The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.3/2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shashazura, 2019-10-14 02:19:25

MINIT KURIKULUM BIL 3 2019

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.3/2019

Keywords: MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,KPM

PERSIARAN IMPIAN PERDANA, SAUJANA IMPIAN,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.3/2019

Bilangan Mesyuarat : 3/2019
Tarikh : 25hb Jun 2019
Hari : Selasa
Masa : 12.30 tengah hari – 1.53 tengah hari
Tempat : Kamar Saujana, SK Saujana Impian SBT

Hadir - Guru Besar
- GPK Pentadbiran
1. Pn. Khatijah Bt Yusof - GPK Kokurikulum
2. Pn. Hjh Khaizulakmam Bt. Zulkifli - GPK Hal Ehwal Murid
3. En. Mohd Hafeez Bin Mansor - GPK Petang
4. Pn. Norihan Bt Md Nahar - Setiausaha Kokurikulum
5. Pn. Norlia Bt. Ahmad - Guru Bimbingan & Kaunseling
6. Ustazah Nazuha Bt Mohamad Aris - Guru Pra Sekolah
7. Pn. Hjh Noryana Bt Mahat - Ketua Panitia Bahasa Melayu
8. Cik Suraini Bt Ibrahim - Ketua Panitia Bahasa Inggeris
9. Pn. Nor Azlita Bt Jani - Ketua Panitia Sains
10. Pn. Gowri A/P Mottaiya - Ketua Panitia Matematik
11. Pn. Khalilah Bt Kamaruddin - Ketua Panitia Agama Islam
12. Pn. Tuan Haroha Bt Tuan Mat - Ketua Panitia Bahasa Arab
13. Ustazah Halimah Bt Mohamad - Ketua Panitia Sejarah
14. Ustazah Rohaya Bt Mat Zin - Ketua Panita RBT
15. Pn. Helena Bt Hj Mohamed - Ketua Panitia TMK
16. En. Mohd Yamani B Ngah - Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
17. Pn. Roszawati Bt Md Din - Ketua Panitia Pendidikan Seni
18. Pn. Siti Aishah Bt Ismail - Ketua Panitia Pendidikan Moral
19. Pn. Mawar Bt Shariff - Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan
20. Pn. Zurinah Bt Jaafar - Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
21. Pn Fazlezaa Bt Sarif - Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
22. Pn. Hasnafizah Bt Che Soh - Setiausaha Panitia Sains
23. Pn. Sri Latha a/p Demado - Setiausaha Panitia Agama Islam
24. Pn. Norashikin bt Mohd Norrizan - Setiausaha Panitia Bahasa Arab
25. Ustazah Sa’idah Bt Ibrahim - Seitiausaha Panitia Pendidikan Muzik
26. Ustazah Nursaadah Bt Ismail - Setiausaha Panitia Pend. Kesihatan
27. Cik Wan Athirah Bt Wan Mohd Aminuddin - Setiausaha Panitia Pend. Jasmani
28. En Mohd Hatme Fadly B Yusoff - Setiausaha Panitia Pend. Seni
29. Pn. Hamimah Bt Abdullah - Setiausaha Panitia Sejarah
30. Pn. Nurul Akmar Bt Mohd Ariffin - Setiausaha Panitia RBT
31. Pn. Wan Nasiha Bt Wan Ahmad
32. Pn Siti Asbah Bt Bahraldin 1

