The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku maulid puji-pujian atas Nabi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Uzeir Rosli, 2020-12-30 07:40:52

BUKU MAULID

Buku maulid puji-pujian atas Nabi

DAURAH QASIDAH

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

Selawat Thobibiyah 6
Salam Atas Baginda 10
Sudilah Memandang Kami 12
Kemuliaan Baginda 16
Indahnya Nabi SAW 18
Nabi Di Mekah 21
Hijrah Rasulallah SAW 24
Selawat Kasih 30
Gembira Bersama Ahli Madinah 33
Syafa`at Kasih 35
Doa Maulid 37
Himpunan Qasidah dan Selawat 40
Wahai Purnama 41

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|1

DAURAH QASIDAH

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

Mahabbah Rasul 42

Tholama Asyqu Ghoromi 44

Kerinduan Pada Nabi 45

Innal Habib 48

Alaika SollaLlah 49

Dendang Perindu 50

Bagaimana Mungkin Kupuji 51

Kisah Sang Rasul 52

Nabiyuna Rasulallah 54

Salamun Alaika Ya Rasulallah 55

An Nabi Sollu Alaih 56

Ya Hanana 57

Solatullah 59

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|2

DAURAH QASIDAH

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

Padang Bulan 61
Nurul Mustofa 63
Majlis Ahbab Mustofa 64
Qomarun 66
Darbul Huda 68
Afdholur Rasul 69
Muhammadun 71
Gurindam Tauhid 73
Gurindam Sifat 20 74
Gurindam 77
Hamba Bersimpuh 79
Bayangan WajahMU 81
KasihMu Rasulullah 82

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|3

DAURAH QASIDAH

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|4

DAURAH QASIDAH

Salam Mahabbah

MAULID AL MALIK merupakan susunan Al Faqir
WALID AL-MALIK sebagai satu wasilah dakwah dalam
menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, diolah
dalam bahasa Melayu agar bacaannya dapat difahami dan

dihayati dengan lebih baik

Maulid ini turut diadun dengan kalam-kalam hikmah ulama
silam dari kitab-kitab mereka dan digabungkan dengan
versi Arab yang Masyhur agar terpelihara barokahnya.

Semoga Bacaan Maulid ini akan menambahkan mahabbah
pada Baginda SAW, mendatangkan ketenangan jiwa dan

keberkatan dalam kehidupan

Insya Allah

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|5

DAURAH QASIDAH

Selawat Thobibiyah

‫اَﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ َﺻﻠﱢﻰ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َﻋﻠَﻰ‬
‫َﺳﻴﱢ ِﺪي َو َﺣﺒِْﻴ ِﺐ َوﻃَﺒِﻴ ِﺐ ﻗَـْﻠ ِﺐ‬
‫َو َﺟ َﺴ ِﺪي َوُروِﺣﻲ َﺳﻴﱢ ِﺪي‬
‫َر ُﺳﻮِل اﷲ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ إِﺑْ ِﻦ َﻋْﺒ ِﺪ اﷲ‬
‫اَﻟ ﱠﺼﺎِد ِق اﻷَِﻣﻴ ِﻦ َو َﻋﻠَﻰ اﻟِِﻪ َو َﺻ ْﺤﺒِِﻪ أَ ْﺟ َﻤِﻌﻴﻦ‬

Allah Selawat Dan Salam Atas Junjungan
Penghulu Dan Kekasihku, Pengubat Hatiku,
Jasadku Dan Rohaniku, Penghulu Para Rasul
Muhammad Ibni Abdillah, Jujur Dipercayai
Dan Atas Keluarga, Dan Sahabat Sekeliannya

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|6

DAURAH QASIDAH

َ ُ ‫ََ ٱ‬ َ ِ ۡ َ ّ ٗ ِ ٗ َۡ َ َ َ ۡ َ َ ِ‫إ‬
ِ َ َ ‫َذ ِ َ َو‬ ِ ‫َ َ َم‬

َ ۡ َ َ ‫َ َو ُ ِ ِ ۡ َ َ ُۥ‬ َ

‫َو َ ۡ ِ َ َ ِ َ ٰ ٗ ۡ َ ِ ٗ َو َ ُ َ َك ٱ ُ َ ۡ ًا‬

‫َ ِ ًا‬

Sesungguhnya kami telah membuka bagi perjuanganmu
(wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas
nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah
mengampunkan salah dan silap yang telah lalu dan
terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya
kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang
lurus. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu
pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-
penuh dan sekuat-kuat pertolongan (yang tidak ada
bandingnya).

(Al-Fath: 1-3)

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|7

DAURAH QASIDAH

َ ِ َۡ َ ٌ َِ ُۡ ِ ُ َ ۡ ِّ ‫ٌل‬ ُ ‫ۡ َر‬ ُ ‫َ ٓ َء‬ ۡ ََ
‫أ‬

ٞ ِ ‫ف ر‬ٞ ‫َ ِ ۡ َ ِ ٌ َ َ ۡ ُ ِ ۡ ُ ۡ ِ ِ َ َر ُءو‬
ِ ۡ َ َ َۖ ُ ِ‫َ ٓ إِ َ ٰ َ إ‬ َ ۡ ُ َ ْ‫َ َ ۡا‬ ‫َ ِن‬
ِ ُ ‫ٱ‬ َِ ۡ َ ۡ ‫ُ ۖ َو ُ َ َرب ٱ‬ ۡ ََ
ِ َ ۡ ‫ٱ‬ ‫ۡ ِش‬

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul
dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad
SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak
(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya
kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka
berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah
yang mempunyai “Arasy yang Agung”

(At-Taubah: 128-129)

Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|8

DAURAH QASIDAH

َ ِ‫َٱ‬ َ َ ۚ ِّ ِ ‫إِن ٱ َ َو َ َ ِ َ َ ُۥ ُ َ َن َ َ ٱ‬

ً ِ َۡ ْ‫ا‬ ُ ّ َ ‫َ َ ۡ ِ َو‬ ْ‫ا‬ َ ْ‫َءا َ ُ ا‬
ِ

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada
Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang
beriman ,berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah
salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Al-Ahzab: 56)



