The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1_BM E_NUREEN NADHIRA BINTI ZULKIPLE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 872-1-nureen, 2022-04-01 23:26:00

TUGASAN 1_BM E_NUREEN NADHIRA BINTI ZULKIPLE

TUGASAN 1_BM E_NUREEN NADHIRA BINTI ZULKIPLE

NAMA :
NUREEN NADHIRA
BINTI ZULKIPLE

K E L A S : BM E

ANGKA GILIRAN :
2021232310346

KOD KURSUS :
BMMB1104

NAMA
PENSYARAH :
DR. NOR ANITA
BINTI MAT ISA

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim ,

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi
kerana limpah kurnianya, dapat saya
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini
dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan
sepenuh penghargaan kepada Dr. Nor Anita
binti Mat Isa kerana meletakkan
kepercayaan beliau kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
yang ditetapkan.

Dr. Nor Anita binti Mat Isa pensyarah
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
beliau yang telah banyak membantu
sepanjang proses tugasan ini disiapkan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada beliau dan juga rakan-rakan saya
yang telah banyak mencetuskan idea
kepada saya sepanjang proses penyiapan
tugasan ini.

Syukur Alhamudulillah, dalam menyiapkan
tugasan ini telah banyak yang telah saya
pelajari sepanjang proses penyiapan kerja
kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya
seribu satu pengalaman yang amat
bermakna.

isi kandungan

Pengenalan
Pantun
Seloka
Syair

Gurindam
Kesimpulan

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

DEFINISI

- Merupakan puisi lama yang sudah lahir dalam
kalangan masyarakat Melayu sejak zaman
berzaman.
- Puisi tradisional ini merupakan puisi rakyat yang
sudah muncul pada zaman manusia belum
mengenal bentuk tulisan lagi.
- Puisi Melayu tradisional disampaikan secara lisan
yang berkembang dalam kesenian lisan.
- Puisi tradisional merujuk kepada susunan
perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau
suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang
istimewa berbanding dengan pengucapan biasa.
- Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional
masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan
tradisionalnya.
- Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti
mantera dan teromba mengandungi unsur ritual
dan bersifat magis.

CIRI-CIRI

- Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau
berurutan dalam baris yang sejajar.
- Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur
muzik, lagu, itonasi, rentak, irama dan keharmonian
bunyi.
- Baris, rima dan irama disusun membentuk pola
atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris,
jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan
panjang-pendek perkataan.
- Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat
sebagai pengajaran, hiburan, keramaian, ritual,
keagamaan dan sebagainya.

JENIS-JENIS

1. Pantun
2. Seloka
3. Syair
4. Gurindam

PANTUN

- Sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan
seluas-luasnya didalam masyarakat melayu dengan
tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk
mewujudkan sesuatu maksud tertentu

JENIS PANTUN

Pantun Nasihat
Pantun nasihat merupakan rangkaian kata-kata yang
mempunyai makna mengarahkan atau menegur
seseorang untuk menjadi lebih baik.

Pantun Muda

Pantun muda adalah pantun yang diperuntukan
bagi kaum muda iaitu remaja dan berkaitan dengan
perasaan cinta, rindu, pilu, sedih, kecewa dan hiba.

Pantun Jenaka
Pantun yang bertujuan untuk menghibur orang yang
mendengar, terkadang dijadikan sebagai media untuk
saling menyindir dalam suasana yang penuh keakraban,
sehingga tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan
dengan pantun jenaka diharapkan suasana akan menjadi
semakin riang.

Pantun Teka-Teki

Pantun teka-teki adalah pantun yang mempunyai
teka-teki atau meneka. Pantun teka-teki ini

biasanya memerlukan jawapan bagi teka-teki
tersebut.

Pantun Dagang
Pantun dagang atau pantun nasib merupakan
rangkaian kata-kata yang merefleksikan nasib atau
keadaan seseorang

reallygreatsite.com

Pantun Kiasan
Pantun ini berisi pantun yang berbentuk kiasan. Jadi,
maksudnya adalah tidak terlihat dengan jelas namun
tersirat.

Pantun Agama
Pantun ini mengingatkan pada tuntunan agama.
Hubungan manusia dengan sang pencipta dan nilai-
nilai keagamaan yang kuat.

Pantun Peribahasa
Pantun peribahasa adalah suatu bentuk peribahasa
yang dibunyikan dengan bergaya berpantun.

Pantun Orang Tua
Pantun ini adalah lebih berbentuk budi bahasa,
sopan santun, keagamaan dan juga sindir-
menyindir.

Bentuk Pantun

Pantun Dua Kerat

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.

