The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dinth Majestic East, 2023-09-15 04:28:17

BULETIN EDISI OGOS 2023 APM WP LABUAN

BULETIN EDISI OGOS 2023 APM WP LABUAN

Keywords: APM WP LABUAN

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Lot 4A2, Tingkat 2, Wisma Wong Wo Lo, Peti Surat 81130, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan No. Telefon Pejabat: 087-425 155 No. Mesin Faks: 087-412 482 Talian Kecemasan: 999 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) : 087-414 293 / 087-415 440 E-Buletin ini disediakan oleh: Unit PRO APM WP Labuan APM WP.Labuan apmlabuan APM WP.Labuan


Setinggi tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada 21 anggota APM WP Labuan yang telah selesai dengan jayanya mengikuti kursus kemahiran menyelamat pantai bersama 23 orang wakil anggota APM Sabah dari pelbagai daerah seperti Kudat, PUPA Matunggong, PUPA Banggi, Kinabatangan, Lahad Datu, Felda Sahabat, Kota Kinabalu dan Telupid. Kursus ini telah dianjurkan oleh Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia, Wilayah Selatan (PULAPAS) dari 06 hingga 11 OGOS 2023 bertempat di Pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Wilayah Persekutuan Labuan. Kaedah pembelajaran telah disampaikan dalam bentuk kelas teori, sesi latihan, praktikal dan diakhiri dengan ujian. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mengenalpasti tahap kecergasan peserta di darat dan di air. Selain itu, matlamat keseluruhan kursus ini juga adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran tentang menyelamat di kawasan pantai dalam kalangan peserta. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih daripada PULAPAS iaitu Kapt. (PA) Ismail Hafiz bin Kamarul Ariffin, Lt. (PA) Abdul Razak bin Salleh, dan Lt. (PA) Ahmad Saimi Bin Jusoh yang juga dibantu oleh Lt. (PA) Marinus Bin Mathius, Pegawai Operasi Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Labuan, dan beberapa anggota daripada APM Sabah. KURSUS PENYELAMAT PANTAI SIRI 3/2023


Turut hadir sepanjang kursus ini berlangsung adalah Mej. (PA) Siti Janariah binti Bacho, Kapt. (PA) Mohd Hussain bin Mohd Noor dan Lt. (PA) Nor Hadzly bin Onggak. Adalah menjadi harapan agar para peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan tanggungjawab sebagai petugas penyelamat pantai ke tahap yang lebih profesional.


12 OGOS 2023 I Satu taklimat dan latihan berkaitan Very High Frequency (VHF) Set telah diadakan di Pusat kawalan Operasi daerah (PKOD) W.P Labuan. Taklimat dan latihan ini telah disampaikan oleh Lt. (PA) Mohd Harith bin Che Noh, dari Cawangan Komunikasi, Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi (BPBO) Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) kepada anggota APM W.P Labuan. Taklimat dan latihan ini dilaksanakan bertujuan untuk menerangkan dan memberi pemahaman akan pengendalian set ini. Latihan dan demonstrasi pengendalian Hytera Set juga turut diadakan. Lt. (PA) Marinus Mathius selaku Pegawai Operasi APM W.P Labuan juga turut hadir bersama sepanjang taklimat dan latihan ini berlangsung.


Sepanjang hari sukan dan kecergasan ini berlangsung, anggota APM W.P Labuan didedahkan dengan pengenalan dan langkah-langkah keselamatan di air, keyakinan diri di air, pernafasan akuatik dan teknik apungan, praktikal teknik pernafasan dan renang. Aktiviti ini diketuai oleh Mej. (PA) Siti Janariah binti Bacho bersama Lt. (PA) Marinus Mathius. RENANG 17 OGOS 2023 – Hari sukan dan kecergasan APM W.P Labuan pada kali ini diisi dengan aktiviti renang yang dilaksanakan di Labuan Golf Club.