Maulid Al Malik & HimpunanSelawat|9

DAURAH QASIDAH

Salam Atas Baginda

Ya RasulAllah, Salam Kerinduan Untukmu
Engkaulah Hamba Allah Yang Terpuji

Engkaulah Kekasih Allah Yang Amat Dicintai
Selawat Dan Salam Dari Allah Untukmu

Salam Atasmu Duhai Permata Yang Indah
Salam Atasmu Duhai Purnama Yang Menerangi

Salam Atasmu Duhai Cahaya Dari Allah
Salam Atasmu Wahai Penutup Segala Nabi

Salam Atasmu Duhai Kekasih Kami
Salam Atasmu Duhai Kerinduan Kami
Salam Atasmu Duhai Pensyafaat Kami
Salam Atasmu Duhai Yang Mencintai Kami

Salam Atasmu Duhai Penegak Kebenaran
Salam Atasmu Duhai Penghancur Kebatilan
SalamAtasmu Duhai Pelindung Anak Yatim
Salam Atasmu Duhai Pelindung Kaum Wanita

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 10

DAURAH QASIDAH

Salam Atasmu Pelindung Fakir Dan Miskin
Salam Atasmu Penolong Orang Yang Dizalimi
Salam Atasmu Penyebar Cahaya Kerahmatan
Salam Atasmu Duhai Yang Berbimbang Pada Kami
Salam Atasmu Duhai Yang Mendoakan Keampunan Kami
Salam Atasmu Duhai Pemegang Telaga Al-Kauthar
Salam Atasmu Duhai Nabi Penghilang Segala Duka
Salam Atasmu Pemberi Syafaat Di Padang Mahsyar
Salam Atasmu Wahai Saidina Muhammad Ar-Rasul

‫أَﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َوﺑَﺎِرْك َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﻋﻠﻰ آﻟِِﻪ َوأَ ْﺻ َﺤﺎﺑِِﻪ َوَزْو َﺟﺎﺗِِﻪ‬
‫َوذُِرﻳﱠﺎﺗِِﻪ أَ ْﺟ َﻤِﻌْﻴ َﻦ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 11

DAURAH QASIDAH

Sudilah
Memandang Kami

Abdul Mutallib Telah Bernazar
Untuk Korbankan Seorang Zuriatnya

Maka Jatuhlah Ia Pada Abdullah
Anakna Yang Paling Indah Wajahnya

*Kebesaran Allah Yang Menunjuk Jalan
Ditukarkan Dengan Dikorbankan Unta
*Maka Selamatlah Anaknya Abdullah
Disyukuri Dengan Linangan Yang Suci

Abdullah Pemuda Kacak Dan Tampan
Dikahwinkan Aminah Puteri Rupawan
Maka Mengandung Ia Akan Baginda
Yang Penuh Kemuliaan Dan Keberkatan

*Ayahnya Abdullah Dipanggil Tuhan
Berduka Aminah, Anaknya Yatim

*Rabi’ul Awwal Lahirlah Bayi Yang Mulia
Yang Bersujud Kepada Allah Yang Esa

Amat Sempurna Indah Memancar
Cahayanya Menyinari Seluruh Alam
Seluruh Makhluk Langit Dan Bumi
Mengucap Salam Atas Kewujudannya

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 12

DAURAH QASIDAH

*Abdul Mutalib Menatap Bayi Yang Indah
Terpilu Hati Melihat Yatim Tiada Berayah

*Dibawa Cucunya Tawaf Di Kaabah
Berdoa Pada Tuhan Sepenuh Hati

Maka Mendengarnya Bisikan Pada Qalbi
Namakan Muhammad, Dia Insan Terpuji

*Apabila Halimah Sa’adiah Memandang Baginda
Kasihnya Mekar Dipangkunya Pulang

*Padahal Ketika Itu Tiada Yang Mahu Menyusunya
Kerana Baginda Anak Yatim Yang Tiada Kekayaan

Barakah Rezeki Melimpah Pada Keluarga Halimah
Kerana Cinta Mereka Pada Baginda

Bayi Yang Barakah Dikembalikan Pada Aminah
Lalu Dibawa Menziarahi Pusara Ayahnya Abdullah

*Kesedihan Menimpa Lagi Baginda Yang Kecil
Ibunya Aminah Pula Meninggal Diperjalanan
*Dipelihara Pula Datuknya Sehingga Meninggal
Dipelihara Pula Oleh Abu Talib Yang Amat Miskin

Hidup Kecilnya Sudah Berdikari
Itulah Susunan Allah Yang Maha Penyayang

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 13

DAURAH QASIDAH

*Mengembala Kambing Jauh Di Gunung
Tiada Pernah Merungut Akan Kesusahan
*Kelaparan Dan Kesunyian Adalah Kehidupannya
Haiwan Dan Gunung Menjadi Teman Penghiburnya

Gelaran Al-Amin Diberikan Padanya
Hidupnya Suci Tiada Berdusta

Dilamar Siti Khadijah Sebagai Suami
Melihat Akhlak Indah Menguruskan Dagangannya

*Di Gua Hira’ Baginda Berkhalwah Sayu
Maka Didatangi Jibril Membawa Wahyu
*Bacalah Wahai Muhammad Dengan Nama Tuhanmu
Engkaulah Penutup Segala Nabi Dan Rasul

Duhai Para Saudara Semua
Apakah Kalian Tiada Gembira
Kelahiran Baginda Penyelamat Insan
Dari Kegelapan Tiada Bertuhan

*Duhai Para Saudara Sekelian
Janganlah Berpaling Dari Nabi Mu
*Jalannya Membawa Pada Kebahagiaan
Jalannya Menghancur Nafsu Dan Syaitan
Bagindalah Nanti Yang Akan Mencarimu
Ketika Ketakutan Di Hari Akhirat