33. Ustazah Suryani Bt Brahim - Guru Perpustakaan & Media
34. Pn. Mardhiyah Bt Megat Nabil Mohsin - Guru Penyelaras Bestari
35. Pn. Marita Bt Abd Wahab - Setiausaha Peperiksaan Dalaman
36. Pn. Lim Swee Fong - Setiausaha UPSR
37. Pn. Azilawati Bt A. Rahim - Setiausaha Intervensi
38. Pn. Nawal Shakirah Bt Mahmud - Penyelaras UPSR
39. Pn. Suganah A/P Nadasan - Setiausaha DLP
40. Pn. Nor Fadhlina Bt Omar - Penyelaras KSSR
41. Ustazah Sawaroh Bt Che Jahari - Setiausaha SBT
42. Pn. Siti Hajar Bt Idris - Penyelaras SPBT Daerah
43. Pn. Siti Asiah Bt Idris - Penyelaras SPBT
44. Pn. Rosni Bt Ali - Penyelaras MMI
45. Pn. Siti Zaharah Bt Che Ros - Setiausaha LAP
46. Pn. Warisah Bt Mohd Daud@Mohd Hanafi - Setiausaha PIBG
47. Cik Hjh Ernie Aida Bt Hadi Darsono - Guru Kelas 2 Bumi
48. En. Nik Iruansafawi B Nik Chik - Guru Kelas 2 Musytari
49. Ustazah Khairiah Bt Husin - Guru Kelas 2 Zuhrah
50. Ustazah Nur Faridah Bt Abdul Kadir - Guru Kelas 2 Utarid
51. Ustazah Siti Khadijah Bt Mohd Nordin - Guru Kelas 3 Marikh
52. Ustazah Sa’idah Bt Ibrahim - Guru Kelas 3 Bumi
53. Pn. Nur Edayu Bt Sa’ari - Guru Kelas 3 Zuhrah
54. Cik Rosmiza Bt Ismail - Guru Kelas 3 Utarid
55. En. Mohd Rosli B Abdullah - Guru Kelas 5 Marikh
56. Pn. Juliana Bt Ahmad Zuki - Guru Kelas 5 Musytari
57. En Mohd Zaidi B Sulaiman - Guru Kelas 6 Zuhrah
58. Pn. Noorul Hafizah Bt Mohd Masri@Othman - Guru Pendidikan Jasmani
59. Ustaz Abdul Muhaimin B Mat Rasid - Guru Pendidikan Islam
60. Ustaz Sayuti B Abdul Aziz - Guru Pendidikan Islam
61. Ustaz Omaira B Samat - Guru Pendidikan Islam
62. En. Hilman Zahran B Mohd Nazarudin - Guru Praktikal
63. Ustazah Nur Hidayah Bt Mohd Amin - Guru Praktikal
64. Ustazah Nurul Nadiah Bt Karim - Guru Praktikal
65. Ustazah Nur Aisyah Bt Mohd Noor - Guru Praktikal
66. Pn. Nor Shasha Zura Bt Md Lajis - Setiausaha Kurikulum

Tidak Hadir (Bersebab) - Sukan
- Sukan
1. Ustaz Mohd Khairil Akmal B Masduki - Kursus
2. Ustaz Ahmad Sahrul Bin Hussin - Cuti Tanpa Gaji
3. En Hamin B Ahmad - Cuti Sakit
4. Pn. Mardhiyah Bt Megat Nabil Mohsin
5. Ustazah Kamariah Bt Sulong

2

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI : PN KHATIJAH BT YUSOF (GURU BESAR)
1.1 Pn Khatijah mengucapkan selamat sejahtera dan salam saujana kepada semua
guru, semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu, Beliau juga mengalu-
alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Unit Kurikulum Bil.3/2019. Beliau
memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah.
Makluman semua guru

UCAPAN NAIB PENGERUSI: PN HJH KHAIZULAKMAM BT ZULKIFLI
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

1.2 Pn Hjh Khaizulakmam mengucapkan selamat sejahtera dan salam saujana kepada
semua guru yang hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2019.

1.3 Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua guru kerana telah
berjaya melaksanakan Program Hari Bicara Akademik yang telah berlangsung
pada 22 Jun 2019 yang lalu. Beliau turut memaklumkan bahawa program tersebut
telah berjalan dengan lancar dan sebarang kelemahan akan diperbaiki pada masa
akan datang.
Makluman semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Setiausaha Kurikulum membentangkan minit Mesyuarat Induk Kurikulum Bil.2/2019
tanpa sebarang pindaan.

