SK BUKIT LINTANG KM 11, JALAN BUKIT LINTANG, 75460 MELAKA ANJURAN: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BUKIT LINTANG KERTAS KERJA AKTIVITI TERAPI BOLING TARIKH : 01 SEPTEMBER 2022 TEMPAT : AMPANG SUPERBOWL, MAHKOTA PARADE
KERTAS CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2022 1. TAJUK : AKTIVITI TERAPI BOWLING 2. PENDAHULUAN Pembelajaran merupakan suatu proses yang diperolehi secara sistematik bermula dari penerimaan rangsangan melalui pelbagai deria, pembentukan konsep dalam minda dan diikuti dengan perubahan tingkah laku. Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan oleh proses pertumbuhan. Perubahan boleh berlaku secara formal (dalam ‘setting’ bilik darjah) dan secara tidak formal melalui pendedahan persekitaran atau melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar pendidikan formal. Kepelbagaian proses pembelajaran inilah yang mendorong PPKI Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang merancang “Aktiviti Terapi Boling Di Ampang Superbowl, Mahkota Parade”. Konsep pendidikan yang menyeluruh kepada semua golongan kanak-kanak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan titik tolak kepada penglibatan anak-anak istimewa dalam semua bidang pembelajaran. Aktiviti Terapi Boling merupakan salah satu pengisian kurikulum anak-anak istimewa bagi membolehkan mereka turut menikmati alam kehidupan/sosialisasi sepertimana kanak-kanak normal yang lain. Aktiviti terapi boling ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk pengalamian yang memberi peluang kepada individu untuk memahami kebolehan diri semasa bermain selain mencabar diri menguasai pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran untuk memberi tumpuan atau fokus terhadap sesuatu aktiviti di mana kemahiran ini nyata banyak mendatangkan manfaatnya kepada anggota badan dan kehidupan seharian murid-murid pendidikan khas. Impaknya, aktiviti ini juga adalah penyumbang kepada pembinaan keyakinan diri murid-murid berkeperluan khas dan juga perkembangan psikomotor halus mereka berdasarkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari secara terancang melalui aktiviti yang dijalankan. Oleh hal demikian, aktiviti ini dirancang khusus untuk anak-anak istimewa yang diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan konsep kendiri yang lebih mantap selain untuk meningkatkan kebolehan dan kecekapan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan masyarakat atau komuniti. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3.OBJEKTIF 1. Memberi peluang kepada murid istimewa untuk bermain boling. 2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti sampingan yang boleh memberikan pengalaman baru kepada muridmurid. 3. Mempertingkatkan hubungan murid-murid dengan persekitaran dan masyarakat luar. 4. Meningkatkan kemahiran motor kasar kepada murid-murid khas. 5. Mencari bakat murid untuk mewakili peringkat Zon Air Keroh.
4.KUMPULAN SASAR Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Guru-Guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) SK Bukit Lintang 5. MODULAR AKTIVITI TERAPI BOLING MATA PELAJARAN/ KOMPONEN STANADRD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.Bahasa Melayu 1.1 Mendengar dan memberi respond dalam pelbagai situasi 1.1.1 Mendengar dan memberi respons terhadap ayat perintah 1.1.2 Melafazkan ayat perintah dalam pelbagai situasi 2. Pendidikan Jasmani 5.1 Mematuhi dan mengamalkan pengurusan dan keselamatan 5.4 Membentuk kumpulan dan saling berkerjasama dalam kumpulan 5.1.1 Mengamalkan kaedah persediaan diri sebelum semasa dan selepas melakukan aktiviti 5.1.2 Memilih peralatan yang selamat digunakan 5.1.3 Menyimpan peralatan di tempat yang selamat selepas melakukan aktivit 5.4.1 Berkebolehan mmebentuk kumpulan secara bebas 5.4.3 Berkerjasama dalam kumpulan 5.4.4. Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan 3.Pengurusan Diri 1.1 Kenali rakan 1.5 Cara berpakaian di sekolah 1.1.2 Mengenalpasti panggilan yang sesuai semasa berkomunikasi dengan rakan 1.5.1 Mengenal jenis pakaian seragam sekolah - pakaian sukan
