SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MUDA SERTING,
72100 BAHAU,
NEGERI SEMBILAN
MINIT MESYUARAT PERTAMA
DAN
KEDUA
UNIT HEM
2021
SEK. KEB. TUNKU MUDA SERTING,
72100 BAHAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA 2021
Tarikh : 12 JANUARI 2021 (Selasa)
Masa : 8.30 PAGI
Tempat: Dewan Gemilang SK Tunku Muda Serting
Kehadiran:
1. Pn. Hjh. Halijah bt. Abd. Manap (Guru Besar)
2. Pn. Azarina bt. Abdul Aziz (GPK 1)
3. Pn. Azlina bt. Lakimin (GPK HEM)
4. Pn. Arbaiyah bt. Yusof (GPK KO)
5. Pn. Aziah bt. Abu Samah (Setiausaha HEM)
6. Pn. Tamilarasi A/P Rajendran (Pen. SU HEM)
7. Pn. Azizah bt. Masroh
8. Cik Norhanisah bt. Harun
9. Pn. Norshahwati bt. Md. Shah
10. Pn. Lila Nura bt. Osmat
11. Pn. Norliza Liyana bt. Md. Liman
12. En. Bushri b. Md. Udin
13. Pn. Ruziah bt. Md. Md. Daron
14. Pn. Ghazmawanie bt. Ghazi
15. Pn. Norfaizah bt. Abd Rahman
16. Pn. Mazni bt Kinot
17. Pn. Zaifadzila bt. Noridza
18. Pn. Raziah bt. Bakar
19. Pn. Lila Suhara bt. Sukiran
20. Pn. Siti Noraini bt. Mohd. Noor
21. Pn. Hjh. Noor Hani bt. Mat Amin
22. Pn. Siti Mariam bt. Muhamma Dunni
23. Cik Mardina bt Kamaruzaman
24. Pn. Nor Asnira bt Norwi
25. En. Ibrahim b. Daud
26. Pn. Hjh. Mazni bt. Demyati@ Mahfoz
27. Pn. Nur Hayati bt. Mohamed Jaid
28. En. Hakimi b. Md Said
29. Pn. Nurul Huda bt. Md. Isa
30. En. Nazarudin b. Ahmad
31. En. Muhammad Khirul b. Awaludin
32. Pn. Rusnah bt. Yusof
33. Pn. Noridah bt. Abdur Rehiman
34. En. Jamaludin b. Muahat
35. Pn. Fairuz bt. Mazlan
36. Pn. Logawathy a/p Krishnan
37. Pn. Asmah bt. Abd. Azis
38. Pn. Haslina bt. Abd. Rahman
39. En. Amirruddin b. Mohd. Shah
40. En. Roziman b. Abdullah
41. Pn. Ruziyah bt. Abd. Ghani
42. Cik Zia Safiqah bt. Zamree
43. Pn. Zuraina bt. Ahmad
1. UCAPAN PENGERUSI – PN. HJH. HALIJAH BT. ABD. MANAP (Guru Besar)
1.1 Selamat datang dan terima kasih kepada semua guru- guru yang dapat hadir pada
mesyuarat Hal Ehwal Murid (HEM)
kali pertama 2021. Tahniah dan terima kasih kerjasama serta komitmen di dalam
menghadapi cabaran & kekangan pandemik Covid 19 & pematuhan SOP.
1.2 Guru-guru melaksanakan tugas mengikut tatacara tugas di bawah unit-unit kecil HEM.
Warga sekolah sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang, proaktif dan mengamalkan
budaya kerja cemerlang, proaktif serta berani mendepani cabaran untuk membangunkan
dan membina karakter murid ( 6 Aspirasi Murid ) dan nilai- nilai murni bagi memenuhi
aspirasi negara.
1.3 Semua guru bertanggungjawab meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid yang
berkualiti dari segi pengetahuan, akhlak dan nilai (karektor)( ABC dan Alif , Ba, Ta ) untuk
menjadikan negara sejahtera.
