1 | Page
2 | Page ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1 Kata Alu-aluan Pemangku Penasihat PIBG Sesi Akademik 2022/2023 3 2 Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG Sesi Akademik 2022/2023 4 3 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 50 5 4 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi Akademik 2022/2023 6 5 Senarai Kehadiran Ke Mesyuarat AJK PIBG Sesi Akademik 2022/2023 7-8 6 Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 50 9 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 49 10-28 7 Laporan Aktiviti dan Tindakan PIBG SMK Puteri Wilayah Sesi Akademik 2022/2023 29-35 8 Laporan Kewangan PIBG Tahun 2022 36-39 9 Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 50 40-44 10 Data Pencapaian Murid SMK Puteri Wilayah a) Pencapaian Murid dalam Kurikulum Sesi Akademik 2022/2023 b) Pencapaian Murid dalam Aktiviti Hal Ehwal Murid Sesi Akademik 2022/2023 c) Pencapaian Murid dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Sukan Sesi Akademik 2022/2023 45-58 11 Lampiran : a) Cadangan Kutipan Bayaran Tambahan Persekolahan bagi Sesi Akademik 2023/2024 Anggaran Perolehan Kutipan Bayaran Tambahan PIBG Sesi Akademik 2023/2024 Anggaran Belanja Mengurus PIBG SMK Puteri Wilayah Bagi Tahun 2023 b) Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi Akademik 2023/2024 59-63
3 | Page KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG SESI 2022 / 2023 SMK PUTERI WILAYAH KUALA LUMPUR تاكربو الله ةمحرو مكیلع ملاسلا Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran endemik Covid -19 dan sangat besar impaknya dalam usaha untuk melahirkan anak-anak yang berketrampilan dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 yang telah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Harapan saya pada tahun ini agar kecemerlangan ini dapat diteruskan. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan dalam merealisasikan budaya kerjasama cemerlang ini. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dirahmati Allah S.W.T. Landskap pendidikan sekarang ini berfokuskan kepada sekolah transformasi yang memacu kemenjadian murid ke arah sekolah berkualiti. Bagi merealisasikan hasrat ini, guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid perlu saling bekerjasama dan berganding bahu, bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dan sederap dengan misi dan visi yang hendak dicapai. Jika salah satu pihak tidak dapat memainkan peranan tersebut, hasrat untuk mencapai kecemerlangan anak-anak dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah tidak akan tercapai. Selain itu, sokongan komuniti setempt juga amat diperlukan untuk sama-sama menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik yang dapat membantu sekolah berkualiti. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang telah memberi kepercayaan penuh serta komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah sehingga ke hari ini. Semoga dengan semangat ini akan melonjakkan lagi kemenjadian anak-anak SMK Puteri Wilayah ke suatu tahap yang lebih membanggakan dan cemerlang. “ MALAYSIA MADANI” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, (DAHANUM BINTI SOYONO) Penasihat PIBG SMK Puteri Wilayah
4 | Page KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022/ 2023 SMK PUTERI WILAYAH KUALA LUMPUR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama berkumpul di Mesyuarat Agung PIBG SMK Puteri Wilayah Kali Ke - 50 pada tahun 2023. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kehadiran ibubapa ke mesyuarat ini yang menggambarkan komitmen tuan/puan terhadap pendidikan anak-anak. Pada sesi akademik 2022/2023, PIBG SMKPW telah banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti penambahbaikan prasarana sekolah dengan hasrat memberikan keselesaan dan menjaga kebajikan anak-anak kita. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah yang diharapkan dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Sejujurnya, saya sangat terharu dengan sambutan dan komitmen yang berterusan daripada ibubapa terhadap setiap penganjuran program bersama PIBG. Pihak PIBG juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan ibubapa mengumpulkan dana dan sentiasa memberi sumbangan ke dalam akaun PIBG melalui program-program wakaf yang telah dilancarkan. Semoga setiap sen yang diinfakkan oleh tuan/puan akan diberi ganjaran berterusan oleh Allah S.W.T. Kepada semua AJK PIBG Sesi 2022/2023, warga pendidik SMKPW dan ahli-ahli Kelab Sokongan Ibubapa (KSIB), sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kerana telah menjayakan tugas dan peranan dengan penuh komited. Sesungguhnya tuan/puan telah berkorban masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita ini. Saya memohon maaf jika ada kekurangan dan kepincangan sepanjang saya menggalas dan menjalankan amanah sebagai YDP PIBG SMKPW bagi Sesi 2022/2023. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini. Semoga usaha kita direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. “ MALAYSIA MADAN ” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” ………………………………………………… PROF. MADYA DR. EMELIA BINTI OSMAN Yang Dipertua PIBG SMK Puteri Wilayah Sesi 2022/2023
