KESANTUNAN BERBAHASA Nur Ain Nabila bt. Mohd Nordin 2022172310009
Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang sopan, saling menghormati dan memperhatikan norma-norma komunikasi yang diakui oleh masyarakat. Ini melibatkan pemilihan kata yang tepat, menghormati pendapat orang lain, menjaga sopan santun dalam interaksi dan mempertimbangkan kandungan percakapan dan situasi semasa berkomunikasi.Malangnya,terdapat segelintir individu yang tidak mengamalkan kesantunan dalam kehidupan seharian. PENGENALAN
ISU BAHASA
05 Penggunaan kata kesat dalam berbahasa menunjukkan kurangnya kesantunan semasa berkomunikasi.Penggunaan kata-kata kasar, kasar, atau menghina semasa berkomunikasi dapat merosakan hubungan sosial antara masyarakat, menciptakan konflik dan melukai perasaan orang lain.Misalnya contoh tersebut menunjukkan bahawa seorang indivudu meluahkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan dan penguatkuasa dengan menyebut lahanat dan hanjing.Penggunaan kata-kata kesat dalam situasi ini hanya akan mendatangkan keburukan kepada individu tersebut sahaja serta tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.Oleh karena itu, penting untuk menjaga kesantunan berbahasa dalam percakapan dan memilih katakata yang sopan serta menghormati orang lain agar komunikasi dapat berjalan dengan lebih baik dan memperkuat hubungan sosial.
Ibu bapa perlu menegur tindakan anak-anak apabila mereka menggunakan bahasa yang kasar,kesat atau menghina supaya mereka tahu bahawa mereka salah jika menggunakan perkataan sebegitu dalam kehidupan seharian dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut lagi. IBU BAPA PERLU MENEGUR ANAK-ANAK 07 Kerajaan menguatkuasa peraturan dan undang-undang yang sedia ada agar masyarakat tidak berani menggunakan perkataan yang dianggap tidak sopan serta boleh menjatuhkan maruah orang lain. KERAJAAN MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG Guru perlu menonjolkan sikap bersopan santun seperti menerapkan penggunaan kata yang sopan,beradab dan berbudi bahasa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya murid dapat terikut dengan sikap guru tersebut GURU MENJADI SURI TELADAN
ISU BUDAYA
Pengaruh budaya barat memberi kesan yang besar terhadap kesantunan dalam masyarakat seperti tidak menggunakan kata panggilan yang betul.Hal ini berlaku kerana masyarakat di negara barat cenderung untuk tidak mengambil berat tentang penggunaan kata panggilan mengikut pangkat dalam kehidupan seharian. Mereka lebih kerap menggunakan nama sahaja untuk merujuk kepada seseorang. Kesan daripada pengaruh tersebut menyebabkan terhakisnya kesantunan dalam masyarakat, di mana penggunaan kata panggilan yang sesuai dengan gelaran atau jawatan semakin kurang dihargai atau diabaikan. Misalnya,contoh tersebut menunjukkan bahawa penulis tidak menggunakan kata panggilan yang tepat kepada perdana menteri kita iaitu Dato Sri Anwar Ibrahim tetapi hanya menggunakan nama sahaja.Perkara ini dianggap seperti tidak menghormati individu tersebut dan dilihat kurang sopan. 02
Kata slanga sering kali digunakan dalam konteks tidak rasmi atau percakapan sehari-hari di antara kelompok tertentu.Bahasa slanga merupakan perkataan yang tidak tergolong dalam golongan kata bangku dan kebiasaanya digunakan semasa perbualan tidak rasmi.Namun, perlu dicatat bahwa penggunaan bahasa slanga dapat dianggap kurang sopan atau tidak tepat dalam komunikasi jika lawan bicara tidak memahami apa yang sedang dibicarakan. Komunikasi yang efektif terjadi ketika kedua belah pihak yang terlibat dalam percakapan memiliki pemahaman yang sama terhadap kata-kata dan makna yang digunakan. Jika pengguna slanga berbicara dengan seseorang yang tidak terbiasa dengan istilah slang tersebut, hal ini dapat menyebabkan salah faham dalam komunikasi.Contohnya, teks tersebut menujukkan penggunaan bahasa slanga yang mungkin sukar dibaca jika tidak biasa dengan slanga tersebut dan boleh menyebabkan berlakunya konflik jika penerima tidak memeahami mesej tersebut .Jelaslah,bahawa komunikasi yang efektif melibatkan pemahaman bersama dan menghindari penggunaan kata slanga yang dapat menghambat pemahaman akan membantu menjaga tingkat kesantunan dan membangun hubungan komunikasi yang baik. 02
