Anjuran:
Langkawi Tourism Academy@kolej Komuniti Langkawi
Dengan Kerjasama
Bahagian Kurikulum Dan Bahagian Koordinasi TVET,
Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti
25 Ogos 2022 (Khamis)
KATA ALU-ALUAN
Ts. Zainab binti Ahmad
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya jua dapat kita bersama-sama untuk menjayakan program International
Tourism and Hospitality Network 2022 (ITHN 2022): Embracing Digitalization of TVET In
Higher Education. Tahniah saya ucapkan kepada Langkawi Tourism Academy @ Kolej
Komuniti Langkawi bersama Bahagian Kurikulum dan Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) atas kejayaan penganjuran ITHN 2022.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua panel yang hadir
kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dalam program ini. Terima
kasih juga saya ucapkan kepada Guimaras State University, Philippines,
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia, Rajamangala University of Technology
Srivijaya, Thailand dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Malaysia serta
hadirin yang mengikuti program ini secara dalam talian. Program ini tidak akan
dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada anda semua. Semoga
perkongsian ilmu dalam program ITHN 2022 menghasilkan impak yang
terbaik bagi membincangkan tajuk Embracing Digitalization of TVET in Higher
Education.
Kepentingan penggunaan teknologi digital adalah selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah dibincangkan pada
tahun 2013. Pada tahun 2018, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
memperkenalkan garis panduan untuk pelaksanaan pendidikan
berasaskan konsep Revolusi Keempat (4IR). Antaranya ialah
untuk melahirkan pelajar yang lebih mahir dalam pembelajaran kendiri
dan mampu menetapkan halatuju proses pembelajaran mereka sendiri
dan ia juga mengalakkan pensyarah menjalankan peranan sebagai
fasilitor pembelajaran serta mereka bukan lagi menjadi sumber rujukan utama
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Saya berharap agar penganjuran Program ITHN 2022 ini dapat dijadikan sebagai satu platform
atau wadah yang amat kita perlukan untuk memperkukuh kerjasama antara para pelajar dan
akademia serta dapat bersama-sama berbincang secara ilmiah mengenai cabaran-cabaran yang
dihadapi dan bagaimana mengadaptasi perubahan dunia akademia dengan norma baharu
yang lebih kepada pendekatan teknologi secara global. Marilah kita menggunakan peluang ini
untuk berkongsi idea bagaimana kita boleh bersama-sama meningkatkan ekosistem TVET
seiring dengan dunia pendigitalan yang sedang berlaku masa kini.
Sekian, terima kasih.
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
Encik Mohd Noor bin Shahudin
Pengarah Kanan (Akademik)
Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kerana dengan limpah
rahmat, kurnia dan izinNya, maka kita dapat bersama-sama menjayakan Program
International Tourism and Hospitality Network 2022 (ITHN 2022): Embracing Digitalization of
TVET in Higher Education. Saya amat berbesar hati di atas kesempatan yang diberikan untuk
memberikan ucapan aluan di dalam buku program ini.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Langkawi Tourism
Academy @ Kolej Komuniti Langkawi dengan kerjasama Bahagian
Kurikulum dan Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti kerana berjaya menganjurkan majlis ini. Jutaan terima
kasih juga kepada semua peserta dan semua panel yang terlibat sama
dalam menjayakan program ini antaranya daripada Guimaras State
University, Philippines, Politeknik Negeri Sambas, Indonesia, Rajamangala
University of Technology Srivijaya, Thailand dan Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin, Malaysia bagi membincangkan beberapa isu dengan tema
“Embracing Digitalization of TVET in Higher Education”.
Selaras dengan tema, objektif program ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar dan para akademia akan evolusi dan
pembaharuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan
pelaksanaan pendigitalan terutamanya sistem TVET Pengajian Tinggi kesan
daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Terdapat banyak
kaedah pendigitalan, isu dan cabaran yang perlu dibincangkan. Saya pasti
ITHN akan menjadi platform perkongsian ilmu yang baik bagi mengumpul
idea dan meraikan perbezaan pendapat berkaitan pendigitalan TVET
pengajian tinggi.
