The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faraziahbujang, 2020-10-25 11:28:40

PBL TAHUN 4&5

PBL TAHUN 4&5

PROJECT BASED LEARNING (PBL) / PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK MATEMATIK TAHUN 4 dan 5

Nama Projek : Bijak Sifir dengan Sifir Flip

Tempoh masa : 25/10/2020 – 9/11/2020
( 2 minggu )

Sasaran : Semua murid Tahun 4 dan 5,
SK Bolong, Tuaran

Objektif projek : Di akhir projek ini, murid-murid akan
dapat:

a) menghafal sifir 2 hingga 9
dengan bantuan sifir flip.

b) menjawab soalan kuiz sifir secara
dalam talian melalui pautan yang
akan disediakan.

Bahan yang diperlukan: Kertas warna, gunting, pen berwarna
atau pensel warna, gam

Jadual Pelaksanaan :

MINGGU AKTIVITI

1 Membuat Bijak Sifir Flip. (Rujuk Lampiran 1)

(26-30/10/2020) 1. Langkah menghasilkan sifir flip:

a) Potong kertas warna mengikut saiz yang

dikehendaki.

b) Satu bahagian kertas untuk satu sifir flip.

c) Tulis sifir dan jawapan pada jalur kertas
tersebut. Jika ada kemudahan pencetak,
murid boleh menaip dan mencetak sifir
tersebut.

d) Gunting bahagian tepi kertas itu dan lipat
untuk menutup jawapan.

e) Tampal sifir flip ke dalam buku Matematik.

f) Bijak Sifir Flip mesti dibuat untuk Sifir 2
hingga 9.

g) Hafal sifir dengan melihat jawapan.

h) Hafal sifir dengan menutup jawapan.

2. Cadangan pelaksanaan membuat Sifir Flip:

ISNIN Sifir 2 dan 3

SELASA Sifir 4 dan 5

RABU Sifir 6 dan 7

KHAMIS Sifir 8 dan 9

JUMAAT Murid menghantar gambar

Bijak Sifir Flip melalui

Whatsapp.

2 1. Latihtubi menghafal sifir 2 hingga 9.
(2-6/11/2020) 2. Menjawab Kuiz Bijak Sifir secara dalam

talian.
3. Sijil akan diberikan kepada murid yang lulus

Kuiz Bijak Sifir. Markah lulus ialah 60%.

Penilaian : Penilaian akan dibuat melalui:
a) Hasil Sifir Flip yang digambar dan
dihantar melalui Whatsapp.

b) Skor kuiz

Disediakan oleh,

Cikgu Faraziah binti Bujang,
Guru Matematik,
SK Bolong, Tuaran.

Lampiran 1:

Contoh Bijak Sifir Flip

Langkah 1: Langkah 2:

Tulis atau cetak sifir dan jawapan Gunting bahagian tepi kertas.

pada kertas warna.

Langkah 3: Langkah 4:

Lekatkan Bijak Sifir Flip ke dalam Hafal sifir dengan membuka dan

buku latihan Matematik. menutup jawapan.


Click to View FlipBook Version