4.Kemahiran Manipulatif 1.1 Pergerakan asas bahagian tangan dengan alatan mengikut arah, aras dan jarak 3.3 Pengamatan sensori deria sentuh 1.1.1 Murid boleh melakukan pergerakan menggunakan objek dengan cara melontar 3.3.1 Mengenalpasti permukaan dengan deria sentuh 5. Pendidikan Moral 5.1 Beradab sopan dalam komunikasi 5.1.4 Menunjuk cara adab sopan dalam berkomunikasi 6.Matematik 1.5 Nombor dalam kehidupan harian 1.5.1 Menyebut nombor di persekitaran 1.5.2 Membilang objek di persekitaran 1.5.3 Mengaplikasikan nombor dalam kehidupan seharian. 5.BUTIRAN PELAKSANAAN Tarikh : 01 September 2022 (Khamis) Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang Tempat : Ampang Superbowl, Mahkota Parade
6.JAWATAN KUASA INDUK Penasihat : Puan Rohayati binti Baharom (Guru Besar) Pengerusi : Tuan Haji Adul Razak bin Haji Bokhari ( GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : Puan Intan Shafina binti Abdul Halim (GPK HEM) Naib Pengerusi 2 : Puan Farida binti Abdul Rahman (GPK KOKU) Penyelaras : Puan Analizah Binti Mohd Dom JAWATAN KUASA KERJA Setiausaha : Puan Nurul Syuhaida Binti Mohamed Bendahari : Puan Anita Rahayu Binti Hasan AJK Pengangkutan : Encik Abdul Rashid Binti Mokhtar Encik Mohamad Faizal Binti Daud AJK Makan & Minum : Puan Anita Rahayu Binti Hasan Puan Ketty Suhada Binti Mohd Ali AJK Keselamatan : Puan Fairuz Shahilah Binti Mazlan Semua guru & PPM AJK Dokumentasi : Puan Nurul Syuhaida Binti Mohamed Persiapan Tempat : Puan Analizah Binti Mohd Dom Brosur : Puan Fairuz Shahilah Binti Mazlan
7. TENTATIF BIL MASA AKTIVITI TINDAKAN 1. 7.45 pagi – 8.00 pagi Berkumpul di Sekolah 2. 8.00 pagi – 8.45 pagi Bertolak ke Bandar Hilir 3. 8.45 pagi – 10.00 pagi Pengurusan Diri dan Sarapan Pagi 4. 10.00 pagi – 10.30 pagi Aktiviti Pemanasan Badan 5. 10.30 pagi – 12.30 tengah hari Terapi Boling di Ampang Superbowl, Mahkota Parade 6. 12.30 tengah hari Bertolak Balik ke Sekolah 8. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA KUANTITI ANGGARAN RM JUMLAH RM SUMBER KEWANGAN Pengangkutan Van Sekolah 2 40.00 80.00 PCG Makan dan Minum Murid 20 5.00 100.00 Tiket bowling 20 4.00 80.00 JUMLAH 200.00 9.PENUTUP Aktiviti Terapi Boling Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran yang dirancang ini diharap menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak istimewa yang gemilang sebagai generasi pewaris negara pada masa hadapan.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Nama: Nurul Syuhaida Binti Mohamed Jawatan: Setiausaha Aktiviti Terapi Boling Nama Sekolah : SK Bukit Lintang Nama : Tuan Haji Abdul Razak Binti Bokhari Jawatan :GPK Pentadbiran Nama Sekolah: SK Bukit Lintang KERTAS CADANGAN AKTIVITI TERAPI BOLING DI AMPANG SUPERBOWL, MAHKOTA PARADE KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan Aktiviti Terapi Boling di Ampang Superbowl Atau Tidak meluluskan Kertas Cadangan Aktiviti Terapi Boling di Ampang Superbowl Ulasan: __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ ………………………………… (ROHAYATI BT BAHAROM) GURU BESAR SK BUKIT LINTANG, MELAKA Tarikh :