Harapan saya agar program ITHN berjalan dengan lancar, dipermudahkan
segalanya dan ITHN berjaya memberi impak yang baik kepada semua yang
hadir. Semoga platform ini bermanfaat untuk semua yang terlibat. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
Puan Haslinda binti Abd Hamid
Pengarah
Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi, Malaysia
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdullilah, segala puji ke hadrat Allah S.W.T dapat saya rakamkan dengan penganjuran program
International Tourism and Hospitality Network 2022 (ITHN 2022). Di kesempatan ini, saya ingin
merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat terutamanya Unit Akademik,
Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) dengan kerjasama
Bahagian Kurikulum dan Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti dalam menjayakan program ITHN 2022. Walaupun program ini adalah gabungan
perbincangan para akademia dari 4 negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina,
namun dengan perancangan yang rapi dan teratur serta aplikasi teknologi yang cekap,
penganjuran program ITHN 2022 dapat dilaksanakan secara dalam talian.
Mengangkat tema “Embracing Digitalization of TVET In Higher
Education”, diharap program ITHN 2022 boleh menjadi satu usaha
untuk menggalakkan para pelajar dan akademia untuk sentiasa
bersedia dengan perubahan pendigitalan proses pembelajaran
dan pengajaran. Program ini juga diharap dapat menjadi platform
utama perkongsian ilmu dalam memantapkan pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) TVET dengan norma baharu pasca pandemik COVID-19.
Akhir kata, semoga program ITHN 2022 dapat mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Syabas dan tahniah juga buat moderator dan barisan
panel yang bersemangat dan berdaya usaha serta memberi komitmen
yang tinggi bagi merealisasikan setiap sesi. Besar harapan saya
agar program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang kerana
impaknya memberi manfaat yang besar kepada para akademia dan
pelajar kerana ia menjadi wadah perbincangan dan perkongsian
kepakaran yang sangat efektif dalam usaha institusi untuk
memperkasakan kaedah penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran.
Semoga program ITHN akan terus relevan dan menepati keperluan
semasa. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
Puan Nor Zairina binti Zainal Abidin
Pengarah
Program International Tourism and Hospitality Network 2022 (ITHN 2022)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdullilah, segala puji ke hadrat Allah S.W.T., Unit Akademik, Langkawi Tourism Academy @
Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) dengan kerjasama Bahagian Kurikulum dan Bahagian
Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan rasa berbesar
hati menganjurkan program International Tourism and Hospitality Network 2022 (ITHN 2022):
Embracing Digitalization of TVET In Higher Education secara dalam talian dengan mengumpulkan
para akademia dari 4 negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada Guimaras State University, Philippines,
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia, Rajamangala University of
Technology Srivijaya, Thailand dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Malaysia di atas kesudian untuk turut serta bersama-sama LTA@KKLK
dalam menyokong dan menjayakan program ini. Keterlibatan
mereka ini amat berharga bagi kami di sini. Terima kasih
juga kepada semua terutamanya kepada Jawatan Kuasa
(JK) yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program ITHN
2022 ini. Kerjasama dan komitmen anda semua dalam menjayakan
program ini amatlah dihargai.
Akhir kata, semoga program ini memberi manfaat dan impak yang
besar kepada para pelajar dan akademia demi mengharungi dunia
baharu dalam pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi
terkini sesuai dengan peredaran masa kini. Dalam masa yang sama
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing serta
pensyarah yang berwibawa dan berinovatif melahirkan graduan
yang berkualiti dalam bidang pelancongan dan hospitaliti.
Sekian, terima kasih.
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
LATAR BELAKANG
Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) sangat komited
mendidik sahsiah para pelajar dalam memastikan graduan-graduan kelahiran
LTA@KKLK mempunyai semangat jati diri yang tinggi serta cintakan negara. Selari
dengan hasrat tersebut, LTA@KKLK ingin menganjurkan program International Tourism and
Hospitality Network 2022 (ITHN): Embracing Digitalization of TVET in Higher Education.
Program ini akan melibatkan pensyarah dan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti, pensyarah
dan pelajar di IPT luar negara dan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti.