UJIAN KECERGASAN JASMANI DAN FIZIKAL 24 OGOS 2023 Aktiviti sukan dan kecergasan APM W.P Labuan pada kali ini adalah ujian kecergasan jasmani dan fizikal yang diadakan di sekitar Kompleks Sukan Laut. Antara ujian yang dijalankan adalah larian 2.4KM, tekan tubi dan bangun tubi. Sebelum ujian dijalankan, setiap pegawai dan anggota akan ditimbang berat dan diukur ketinggian bagi mendapatkan nilai Body Mass Index (BMI) masing-masing. Tujuan ujian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan semua pegawai dan anggota APM W.P Labuan mengekalkan serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental selain menjaga tahap kesihatan. Selaku salah satu agensi penyelamat, adalah penting untuk memastikan setiap pegawai dan anggota mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang baik serta tahap kesihatan yang memuaskan. ‘SEMARAK PERTAHANAN AWAM’


PROGRAM KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN MURID-MURID TAHAP 2 DENGAN KERJASAMA HIBISCUS OIL & GAS MALAYSIA LIMITED DAN JABATAN PENDIDIKAN W.P LABUAN Seramai 500 orang murid tahap 2 dan 130 orang guru termasuk guru besar dari 17 buah sekolah telah menyertai program ini. APM W.P Labuan telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan kesedaran dan keselamatan sebelum, semasa dan selepas banjir. Turut hadir bersama memberikan taklimat keselamatan adalah daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Objektif utama program ini adalah, memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan keselamatan diri setiap masa, sama ada ketika berada di rumah, di sekolah mahupun di kawasan awam. 22 Ogos 2023 – Telah berlangsung satu Program Kempen Kesedaran Keselamatan Murid-Murid Tahap 2 dengan Kerjasama Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited dan Jabatan Pendidikan W.P Labuan yang diadakan di Desa Tunas Hijau. W.P Labuan.


KUNJUNG HORMAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) W.P LABUAN KE PEJABAT APM W.P LABUAN 23 Ogos 2023 – Kunjung hormat Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan W.P Labuan, Tuan Hendry Ebun dan rombongan ke Pejabat APM W.P Labuan. Pertemuan ini adalah bagi mengeratkan lagi jalinan silaturahim yang sedia ada dan perbincangan Kerjasama dua hala di antara JPJ Cawangan Labuan dan APM W.P Labuan.


LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS KEPADA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM), ZON MARITIM W.P LABUAN Seramai 20 orang peserta dalam kalangan pegawai APMM Zon Maritim W.P Labuan telah menyertai Latihan ini. Latihan ini bertujuan memberikan ilmu Pertahanan Awam dalam kesiapsiagaan kepada kakitangan APMM Zon Maritim W.P Labuan dalam menghadapi situasi kecemasan. Latihan ini diketuai oleh Kapt. (PA) Hussain bin Mohd Noor dan dibantu oleh Lt. (PA) Nor Hadzly bin Onggak serta dua orang anggota L/Kpl (PA) Dzulnizam Bin Ali Hassan dan Pbt (PA) Aminnur Nikman Bin Ali Hassan. 24 Ogos 2023 – Pada kali ini APM W.P Labuan telah menerima jemputan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim W.P Labuan untuk memberikan Latihan Pertolongan Cemas yang telah diadakan di bangunan pejabat agensi berkenaan.


RANGKUMAN KES MENANGKAP ULAR (KMU) SEPANJANG BULAN OGOS 2023 DI APM WP LABUAN Sebanyak 39 kes melibatkan beberapa spesis ular dan dan lain-lain reptilia merupakan antara penyumbang terbesar kes di APM WP Labuan. Berikut merupakan antara kes-kes yang berlaku sepanjang bulan Ogos 2023 SI COBRA MENCARI MANGSA 05 OGOS 2023 I Pada 2122H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan telah menerima satu panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 memaklumkan satu (1) Kes Menangkap Ular (KMU) di Kampung Kilan. Spesis ular Tedung Selar berjaya ditangkap. Haiwan berbisa tersebut kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) WP Labuan. ULAR MASUK JALA 11 OGOS 2023 I Pada 1831H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan telah menerima satu panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 memaklumkan satu (1) Kes Menangkap Ular (KMU) di Kampung Baru, Jalan Tuanku Sri Kedah. Spesis ular BAKAU terperangkap pada jala milik pengadu, anggota APM berjaya mengeluarkan ular tersebut lalu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) WP Labuan.


STATISTIK KES MENANGKAP ULAR (KMU) BULAN JENIS KES JUMLAH KES KJR SKT MSS KTK KBD KBR MT ML KMU LLK OGOS 39 39 ULAR SAWA SEBERAT 30 KILOGRAM DITEMUKAN DI DALAM PERIGI 30 OGOS 2023 I Pada 1737H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan telah menerima satu panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 memaklumkan satu (1) Kes Menangkap Ular (KMU) di Simpang 15,Kampung Sungai Lada. Haiwan seberat 30 kilogram itu ditemukan di dalam perigi oleh p e n g a d u d a n k e m u d i a n memaklumkan kepada anggota APM WP Labuan. Kes Berjaya, haiwan tersebut kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) WP Labuan. ABANG BAJU BIRU DATANG TANGKAP SANG BATIK, DAPAT SEKALI DENGAN SANG BIAWAK 29 OGOS 2023 I Pada 2101H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan telah menerima satu panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 memaklumkan satu (1) Kes Menangkap Ular (KMU) di Loji Rawatan Air Kampung Sungai Miri. Menurut sumber aduan yang diterima, pengadu terlihat seekor ular di atas penapis loji rawatan air kemudian terdapat juga seekor biawak di lokasi yang sama. Kes Berjaya, lalu kedua-dua haiwan tersebut dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) WP Labuan.