Pantun Empat Kerat

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Pantun Enam Kerat

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Pantun Lapan Kerat

Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Bekejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Pantun Dua Belas Kerat

Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar jadi gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Tuan di mekah di madinah,
Naik akhirat naik haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupa,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

INFOGRAPHIC

CIRI PANTUN

Step Mempunyai 4 baris, 2

1 pembayang dan 2 maksud

Step Baris 1 dan 2 adalah
pembayang
21

Step Baris 3 dan 4 adalah
maksud atau isi
31

S4t1ep Setiap baris mempunyai
4 perkataan

1Step Jumlah suku kata adalah
5 antara 8 hingga 12

Step Mempunyai skima rima
hujungan yang sejajar,
6 iaitu a,a untuk pantun dua
kerat dan a,b,a,b untuk
pantun empat kerat

Eulala Scents Inc. presents

Fungsi Pantun

1. Untuk menguji minda masyarakat

Pantun dicipta untuk tujuan mencabar
ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini
amat digemari ramai terutama golongan
kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini
dinamakan pantun teka-teki.

CONTOH :

Kalau tuan pergi ke kedai, belikan saya
buah keranji,

Kalau tuan bijak pandai, apakah binatang
keris di kaki?

Berdasarkan pantun teka-teki di atas, ianya
jelas meminta kita untuk berfikir secara pantas
dan tepat untuk menjawab. Hal ini dapat
mengasah minda kita untuk mencari jawapan
yang betul. Selain itu, pantun teka-teki ini juga
dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

DESIGNED BY ADELINE PALMERSTON

Eulala Scents Inc. presents

Fungsi Pantun

2. Untuk tujuan adat istiadat

Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu
dan masih diteruskan sehingga kini.
Antaranya ialah adat perkahwinan, adat
pusaka dan adat manusia. Antara fungsi
pantun adat ini ialah sebagai alat untuk
mendidik dan mengajar masyarakat tentang
kehidupan ke alam berumah tangga. Selain
itu, pantun juga digunakan sebagai alat
komunikasi untuk menyampaikan nasihat.

CONTOH :

Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang;

Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.



Berdasarkan pantun adat di atas, ianya jelas
menggambarkan tentang adat perkahwinan
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak
dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini.
Pantun ini menceritakan tentang sudah
menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya
pinang akan pulang ke gagang begitu juga
dengan manusia akan memilih pasangan
hidupnya apabila sudah sampai masanya.

DESIGNED BY ADELINE PALMERSTON

Eulala Scents Inc. presents

Fungsi Pantun

3. Untuk menyampaikan mesej
berunsur keagamaan

Pantun agama ialah pantun yang
mengandungi aqidah, hukum dan keimanan
kepada Allah. Pantun agama menerangkan
tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat,
hidup, mati dan banyak lagi. Pantun ini juga
menyeru umat Islam supaya taat dan
sentiasa melakukan perintah Allah dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Selain
itu, pantun ini memberitahu umat Islam
tentang setiap perbuatan yang dilakukan
akan mendapat balasan sama ada baik atau
buruk.

CONTOH :

Redup bulan nampak nak hujan.
Pasang pelita sampai berjelaga;

Hidup mati di tangan tuhan,
Tiada siapa dapat menduga.





Berdasarkan pantun agama di atas, ianya jelas
mengatakan bahawa hidup manusia ada
peraturannya, hidup dan mati manusia tidak
dapat diduga kerana segalanya hanya Allah
yang menentukan. Allah jugalah yang telah
menentukan takdir untuk setiap manusia sejak
azali lagi.

DESIGNED BY ADELINE PALMERSTON

SELOKA

Seloka ialah sejenis puisi lisan Melayu yang
tiada tetap bentuknya.
Seloka memerlukan beberapa baris untuk
melengkapkan keseluruhan idea.
Seloka digubah untuk tujuan menyindir,
mengejek, bergurau senda dan berjenaka
dengan menggunakan bahasa yang berangkap.

Ciri dan Bentuk Seloka

Digubah sama ada mengikut
bentuk pantun, syair atau
perumpamaan

Merupakan puisi bebas atau
tidak terikat

Mengandungi unsur jenaka
atau gurau senda



Bilangan baris dalam
serangkap tidak tetap




Jumlah perkataan dan suku
kata dalam sebaris tidak tetap

JENIS SELOKA

Seloka
Mengejek
Seloka Gurau

Senda
Seloka
Nasihat
Seloka
Pengajaran
Seloka
Sindiran

CONTOH SELOKA

Seloka Gurau Senda

Jika hendak kamu melamar,
Jangan banyak tulis dihapus,
Jika siswa rajin belajar,
Sudah tentu pasti lulus.

