KONSEP WASATIYYAHKESEDEHANAAN DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR DISEDIAKAN OLEH: 1.AHMAD NAZMIE BIN AHMAD NAZARUDDIN (F1127) 2.KHAIRUL NAJMI BIN MOHD FADHLI (F1131) 3. SYED ABDUL NAFIZ RAFIQIN BIN SYED ABD HALIM (F1119) 4.AHMAD IRFAN BIN ZAIFULRIZAL (F1147)
ISI KANDUNGAN -PENGENALAN………………………………………………………… 1 -IMPAK…………………………………………………………………….2 -KESAN POSITIF DAN NEGATIF………………………………….3 -KESIMPULAN…………………………………………………………..4 -RUJUKAN………………………………………………………………..5 -LAMPIRAN………………………………………………………………6
PENGENALAN Dari segi bahasa perkataan “wasatiyyah” adalah masdar atau “kata terbitan” dari perkataan “al-wasat”. Dari perkataan “al-wasat” terbit pula perkataan “al-Awsat” ism tafdil yang bermaksud sangat adil dan tidak melampau. Perkataan lain dalam bahasa Arab yang sama dengannya ialah “I’tidal” bererti “tidak melampau” (rigid, ketat) dan tidak cuai (longgar). Wasatiyyah (kesederhanaan) sering kali dikaitkan dengan kalimah “wasatan ” dan kalimah “muqtasid ” atau “muqtasidah” Kalimah “wasatan ” sebenarnya berasal dari dari tiga huruf, iaitu ط س و dan disebut di dalam al-Quran sebanyak enam kali. Selain itu, ia berasal dari perkataan “al-Wasat ” yang bermaksud di tengah ( قيرطلا طسو ( atau .(ءيشلا طسو) sederhana “Wasat ” bermakna “tengah” iaitu tidak lebih, tidak kurang, biasa, atau sedang dalam perkara atau tindak tanduk. Namun, kata terbitan wasat juga memberi maksud “yang adil ”, “yang terbaik”, “ yang terpilih ” (pada mutu), “yang terhalus ” (pada seni) dan “yang terhormat ”. Menurut Imam al-Ghazali, wasatiyyah adalah satu keadaan pertengahan yang dinamakan sebagai sifat keutamaan ( ةليضفلا( dan ia terletak di antara dua sifat ekstrem yang tercela ( ةليذرلا. ( Kecondongan dari sifat pertengahan kepada satu sifat ekstrem akan menimbulkan kecacatan. Sifat pertengahan ini dapat ditentukan melalui prinsip umum yang ditetapkan oleh akal dan syariat Islam. Sifat pertengahan biasanya relatif, ia berbeza antara seseorang individu dengan orang lain dan dalam situasi berlainan mengikut kemampuan masing-masing dengan cara yang “terbaik” dan “teradil ”
IMPAK -KONSERVASI SUMBER DAYA ALAM: Konsep Wasatiyyah-Kesederhanaan mendorong manusia untuk menggunakan sumber daya alam secara bijak, menghindari pemborosan, dan merawat lingkungan. Ini dapat membantu dalam konservasi air, tanah, dan keanekaragaman hayati. -KESEIMBANGAN SOSIAL-EKONOMI: Dengan menghindari eksploitasi berlebihan terhadap sumber daya alam, konsep ini dapat membantu menjaga keseimbangan sosial-ekonomi. Keseimbangan ini menciptakan peluang yang lebih adil dan berkelanjutan bagi masyarakat. -PENGEMBANGAN EKONOMI BERLANJUTAN Mengadopsi pendekatan ekonomi yang berkelanjutan, seperti pertanian organik dan penggunaan energi terbarukan, dapat meningkatkan keberlanjutan ekonomi dalam jangka panjang. -PEMAHAMAN SPIRITIUAL DAN KETERHUBUNGAN Konsep Wasatiyyah-Kesederhanaan memiliki akar dalam pemahaman spiritual Islam. Menerapkannya dapat memperkuat keterhubungan manusia dengan alam dan menciptakan rasa tanggung jawab spiritual terhadap lingkungan.