1.4 Pendidikan Sivik diserap dan dimantapkan lagi dengan penerapan nilai murni megikut tema.
1.5 Guru-guru hendaklah melaksanakan tugas dengan niat dan kesungguhan serta sentiasa
merealisasikan hasrat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) ’JOM POIE NOLONG
SEKOLAH’.
1.6 Sebagai pendidik, guru-guru perlulah ikhlas dan sabar dalam menghadapi apa juga masalah
dan rintangan.
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KE-3
Cadangan : Pn. Norhayati bt. Jaid
Sokongan : Pn. Haslina bt. Abdul Rahman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Sebulat suara menerima minit yang dibentangkan oleh Setiausaha HEM.
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN
4.1 Pn. Azlina bt. Lakimin GPK HEM membentangkan AJK Unit HEM 2021.
4.1.1 Haya terdapat sedikit sahaja perubahan AJK untuk tahun 2021.
4.2 Kehadiran 2020 – Pn. Azlina bt. Lakimin- GPK HEM
4.2.1 Pada keseluruhannya kehadiran pada tahun 2022 adalah 86.8%. Tidak mencecah 90%
disebabkan pada bulan November peratus kehadiran adalah menurun iaitu hanya 73.48%.
Ini adalah disebabkan kerisauan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
4.3 Disiplin/Salahlaku
4.3.1 SKTMS tidak mencatatkan kes salahlaku (zeo salahlaku) di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM).
4.3.2 Kes salahlaku yang didaftarkan di sekolah rendah tidak akan dibawa ke sekolah menengah.
4.3.3 Sahsiah Terpuji hanya untuk muird-murid yang didaftarkan salahlaku (wajib) dan harus
untuk murid-murid yang lain.
4.3.4 Buku salahlaku perlu diwujudkan dan disimpan di bilik GPK HEM di pejabat.
4.4 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
4.4.1 Semester 1 masukkan seramai 5 orang murid manakala pada semester 2 masukkan 5 orang
murid.
4.5 Pemakaian kasut sekolah
4.5.1 Pekeliling terbaharu menyatakan bahawa pemakaian kasut hitam atau putih adalah
ditetapkan oleh penjaga. Jika memilih memakai kasut berwarna hitam maka stoking
4.5.2 hendaklah juga berwarna hitam. Jika memilih memakai kasut berwarna putih maka stoking
hendaklah juga berwarna putih.
Hanya Unit Pengawas, PRS, PSS dan SPBT sahaja yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah
samada memakai kasut putih atau hitam.
4.6 Pendaftaran murid tahap 1 dan 2
4.6.1 Pendaftaran murid tahap 1 – 13 Januari 2021 (Rabu)- Tahun 1,2 dan 3
4.6.2 Pendaftaran murid tahap 2 - 15 januari 2021 (Jumaat) – Tahun 4,5,dan 6.
4.6.3 Semasa hari pendaftaran tersebut hanya ibu atau bapa sahaja yang dibenarkan hadir ke
sekolah. Murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
4.6.4 Seandainya terdapat penjaga yang yang anaknya ada di tahap dua pada 13 Januari mereka
hendak membayar bayaran persekolahan, guru-guru hendaklah menerima mereka bagi
memudahkan urusan mereka.
Mohon guru-guru tahun satu maklumkan dalam group wasap bahawa pendaftaran tahun
satu adalah pada hari pertama persekolahan.
4.7 Borang Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)
4.7.1 Hendaklah diagihkan kepada ibu/bapa/penjaga pada hari pendaftaran.
4.7.2 Borang ini perlu diisi setiap tahun kerana terdapat perubahan pendapatan, isi rumah dan
sebagainya.
4.7.3 Ruang di bahagian pendapatan tidak boleh dicatat RM0. Mesti ditulis dengan angka supaya
boleh diterima oleh sistem.