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 14

DAURAH QASIDAH

Syafaatnya Luas Tiada Terhingga
Para Malaikat Tak Dapat Menahannya

*Maafkan Kami Yang Lalai Selawat Padamu
Sedangkan Engkau Amat Mencintai Kami

*Maafkanlah Kami Wahai Jiwa Yang Pemaaf
Diri Kami Yang Penuh Dosa Dan Noda

Ya RasulAllah, Sudilah Kiranya
Sudilah Tuan Memandang Kami

Ya RasulAllah, Sudilah Kiranya
Sudilah Tuan Memandang Kami

Ya RasulAllah, Sudilah Kiranya
Sudilah Tuan Memandang Kami

‫أَﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َوﺑَﺎِرْك َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﻋﻠﻰ آﻟِِﻪ َوأَ ْﺻ َﺤﺎﺑِِﻪ َوَزْو َﺟﺎﺗِِﻪ‬
‫َوذُِرﻳﱠﺎﺗِِﻪ أَ ْﺟ َﻤِﻌْﻴ َﻦ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 15

DAURAH QASIDAH

Kemuliaan Baginda

Kelahiran Baginda membuktikan kebaikan asal
keturunanya, alangkah bahagianya orang yang baik
permulaan keturunan Adam a.s dan baik hujungnya
Abdullah bin Abdul Mutalib.

Di kala itu, Orang Parsi menduga bahawa mereka pasti
akan ditimpa bencana dan penderitaan. Kisra Raja Parsi
menjadi retak dan pendukungnya menjadi bercerai berai.
Api sembahan mereka terpadam kerana kesusahan dan
mata air sungai Furat menjadi kering kerana kesedihan.

Bangsa jin berteriak-teriak memberitahu kelahiran manusia
agung. Cahaya terang benderang memancar ke langit. Ini
petanda kebenaran tidak lama lagi akan muncul.

Namun hati yang keras tetap buta dan tuli untuk melihat
dan mendengar kebenaran, tidak peduli melihat cahaya
pembawa berita gembira dan ancaman. Sedangkan pohon-
pohon kayu datang bersujud padanya, awan selalu
mengikut dirinya dimana berjalan, bulan yang indah
terbelah dua, jarinya memancarkan air, tubuhnya harum
kasturi, hati yang lembut akan cinta padanya.

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 16

DAURAH QASIDAH

Wajahnya melebihi bulan purnama, hitam rambutnya ikal
mengurai, indah senyumnya gigi bercahaya, mancung
hidungnya pipi kemerahan, bulat matanya hitam anak
matanya, luas dahinya hitam keningnya, tegak tubuhnya
bidang dadanya, lajunya berjalan tawadhuk duduknya,
pemurah sifatnya indah akhlaknya, tiada mundur gagah
berani, itulah Nabi yang amat sempurna.

Engkaulah Yaasin.. Engkaulah Ha Mim.. Engkaulah
Thaha.. Engkaulah pemegang jiwa-jiwa yang beriman,
engkaulah penghulu mereka semua

‫أَﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َوﺑَﺎِرْك َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﻋﻠﻰ آﻟِِﻪ َوأَ ْﺻ َﺤﺎﺑِِﻪ َوَزْو َﺟﺎﺗِِﻪ‬
‫َوذُِرﻳﱠﺎﺗِِﻪ أَ ْﺟ َﻤِﻌْﻴ َﻦ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 17

DAURAH QASIDAH

Indahnya Nabi

Selawat Ilahi, Atas Baginda Yang Termulia
Rasul Junjungan Dan Kekasih Tercinta

Menghidupkan, Malamnya Dengan Tuhannya
Hingga Kakinya Bengkak Tiada Dihiraukan

Apabila Terasa, Sangat Lapar Pedihnya
Baginda Mengikat Batu Pada Perutnya
Gunung Menawar, Kan Dirinya Menjadi Emas
Baginda Menolak Dengan Sekerasnya

Kehidupan, Kecilnya Penuh Keperitan
Menguatkan, Jiwanya Dengan Ketabahan
Bagaimana Dunia, Boleh Menawan Baginda
Sedangkan Baginda, Lebih Mulia Dari Segalanya

*Baginda Penghulu Bagi Dua Alam
Pemimpin Sekelian Bangsa Manusia
**Baginda Menyeru Kepada Kebaikan
Baginda Melarang Berbuat Kejahatan
*** Baginda Kekasih, Diharapkan Syafaat
Menyelamatkan Keresahan Jiwa Berdosa
*** Baginda Melebihi Segala Nabi
Baik Badannya, Juga Budi Pekerti

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 18

DAURAH QASIDAH

*Amat Sempurna Jiwa Dan Raganya
Segala Keindahan Yang Dimilikinya

** Tiada Yang Ada Boleh Menandinginya
Tiada Yang Ada Boleh Mengatasinya

** Baginda Bagaikan Matahari Yang Memancar
Para Sahabat Bagaikan Bintang Berkerdipan

*** Memandu Insan Pada Rabbul ‘Alamin
Alangkah Mulianya Baginda Disisi Allah

*** Baginda Memiliki Akhlak Yang Terpuji
Lembutnya Bagaikan Haruman Kasturi

* Kemuliaan Baginda Bagaikan Bulan Purnama
Kemurahan Hatinya Bagaikan Lautan

** Rabiul ‘Awwal Bulan Yang Mulia
Bergembira Sekalian Para Pencinta

** Bangun Berdiri Lantaran Rindunya
Bulan Kelahiran Insan Yang Dicintainya

*** Penyelamat Bagi Segala Kegelapan
Pengubat Segala Hati Yang Keresahan
*** Itulah Nabi Yang Tidak Kerananya
Tidaklah Tuhan Menjadikan Segalanya

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 19

DAURAH QASIDAH

* Itulah Nabi Siapa Yang Mencintainya
Akan Bersamanya Di Syurga Yang Menanti
** Selawat Dan Salam Allah Ke Atasnya

Selawat Dan Salam Malaikat Ke Atasnya
** Selawat Dan Salam Mukmin Ke Atasnya
Selawat Dan Salam Ke Atasnya Selamanya

