The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cara membina lima ayat untuk soalan Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ujang020202, 2020-07-07 11:38:24

Cara membina lima ayat untuk soalan Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A

Cara membina lima ayat untuk soalan Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A

Cara ringkas membina lima ayat untuk soalan
Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A

1. Kenal pasti 5 kata kerja untuk watak dalam gambar
(tuliskan kata kerja ringkas di tepi watak yang
dibulatkan)

2. Patuhi Kaedah SALAK di bawah :

S (SIAPA) – namakan watak dalam gambar
A (AKTIVITI) – perbuatan yang dilakukan oleh watak
L (LOKASI) – latar tempat
A (ALATAN / MASA) – alatan yang digunakan /

masa berlaku
K (KETERANGAN) – kerana ....., supaya ....., untuk .....

3. Periksa ejaan, penggunaan huruf kecil dan huruf
besar, binaan ayat dan tanda baca.

Contoh ayat :
1. Encik Ahmad dan kawannya membuat rondaan
pada waktu malam di sekitar kawasan perumahan
Taman Sonia dengan berbekalkan lampu suluh
untuk memastikan penduduknya selamat dari kes
pencurian.

Cara ringkas membuat ulasan untuk soalan Bahasa
Melayu Penulisan Bahagian B

Perenggan 1 (tidak dijarakkan) :

..........(jenis bahan rangsangan)........... tersebut
menunjukkan ........................(salin semula kata kunci
pada soalan ...............................

Perenggan 2 (dijarakkan) :

(Masukkan semua isi tersurat yang terdapat pada
bahan rangsangan).
Setelah semua isi tersurat dimasukkan, fikirkan pula
isi tersirat (tiada dalam bahan rangsangan tetapi
masih berkait dengan bahan rangsangan). Contohnya
berkaitan faedah atau kebaikan berkaitan tajuk
ulasan.

Perenggan 3 (dijarakkan) :

(Buat rumusan hasil ulasan anda. Boleh juga
memasukkan harapan anda berkaitan tajuk ulasan).

_______________________________________

** Periksa ejaan, penggunaan huruf kecil dan huruf
besar, binaan ayat, tanda baca dan menulis dengan
kemas.

Panduan isi karangan ‘Pengalaman Belajar dari Rumah Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan’ :

Perenggan Pertama - Pengenalan :
- Apa itu PKP?
- kenapa dilaksanakan PKP?
- tempoh pelaksanaan bermula 18 Mac 2020
- tanggungjawab murid di rumah – belajar secara atas talian

Perenggan Kedua - Isi 1 :
- peranti yang digunakan untuk belajar
- aplikasi yang digunakan (contoh WhatsApp, Telegram, Google Classroom

dan lain-lain)
- capaian internet
- masa anda menyiapkan kerja rumah diberi

Perenggan Ketiga - Isi 2 :
- kebaikan belajar dari rumah (sekurang-kurangnya tiga kebaikan +

huraian)

Perenggan Keempat - Isi 3 :
- kekurangan belajar dari rumah (sekurang-kurangnya tiga kekurangan +

huraian)

Perenggan Kelima - Isi 4 :
- Kesan buruk apabila seseorang murid langsung tidak menyiapkan

latihan sepanjang tempoh PKP

Perenggan Keenam - Penutup :
- perasaan sebagai pelajar yang belajar secara atas talian
- harapan anda berkaitan situasi Covid-19 di Malaysia

________________________________________________

** WAJIB ada enam (6) perenggan dan sekurang-kurangnya 120 patah perkataan
**Periksa ejaan, penggunaan huruf kecil dan huruf besar, binaan ayat, tanda
baca dan menulis dengan tulisan yang kemas.


Click to View FlipBook Version