Disebabkan pandemik COVID-19 yang dihadapi seluruh dunia sejak tahun 2020, PdP di IPT
seluruh Malaysia perlu diteruskan juga dengan keadaan norma baharu. Pelbagai inisiatif
telah diambil dan diteroka oleh IPT untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan
dengan proses PdP antaranya adalah pembelajaran secara virtual. Bagi IPT TVET, PdP
secara bersemuka bagi kursus-kursus praktikal adalah amat penting dan sukar untuk
dilaksanakan secara virtual. Namun demi memenuhi keperluan dan kehendak semasa,
para pensyarah di IPT telah membangunkan inovasi kreatif PdP praktikal secara virtual.
Dengan fasa baharu kini iaitu ke arah fasa endemik, PdP dijalankan secara bersemuka dan
pelaksanaan secara dalam talian masih lagi diteruskan (secara hibrid). Justeru, sejauh
manakah pelaksanaan pasca pandemik COVID-19 ini memberi impak kepada proses PdP
terhadap para pelajar, pensyarah dan pengurusan institusi. Bagi menjawab
persoalan ini, LTA@KKLK berhasrat manganjurkan program ini dan menyediakan
platform kepada para pelajar dan akademia untuk berbincang bersama-sama secara
ilmiah mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi dan bagaimana mengadaptasi
perubahan dunia akademia dengan norma baharu yang lebih kepada pendekatan teknologi
secara global.
Program International Tourism and Hospitality Network 2022 (ITHN 2022) dimulakan dengan
majlis perasmian dan akan dimeriahkan lagi dengan gimik perasmian. Setelah selesai, para
peserta dan tetamu ditontonkan siaran langsung daripada tapak pameran projek pelajar
yang mana turut juga disertai oleh pelajar sekolah menengah sekitar Langkawi bagi
memeriahkan lagi program. Dalam masa yang sama simposium ini akan diteruskan
secara virtual dimulakan dengan pembentangan pengenalan simposium serta tiga (3) sesi
perbincangan iaitu Sesi 1: The Challenges and Expectations of TVET in Higher Education
Digitalization yang merupakan platform perbincangan dikalangan pelajar, Sesi 2: Digitalization
of TVET in Higher Education and Its Impact on Classroom Instruction yang merupakan
platform perkongsian ilmu dikalangan pensyarah dan Sesi 3: Readiness of TVET in
Higher Institutions in Going Digital yang merupakan perbincangan dikalangan pengurusan
Institusi Pengajian Tinggi.
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
OBJEKTIF
1. Membincangkan inisiatif dan pembangunan inovasi oleh pelajar dan pensyarah
di IPT TVET dalam melaksanakan PdP secara virtual.
2. Memberikan pendedahan mengenai evolusi dan pembaharuan dalam PdP di
IPT TVET dengan norma baharu pasca pandemik COVID-19.
3. Menyediakan satu platform perkongsian ilmu dalam memantapkan
pelaksanaan PdP di IPT TVET dengan norma baharu pasca pandemik COVID-19.
Tema Menerima Pendigitalan TVET Dalam
Pengajian Tinggi
Sub - Sesi 1: Cabaran dan Jangkaan TVET dalam
Tema Pendigitalan Pengajian Tinggi
Sesi 2: Pendigitalan TVET dalam Pengajian Tinggi
dan Kesannya Terhadap Arahan dalam Kelas
Sesi 3: Kesediaan TVET di Institusi
Pengajian Tinggi dalam Melangkah ke Arah Digital
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
JADUAL PROGRAM
Masa Aktiviti-aktiviti
Majlis Perasmian International Tourism and Hospitality Network 2022 (ITHN 2022);
Embracing Digitalization of TVET in Higher Education
08.00 AM Para peserta dan tetamu bersedia di platform bagi sesi
pendaftaran dan kehadiran
08.30 AM Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Kolej Komuniti
08.40 AM Ucapan aluan daripada Pengacara Majlis
08.45 AM
08.50 AM Bacaan doa oleh
09.05 AM Al-Fadil Ustaz Zakaria bin Noh
Pensyarah
Langkawi Tourism Academy@ Kolej Komuniti Langkawi
Ucapan aluan daripada
YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin
Pengarah Kanan (Akademik)
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Tayangan video montaj ITHN 2022 bagi perasmian
09.20 AM Ucapan perasmian daripada
09.35 AM YBhg. Ts. Zainab binti Ahmad
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Siaran langsung dari tapak pameran sempena ITHN 2022
Simposium berlangsung
09.45 AM Tayangan video Langkawi Tourism Academy @