RANGKUMAN KES MUSNAH SARANG SERANGGA (MSS) SEPANJANG BULAN OGOS 2023 DI APM WP LABUAN Sebanyak 25 kes melibatkan beberapa kes sarang serangga berbahaya merupakan antara penyumbang kedua terbesar kes di APM WP Labuan. Berikut merupakan antara kes-kes yang berlaku sepanjang bulan MEMUSNAH SARANG SERANGGA DI DALAM STOR 05 OGOS 2023 I Pada jam 1623H pagi, APM WP Labuan telah menerima satu (1) panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 memaklumkan satu(1) Kes Memusnah Sarang Serangga di Jalan Pulau Buah. Seterusnya, anggota bertugas APM WP Labuan bergerak ke lokasi untuk membuat tinjauan dan pemantauan bagi mengenalpasti bahaya dan risiko terlebih dahulu sebelum memulakan pengoperasian memusnah sarang serangga. Setelah membuat tinjauan dan pemantauan, mendapati satu (1) sarang serangga jenis tebuan di dalam stor penyimpanan barang di kawasan rumah pengadu. Demi keselamatan anggota dan orang awam yang berhampiran, kerja-kerja memusnah sarang serangga dilakukan pada waktu malam. Anggota bertugas segera menyediakan peralatan dan memulakan pengoperasian memusnah sarang serangga tersebut.


MEMUSNAH SARANG SERANGGA DI POKOK 10 OGOS 2023 I Pada jam 1149H, APM WP Labuan telah menerima satu(1) panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 memaklumkan satu(1) Kes Memusnah Sarang Serangga di Jalan Taman Sec Rancha - Rancha. Seterusnya, anggota bertugas APM WP Labuan bergerak ke lokasi untuk membuat tinjauan dan pemantauan bagi mengenalpasti bahaya dan risiko terlebih dahulu sebelum memulakan pengoperasian memusnah sarang serangga. Setelah membuat tinjauan dan pemantauan, didapati satu(1) sarang serangga jenis tebuan di dahan pokok berhampiran rumah pengadu. Demi Keselamatan anggota dan orang awam yang berhampiran, kerja-kerja memusnah sarang serangga dilakukan pada waktu malam. Anggota bertugas segera menyediakan p e r a l a t a n d a n m e m u l a k a n pengoperasian memusnah sarang serangga tersebut. MEMUSNAH SARANG SERANGGA DI KOLEJ VOKASIONAL 25 OGOS 2023 I Pada jam 1105H , APM WP Labuan telah menerima satu (1) panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 mklumkan satu (1) Kes Memusnah Sarang Serangga di Kolej Vokasional Labuan. STATISTIK KES MUSNAH SARANG SERENGGA (MSS) BULAN JENIS KES JUMLAH KES KJR SKT MSS KTK KBD KBR MT ML KMU LLK OGOS 25 25


POKOK TUMBANG MENGHEMPAP RUMAH PENGADU 27 OGOS 2023 I Pada jam 0742H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan telah menerima Satu (1) Kes Pokok Tumbang daripada Pusat Kawalan MERS999 di lokasi Kampung Batu Arang 2. Menurut sumber aduan, pokok tumbang tersebut telah patah dan menghempap rumah pengadu. Seterusnya, anggota bertugas APM WP Labuan terus bergerak menuju ke lokasi untuk membuat tinjauan dan pemantauan bagi mengenalpasti bahaya dan risiko terlebih dahulu sebelum memulakan pengoperasian mengalihkan pokok tumbang tersebut. ANAK ANJING TERPERANGKAP DI DALAM LONGKANG 19 OGOS 2023 I Pada jam 1346H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan telah menerima satu (1) panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 memaklumkan satu (1) kes anjing teperangkap di lokasi Taman Lazenda 9. Menurut sumber aduan yang diterima, pengadu terdengar bunyi anak anjing menyalak pada sebelah malam dan kemudian menemukan anak anjing itu di dalam longkang pada keesokan harinya. Sejurus menerima laporan, anggota APM WP Labuan segera m e ny e d i a k a n p e r a l a t a n k h a s menangkap anjing lalu menuju ke lokasi. Setibanya di lokasi, anggota bertugas bertemu pengadu untuk bertanyakan keberadaan anak anjing tersebut. Kes berjaya diselesaikan, satu (1) kes anjing teperangkap dapat diselamatkan. STATISTIK LAIN-LAIN KES (LLK) BULAN JENIS KES JUMLAH KES KJR SKT MSS KTK KBD KBR MT ML KMU LLK OGOS 10 10