Seloka Nasihat

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Seloka Sindiran

Apa guna pergi ke pasar,
Kalau tidak bawa keranjang,
Apa guna berkereta besar,
Kalau hutang keliling pinggang.

Seloka Pengajaran

Anak ayam turun sembilan,
Mati satu tinggal delapan,
Ilmu boleh sedikit ketinggalan,
Tapi jangan sampai putus harapan.

Fungsi Seloka

1.Untuk menegur golongan
masyarakat yang berkuasa.

hal ini agar mereka tidak menggunakan
kuasa untuk kepentingan peribadi.
peristiwa ini dapat dilihat dalam seloka
Pak Kaduk. Pak Kaduk terpaksa
menukarkan ayamnya dengan ayam raja.
Akhirnya, Pak Kaduk kehilangan segala-
galanya seperti isi seloka tersebut, iaitu
"ayamnya menang kampung tergadai"
kerana tindakan raja yang menggunakan
kuasanya terhadap rakyat biasa yang
bodoh.

2. Untuk memberikan pengajaran
kepada masyarakat

Seloka juga menjadi sempadan ikutan
kepada anggota masyarakat dalam
menjalani kehidupan seharian. Dalam
membuat sesuatu kebaikan, kita tidak
boleh menjadi terlalu pemurah sehingga
terpaksa berhutang. Hal ini demikian
kerana sifat pemurah yang berlebihan
menyebabkan seseorang kehilangan hak
mereka. Hal ini dapat dilihat dalam
seloka Mak Si Randang.

SYAIR

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair
juga merupakan sejenis puisi melayu lama
yang berangkap dan berasal dari parsi dan
telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-
sama dengan kedatangan islam.

FUNGSI SYAIR

Untuk menyampaikan
pengajaran dan nasihat

Dengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.

Berdasarkan syair di atas, Si ayah
memberi nasihat dengan cara yang
lemah lembut, tetapi bernada
tegas. Si ayah memulai nasihat
dengan mengungkapkan kata-kata
semangat yang berupa pujian yang
sederhana. Kemudian, si ayah
menyatakan nasihat sebenar yang
disampaikan dalam bentuk arahan
(amaran) untuk membentuk dan
mendidik anaknya dalam konteks
mencari ilmu dengan betul. Hal ini
dapat menunjukkan syair ini
memberikan pengajaran kepada
kita untuk sentiasa rajin mencari
ilmu untuk kehidupan yang lebih
baik di masa hadapan.

FUNGSI
SYAIR

2. Sebagai hiburan

- Sesuai dengan sifatnya yang
demikian maka syair sering
dilagukan dalam majlis-majlis
tertentu seperti dalam pesta dan
keramaian, dipertandingkan atau
dalam upacara-upacara adat.

3. Alat penyampai pengajaran

- ini dapat dilihat melalui cerita

dan lagu terutama dalam hal-hal

yang menyentuh aspek

pengajaran agama Islam dari

rukun iman, rukun sembahyang,

zakat, puasa dan sebagainya.

Kemerduan suara “tukang lagu”

dan kelembutan nada syair

berupaya mengusik perasaan dan

seterusnya meninggalkan kesan

yang mendalam.

BENTUK DAN
CIRI SYAIR

Setiap rangkap
mempunyai empat baris

Semua baris
adalah isi

Tiap baris terdiri
daripada 4-6 kata

Tiap baris terdiri
daripada 8-12 suku kata

Rima akhir adalah
a,a,a,a

JENIS-JENIS SYAIR

Syair Romantis

Syair ini berbentuk cerita dengan lukisan watak yang
melibatkan golongan atasan seperti putera dan puteri
raja dengan episod pengembaraan, percintaan dan
perpisahan. Syair ini tamat dengan penyelesaian yang
menggembirakan.

Syair Sejarah

Syair ini memaparkan peristiwa-peristiwa sejarah
sahaja tetapi masih lagi berkisarkan golongan feudal,
kehebatan tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa alam
yang menjadi sejarah.

Syair Agama

Syair agama menggunakan tema dan persoalan-
persoalan keagamaan. Isi syair menekankan
pengajaran dan moral dalam kehidupan. Di samping
itu, syair agama membicarakan perkara berkaitan
metafizik seperti tasawuf.

Syair Nasihat

Bertujuan memberikan pengajaran yang berupa
nasihat kepada pendengar.

Syair Kiasan

Syair Kiasan berisi tentang percintaan ikan, burung,
bunga atau buah-buahan. Percintaan tersebut
merupakan kiasan atau sindiran terhadap peristiwa
tertentu.