‫أَﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َوﺑَﺎِرْك َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﻋﻠﻰ آﻟِِﻪ َوأَ ْﺻ َﺤﺎﺑِِﻪ َوَزْو َﺟﺎﺗِِﻪ‬
‫َوذُِرﻳﱠﺎﺗِِﻪ أَ ْﺟ َﻤِﻌْﻴ َﻦ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 20

DAURAH QASIDAH

Nabi Di Mekah

Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah
Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah
Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah

Ya RasulAllah Ya Habiballah

Di Bukit Sofa Menyeru Rasulullah
Aku Lah Nabi Diutus Oleh Allah
Abu Lahab Marah Mengangkat Tangannya
Maka Allah Murka Binasa Kan Dirinya

Nabi Yang Gagah Tiada Kan Gentar
Hanya Pada Allah Jiwanya Gementar

Airmata Cinta Mengalir Sentiasa
Walau Disakiti Sepanjang Masa

Mereka Yang Menerima Seruan Nabi
Maka Didatangi Kezaliman Bertubi
Namun Mereka Sabar Dan Teguh

Syahidlah Sumaiyah Syurga Berteduh

Pencinta Nabi Sanggup Berkorban
Walau Dipulau Tiada Makanan

Menangis Anak Merintih Kelaparan
Khadijah Tercinta Kembali Pada Tuhan

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 21

DAURAH QASIDAH

Allah Menolong Umat Yang Tabah
Anai Hancurkan Kertas Di Kaabah

Maka Bebaslah Dari Kejahatan
Kembali Bangun Menguat Ikatan

Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah
Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah
Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah

Ya RasulAllah Ya Habiballah

Nabi Menuju Ke Thaif Berdakwah
Dilontar Batu Kakinya Berdarah

Zaid Melindungi Badannya Berdarah
Tiada Menghiraukan Luka Yang Merah

Hatinya Pilu Darah Nabi Mengalir
Dibuka Bajunya Disapu Bergilir
Para Malaikat Amat Marahnya

Gunung Diangkat Mahu Dihempasnya

Nabi Penyayang Melarang Bersabda
Aku Lah Rahmat Sekelian Yang Ada
Islam Terus Melimpah Berkembang
Menempuh Segala Badai Gelombang

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 22

DAURAH QASIDAH

Islam Terus Bersinar Cahaya Gemilang
Tiada Siapa Pun Mampu Menghalang

Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah
Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah
Allah Hu Allah Hu Allah Hu Allah

Ya RasulAllah Ya Habiballah

‫أَﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َوﺑَﺎِرْك َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﻋﻠﻰ آﻟِِﻪ َوأَ ْﺻ َﺤﺎﺑِِﻪ َوَزْو َﺟﺎﺗِِﻪ‬
‫َوذُِرﻳﱠﺎﺗِِﻪ أَ ْﺟ َﻤِﻌْﻴ َﻦ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 23

DAURAH QASIDAH

Hijrah RasulAllah

Ya HabibAllah Ya Allah,
Ya RasulAllah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama,
Nabi Kami Yang Mulia

Akibat Zalim Kaumnya
Hijrah Sahabat Ke Habsyah

Dibawah Raja Adilnya
Hilanglah Segala Resah

Datang Penduduk Madinah
Berbaiah Nabi Di Aqabah
Berikrar Memegang Panah
Menjaga Walaupun Rebah

Tiba Pertolongan Allah
Rasul Diperintah Hijrah
Negeri Yang Kan Terserlah
Beraja Nabi Pemurah

Cintanya Pada Sahabat
Dahulu Hijrah Mereka
Baginda Yang Paling Lambat
Bersama As-Siddiq Yang Peka

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 24

DAURAH QASIDAH

Saidina Ali Yang Muda
Tidur Di Tempat Baginda
Musyrikin Quraisy Bernoda
Mahu Menikam Didada

Ya HabibaLlah Ya Allah,
Ya RasulAllah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama,
Nabi Kami Yang Mulia

Kuasa Allah Yang Abadi
Lindungi Nabi Dikasihi
Kejahatan Tiada Terjadi
Terkena Hembusan Nabi

Maka Nabi Berhijrah
Menuju Madinah Menanti
Jalannya Berlawanan Arah
Jabal Thur Nabi Sembunyi

Datanglah Tentera Allah
Merpati Dan Labah-Labah
Membuat Sarang Terserlah
Lindungi Nabi Yang Tabah

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 25

DAURAH QASIDAH

Para Musuh Buru Jejak
Berhenti Di Depan Gua
Cemas Abu Bakar Berganjak

Dibimbangi Nabi Jua

Para Musuh Hilang Jejaknya
Pulangnya Dengan Kecewa
Itu Nabi Yang Dijaganya
Sekelian Makhluk Yang Ada

Ya HabibAllah Ya Allah,
Ya RasulAllah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama,
Nabi Kami Yang Mulia

Wahai Saudara Yang Resah
Tidakkah Merasa Malu

Pada Merpati Labah-Labah
Nabi Dijaga Selalu

Panas Mentari Memancar
Berjalan Merentas Gunung
Gelisah Sahabat Terpancar
Dari Jauh Sering Merenung

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 26

DAURAH QASIDAH

Suraqah Dengan Kudanya
Pantasnya Menuju Nabi
Seratus Unta Tawarannya
Malangnya Rebah Ke Bumi

Menyeru Ia Pada Nabi
Tolong Selamatkan Dirinya

Memohon Maaf Berjanji
Berdoa Nabi Padanya

Di Quba’ Baginda Berehat
Maka Masjid Telah Didiri

Disitu Islam Terpahat
Barakahnya Hingga Kini

Ya HabibAllah Ya Allah,
Ya RasulAllah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama,
Nabi Kami Yang Mulia

Penduduk Madinah Terdengar
Suara Laungan Gembira
Purnama Telah Menyinar
Bumi Madinah Ceria

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 27

DAURAH QASIDAH

Mengalir Air Mata Suci
Gembira Tiada Terperi
Menanti Nabi Dikasihi
Indah Memancar Berdiri