2.2 Dicadang oleh: Pn Gowri a/p Mottaiya
Disokong dengan pindaan: Pn Hamimah Bt Abdullah
Sokongan sebulat suara oleh semua guru.

3.0 PERKARA - PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn Khatijah memaklumkan bahawa peruntukan untuk program Kem Bestari Solat
(KBS) telah diterima. Namun begitu, peruntukkan tersebut diperuntukkan hanya
untuk murid-murid Tahap 2 sahaja. Ustazah Halimah memaklumkan bahawa setiap
peruntukkan berjumlah RM2.40 per murid.
Tindakan: Ustazah Halimah dan AJK Panitia Agama Islam
3.2 Pn Khaizulakmam membentangkan laporan Program Hari Bicara Akademik. Beliau
turut membincangkan sebarang kelemahan yang berlaku di sepanjang program
berlangsung. Hasil perbincangan menyatakan bahawa pelaksanaan Program Hari
Bicara Akademik diteruskan dengan penambahbaikkan iaitu pelaksanaan akan
berlaku diperingkat kelas. Para ibu bapa/penjaga akan mendapat maklumat
akademik daripada guru kelas anak masing-masing.
Tindakan: Setiausaha Kurikulum

3

4.0 PERKARA - PERKARA DIBINCANGKAN
4.1 PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
4.1.1 Pn. Khatijah memaklumkan bahawa terdapat dua kali pencerapan guru iaitu

Fasa 1 pada April hingga Julai dan Fasa 2 pada Ogos hingga November.
4.1.2 Pn Khatijah memaklumkan Pencerapan Fasa 1 perlu dilaksanakan dalam

tempoh yang diberi iaitu sebelum akhir Julai. Beliau melaporkan bilangan

4.1.3 guru yang telah dicerap oleh para pentadbir:
Pn Khatijah : 6 orang
Pn Khaizulakmam: 11 orang
Pn Norihan: 11 orang
Pn Norlia: 11 orang
En Mohd Hafeez: 4 orang

Makluman semua guru
Beliau menegaskan agar semua guru yang telah dicerap perlu menghantar

buku latihan murid kepada para pentadbir untuk disemak.
4.1.4 Beliau turut mengingatkan guru-guru agar menanda dan menyemak latihan

kerja murid dengan konsisten. Bagi murid Tahap 1, guru-guru Tahap 1 perlu

memastikan latihan yang diberi mencukupi dan disemak.
Tindakan: Semua guru

4.2 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
4.2.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa penggunaan terma yang betul

ialah Borang Pelaporan dan tidak lagi disebut sebagai Borang Transit.
Makluman semua guru

4.3 DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)
4.3.1 Pn.Khatijah memaklumkan bahawa akan berlaku sedikit rombakan dari segi

ketetapan guru yang akan mengajar subjek DLP.
Makluman semua guru

4.4 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) & i-THINK
4.4.1 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak akan

menyertai pencalonan sekolah ikon bagi iThink. Ini adalah kerana terdapat

banyak syarat-syarat yang perlu dikaji semula dan dipertingkatkan lagi di

masa akan datang.

Makluman semua guru

4.5 PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
4.5.1 Pn Khaizulakmam mengingatkan semua guru agar memasukkan maklumat

PLC di dalam talian.
Tindakan: Semua guru

4.5.2 Beliau turut memaklumkan bahawa semua ketua panitia perlu memastikan

agar setiap ahli panitia mengisi maklumat PLC di dalam talian (online).
Tindakan: Semua Ketua Panitia

4.5.3 Beliau turut menegaskan bahawa PLC tidak terhad hanya diperingkat

panitia sahaja. PLC boleh berlaku dalam semua bidang.

4

4.5.4 Beliau turut memaklumkan bahawa Toolkit untuk PLC boleh didapati di Bilik

Operasi Peperiksaan.