09.50 AM Kolej Komuniti Langkawi
Sesi 1: Cabaran dan Jangkaan TVET dalam Pendigitalan Pengajian Tinggi
Panel 1: Cik Soraya Pimwong
Pelajar Unit Bahasa Asing
Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand
Panel 2: Cik Norein Syazwani binti Mohd Dasuki
YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi, Malaysia
Panel 3: Encik Ahmad Afleen Aieeman bin Ahmad Daman Huri
EXCO Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Malaysia
Panel 4: Encik Rian Adi Wijatmiko
Pelajar
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
10.50 AM Moderator: Dr. Umawathy A/P Techanamurthy
11.00 AM Penolong Pengarah Kanan
Unit Instruksional
12.45 AM Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital
01.00 PM Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
02.30 PM
Sesi soal dan jawab
Sesi 2: Pendigitalan TVET dalam Pengajian Tinggi dan Kesannya Terhadap
Arahan dalam Kelas
Panel 1: Encik Jirayu Songkhro
Penolong Dekan Hal Ehwal Antarabangsa
Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand
Panel 2: Dr Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan
Pensyarah Kanan
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Malaysia
Panel 3: Encik Wan Ruhaifi bin Wan Yub Ibrahim
Ketua Program
Certificate in Culinary Arts
Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Malaysia
Panel 4: Prof. Ellyn Ly Maramento
Ketua Program, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
Penyelaras, GSU StudyPH EduTourism
Guimaras State University, Filipina
Panel 5: Cik Nur Astri Fatihah
Pensyarah dan Penyelaras
Diploma in Tourism Business Management
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia
Moderator: Dr. Umawathy A/P Techanamurthy
Penolong Pengarah Kanan
Unit Instruksional
Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Sesi soal dan jawab
Rehat
Sesi 3: Kesediaan TVET di Institusi Pengajian Tinggi dalam Melangkah ke
Arah Digital
Panel 1: Dr. Nuchalee Thipmonta
Dekan Fakulti Seni Liberal
Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand
Panel 2: Puan Nur Liyana binti Khalid Khan
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembelajaran Digital
Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
04.30 PM Panel 3: Dir. Adrian Forca
04.45 PM Pengarah
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
05.30 PM Guimaras State University, Filipina
Panel 4: Encik Andiyono
Timbalan Pengarah II Hal Ehwal Am dan Kewangan
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia
Moderator: Dr. Umawathy A/P Techanamurthy
Penolong Pengarah Kanan
Unit Instruksional
Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Moderator Bersama: Encik Mohd Tasuan bin Piahat
Timbalan Pengarah Pengurusan
Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi, Malaysia
Sesi soal dan jawab
Majlis Penutup International Tourism and Hospitality Network 2022
(ITHN 2022); Embracing Digitalization of TVET in Higher Education
Ucapan aluan daripada Pengacara Majlis
Ucapan penghargaan daripada
Puan Haslinda binti Abd Hamid
Pengarah
Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi
Ucapan penutup daripada Pengacara Majlis
Majlis tamat
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
MODERATOR
Dr. Umawathy A/P Techanamurthy
Penolong Pengarah Kanan
Unit Instruksional
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Selepas tamat pengajian, beliau telah bekerja di sektor swasta sebagai Editor
Multimedia dan Pembangun untuk kandungan pembelajaran interaktif sebelum menyertai
sektor awam sebagai pensyarah pada tahun 2009. Beliau pernah menjadi pensyarah di Kolej
Komuniti Selayang dan Kolej Komuniti Hulu Selangor, di mana beliau bertugas dalam Unit
Multimedia Interaktif dan Jabatan Seni Permainan Digital. Beliau juga merupakan Pegawai
Multimedia dan Sumber di kedua-dua institusi ini. Minat semasa beliau ialah dalam reka
bentuk pengajaran, pedagogi dan teknologi baharu untuk Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(TVET), ‘flipped classroom’, penyelidikan reka bentuk dan pembangunan, pembelajaran mudah
alih, dan penyelesaian masalah.