Yang Buta Dapat Melihat
Yang Lumpuh Dapat Berjalan

Lantaran Cahaya Rahmat
Indahnya Bagaikan Bulan

Sungguh Hebat Pengorbanan
Hilang Segala Kemewahan
Isteri Syahid Kelaparan

Engkau Tetap Senyum Menawan

Hijrahmu Kerana Cintamu
Demi Menyelamatkan Umat

Tiada Pun Kesalahanmu
Hanya Syaitan Dendam Kesumat

Ya HabibAllah Ya Allah, Ya RasulAllah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama, Nabi Kami Yang Mulia

Ya Rasul Salam Cinta Kami, Ya Rasul Permata Kami
Ya Rasul Salam Rindu Kami, Ya Rasul Syafaatkan Kami

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 28

DAURAH QASIDAH

Ya HabibAllah Ya Allah, Ya RasulAllah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama, Nabi Kami Yang Mulia
Ya HabibAllah Ya Allah, Ya RasulAllah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama, Nabi Kami Yang Mulia

‫أَﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َوﺑَﺎِرْك َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﻋﻠﻰ آﻟِِﻪ َوأَ ْﺻ َﺤﺎﺑِِﻪ َوَزْو َﺟﺎﺗِِﻪ‬
‫َوذُِرﻳﱠﺎﺗِِﻪ أَ ْﺟ َﻤِﻌْﻴ َﻦ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 29

DAURAH QASIDAH

Qiyam (Berdiri)

Selawat Kasih

(‫ ﻛﺎﻟﻲ‬2)[‫( ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮُل ا ِﷲ‬3x) ُ‫]ﻻ إﻟﻪ إﻻ اﷲ‬

Mari Semua Kita Berdiri
Kerana Kasih Kita Pada Nabi
Yang Tak Boleh Ditukar Ganti
Walau Dengan Nyawa Sendiri

Ya Rabbi Selawat Atas Nabi
Bersifat Pemaaf Dan Penyayang
Dan Semua Saudaranya Anbiya’

Dan Para Rasul Seluruhnya

(‫ ﻛﺎﻟﻲ‬2)[‫( ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮُل ا ِﷲ‬3x) ُ‫]ﻻ إﻟﻪ إﻻ اﷲ‬

Selawat Robbi Ke Atasnya
Dan Seluruh Keluarganya
Dan Sahabatnya Yang Mulia
Yang Menyebarkan Agama

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 30

DAURAH QASIDAH

Selawat Allah Yang Kuasa
Mengadakan Dan Mentiada
Selawat Yang Kekal Selamanya
Tak Terhitung Dan Tak Terkira

‫َو َﺳﻠﱢ َﻢ‬ ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻴﻪ‬ ، ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ‬
‫َﻋﻠَْﻴ َﻚ‬ ‫ﻳَﺎ َر ُﺳﻮْل َﺳﻼَْم‬ ‫ﻳَﺎ ﻧَﺒِ ْﻲ َﺳﻼَْم َﻋﻠَْﻴ َﻚ‬

[Ya Nabi salam ke atasmu, ya Rasul salam ke atasmu]

‫ﻳَﺎ َﺣﺒِﻴ ْﺐ َﺳﻼ ْم ﻋَﻠَْﻴﻚ َﺻﻠَﻮا ُت اﻟﻠّﻪ َﻋﻠَْﻴ َﻚ‬

[Ya Habib salam ke atasmu selawat Allah ke atasmu]

*****

‫ َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻴﻪ َو َﺳﻠﱢ َﻢ‬، ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ‬
‫أَ ْﺷَﺮ َق اﻟﺒَ ْﺪُر َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ ﻓَﺎ ْﺧﺘَـَﻔ ْﺖ ِﻣْﻨﻪُ اﻟﺒُ ُﺪوُر‬

[Purnama Telah Muncul Ke Atas Kita, Lenyaplah Bulan-
bulan Lain Kerananya]

‫ِﻣﺜْ َﻞ ُﺣ ْﺴﻨِ َﻚ َﻣﺎَرأَﻳْـﻨَﺎ ﻗَ ﱡﻂ ﻳَﺎ َو ْﺟﻪَ اﻟ ﱡﺴُﺮوِر‬

[Seindah Wajahmu Tiada Pernah Kami Melihat
Sepertinya… Hai Nabi Yang Memiliki Wajah Yang Berseri]

*****

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 31

DAURAH QASIDAH

‫ َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻴﻪ َو َﺳﻠﱢ َﻢ‬، ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ‬
‫أَﻧْ َﺖ َﺷ ْﻤ ٌﺲ أَﻧْ َﺖ ﺑَ ْﺪٌر أَﻧ َﺖ ﻧُﻮٌر ﻓَـْﻮ َق ﻧُﻮِر‬

[Engkau laksana matahari engkau laksana bulan, Engkau
cahaya di atas cahaya]

‫أَﻧ َﺖ إِ ْﻛ ِﺴﻴٌﺮ َوﻏَﺎﻟِﻲ أَﻧ َﺖ ِﻣ ْﺼﺒَﺎ ُح اﻟ ﱡﺼ ُﺪوِر‬

[Engkaulah penawar dan engkaulah permata, engkau pelita
yang menerangi hati]

*****

‫ َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻴﻪ َو َﺳﻠﱢ َﻢ‬، ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ‬
‫ﻳَﺎ َﺣﺒِﻴﺒِﻲ ﻳَﺎ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ ﻳَﺎ َﻋُﺮو َس اﻟ َﺨﺎﻓَِﻘْﻴ ِﻦ‬

[Wahai Kekasihku Saidina Muhammad Wahai Pengantin
Semesta Alam]

‫ﻳَﺎ ُﻣَﺆﻳﱠُﺪ ﻳﺎ ُﻣ َﻤ ﱠﺠ ْﺪ ﻳَﺎ إَِﻣﺎَم اﻟِﻘْﺒـﻠَﺘَـْﻴ ِﻦ‬

[Wahai Nabi Yang dibantu Dan Yang Dimuliakan Wahai
Imam Dua Kiblat]

*****

‫ َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻴﻪ َو َﺳﻠﱢ َﻢ‬، ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 32

