel offline.

4.7.5 Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
keperluan, kreativiti dan kesesuian masa guru.

4.7.6 Pn Khatijah mengingatkan semua ketua Panitia perlu memainkan peranan
penekanan pencapaian prestasi PBS murid untuk setiap mata pelajaran.
Guru mata pelajaran perlu membuat analisa pencapaian PBS murid.

4.7.7 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapat maklumat
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

19

4.7.8 PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan
membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid
dari semasa ke semasa serta merancang pengubahsuaian kaedah
pengajaran.

4.7.9 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa Tahap Penguasaan murid dalam
PBD direkod dalam templat yang telah disediakan dan dilaporkan kepada
Jawatankuasa Jaminan Kualiti PBD di peringkat sekolah, kepada murid dan
ibu bapa.

4.7.10 PBD perlu dilaporkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Tindakan : Semua guru

4.8 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

4.8.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan surat pekeliling ikhtisas Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 8/2016 , Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (Semakan 2017) akan dibuat secara berperingkat-
peringkat mulai tahun 2017.

4.8.2 Beliau memaklumkan pelaksanaan pelajaran di bawah KSSR (Semakan
2017) diperkukuh melalui Elemen Merentas Kurikulum ) EMK.

4.8.3 EMK merupakan unsur nilai tambah yang boleh diterapkan dalam PdPc.
Semua guru boleh memuat turun panduan pelaksanaan EMK melalui laman
sesawang http://bpk.moe.gov.my

Tindakan : Semua guru

4.9 FROG-VLE

4.9.1 Pn Khaizulakmam meminta semua guru menyediakan PdPc menggunakan
FROG-VLE sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Guru perlu catat
dalam buku rekod mengajar jika mengajar menggunakan laman
pembelajaran FROG-VLE dengan murid.

4.9.2 Pn Hajah Khaizulakmam memaklumkan 50% murid log-in FROG-VLE
dalam sebulan dan ianya perlu dicapai.

20

4.9.3 Pn Khaizulakmam meminta semua guru mengaplikasikan PdPc Abad ke-21
didalam kelas. Guru perlu lebih berfokus kearah pencapaian 6 aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunaan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025.

Tindakan : Semua guru.

4.10 LINUS 2.0 / INTERVENSI

4.10.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa Program LINUS telah
dimansuhkan diperingkat KPM, namun ia masih diteruskan diperingkat
sekolah.

4.10.2 Pn Khaizulakmam memaklumkan Jawatankuasa Intervensi bertindak untuk
mengenalpasti murid-murid yang masih lemah dan dilakukan pemulihan.

4.10.3 Pn Khatijah meminta Pn Azilawati agar mengenalpasti murid-murid yang
lemah dengan kadar segera. Pemulihan dijalankan di bilik Impian Harapan.

4.10.4 Beliau turut melaporkan bahawa terdapat 5 orang murid dari kelas 3 Utarid
yang masih belum mencapai tahap minimum LINUS Bahasa Inggeris.
Beliau meminta agar Panitia Bahasa Inggeris merancang program
intervensi yang bersesuaian.

4.10.5 Beliau meminta agar diagnostik dilakukan kepada murid yang tidak
melepasi tahap minimum LINUS di awal tahun untuk mengenalpasti
kelemahan murid tersebut.

Tindakan: Puan Azilawati, KP Bahasa Inggeris, KP Bahasa Malaysia, KP Matematik.

4.11 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
4.11.1 Pn Khaizulakmam mengingatkan semua guru perlu mempratikkan amalan
MMI di sekolah mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing. MMI di
teruskan supaya murid mendapat pembelajaran yang maksimum dan
berkualiti. Guru yang mengganti perlu memastikan proses PdP dapat
dilaksanakan dengan berkesan tanpa kehadiran guru mata pelajaran.

21

4.11.2 Beliau juga memberitahu jika murid tidak dapat mengikuti PdPc pada waktu
rasmi persekolahan maka ia wajib dilaksanakan pada masa dan kaedah
yang berlainan.

4.11.3 Pn Khatijah mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/waktu
terluang itu adalah masa bekerja.

Tindakan : Semua guru.

4.12 KEWANGAN
4.12.1 Pn Hajah Khaizulakmam membentangkan Peruntukan Kewangan Kerajaan
bagi Tahun 2019. (Rujuk Lampiran 4)
4.12.2 Beliau mengingatkan ketua panitia supaya membuat perancangan dan
pembelian yang manfaat dan berfaedah untuk guru-guru. Ketua Panitia
perlu menyediaan anggaran perbelanjaan/perancangan kewangan
berdasarkan peruntukan yang diberi. Penyediaan BBM 2019 perlu
dibincangkan dalam mesyuarat pertama panitia.

Tindakan : Semua guru
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Khaizulakmam mengingatkan kepada Ketua Panitia yang masih belum
menghantar Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 2019 agar bertindak segera.

5.2 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa jadual waktu guru dan jadual waktu
kelas akan diedar mulai 27 Disember 2018 oleh Ustaz Mohd Khairil Akmal Bin
Masduki.

5.3 Borang transit PBS perlu disediakan di awal tahun.
5.4 Buku rekod yang dihantar perlu dilengkapkan mengikut minggu. Maklumat diri,

senarai tugas, rekod cuti, rekod kursus dalam perkhidmatan, rekod kelas bantu,
sesi persekolahan dan cuti penggal, jadual waktu dan buku rujukan guru perlu
dilengkapkan dan buku hanya boleh dibalut dengan plastik jernih sahaja. Nama
guru perlu ditulis

22

5.5 Pn Khaizulakmam memaklumkan jadual waktu kelas dan persendirian perlu
dihantar sebanyak 3 salinan.
Tindakan : Semua guru

5.6 Pn Hajah Khaizulakmam memaklumkan mesyuarat panitia kali pertama dihadiri dan
dirasmikan oleh pentadbir. Beliau mengumumkan pengagihan pentadbir yang akan
menghadiri mesyurat panitia kali pertama . (Rujuk Lampiran 4)
Tindakan : Ketua panitia

5.7 Beliau memaklumkan Taklimat Ibu Bapa Tahun 1 akan diadakan pada 29hb
Disember 2018 /Sabtu. (Rujuk Lampiran 5)
Makluman semua guru

6.0 PENUTUP
Pn Khaizulakmam mengharap semua guru komited dan bekerja secara kolaboratif
serta berterusan dan komited dalam bekerja bersama ke arah mencapai prestasi
murid yang lebih baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 tengah hari.

Urus Setia,
________________

Setiausaha Kurikulum 2019
SK Saujana Impian, SBT
26 DISEMBER 2018

23


Click to View FlipBook Version