Penerbitan beliau termasuk penerbitan peringkat Scopus dan ulasan rakan sebaya. Sebagai
penyiasat utama, beliau telah dianugerahkan Geran Penyelidikan Tindakan (T-ARGS) TVET
pada tahun 2018. Pemberian itu juga menghasilkan IP mengenai "Rancangan Pengajaran
‘Flipped Classroom’ untuk Internet Benda (IoT)". Tesis PhD beliau memfokuskan pada reka
bentuk dan pembangunan Modul ‘Flipped Classroom’ berdasarkan Penyelesaian Masalah yang
dilaksanakan pada kursus Seni Kulinari di Kolej Komuniti menggunakan Prinsip Pertama
Pengajaran dan Perantisan Kognitif Merrill. Beliau telah memenangi anugerah dalam
pengajaran inovasi di peringkat kebangsaan.
Di JPPKK, beliau telah memimpin, membantu dan menggalakkan penggunaan alat dan
pedagogi pembelajaran digital yang berkesan dan inovatif dengan matlamat untuk
meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran Pembelajaran Sosial Mudah Alih dan
Flipped Classroom di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Beliau
juga telah memulakan siri webinar dengan penceramah
tempatan dan antarabangsa mengenai Pengajaran dan
Pembelajaran sebagai sebahagian daripada
Pengajaran Jauh semasa Inisiatif Pandemik COVID-19
oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Beliau juga terlibat secara aktif dalam Majlis TVET
Kebangsaan (Kumpulan Fokus Penjenamaan) untuk
penjenamaan semula TVET di Malaysia. Beliau juga
telah terlibat dalam banyak bengkel dan program
latihan dalam pembangunan modul, pembelajaran abad
ke-21, flipped classroom dan pembelajaran bersepadu
mudah alih sosial dan metodologi penyelidikan.
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
BARISAN PANEL
Sesi 1:
The Challenges and Expectations of TVET In Higher Education Digitalization
Cik Soraya Pimwong
Panel 1 Pelajar Unit Bahasa Asing
Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand
Cik Norein Syazwani binti Mohd Dasuki
Panel 2 YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Langkawi Tourism Academy@ Kolej Komuniti Langkawi, Malaysia
Encik Ahmad Afleen Aieeman bin Ahmad Daman
Panel 3 Huri EXCO Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Malaysia
Encik Rian Adi Wijatmiko
Panel 4 Pelajar
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia
Sesi 2:
Digitalization of TVET in Higher Education and Its Impact on Classroom Instruction
Encik Jirayu Songkhro
Panel 1 Penolong Dekan Hal Ehwal Antarabangsa
Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand
Panel 2 Dr Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan
Pensyarah Kanan
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Malaysia
Panel 3 Encik Wan Ruhaifi bin Wan Yub Ibrahim,
Ketua Program
Certificate in Culinary Arts
Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Malaysia
Panel 4 Prof. Ellyn Ly Maramento
Ketua Program, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
Penyelaras, GSU StudyPH EduTourism
Guimaras State University, Filipina
Panel 5 Cik Nur Astri Fatihah
Pensyarah dan Penyelaras program
Diploma in Tourism Business Management
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
PANEL
Sesi 3:
Readiness of TVET in Higher Institutions in Going Digital
Dr. Nuchalee Thipmonta
Panel 1 Dekan Fakulti Seni Liberal
Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand
Panel 2 Puan Nur Liyana binti Khalid Khan
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembelajaran Digital
Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital, Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Panel 3 Dir. Adrian Forca
Pengarah
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Guimaras State University, Filipina
Encik Andiyono
Panel 4 Timbalan Pengarah II Hal Ehwal Am dan Kewangan
Politeknik Negeri Sambas, Indonesia
