JABATAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
SESI 2021/2022
KURSUS: MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA NO. MATRIKS
WAN MUHAMMAD AKMAL AZRAEI 06DAD19F1034
BIN WAN NAZLI 06DAD19F1078
NIK MUHAMMAD HAIKAL BIN
06DAD19F1022
MOHAMMAD HELMY
MUHAMMAD AZRISHAH BIN 06DAD19F1102
06DAD19F1098
HISHAMUDDIN
AHMAD ISKANDAR BIN KAMIL
MOHAMMAD AZHAM BIN SAIM
NAMA PENSYARAH : EN ZAMRI BIN IBRAHIM
1
TAJUK HASIL MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN DAN OBJEKTIF 3
PENGENALAN SUKAN DAN PERPADUAN 4-5
MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN 6
MATLAMAT DASAR SUKAn NEGARA 7
KEBAIKAN SUKAN DAN PERPADUAN ( INDIVIDU , 8-9
MASYARAKAT DAN NEGARA )
KESAN SUKAN DAN PERPADUAN 10
CONTOH SUKAN DAN PERPADUAN 11-12
KESIMPULAN SUKAN DAN PERPADUAN
13
LAMPIRAN 14
2
PENGHARGAAN
Assalamulaikum w.b.t syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
lain-lain Nya dapatlah kami menyiapkan tugasan e-folio ini. Seterusnya, setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami. Encik Zamri Bin Ibrahim yang
telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan e-folio ini dapat disiapkan
dengan jayanya. Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulansaya yang telah berusaha
bersungguh-sungguh dan berkerjasama dalam menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF :
Bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah bidang sukan menjadi salah satu instrument
dalam menghidupkan perpaduan kaum di Malaysia
Mengenal pasti kebaikan, kesan dan contoh sukan dan perpadun terhadap individu,
masyarakat dan negara.
Mepertingkatkan mutu sukan
Menggalakkan pertumbuhan bilangan pernyertaan individu dalam bidang sukan
Menjadikan sebagai usaha untuk meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
3
PENGENALAN :
SUKAN DAN PERPADUAN
Bidang sukan dilihat mash mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara
kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong
pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal it boleh dihapuskan.Contohnya, apabila
pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita
memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Sama-sama
bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila
kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama- sama.Sukan dapat
menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan Integriti dalam kalangan
peserta. Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum,
menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan
negara. "Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep Malaysia
berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,". Kata Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk
melahirkan insan yang seimbang. "*Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara
4
yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. "Oleh yang
demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu
landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu," jelasnya. Melalui
latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot
saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan.
"Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi, bertanggungjawab,
berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti
yang tinggi," ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, Kerjasama dan hubungan akrab akan
lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu
pasukan.
5
APA ITU SUKAN ?
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu,. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di
kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
APA ITU PERPADUAN ?
Bersifat tolenransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
Bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Intregrasi dirujuk kepada proses penyatuan
masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal , budaya, adat resam , cara hidup,
latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang
terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan
Bersama secara adil dan saksama.
6
DASAR SUKAN NEGARA
Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang penting untuk ke arah
perkembangan,kemajuan dan pembangunan sukan negara.Penggubalannya melibatkan beberapa
pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi
dan kecergasan, majlis-m ajlis sukan,institusi pengajian tinggi,badan-badan sukarela dan orang
perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan.
Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu dasar sukan untuk
semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan.
a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua )
Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan
kesejahteraan anggota masyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi
fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan
penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan
atau antarabangsa.
b) Sukan untuk kecemerlangan
Sukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yang diurus kan mengikut peraturan dan
syarat-syarat Persekutuan-persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.
7
KEBAIKAN SUKAN DAN PERPADUAN
Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan
masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton, hoki,
dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di negara ini
juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian
masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu,
masyarakat, dan negara secara tersirat.
Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas
dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan
itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati
suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan
kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu
menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa
kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada aspek
kesihatan diri mereka pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa seseorang itu berpeluh
lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang
secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan
sebarang penyakit berbahaya berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan
menghabiskan wang mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami penyakit
kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang.
Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi acara
sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau kegagalan
pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira
keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif
atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut.
Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat memiliki rasa
kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang murni itu.
8
Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah
negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara sukan
bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan
stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini
memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar
sehingga menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan
yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan
begitu mudah.
Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan
dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan
sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan
itu boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara.
Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita
mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat.
9
KESAN SUKAN & PERPADUAN
Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama,
dapat menerapkan disiplin dan integriti dalam diri kalangan peserta.
Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik dan kaum sememangnya dapatmemupuk
semangat kesukanan dan perpaduan antara masyarakat dalam menyahut konsep 1
Malaysia.
Dapat menyelami erti perpaduan dengan lebih mendalam, menghormati antara kaum,
menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu mempertahankan kedaulatan
negara.
Rakyat pelbagai kaum dapat berinteraksi sekali gus dapat mengikis perasaan prejudis
sesama sendiri.
10
CONTOH SUKAN & PERPADUAN
SUKAN MALAYSIA (SUKMA)
Seperti yang kita pernah lihat dan dengar, acara Sukan Malaysia (SUKMA) berpotensi
untuk memupuk perpaduan. Sukan Malaysia (SUKMA) dikonsepkan oleh Yang Berhormat Dato
Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983. Rasional yang
dicadangkan adalah sebuah temasya sukan peringkat kebangsaan akan bantu mempertingkatkan
mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam sukan,
mempertingkatkan prestasi pegawai, menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan
yang bar serta menaikkan taraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan
memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada mulanya,
temasya pertama dicadangkan untuk diadakan dari 15 Ogos hingga 2 September 1985 dan hanya
terdiri daripada 6 sukan seperti tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar.
Namun, sebuah cadangan baru untuk melibatkan lebih banyak bilangan sukan telah dihantar oleh
orang awam kepada dan diterima oleh Majlis Sukan Negara Malaysia yang membuat keputusan
untuk menganjurkan temasya sukan setiap dua tahun mulai tahun 1986 dan berselang seli dengan
sukan Asia Tenggara. Suatu keputusan telah dibuat ole Majlis Sukan Negara pada 27hb Mei
2010 untuk menganjurkan temasya sukan tersebut setiap tahun mulai tahun 2011 dalam usaha
untuk membangunkan dan mendemokrasikan semua sukan di Malaysia terutamanya sukan
pilihan. Temasya Sukan tahun ganjil diadakan di Kuala Lumpur oleh Majlis Sukan Negara
Malaysia dan melibatkan acara sukan pilihan sahaja, sementara temasya Sukan tahun genap
diadakan di neger-negeri anggota dalam negara dan melibatkan sukan teras sahaja. Temasya
sukan tahun ganjil bagaimanapun telah dibatalkan oleh Majlis Sukan Negara pada tahun 2015,
atas sebab agenda sukan negeri yang padat dan kos tinggi but Majlis Sukan Negeri untuk
membiayai sebuah kontingen Sukan Malaysia setiap tahun.
11
SUKAN SEA
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA, boleh juga di panggil SEAG
("SouthEast Asian Games ") merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan
11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara
dengan Kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.
12
KESIMPULAN
Bidang sukan benar-benar menjadi salah satu cara untuk menyatupadukan masyarakat di
Malaysia tapa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Bidang sukan sebenarnya telah
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat majmuk. Oleh itu, kerajaan dan pihak-
pihak yang terlibat atau bertanggungjawab perlulah memainkan peranan mereka dalam
melestarikan bidang sukan dan tidak hanya memandang tenteng terhadap bidang sukan yang
merupakan salah satu agen menyatupadukan rakyat. Tambahan pula, sukan amat bagus untuk
kesihatan kerana dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain
menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada
pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi pengqunaan masa senggang secara berfaedah. Di
peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara
pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain
itu, a meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
13
SUMBER RUJUKAN
https://youtu.be/r2Z78BFZNJY
https://youtu.be/uUmSukqjU8Q
https://youtu.be/97hIcu4S-xM
https://youtu.be/sh3xHTkP88I
https://youtu.be/bJA3Tp5wvCE
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2Fk
bsmalaysia%2Fstatus%2F1119842555166740481&psig=AOvVaw0E16hM
VWUP4AHGNTnviL05&ust=1639498954144000&source=images&cd=vfe
&ved=0CAwQjhxqFwoTCKj1nuCX4fQCFQAAAAAdAAAAABAK
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.upahbuatas
signment.com%2F2019%2F06%2Fperanan-ikon-sukan-dalam-
memupuk.html&psig=AOvVaw1Rq930iKbVoTeU9hLndvWL&ust=163950
3986872000&source=images&cd=vfe&ved=0CAwQjhxqFwoTCND4qLmq
4fQCFQAAAAAdAAAAABAD
https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fkotasejarah.blogsp
ot.com%2F2011%2F09%2Fsukan-untuk-
perpaduan.html&psig=AOvVaw3z99VIjLMJUbDENx6zrhlT&ust=1639504
150718000&source=images&cd=vfe&ved=0CAwQjhxqFwoTCJj_q4ir4fQC
FQAAAAAdAAAAABAJ
14