4.7.4 Selepas isi borang APDM, murid yang layak boleh mengisi borang Bantuan Bersepadu:
- BAP
- KWAPM
- RMT
- SUSU
- BAS
4.8 Penyerahan beg sekolah sumbangan McD dan ‘Voucher bernilai RM 100 sumbangan Zakat
4.8.1 Suruhanjaya Syarikat Malaysia
4.8.2 Pada hari tersebut, akan penyerahan beg sekolah dari wakil McD dan penyerahan ’voucher’
sebanyak RM 100 daripada Zakat Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Senarai nama murid bagi setiap kelas yang terlibat telah disediakan. “Voucher” sebanyak
RM100 akan disediakan oleh Ustazah Hjh. Mazni dan ‘Voucher’ ini hanya untuk murid-murid
Islam sahaja.
4.9 Rancangan Makan Tambahan (RMT)
4.9.1 RMT akan diberikan kepada murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 pada hari pertama
persekolahan manakala murid tahun 1 akan menerima RMT pada bulan Februari 2021.
4.9.2 Murid RMT akan makan di kawasan yang telah ditetapkan di kantin.
4.10 Skim Pinjaman Buku Teks
4.10.1 Pn. Tamilarasi dan AJK SPBT serta dibantu oleh pekerja sekolah akan meletakkan buku-buku
teks ke dalam kelas (atas meja murid) bagi mengelakkan masalah keadaan yang tidak
teratur semasa hari pertama persekolahan.
4.10.2 Pada 19 Januari 2021 guru kelas kedua akan membantu Pn. Tamilarasi untuk menyusun
buku teks yang akan diagihkan kepada murid-murid.
4.11 Kantin
4.11.1 Buku penilaian perlu berada di kantin.
4.12 Unit Projek Khas dan Lawatan
4.12.1 Terdapat AJK telah disusun semula.
4.13 Pendaftaran
4.13.1 Tahun 1- guru kelas daftarkan.
Murid baharu dari tahun 2-6 – minta jasa baik pihak pejabat daftarkan.
4.13.2 Ini adalah bagi mengelakkan masalah yang timbul apabila sijil berhenti sekolah hendak
dikeluarkan.
4.13.3 Mohon pertolongan En. Kamal dan En. Adam uruskan kerusi meja untuk muird baharu.
4.13.4 Mohon setiap kelas lebihkan 2 meja dan 2 kerusi.
4.14 Buku catatan suhu
4.14.1 Guru kelas hendaklah menyediakan buku catatan suhu dan hendaklah dihantar ke pejabat
selepas sesi persekolahan.
4.15 Buku Kawalan Kelas
4.15.1 DIsediakan oleh pihak sekolah dan hendaklah dihantar ke pejabat selepas sesi persekolahan.
4.16 Unit Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan akan bergabung di dalam penyediaan jangka
suhu, sanitizer dan buku catatan suhu sebelum sesi persekolahan dibuka.
Tindakan : Makluman
4.17 Guru Bertugas Mingguan
4.17.2 Guru bertugas mingguan adalah seramai 4 orang seminggu.
4.17.2 Setiap guru akan disediakan tugasan dan tugasan tersebut tercatat di dalam jadual
tersebut.
4.17.3 Waktu Rehat perlu ada guru bertugas : guru sebelum waktu rehat – iring murid ke
kantin.
: guru selepas rehat pantau murid makan
dalam kelas.
4.17.4 Waktu balik sekolah : guru bertugas perlu memainkan peranan dan memantau
murid yang balik.
Tindakan : GPK HEM
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Azarina bt. Abdul Aziz (GPK 1)- memohon agar guru data menyediakan Id dan Password
untuk guru-guru membuat tetapan subjek.
5.2 Guru besar- Data murid perlu disimpan oleh guru kelas satu Salinan dan hendaklah dimuat
turun dari APDM.