Makluman semua guru

4.5.5 Pn Khatijah memaklumkan bahawa seramai 13 orang guru yang belum

mencapai kredit minimum 42 jam. Beliau meminta agar Puan Siti Zaharah

selaku Setiausaha LAP mengenalpasti 13 orang guru tersebut.
Tindakan: Pn Siti Zaharah Bt Che Ros, Setiausaha LAP
.

4.6 INTERVENSI
4.6.1 Pn Khatijah menegaskan agar Program Mentor-Mantee dijalankan

sepanjang tahun terutama bagi murid-murid Tahap 1.
Tindakan: Pn Azilawati Bt A. Rahim, Penyelaras Intervensi

4.6.2 Pn Khatijah mengingatkan agar semua guru matapelajaran Bahasa

Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik menjalankan program pemulihan di

dalam kelas dan sentiasa mengambil berat tentang kehadiran murid

bermasalah ke sekolah.
Tindakan: Guru Matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik

dan semua guru kelas

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn Khatijah mengingatkan semua guru agar sentiasa menjaga kebersihan bilik guru

dan keselamatan bilik tersebut dengan memastikan ianya sentiasa berkunci

sebelum tamat persekolahan.
Tindakan: semua guru

5.2 Pn Khatijah memaklumkan bahawa Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi

Tahap 1 mesti dirancang dengan pdpc sepenuhnya sepanjang tahun. Ini berikutan

tidak ada peperiksaan bagi Tahap 1.

Tindakan: Semua Guru Tahap 1

5.3 Pn Khaizulakmam mengingatkan agar guru-guru yang masih belum menghantar

Borang Keberhasilan Guru Fasa 2 agar dapat menghantar borang tersebut dengan

kadar segera.

Tindakan: Semua guru

5.4 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa Buku Penyemakan Buku Latihan Murid

perlu dihantar sebelum 5 Julai 2019. Guru sesi pagi serah kepada Puan

Khaizulakmam dan guru sesi petang serah kepada Puan Norlia.
Tindakan: Semua guru

5.5 Pn Khaizulakmam meminta semua guru kelas menampal laporan SAPS dan PBD
di dalam Buku pelaporan murid.

Tindakan : Semua guru kelas

5

5.6 Pn Khaizulakmam mengingatkan Penyebaran Luas bagi KSSR Semakan Tahun 4
sedang dilaksanakan di peringkat PPD. Beliau mengingatkan agar guru-guru yang
telah menghadiri kursus penyebaran tersebut agar dapat melaksanakan LADAP di
peringkat panitia mengikut ketetapan masa yang ditetapkan. Laporan dan minit
curai perlu dilengkapkan.
Tindakan : Guru-guru yang hadir Kursus KSSR Semakan Tahun 4

5.7 Pn Khaizulakmam memaklumkan bahawa sisipan Pendidikan Sivik perlu
dilaksanakan pada minggu ke-4 setiap bulan dan perlu mengikut jadual waktu yang
telah ditetapkan. Beliau turut menambah bahawa Modul dan Perincian Pendidikan
Sivik telah disediakan dan diletakkan di bilik guru bagi memudahkan guru-guru
membuat rujukan.
Makluman semua guru

5.9 Pn Khaizulakmam mengingatkan kepada semua guru matapelajaran Bahasa
Melayu agar melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengikut
ketetapan waktu yang telah ditetapkan. En Mohd Rosli telah menjalankan LADAP
mengenai PKJR di peringkat panitia pada tahun lepas.
Tindakan: Semua Guru Matapelajaran Bahasa Melayu

6.0 PENUTUP
Pn Khatijah berharap semua guru dapat melaksanakan tugasan dengan berkesan
dan memastikan penandaan buku secara konsisten.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.53 tengah hari.

Urus Setia,
Setiausaha Kurikulum 2019
SK Saujana Impian, SBT
25 JUN 2019

6


Click to View FlipBook Version