KHIDMAT KEMANUSIAAN MEMBANTU MENGANGKAT PESAKIT DARI RUMAH KE HOSPITAL 01 OGOS 2023 I Pada jam 1535H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM WP Labuan telah menerima Satu (1) Kes Medikal daripada (ORANG AWAM) di lokasi Kampung Patau - Patau Satu (1) Labuan. Menurut sumber yang diterima, keluarga pesakit meminta bantuan APM WP Labuan untuk menghantar satu (1) pesakit lelaki berusia 72 tahun ke hospital. Seterusnya, anggota APM WP Labuan yang bertugas terus bergerak menuju ke lokasi, bagi membuat tinjauan dan pemantauan ke atas pesakit yang ingin dihantar ke hospital. Setelah membuat tinjauan ke atas pesakit, anggota yang berada di lokasi mengangkat pesakit dengan menggunakan peralatan ambulans. Pesakit telah dihantar ke hospital untuk tujuan temujanji doktor. Semoga pesakit sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. STATISTIK KES KHIDMAT KEMANUSIAAN (KK) BULAN HANTAR PESAKIT DARI RUMAH KE HOSPITAL JUMLAH KES OGOS 4 4


MAJLIS BACAAN YASIN DI PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH Mengambil keberkatan penghulu segala hari, APM W.P Labuan pada setiap hari jumaat akan membuat sesi bacaan yaasin dan doa selamat. Dalam melaksanakan tugas harian yang memerlukan kekuatan fizikal, adalah menjadi keutamaan juga untuk menjaga kesejahteraan rohani agar kehidupan lebih seimbang.


25 OGOS 2023 I Satu Majlis Salam Perpisahan telah diadakan bagi meraikan Lt. (PA) Nor Hadzly bin Onggak. APM W.P Labuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada Lt. (PA) Nor Hadzly bin Onggak yang telah dinaikkan pangkat kepada Penolong Pegawai Pertahanan Awam (KP 29) berkuatkuasa pada 4 September 2023. Diucapkan juga terima kasih di atas khidmat dan jasa yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di APM W.P Labuan. UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA LT. (PA) NOR HADZLY BIN ONGGAK


Seluruh warga APM W.P Labuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke- 66 Tahun 2023. Banggalah dengan tanah air yang tercinta dan jadilah generasi penerus bangsa yang mempunyai rasa cintakan kemerdekaan ini. Bersama kita tingkatkan kemajuan, kekalkan kemakmuran dan semarakkan semangat cintakan negara Malaysia ‘TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN’ UCAPAN SELAMAT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2023


RANGKUMAN UCAPAN SELAMAT HARI JADI PEGAWAI DAN ANGGOTA SEPANJANG BULAN OGOS DI APM W.P LABUAN AG JALI BIN AG ALI 01 OGOS 1969 PBT. (PA) ROZILAH BINTI ASLI 02 OGOS 1998 SJN. (PA) RAFIDAH BINTI A DURAMAN 03 OGOS 1979 PBT. (PA) BREANDDEN PIUS 06 OGOS 2003 LT.M (PA) NURUL HASYIMAH BINTI PENDATON 09 OGOS 1996 KPL. (PA) DG. MAS MAULIDA FARHANA BINTI MUSRIN 09 OGOS 1995 L/KPL. (PA) JUHAINA BINTI JASRY 14 OGOS 2000 MEJ. (PA) SITI JANARIAH BINTI BACHO 15 OGOS 1988 PBT. (PA) IDZMAN BIN MUHAMMAD KHAIRUDDIN 21 OGOS 1999 LT. (PA) NOR HADZLY BIN ONGGAK 22 OGOS 1985


PERKONGSIAN ILMU CARA MEMASANG CERVICAL COLLAR JIKA MANGSA DALAM KEADAAN DUDUK .


Click to View FlipBook Version