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT : “AQIDAH” Perkataan aqidah berasal dari Bahasa Arab “aqada” yang bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat. Manakala pengertian dari sudut istilah pula ialah bermaksud kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Pentingnya setiap individu yang dilahirkan sebagai khalifah mempunyai Aqidah yang sebenar. Kepentingan Aqidah dalam soal penjagaan alam sekitar ialah kerana kepercayaan kepada Allah merupakan teras kepada ajaran Islam yang menjadi dasar kepada seluruh tindak tanduk manusia dalam urusan kehidupan seharian. Selain itu, melalui Aqidah yang kukuh serta dengan bersumberkan Al-Quran (wahyu) menjadikan seseorang itu berfikiran lapang serta dapat memandu jiwa mereka untuk bertindak seperti yang disarankan oleh AlQuran. Sebagai contoh, terdapat banyak dalil Al-Quran yang menerangkan secara jelas mengenai alam sekitar bumi ini seperti perintah untuk tidak berbuat kerosakan di bumi, kesan dan akibat dari perbuatan manusia, balasan bagi orang yang menyombongkan diri serta balasan bagi orang yang berbuat kerosakan. Antara surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang disebut tentang semua yang berkaitan alam sekitar adalah : 1. Surah Al- Baqarah ayat 11; “dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orangorang Yang hanya membuat kebaikan". 2. Surah Asy Syu’araa’ ayat 183; "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” 3. Surah Ar-Rum ayat 41; “telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” 4. Surah Ar-Ra’d ayat 25; “dan (sebaliknya) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat Yang seburuk-buruknya” KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT: “SYARIAH” Umum mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam yang berlandaskan alQuran dan asSunnah. Pelaksanaan syariah dalam konsep penjagaan alam sekitar cukup memberi impak yang amat besar. Hal ini kerana hanya Islam yang melaksanakan lunaslunas peraturan yang berasaskan Islam agar persekitaran alam sekitar di kekalkan dan di gunapakai mengikut peraturanperaturan yang telah di tetapkan dan bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata- mata. Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T kepada ummat-ummatnya dalam memenuhi tuntutan fitrah manusia. Malahan, bumi ini hanyalah tanah gersang semata-mata andai tidak dikurniakan alam sekitar yang indah seterusnya menjadi tempat tinggal bagi manusia serta makhluk sekalian alam untuk mensyukuri serta menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T. Dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah Allah di muka bumi ini, manusia perlu dipandu dan diajar mengikut ajaranajaran yang telah ditetapkan Islam. Pendidikan Islam dalam mendidik manusia terhadap penjagaan alam sekitar amat berbeza dengan pendidikan yang ingin disampaikan oleh barat. Pendidikan Islam merangkumi aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya menekankan aspek fizikal. Saban waktu, alam sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu pembangunan. Manakala pembangunan pula tidak dapat dipisahkan dengan hakikat kehidupan manusiawi yang memerlukan pembangunan untuk
meneruskan kebelangsungan hidup seperti bangunan-bangunan kediaman, tempat sumber pendapt serta tempat untuk memperoleh keperluan harian. Namun seiring dengan itu, manusia seharusnya mengetahui batas-batas serta menjaga kepentingan Islam dalam penggunaan alam sekitar. Kepentingan alam sekitar dan pembangunan yang dicipta manusia adalah seiring. Manusia tidak boleh semata-mata mementingkan pembangunan, sementara alam sekitar hanya dipandang enteng. Dalam syariah, Islam menggariskan perkara-perkara tertentu agar elemen-elemen penting alam sekitar dapat diselia dengan rapi dan seimbang untuk menjamin masa hadapan kepada generasigenerasi mendatang. Sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran bahawasanya Allah berfirnan dalam Surah Ar-Ra’du:3, “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buahbuahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT : “AKHLAK” Definisi akhlak dari sudut bahasa ialah berasal daripada perkataan (alakhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Manakala dari sudut istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang membincangkan tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap Allah, hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar. Konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam juga turut menekankan dari sudut akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan penting yang berkait rapat lahir dari Aqidah yang utuh serta pemahaman yang terperinci dalam syariah. Melalui akhlak, keperibadian seseorang muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji dalam tindakan terhadap alam
sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam yang perlu ada dalam diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap penjagaan alam sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Ta’awun. Qanaah ialah sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan hidup. Dalam erti kata lain ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah serta tidak tergolong dalam golongan pembazir.