5.2.1 Harapan 2021- Tandas Bersih. GPK HEM akan tubuhkan skuad ‘Kebersihan Tandas”.
5.2.3 Sewa kantin akan dilanjutkan hingga Jun 2021.
5.2.4 Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada bula Februari 2021.
5.2.5 Pendemik Covid19 – ada segelintir guru yang ‘stress’. Kepada guru yang memerlukan
khidmat kaunseling sila maklumkan kepada guru besar.
5.2.5 Jamuan Kelab Staf- ditangguhkan atas sebab PKPB. Pembubaran AJK dan yuran Kelab Staf
ditangguhkan.
5.3 Pn. Nor Asnira bt. Norwi
5.3.1 Mengemukakan pertanyaan samada ibubapa boleh atau tidak menghantar anak-anak
mereka masuk ke kawasan pra-sekolah.
5.3.2 Guru besar memaklumkan bahawa kelonggaran akan diberi kepada ibubapa yang
menghantar anak-anak ke pra-sekolah.
5.4 Pn. Hjh. Mazni bt. Mafoz
5.4.1 Tarikh bayaran buku – 13 Januari 2021 (Rabu) - Tahap 1
5.4.2 - 15 Januari 2021(Jumaat)- Tahap 2
5.4.3 Bayaran hendaklah dibuat kepada guru kelas dan pengambilan buku di kedai buku.
Murid-murid yang terpilih dengan pemberian ‘voucher’ sebanyak RM 100 hendaklah
menebus barang hanya di kedai buku:
57 orang- dapat beg dan ‘voucher’
1 orang – dapat beg (bukan Islam)
5.5 Pn. Azlina bt. Lakimin (GPK HEM)
5.5.1 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bermula pada pukul 7.40 pagi.
5.5.2 Waktu Rehat:
Tahap 1 – 10.10-10.40 pagi
5.5.3 Tahap 2 - 10.40 -11.10 pagi
Waktu balik:
5.5.4 Tahap 1 – 1.10 tengahari (Isnin- Khamis)
- 12.10 tengahari (JUmaat)
Tahap 2 – 1.40 tengahari (Isnin- Khamis)
- 12.10 tengahari (Jumaat)
Pastikan laluan keselamatan waktu pendemik dikemaskinikan terutama garisan penjarakan.
6. Penutup
6.1 Pn. Azlina bt. Lakimin (GPK HEM) mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru
dalam bidang HEM.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.
Disediakan oleh
……………………………..
(AZIAH BT. ABU SAMAH)
Urusetia Mesyuarat
SEK. KEB. TUNKU MUDA SERTING,
72100 BAHAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MINIT MESYUARAT HEM KALI KEDUA 2021
Tarikh : 26 FEBRUARI 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 PAGI
Tempat: Dewan Gemilang SK Tunku Muda Serting
Kehadiran:
4. Pn. Hjh. Halijah bt. Abd. Manap (Guru Besar)
5. Pn. Azarina bt. Abdul Aziz (GPK 1)
6. Pn. Azlina bt. Lakimin (GPK HEM)
4. Pn. Arbaiyah bt. Yusof (GPK KO)
5. Pn. Aziah bt. Abu Samah (Setiausaha HEM)
6. Pn. Tamilarasi A/P Rajendran (Pen. SU HEM)
7. Pn. Azizah bt. Masroh
44. Cik Norhanisah bt. Harun
45. Pn. Norshahwati bt. Md. Shah
46. Pn. Lila Nura bt. Osmat
47. Pn. Norliza Liyana bt. Md. Liman
48. En. Bushri b. Md. Udin
49. Pn. Ruziah bt. Md. Md. Daron
50. Pn. Ghazmawanie bt. Ghazi
51. Pn. Norfaizah bt. Abd Rahman
52. Pn. Mazni bt Kinot
53. Pn. Zaifadzila bt. Noridza
54. Pn. Raziah bt. Bakar
55. Pn. Lila Suhara bt. Sukiran
56. Pn. Siti Noraini bt. Mohd. Noor
57. Pn. Hjh. Noor Hani bt. Mat Amin
