PROJECT BASED LEARNING (PBL) / PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK MATEMATIK TAHUN 6
Nama Projek : Pelan Lantai Rumah Idamanku
(Luas segiempat sama dan segiempat
tepat)
Tempoh masa : 25/10/2020 – 9/11/2020
( 2 minggu )
Sasaran : Semua murid Tahun 6,SK Bolong, Tuaran
Objektif projek : Di akhir projek ini, murid-murid akan
dapat:
a) mengira luas permukaan segiempat
sama dan segiempat tepat dengan
mengira petak grid.
b) mengira luas permukaan segiempat
sama dan segiempat tepat dengan
rumus.
Bahan yang diperlukan: Kertas berpetak, pensel dan warna.
Jadual Pelaksanaan :
MINGGU AKTIVITI
1 Membuat Pelan Lantai Rumah Idamanku.
(26-30/10/2020) Murid boleh menggunakan komputer dan
pencetak sekiranya ada kemudahan tersebut.
Contoh disediakan pada dalam Lampiran 1.
1. Murid menggunakan kertas berpetak untuk
membuat pelan lantai.
2. Pelan lantai mesti mengandungi:
a. Ruang tamu
b. Bilik tidur
c. Ruang makan
d. Bilik air
e. Dapur
f. Bilik solat
g. Ruang mencuci pakaian
h. Ruang menonton televisyen.
Murid boleh menambah ruangan dalam
pelan lantai mengikut kreativiti masing
masing.
3. Bentuk yang digunakan mestilah segiempat
sama dan segiempat tepat.
4. Warnakan dan labelkan setiap ruangan.
5. Tuliskan unit panjang dan lebar (kira
berapa petak) setiap ruangan dan nyatakan
luas setiap ruangan tersebut di bahagian
tepi pelan lantai anda.
6. Hantar gambar pelan lantai yang sudah
disiapkan melalui Whatsapp.
2 1. Menjawab Kuiz Mengira Luas secara dalam
(2-6/11/2020) talian.
2. Sijil akan diberikan kepada murid yang lulus
Kuiz tersebut. Markah lulus ialah 50%.
Penilaian : Penilaian akan dibuat melalui:
1. Hasil pelan lantai yang digambar dan
dihantar melalui Whatsapp.
2. Skor kuiz
Disediakan oleh,
Cikgu Faraziah binti Bujang,
Guru Matematik,
SK Bolong, Tuaran.
Lampiran 1:
Contoh Pelan Lantai Rumah Idamanku
PELAN LANTAI RUMAH IDAMANKU
12 unit 8 unit
Tempat letak kereta
12 unit x 8 unit = 96 cm²
8 Tempat letak Ruang tamu Ruang tamu
10 8 unit x 10 unit = 80 unit ²
unit kereta unit
unit unit (Buat sehingga selesai)
Bilik Tidur 1 Ruang
Bilik solat menonton
televisyen