DAURAH QASIDAH

Gembira
Bersama Ahli Madinah

2x ‫َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ ﻳَﺎ َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ ﻳَﺎ ﻧُﻮَر َﻋْﻴﻨِﻲ‬
‫َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ َﺟ ﱠﺪ اﻟ ُﺤ َﺴْﻴ ِﻦ َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ ﻳَﺎ َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ‬

Mari Rasai Kegembiraannya
Seperti Sahabat Yang Merindu
Tika Tiba Nabi Yang Tercinta
Dari Mekah Tiba Di Madinah

*****

‫ﻃَﻠَ َﻊ اﻟْﺒَ ْﺪُر َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ ِﻣ ْﻦ ﺛَﻨِﻴﱠِﺔ اﻟَْﻮَداِع‬

Telah terbit purnama yang menerangi kita
dari celahan bukit Al Wada’

‫َو َﺟ َﺐ اﻟ ﱡﺸ ْﻜُﺮ َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ َﻣﺎ َد َﻋﺎ ﻟِﻠﱠِﻪ َدا ِﻋﻰ‬

Sewajibnya kita bersyukur
Selama ada yang menyeru Kepada Allah

*****

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 33

‫‪DAURAH QASIDAH‬‬

‫أَﻳﱡـَﻬﺎ اﻟْ َﻤْﺒـﻌُﻮ ُث ِﻓْﻴـﻨَﺎ ِﺟْﺌ َﺖ ﺑِﺎﻻَْﻣ ِﺮ اﻟْ ُﻤﻄَﺎِع‬

‫‪Wahai Nabi yang diutuskan kepada kami,‬‬
‫‪perintahmu pasti ditaati‬‬

‫أَﻧْ َﺖ ﻏَْﻮﺛُـﻨَﺎ َﺟ ِﻤْﻴـًﻌﺎ ﻳَﺎ ُﻣ َﺠ ﱠﻤ َﻞ اﻟﻄﱢﺒَﺎِع‬

‫‪Engkaulah penyelamat kami,‬‬
‫‪wahai Nabi yang budiman‬‬

‫*****‬

‫ﻃَﻠَ َﻊ اﻟْﺒَ ْﺪُر َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ ِﻣ ْﻦ ﺛَﻨِﻴﱠِﺔ اﻟَْﻮَداِع‬
‫َو َﺟ َﺐ اﻟ ﱡﺸ ْﻜُﺮ َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ َﻣﺎ َد َﻋﺎ ﻟِﻠﱠِﻪ َدا ِﻋﻰ‬

‫*****‬

‫ُﻛ ْﻦ َﺷِﻔْﻴـًﻌﺎ ﻳَﺎ َﺣﺒِْﻴﺒِﻲ ﻳَـْﻮَم َﺣ ْﺸ ٍﺮ َوا ْﺟﺘِ َﻤﺎِع‬

‫!‪Syafaatkanlah kami duhai kekasih‬‬
‫‪Di hari Mahsyar nanti‬‬

‫َرﺑﱠـﻨَﺎ َﺻ ﱢﻞ َﻋﻠَﻰ َﻣ ْﻦ َﺣ ﱠﻞ ﻓِ ْﻲ َﺧْﻴ ِﺮ اﻟْﺒَِﻘﺎِع‬

‫‪Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kemuliaan ke atas jasad yang bersemadi di‬‬
‫‪sebaik-baik tempat‬‬

‫*****‬

‫ﻃَﻠَ َﻊ اﻟْﺒَ ْﺪُر َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ ِﻣ ْﻦ ﺛَﻨِﻴﱠِﺔ اﻟَْﻮَداِع‬
‫َو َﺟ َﺐ اﻟ ﱡﺸ ْﻜُﺮ َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ َﻣﺎ َد َﻋﺎ ﻟِﻠﱠِﻪ َدا ِﻋﻰ‬

‫*****‬

‫‪M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 34‬‬

DAURAH QASIDAH

Syafaat Kasih

Ya Allah, ampunilah kami
Mengharapkan kasih rahmat Mu

Dengan syafaat Mu ya Rasul
Engkau cahayakan hati kami

2x ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ )َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ( ﻳﺎ اﷲ‬
(‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﺳﻠّ ْﻢ )َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ‬

Engkau lemahkan nafsu kami
Engkau kuatkan iman kami
Kukuhkan persaudaraan kami
Murahkan dan berkati rezeki kami

2x ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ )َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ( ﻳﺎ اﷲ‬
(‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲ َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﺳﻠّ ْﻢ )َﻣْﺮَﺣﺒًﺎ‬

Lindungilah bahaya yang mendatang
Matikanlah kami dengan ketenangan

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 35

DAURAH QASIDAH

Di atas kalimah tauhid yang benar
Dengan berkat Rasul kekasih Mu ya Allah

Bagindalah yang dipuji dan terpuji
Kekasih Dzat yang Maha terpuji

(2x) ‫َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 36

DAURAH QASIDAH

Doa Maulid

Ya Allah, Ya Lathif
Kami mohon pada-Mu agar segala yang berhimpun dalam
majlis ini atau yang di luar sana mendapat keampunan-Mu
Ya Allah, setiap detik nafas kami dalam hitungan-Mu,
setiap detik perbuatan kami dalam nilaian-Mu, setiap zarah
amal kami akan dihisab, jika tanpa rahmat-Mu Ya Allah,
tiada layak kami ke syurga-Mu.

Ya Allah Ya Ghaffar
Ampunkan segala dosa kami dosa ibu bapa kami, para
guru, kaum keluarga dan sahabat kami, saudara mara
kami, tetangga kami dan sekelian muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Tolonglah Ya Allah tenteramkan bisikan nafsu kami,
jadikan ia diam dan redha dalam takdirmu, janganlah
Engkau bolak-balikkan hati kami, setelah Engkau kurniakan
hidayah pada kami.

Ya Allah Ya Rahman
Kami berhimpun dalam majlis mencintai Rasul-Mu, maka
kami mohon, dengan cinta-Mu pada Baginda, Engkau
hidupkan jiwa kami yang mati, Engkau cahayakan hati
kami yang gelap, Engkau khusyukkan hati kami yang lalai,

Engkau tambahkan ilmu kami yang jahil,Engkau pergaulkan
kami dengan orang yang soleh.