58. Pn. Siti Mariam bt. Muhamma Dunni
59. Cik Mardina bt Kamaruzaman
60. Pn. Nor Asnira bt Norwi
61. En. Ibrahim b. Daud
62. Pn. Hjh. Mazni bt. Demyati@ Mahfoz
63. Pn. Nur Hayati bt. Mohamed Jaid
64. En. Hakimi b. Md Said
65. Pn. Nurul Huda bt. Md. Isa
66. En. Nazarudin b. Ahmad
67. En. Muhammad Khirul b. Awaludin
68. Pn. Rusnah bt. Yusof
69. Pn. Noridah bt. Abdur Rehiman
70. En. Jamaludin b. Muahat
71. Pn. Fairuz bt. Mazlan
72. Pn. Logawathy a/p Krishnan
73. Pn. Asmah bt. Abd. Azis
74. Pn. Haslina bt. Abd. Rahman
75. En. Amirruddin b. Mohd. Shah
76. En. Roziman b. Abdullah
77. Pn. Ruziyah bt. Abd. Ghani
78. Cik Zia Safiqah bt. Zamree
79. Pn. Zuraina bt. Ahmad
1. UCAPAN PENGERUSI – PN. HJH. HALIJAH BT. ABD. MANAP (Guru Besar)
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir bagi
mesyuarat HEM kali kedua tahun 2021 ini.
1.2 Beliau juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya semua guru
dapat melaksanakan mesyuarat HEM kali Kedua ini.
1.3 Bertepatan dengan pengoperasian semula sekolah semua guru hendaklah mematuhi setiap
SOP yang telah ditetapkan. Ini termasuklah:
- Sanitizer setiap kelas perlu disediakan
- Buku kehadiran/Lawatan
- My Sejahtera
- Ambil suhu
1.4 Model Pengoperasian Sekolah adalah mengikut Model 1 iaitu satu sesi. Sekolah akan
beroperasi semula pada:
- 1 Mac 2021 (Isnin) – Pra Sekolah, Tahun 1 dan 2
- 8 Mac 2021 (Isnin)- Tahun 3, 4, 5 dan 6
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
Cadangan : Pn. Noridah bt. Abdur Rehiman
Sokongan : Pn. Lila Suhara bt. Sukiran
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Sebulat suara menerima minit yang dibentangkan oleh Setiausaha HEM.
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN- PN. AZLINA BT. LAKIMIN
4.1 SOP Pengoperasian Sekolah
4.1.1 Pagi- 7.30 pagi tahun 1 dan 2
- 8.00 pagu murid pra sekolah
- Pakaii pelitup muka
- Ambil suhu
- Cuci/ Sanitize tangan
Rehat – Murid ke kantin guna laluan sehala yang telah disediakan. Guru terakhir sebelum
waktu rehat mengiringi murid ke kantin.
- Murid cuci tangan dengan kawalan guru bertugas.
- Murid tahap satu tempah makanan dari kantin dan akan dihantar oleh pekerja
kantin kelas sehingga 26 Mac 2021. Group wasap kantin akan ditubuhkan.
- Murid-murid RMT akan makan di kantin.
Balik – Murid cuci tangan/sanitize tangan.
-Guru bertugas dan Guru Penyayang akan membantu pemantauan penyuraian
murid.
4.1.2 Murid Pra Sekolah- Penjaga hantar sehingga pintu pagar besar sekolah sahaja.
4.1.3 PPD Jempol Jelebu memohon agar meletakkan lebih ramai guru bertugas di Pra Sekolah dan
Tahun 1 semasa waktu hadir dan rehat di kantin bagi membantu murid-murid mematuhi
Peraturan Norma Baharu.
4.1.4 Guru-guru bertugas hendaklah datang awal daripada murid bagi melicinkan perjalanan
murid untuk masuk ke kelas.