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat 1
Dr. Hjh. Norhayati binti Zakaria
Pengarah Bahagian Kurikulum
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Penasihat 2
Puan Haslinda binti Abd Hamid
Pengarah
Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi
Pengerusi 1
Puan Nor Azlina binti Mohd Mizuan
Timbalan Pengarah (Akademik)
Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi
Pengerusi 2
Encik Mohd Zaidi bin Sarip
Timbalan Pengarah
Bidang Hospitaliti & Pelancongan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Pengarah Program
Puan Nor Zairina binti Zainal Abidin
Setiausaha
Puan Hirzanisma Juliati binti Hasfani Azilan
Bendahari
Puan Mahanom binti Baharudin (K)
Puan Norhana binti Ismail
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
JAWATANKUASA PELAKSANA
Floor Manager
Puan Nadia binti Abd Jalil (K)
Puan Nurfarah Adilah binti Zuppri
Aktiviti Video Persembahan dan Pameran
Encik Wan Ruhaifi bin Wan Yub Ibrahim (K)
Encik Ahmad Ikhwan Fitri bin Arefin
Puan Hirzanisma Juliati binti Hasfani Azilan
Puan Eunees Edora Anak Bandong
Cik Nurfarahdiyanah binti Tajudeen Sahib
Encik Marzuki bin Muhamad
Cik Bazilah Izati binti Zakaria
Encik Mohd Fairuz bin Rejah
Encik Muhammad Syafiq bin Ahmad Bukhari
Encik Ahmad Fauzi Arshad bin Mohd Sidik
Sijil dan Cenderahati
Puan Siti Fitrika Nora binti Shaari (K)
Puan Nur Liyana binti Mohd Sahiffudin
Puan Noor Hayana Shazrin binti Hashim
Puan Rusmini binti Abd Rahim
Persiapan Tempat dan Kebersihan
Encik Muhammad Farid bin Rozhan (K)
Encik Zakaria bin Noh
Cik Farhana binti Ab Rahman
Encik Hariz Hamimi bin Zainol
Protokol
Puan Rosalinda binti Ariffin (K)
Cik Izzati Firdiana binti Kamarol Bahrin
Jemputan
Puan Nor Maizura binti Ibrahim (K)
Puan Norazean binti Othman
Encik Shafiq Bin Mansor
Liaison Officer
Encik Nor Asfarul Lail Azwan bin Haris (K)
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pendaftaran
Puan Rosalinda binti Ariffin (K)
Encik Nor Asfarul Lail Azwan bin Haris
Cik Izzati Firdiana binti Kamarol Bahrin
Pengurusan Pelajar
Cik Nurhazwani binti Hassan (K)
Puan Siti Rufaidah binti Abdullah
Makan dan Minum
Encik Mohamad Jeffri bin Ahmad (K)
Puan Noorhanani binti Harun
Cik Rohaniza binti Mohd Daud
Logistik, Penginapan, Pengangkutan
Encik Sulaiman bin Fuzi (K)
Cik Zalifah binti Che Pee
Cik Marini binti Abdul Aziz
Encik Mohamad Arman bin Fazil
Encik Redzuan bin Saad
MC Perasmian, Penutup dan Siaran Langsung
Encik Mohd Nor Halim bin Sabtu (K)
Cik Izzah Imanina binti Ibrahim
Encik Mohd Tasuan bin Piahat
Encik Zakaria bin Noh
Moderator
Encik Mohd Tasuan bin Piahat (K)
Encik Ahmad Khairulhaziq bin Zulkifli
Encik Mohamad Arif bin Abdul Kadir
Teknikal, Multimedia dan Siaraya
Ts. Nurulaini Idaya binti Muhammad (K)
Encik Mohd Nasrul bin Mohd Hanafi
Encik Muhamad 'Akasyah bin Abd Ghani
Encik Daeng Hatef Darerssalam bin Zuhud
Puan Nor Maizura binti Ibrahim
Encik Mohd Khairi bin Nordin@Baharuddin)
Puan Norhasilawati binti Ismail
Encik Norhishamudin bin Md Zin
Cik Wan Nordiana binti Wan Mohd
Encik Mohammad Harith bin Shahimi
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022
JAWATANKUASA PELAKSANA
Teks Ucapan dan Video Ucapan dan Perasmian
Puan Fatin Fathiah binti Azman (K)
Puan Nurul Shafiqah binti Daud
Puan Norsakinah binti Mohammad
Hebahan Korporat
Encik Ahmad Khairulhaziq bin Zulkifli (K)
Puan Norsakinah binti Mohammad
Repertoire (Pelapor)
Puan Eunees Edora Anak Bandong (K)
Encik Mohd Khairi bin Nordin@Baharuddin
Puan Nurul Syazwani binti Khudzari
Jurugambar
Encik Ungku Khairul Fadzli bin Ungku Abu Bakar (K) Encik
Ahmad Firdaus bin Shukri
SOP dan Keselamatan
Encik Marzuki bin Muhamad (K)
Encik Mohd Khairan bin Hj Azhar
INTERNATIONAL TOURISM AND HOSPITALITY NETWORK 2022