Syair Teka-Teki

Syair teka-teki dicipta dengan ungkapan tertentu dan
biasanya berupa soalan yang memerlukan jawapan.
Syair teka-teki ini bertujuan untuk menduga
kepintaran seseorang dalam memberikan jawapan
yang tepat.

Syair Simbolik

Syair ini dicipta dalam bentuk kias ibarat dengan
menampilkan watak-watak tertentu terutamanya watak
binatang dan bunga-bungaan. Syair ini penuh dengan
sindiran terhadap sesuatu peristiwa dan golongan
tertentu serta memberikan nasihat dan pengajaran.

CONTOH SYAIR

SYAIR AGAMA

Jauhi semua perbuatan jahat
Jauhi pula pebuatan maksiat
Mari kita segera bertaubat
Supaya kita selamat dunia akhirat

SYAIR NASIHAT

Jika berteman jangan bergaduh
Tak ada gunanya bila bermusuh
Jangan pula bersikap angkuh
Karena tersisih membuah hidup keruh

SYAIR ROMANTIS

Mungkin begini harusnya cinta
Jalan berliku berdamping cerita
Pastilah terkenang sepanjang masa
Mungkin kan abadi selamanya

SYAIR SEJARAH

Sultan Goa adalah raja yang sabar
Rajin ibadah dengan sangat gemar
Punya motto amar ma’ruf nahi munkar
Pada pendeta dia tetap belajar

SYAIR KIASAN

Tak perlu menabur tentang cinta
Karna hanya akan membuat hati luka
Jika pada akhirnya kita tak mungkin
bersama
Tak seperti tentang janji kita saat berdua

GURINDAM

- Gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu yang
terdiri daripada dua baris yang berpasangan,
bersajak atau berima dan memberikan idea yang
lengkap atau sempurna pada pasangannya.

- Gurindam juga ialah satu jenis syair melarat
yang tidak tetap sukatannya atau rangkapnya,
isinya mengandungi fikiran-fikiran yang bernas
dengan bahasa yang riang dan suka sebagai
nyanyian.

JENIS-JENIS GURINDAM

GURINDAM SERANGKAP DUA BARIS

Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu.

GURINDAM SERANGKAP EMPAT BARIS

Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

GURINDAM BEBAS

Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

BENTUK DAN
CIRI GURINDAM

Merupakan puisi bebas atau
tidak terikat

Jumlah baris dalam serangkap
dan jumlah perkataan dalam
sebaris tidak tetap

Rimanya ialah a,a atau a,b atau
serima

Dari segi isi, gurindam
memperlihatkan keadaan yang
benar dan serius

Baris pertama (syarat) menyatakan
sesuatu fikiran atau peristiwa dan
baris kedua (jawab) pula menyatakan
keterangan atau menjelaskan apa yang
telah dinyatakan oleh baris atau ayat
pertama tadi.

FUNGSI
GURINDAM

1.Untuk memberikan pengajaran
dan semangat kepada para
pembaca

CONTOH :

Tuntutlah ilmu sepanjang masa,
Meski sampai ke negeri Cina.

Berdasarkan gurindam di atas, ia
jelas menyuruh kita untuk
menuntut ilmu sampai ke
peringkat yang paling tinggi. Hal
ini kerana, ilmu dapat menentukan
kehidupan seseorang pada masa
hadapan sama ada baik atau
buruk. Selain itu, dengan ilmu, kita
akan lebih dihormati oleh orang
lain dan ilmu juga dapat
memberikan kelebihan kepada
kita. Antaranya ialah mendapat
pekerjaan yang baik.

FUNGSI
GURINDAM

2. Sebagai media komunikasi

Gurindam ini dapat dijadikan
sebagai media komunikasi antara
masyarakat terutamanya dalam
majlis-majlis yang formal.

3. Dokumentasi gambaran
masyarakat

Hal ini kerana dapat
memancarkan kreativiti dan
estetika serta daya intelektual
masyarakat Melayu lama dalam
menangani hal kehidupan
mereka.

KESIMPULAN

Puisi Melayu Tradisional mempunyai
banyak jenis dan variasi tetapi
warisan bangsa ini semakin lama
semakin dilupakan dan dipandang
sepi oleh masyarakat zaman ini. Oleh
hal yang demikian, tunjang utama
yang menjamin keutuhan sesebuah
bangsa ialah penghargaan terhadap
tinggalan tradisi yang menjadi
identiti. Jelaslah, kita haruslah
memelihara dan mempertahankan
warisan tradisi ini daripada terus
ditelan zaman.


Click to View FlipBook Version