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 37

DAURAH QASIDAH

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau angkatlah segala musibah jiwa kami, Engkau
damaikan keluarga kami, Engkau sembuhkan jika ada yang
sakit di antara kami, Engkau luaskan rezeki mereka yang
sempit, Engkau lembutkan hati mereka yang keras, Engkau
hilangkan kebencian kepada kasih sayang, Engkau
tambahkan amal kami, Engkau cenderungkan jiwa kami
kepada kebaikan, Engkau hilangkan kesombongan hati
kami.

Ya Allah, dengan syafaat Saidina Muhammad S.A.W,
Engkau akhirkan hidup kami dengan kebajikan, dengan
keimanan, dengan keredhaan-Mu, dengan tauhid. Engkau
mudahkan kematian kami, Engkau lapangkan dan
cahayakanlah kubur kami, Engkau himpunkan kami dengan
Rasulullah S.A.W di akhirat nanti, dapat minum air telaga
al-kauthar yang lazat, dapat teduhan daripada kepanasan
yang menggila, menerima buku amal dari tangan kanan,
dimudahkan meniti titian siratol Mustaqim.

Ya Allah, kami mohon, apa jua hajat kami disini, samaada
urusan dunia, atau urusan akhirat engkau kabulkan Ya
Allah, Engkau mudahkan Ya Allah. Ya Allah ,Engkau
berilah kekuatan pada umat Islam, Engkau berilah kesatuan
hati umat Islam, Engkau berilah kemuliaan pada segala
yang berjuang pada agama-Mu, Engkau berikan kemuliaan
kepada yang benar mencintai Nabi-Mu.

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 38

DAURAH QASIDAH

Ya Allah, Engkau berilah pertolongan pada seluruh umat
islam yang ditindas dan dizalimi, Engkau berilah hidayah
pada segala yang menentang islam atau Engkau hancurkan
mereka yang melampaui batas agar mereka tiada
menyesatkan orang yang lain.
Ya Allah, kurniakanlah pada kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab api
neraka.

Amin Ya Rabbal alamin



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 39

DAURAH QASIDAH

Himpunan
Qasidah
&
Selawat

Kontemporari

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 40

DAURAH QASIDAH

Wahai Purnama

Wahai Purnama Wahai Purnama
Yang Indah Lagi Sempurna
Bagaimana Bagaimana

Nak Ku Luah Dengan Kata-Kata

Engkau Menyinar Di Alam Tinggi
Di Alam Tinggi

Terangi Kegelapan Dan Kebatilan

Dengan Mu Alam Bergemerlapan
Bergemerlapan

Zahir Batin Dengan Nur Nikmat Dan Kemuliaan

Selawat Allah Ke Atasmu Selama-Lamanya
Siang Dan Malam Jua
Siang Dan Malam Jua

Selawat Jua Pada Ahlimu Dan Sahabatmu
Mereka Yang Istimewa Dan Amat Sempurna

‫ﻳﺎ ﺑﺪر ﺗﻢ ﺣﺎز ﻛ ّﻞ ﻛﻤﻞ‬
‫ﻣﺎذاﻳﻌ ّﱪ ﻋﻦ ﻋﻼ ك ﻣﻘﺎﱃ‬

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 41

DAURAH QASIDAH

Mahabbah Rasul

Mahabbah Rasul Jadi Perlumbaan
Bagi Sekelian Makhluk Tuhan...

Tidak Kira Manusia Atau Haiwan
Bukit Bukau Dan Tumbuh Tumbuhan

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Seekor Unta Datang Berlari Lari
Melutut Dan Mengucup Kaki Nabi

Mengalir Airmata Menangisi
Kerana Rindu Kepada Nabi

Mengadu Domba Tentang Badan Sakit
Kerja Banyak Makannya Sedikit

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Di Dalam Peristiwa Isra' Wal Mikraj
Batu Yang Besar Tersangatlah Berat

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 42

DAURAH QASIDAH

Ingin Menjadi Pengikut Yang Taat
Lalu Timbullah Dan Jua Terangkat

Dan Pasti Taat Oleh Malaikat
Akan Terapunglah Hingga Kiamat...

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Saidina Sthaubah Kekuningan Badan
Sakit Kerana Asyik Memikirkan

Apakah Dirinya Akan Dimasukkan
Ke Dalam Syurga Bersama Rasul Junjungan

Kerana Baginya Jika Berasingan
Tiada Nikmatnya Syurga Pilihan



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 43

DAURAH QASIDAH

Tholama Asyqu Ghoromi

‫َﻃﺎ َﻟ َ اَ ْﺷ ُﻜﻮ َﻏ َﺮا ِﻣﻰ ﻳَﺎ ﻧُﻮ َر اﻟ ُﻮ ُﺟﻮد‬
‫َو ُأﻧَﺎ ِدى َﻳﺎ ِﺗﻬﺎ ِﻣﻲ ﻳَﺎ َﻣ ْﻌ ِﺪ َن ا ْﻟ ُﺠﻮ ْد‬

Telah Lama Aku Menanggung Rindu Padamu
Hati Dan Bibir Selalu Panggil Namamu
Kasihku Nabi Muhammad Pelita Kalbu

Hampir Tak Mampu Hatiku Menahan Rindu

Engkau Curahkan Cintamu Pada Umatmu
Takkan Dapat Ku Membalas Budi Jasamu

Setiap Ku Terkenang Kasih Baktimu
Air Mata Pun Berlinang Hati Terharu

Namamu Terukir Dalam Lubuk Hatiku
Indah Menghiasi Relung Sanubariku

Bila Disebut Namamu Rindu Menggebu
Tak Mampu Rasanya Hati Menahan Rindu

Indah Nian Saat Aku Di Madinahmu
Didekat Mu Di Raudhah Mu Hatiku Syahdu

Orang Bilang Saat Itu Setahun Lalu
Namun Bagiku Rasanya Baru Berlalu

Ku Puisikan Gelisah, Resah Hatiku
Maksud Hati Untukku Mereda Rindu

Kujadikan Puisi Dan Juga Lagu
Namun Ternyata Rinduku Makin Membeku

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 44

DAURAH QASIDAH

Kerinduan Pada Nabi

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Tinggal Hanya Sejarah
Dalam Lunyai Tulisan
Sirah Rasul Junjungan
Contoh Sepanjang Zaman