KESAN POSITIF Konservasi Sumber Daya Alam: Mengadopsi sikap wasatiyyahkesederhanaan mendorong penggunaan sumber daya alam secara bijak, mengurangi eksploitasi berlebihan, dan menciptakan keberlanjutan bagi generasi mendatang. Keseimbangan Sosial-Ekonomi: Konsep ini membantu menjaga keseimbangan antara kebutuhan ekonomi dan keadilan sosial. Masyarakat memiliki akses yang lebih adil terhadap sumber daya alam dan peluang ekonomi. Ekonomi Berkelanjutan: Wasatiyyah-Kesederhanaan mendukung model ekonomi berkelanjutan dengan mendorong pengembangan praktik ekonomi hijau dan berkelanjutan. Hubungan Spiritual dengan Alam: Penerapan konsep ini memperdalam hubungan spiritual manusia dengan alam. Keberlanjutan dianggap sebagai bentuk tanggung jawab spiritual terhadap penciptaan Allah. KESAN NEGATIF Keterbatasan Inovasi Teknologi: Pemahaman kesederhanaan bisa saja diartikan sebagai penolakan terhadap perkembangan teknologi yang dapat membantu dalam pelestarian alam. Jika kesederhanaan diartikan secara ekstrem, hal ini dapat menghambat investasi dalam teknologi yang lebih ramah lingkungan. Pertumbuhan Penduduk: Dalam konteks kesederhanaan, adopsi sikap kebijaksanaan dalam menggunakan sumber daya alam bisa diartikan sebagai keterbatasan dalam pertumbuhan ekonomi atau pembangunan infrastruktur. Hal ini mungkin menciptakan kebijakan yang tidak memadai untuk mengelola pertumbuhan penduduk. Ketidakpastian Pekerjaan: Jika kesederhanaan diartikan sebagai pembatasan dalam produksi dan konsumsi, ini bisa menyebabkan ketidakpastian dalam lapangan pekerjaan, terutama dalam industriindustri yang terkait dengan eksploitasi sumber daya alam.
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kelestarian alam sekitar wajib diusahakan oleh setiap umat di muka bumi ini. Kemunculan teknologi tidak seharusnya dilihat sebagai satu bebanan atau perkara rumit kepada negara sebaliknya dilihat sebagai perkaitan yang rapat antara alam sekitar dan kehidupan manusia. Tanpa teknologi, manusia mungkin tidak mampu untuk menjaga kelestarian alam. Islam menggalakkan penerokaan ilmu yang berkaitan untuk digunakan sebagai perangsang dan pembantu kepada urusan alam. Penerokaan ilmu ini akan memacu kepesatan teknologi yang sememangnya dicipta untuk membantu manusia. Teknologi hijau dilihat sebagai satu alat untuk membantu manusia mengekalkan kelestarian alam sekitar. Teknologi hijau ini juga akan memacu ke arah perkembangan negara pada peringkat tempatan dan juga global. Oleh itu, inisiatif untuk menggalakkan perkembangan teknologi hijau ini harus direalisasikan melalui skim pembiayaan secara Islam. Islam membantu dan menggalakkan umatnya untuk menceburi perniagaan. Dengan skim pembiayaan ini, bukan sahaja membantu masyarakat yang ingin membina peralatan berteknologi hijau, bahkan dapat menggalakkan golongan yang mempunyai modal kecil menjalankan perniagaan berasaskan teknologi hijau. Perkembangan teknologi hijau ini akan mendorong kepada pengurangan pelepasan karbon dan seterusnya dapat mengurangkan penyakit alam. Impaknya akan dapat dilihat apabila kelestarian alam sekitar dan ekosistem kehidupan manusia menjadi lebih sihat.
RUJUKAN -slideshare.net/fatehahhjothman/islam-dan-alam-sekitar -group2polisas.blogspot.com/2016/07/pengertian-alam-sekitarmenurut-islam.html LAMPIRAN