4.15 Sediakan tempat di pagar sekolah iaitu tempat penjaga menghantar murid masuk
ke kawasan sekolah.
4.1.6 Guru hendaklah menggunakan kebijaksanaan jika terdapat murid menangis- hendaklah
pujuk dan bertutur secara berbisik.
4.1.7 Salah seorang guru bertugas akan menjadi juruaracara pada waktu pagi, rehat dan waktu
penyuraian bagi mengarahkan murid mengikut laluan yang betul dan penjarakan yang
mengikut SOP sewaktu proses-proses tersebut.
4.1.8 Penyediaan tempat cuci tangan akan disediakan oleh En. Bushri dan En. Jamaludin.
4.1.9 Bagi murid-murid tahun 1 pada hari pertama guru kelas pertama akan berada di pintu pagar
bagi menyambut kehadiran murid manakala guru kelas kedua akan berada di dalam kelas.
4.1.10 Waktu balik adalah secara berperingkat: Isnin hingga Khamis
-Tahun 1 – 12.50 tengahari
-Tahun 2 - 1.00 tengahari
-Tahun 3 - 1.10 tengahari
-Tahun 4 - 1.20 tengahari
-Tahun 5 - 1.30 tengahari
-Tahun 6 - 1.40 tengahari
4.1.11 Waktu balik pada hari Jumaat
-Tahun 1- 11.50 pagi
-Tahun 2- 11.55 pagi
-Tahun 3- 12.00 tengahari
-Tahun 4 - 12.05 tengahari
-Tahun 5 - 12.10 tengahari
-Tahun 6 - 12.15 tengahari
4.2 Buku Kawalan Kelas sudah disediakan dan boleh didapati di pejabat.
4.3 Hari Jumaat adalah penghantaran buku:
- Buku Rekod
- Buku Kawalan Kelas
- Buku Catatan Suhu
4.4 Pemantauan Tandas – Perlu ada penjarakan bagi mengelakkan murid berkumpul untuk
mencuci tangan.
4.5 Pakaian
4.5.1 Murid boleh memakai:
-Memakai uniform sekolah.
- atau pakai baju PJ/Sukan
4.5.2 Murid hendaklah memakai kasut:
- Kasut hitam stoking hitam atau
- Kasut putih stoking putih
4.5.3 Murid tidak dibenarkan memakai selipar.
Tindakan: Makluman
:5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Azarina bt. Abdul Aziz (GPK 1)- Jadual waktu tiada perubahan. Guru-guru hendaklah
meneruskan jadual waktu yang telah disediakan sebelum ini.
5.1.1 Mulai 1 Mac 2021 buk rekod tahap 1 hendaklah ditulis seperti biasa manakala
bagi tahap 2 tulis PdPR.
5.1.2 Lengkapkan nama murid dan catatan mesyuarat di belakang buku rekod.
5.1.3 PJ berjalan hanya dua hari sahaja bagi setiap kelas iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Oleh
itu pada hari tersebut murid-murid hendaklah memakai pakaian PJ. Matapelajaran ini
hanya dijalankan di dalam kelas sahaja.
5.1.4 Pada hari Isni, Rabu dan Jumaat murid-murid hendaklah memakai pakaian uniform
sekolah yang lengkap.
5.1.5 Aktiviti Kokurikulum berjalan secara atas talian.
5.2 Guru besar memohon agar SU LDP dapat mengadakan sesi profesionalisme yang
melibatkan etika perguruan.
6. PENUTUP
6.1 Pn. Azlina bt. Lakimin (GPK HEM) mengucapkan terima kasih atas kerjasama
semua guru dalam bidang HEM. Beliau juga berharap agar proses pengoperasian semula
sekolah akan berjalan dengan lancar.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.
Disediakan oleh
………………………………..
(AZIAH BT. ABU SAMAH)
Urusetia Mesyuarat