Media massa menyebarkan informasi berkaitan penggunaan bahasa atau sistem bahasa yang sesuai semasa urusan rasmi dan tidak rasmi supaya masyarakat dapat mengamalkan penggunaan bahasa yang betul mengikut situasi. MEDIA MASSA IBU BAPA MENGAJAR ETIKA KOMUNIKASI PEMANTAUAN PIHAK SEKOLAH Ibu bapa perlu mengajar anak-anak etika berkomunikasi yang tepat dalam masyarakat negara kita seperti penggunaan kata panggilan yang sesuai supaya mereka mendapat tahu konsep-konsep untuk mengekalkan kesantunan semasa berkomunikasi. Pihak sekolah haruslah sentiasa melakukan pemantauan terhadap tingkah laku dan peradaban murid-murid. Murid yang mempunyai tingkah laku yang kurang sopan perlulah diambil tindakan seperti menasihati murid tersebut dengan cara yang baik supaya kesalahan tersebut tidak diulangi
ISU SOSIAL
Laras bahasa akan sentiasa berubah bergantung pada tujuan dan konteks komunikasi. Penggunaan laras bahasa yang sesuai dapat mencerminkan kesantunan, keperibadian yang baik, dan meningkatkan profesionalisme seseorang. Namun, ia menjadi isu apabila seseorang itu tidak mengamalkan laras bahasa yang sesuai mengikut situasi. Contohnya, dalam perbualan tersebut seseorang individu menggunakan laras bahasa yang tidak formal untuk meminta pekerjaan dianggap tidak beradab dan kurang sopan.Penggunaan singkatan atau laras bahasa yang tidak formal menunjukkan bahawa diri individu tersebut hanya main-main untuk bekerja dan mengurangkan tahap profesionalisme beliau.Oleh itu, penting untuk memahami situasi dan memilih laras bahasa yang sesuai supaya komunikasi dapat berjalan dengan lancar, menghormati norma sosial, dan mencerminkan kesantunan yang diharapkan dalam interaksi sosial. 02
02 Masyarakat kini kurang mengamalkan prinsip menjaga air muka lawan bicara kita.Teguran secara langsung tersebut tidak salah jika menggunakan penggunaan kata yang sesuai dan sopan seperti menggunakan bahas terbalik, pantun dan sebagainya namun perkara tersebut akan menjadi sebaliknya jika tidak mengamalkan gaya kesantunan.Hal ini boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan.Misalnya contoh tersebut menunjukkan ibu bapa murid tersebut menegur guru supaya membalas whatsapp tersebut dengan segera tetapi menggunakan perkataan yang agak kasar dan memalukan diri guru.Hal ini dikatakan tidak beradab disebabkan pemilihan kata yang tidak sesuai yang menonjolkan guru tersebut malas.Teguran tersebut hanya akan menyebabkan tercetusnya pergaduhan dan masyarakat akan mencemuh diri sendiri.
K e m e n t e ria n P e n didik a n M a l a y sia b o l e h m e n g a d a k a n k e m p e n b u di bahasa untuk mendidik golongan remaja tentang kepentingan kesantunan berbahasa cara dalam kehidupan,kesan dan cara berbudi . Contohnya, melalui iklan, poster atau kempen media sosial yang mempromosikan penggunaan bahasa yang sopan dan hormat dalam pergaulan seharian.Kempen t e r s e b u t m a m p u m e m b e ri k e s e d a r a n k e p a d a m e r e k a p e n tin g n y a k e s a n t u n a n d a l a m k e hid u p a n a g a r d a p a t e l a k k a n k o n f lik d a n m e n g e r a t k a n h u b u n g a n d e n g a n m a s y a r a k a t. Penubuhan kelab budi bahasa Kempe n b u d i b a h a s a T ay a n g a n p r o g r a m y a n g m e n g a m alk a n k e s a n t u n a n S e k o l a h p e r l u m e n u b u h k a n k e l a b b u di bahasa khusus untuk menyemai kesantunan agar mereka dapat belajar tentang kesantunan seperti laras bahasa , gaya bahasa dan sebagainya .Pembelajaran tersebut dapat menambah pengetahuan mereka berkaitan dengan kesantunan dan membimning mereka untuk menjadi lebih santun dalam kehidupan harian. Media massa perlu menyiarkan program yang menggunakan kesantunan berbahasa.Hal ini demikian kerana,pengguna media massa juga termasuk golongan kanak-kanak dan mereka senang terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar oleh mereka.Oleh itu,media massa perlu menayangkan program yang mengaplikasikan kesantunan berbahasa. 0 3
Isu kesantunan berbahasa adalah ketidakpatuhan terhadap norma-norma dan etika komunikasi yang meliputi penggunaan bahasa yang tidak sopan, kata panggilan yang tidak betul, atau merendahkan. Hal ini dapat terjadi dalam pelbagai situasi, baik dalam percakapan sehari-hari, media sosial, atau lingkungan formal. Pentingnya mencegah isu kesantunan berbahasa untuk membangun hubungan yang harmonis dan menghindari konflik .Oleh itu,semua pihak diminta untuk berganding bahu untuk mencegah isu ini daripada semakin berleluasa. KESIMPULAN