Tinggal Hanya Mendengar
Selawat Dan Pujian

Sedang Yang Dirindukan
Kini Tinggal Kenangan

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Andai Pernah Mataku
Meratapi Wajahmu
Apa Gunanya Lagi
Bila Kau Tak Disisi

Ku Tak Rela Berpisah
Andai Pernah Bersua
Namun Apa Terdaya
Kini Tinggal Cerita

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 45

DAURAH QASIDAH

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Tak Siapa Mengerti
Yang Tersirat Di Hati
Hati Ku Untuk Nabi
Dan Nabi Di Hatiku

Bukan Hanya Merindu
Mencinta Yang Di Perlu

Tetap Jiwaku Rindu
Kepada Yang Mengutus

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Mengapakah Ku Tidak
Berada Di Sampingmu

Saat Kau Teraniaya
Di Zalimi Kaummu

Andainya Aku Disana
Nescaya Kan Ku Bantu
Meski Pun Tidak Pernah
Berjumpa Dan Bertemu

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 46

DAURAH QASIDAH

Walau Kau Telah Tiada
Ku Bersedia Menyambung

Menerus Perjuangan
Hingga Akhir Nyawaku

‫ﻣﻮﻻ ي ﺻﻞ وﺳﻠﻢ دا ﺎ اﺑﺪا‬
‫ﻋﲆ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺧ اﻟﺨﻠﻖ ﻛﻠﻬﻢ‬

Semoga Yang Terungkap
Seperti Yang Di Ucap
Semoga Yang Dikecap
Seperti Yang Di Harap
Kini Tinggal Sejarah
Kini Tinggal Tulisan
Kini Tinggal Perjuangan
Kini Tinggal Kenangan



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 47

DAURAH QASIDAH

Innalhabib Al Mustofa

‫اِ ﱠن اﻟ َﺤ ِﺒﻴ َﺐ اﳌُ ْﺼﻄَ َﻔﻰ ُذو َرأ َﻓ ٍﺔ َو ُذو َو َﻓﺎ‬
‫َو ِذﻛ ُﺮ ُه ِﻓﻴ ِﻪ اﻟ ﱢﺸ َﻔﺎ اِ َذا َ َﺎ َدى ِﺑﺎﻟ ِﻌﻠَﻞ‬

Ya Allah Robbi, Kusedari
Kenistaan Diri Ini

Tuntunilah Jalanku Ini
Sampai Akhir Hayat Nanti

Ya Allah Robbi, Ku Mengabdi
Di jalanmu Yang Yang Tersuci

Wujud Cinta Hati Ini
Penuh Harap Kau Redhoi

Ya Allah Robbi, Sampaikanlah
Salam Rindu Pada Nabi
Salam Rindu Pada Nabi

Agar Dapat Bertemu Nabi

Ya Allah Robbi, Ku Menanti
Kemenangan Dakwah Ini
Kemuliaan Sunnah Nabi
Di Negeri Yangku Cintai

M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 48

DAURAH QASIDAH

‘Alaika SollaLlah

‫َﻋ َﻠ ْﻴ َﻚ َﺻ ﱠﲆ ﷲ ﻳَﺎ َﺧ ْ َ َﺧﻠْ ِﻖ ﷲ‬
‫َﻋﻠَ ْﻴ َﻚ َﺻ ﱠﲆ ﷲ َﻳﺎ َﺧ ْ َ َﺧ ْﻠ ِﻖ ﷲ‬

Selawat Ilahi, Atas Baginda Mulia
Rasul Junjungan, Kekasih Tercinta
Menghidupkan Malamnya, Dengan Tuhannya
Hingga Kakinya, Bengkak Tiada Dihiraukan
Apabila Terasa, Sangat Lapar Pedihnya
Baginda Mengikat, Batu Pada Perutnya
Gunung Menawarkan, Dirinya Menjadi Emas
Baginda Menolak, Dengan Sekerasnya
Kehidupan Kecilnya, Penuh Keperitan
Menguatkan Jiwanya, Dengan Ketabahan
Bagaimana Dunia, Boleh Menawan Baginda
Sedangkan Baginda, Lebih Mulia Dari Segala



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 49

DAURAH QASIDAH

Dendang Perindu

‫َﻳﺎ َر ﱢب ﺻ ﱢﻞ َﻋ َﲆ اﻟ ﱠﻨ ِﺒﻲ ﻣﺤ ﱠﻤ ٍﺪ‬
‫َﺧ ْ ِ اﻷﻧﺎ ِم َوﻣ ْﻦ ِﺑ ِﻪ َﻳ َﺘ َﺸ ﱠﻔ ُﻊ‬

Sehelai Daun Sirih Sekacip Pinang Muda
Untuk Tuan Terpilih Hamba Alun Suara
Cahayamu Benderang Tak Mungkin Akan Padam

Menerangi Alam Dengan Kerahmatan

Gerangannya Muhammad Wahai Kekasih Hati
Bila Dekat Denganmu Hati Menjadi Tenang

Wahai Kekasih Allah Wahai Nabi Muhammad
Ubatilah Hatiku Merindukan Dirimu

Bila Hati Gelisah Diamuk Badai Cinta
Hati Menjadi Gundah Resah Tak Kunjung Sudah

Gelap Gelita Malam Bagaikan Kesiangan
Moga Tak Akan Hilang Ingatanku Padamu

Ya Allah Ya Tuhanku Ajarilah Hatiku
Untuk Mengingatimu Dan Juga Kekasihmu
Berselawat Ummat Pada Nabi Muhammad

Dia Bulan Purnama Dia Rasul Tercinta



M a u l i d A l M a l i k & H i m p u n a n S e l a w a t | 50


Click to View FlipBook Version