5 | Page AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-50 SESI AKADEMIK 2023/2024 1.0 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 49 1.1 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 49 1.2 Perkara-perkara berbangkit 2.0 Laporan aktiviti 2.1 Membentangkan dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2022/2023 2.2 Membentangkan, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Tahun 2022/2023 2.3 Membahas Usul-Usul 3.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi Akademik 2023/2024 4.0 Hal-hal Lain 5.0 Ucapan Penangguhan
6 | Page MAKLUMAT AHLI JAWATANKUASA PIBG, SMK PUTERI WILAYAH SESI AKADEMIK 2022/2023 Nama Sekolah : SMK Puteri Wilayah Kod Sekolah : WEA 0197 No. Pendaftaran PIBG : JPWP/PIBG/229 Penasihat : Pn. Dahanum bt. Soyono Yang Dipertua : Prof Madya Dr Emilia bt. Osman Naib Yang Dipertua : En. Imran Wahyudi b. Herman : En. Rozaidi b. Yusof (Tarik Diri) Setiausaha Kehormat : Cik Noorzatul Iffah bt. Badrul Khairi Naib Setiausaha : Pn. Noorhabibah bt. Kamaludin Bendahari : Pn. Nadhirah bt. Abdul Haziz@Abd Aziz Naib Bendahari : Audrey Sharon Stanislas Sandanasamy AJK Ibu bapa : En. Mohd Wafi b. Mohammad AJK Ibu bapa : Pn. Arney Zamzarina bt. Che Ahmat AJK Ibu bapa : Pn. Norshila bt. Ahmad Shaibi AJK Ibu bapa : En. Jamiri Bin Hj Sainan AJK Guru : Pn. Nur Afifa bt. Ishak AJK Guru : Pn. Nur Izzati bt. Zulkafli AJK Guru : En. Mohd Firdaus b. Mohd Zin Juru Audit Dalaman : Pn Nurul Komariah bt. Miswani Juru Audit Luar : Pn. Suhaiza bt. Abdullah
7 | Page
8 | Page
9 | Page Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah Jalan Dewan Sultan Sulaiman 50300 Kuala Lumpur NO TELEFON : 03-26982686 No. Fax : 03-26985366 ________________________________________________________________________________________ Rujukan Kami : PIBG/SMKPW 100-7/1/7(IIl) Tarikh : 02 MEI 2023 Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid SMK Puteri Wilayah 50300 KUALA LUMPUR Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK PUTERI WILAYAH KALI KE50 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan SMK Puteri Wilayah 3. Aturcara majlis 8.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa 9.00 pagi : Ucapan Perasmian 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG 4. Untuk makluman tuan/puan, kami menyediakan borang maklum balas kehadiran dan usul di pautan berikut :( https://forms.gle/EexrsxX7BExN3bRm7 ) untuk Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik mengisi kehadiran dan usul serta cadangan sekiranya ada. 5 Sehubungan itu, borang maklum balas kehadiran dan usul perlu diisi dan dihantar secara atas talian kepada pihak kami selewat-lewatnya 12 Mei 2023. Segala kerjasama dan keperihatinan Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik dalam perkara di atas amat dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ... ............................................................. (PROF MADYA DR. EMELIA BINTI OSMAN) Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK PUTERI WILAYAH KL P I B G
10 | Page
11 | Page
12 | Page
13 | Page
14 | Page
15 | Page
16 | Page
17 | Page
18 | Page
19 | Page
20 | Page
21 | Page
22 | Page
23 | Page
24 | Page
25 | Page
26 | Page
27 | Page
28 | Page
29 | Page
30 | Page LAPORAN AKTIVITI DAN TINDAKAN PIBG SMK PUTERI WILAYAH SESI AKADEMIK 2022/2023 1. LAPORAN AKADEMIK Unit Kurikulum SMK Puteri Wilayah telah berjaya melaksanakan program kecemerlangan akdemik dengan bantuan dan kerjasama daripada PIBG yang telah memberi sumbangan kewangan dan memberi sokongan kepada program yang dianjurkan oleh sekolah sepanjang tahun 2022/2023. Berikut adalah senarai program akademik yang telah dijalankan: 1.1 Majlis Diskusi Ilmu dan Ceramah Keibubapaan Program ini telah berlangsung pada 23 September 2022 bagi memberi ruang perbincangan antara ibu bapa/penjaga dengan guru berkaitan perkembangan pencapaian murid Tingkatan 5 dalam peperiksaan. Program ini telah membuka minda ibu bapa untuk berperanan secara optimum bagi menyuntik semangat dan keyakinan diri murid untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM. 1.2 Program Perkampungan Ilmu. Program ini telah dijalankan pada 06 Januari 2023 hingga 07 Januari 2023 bertujuan untuk memberikan suntikan ilmu kepada calon-calon SPM 2022 supaya dapat memahami bentukbentuk soalan yang sebenar dalam peperiksaan SPM. Dalam pada itu, calon-calon SPM juga turut diberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan. Program ini dapat membantu meningkatkan motivasi calon-calon SPM untuk mengulangkaji mata pelajaran dengan lebih berkesan dan seterusnya agar dapat meningkatkan pencapaian keputusan SPM yang lebih cemerlang. Antara pengisian program adalah: • Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajarah Sejarah • Ceramah Motivasi oleh PU Rahmat • Bacaan Yaasin dan Soalat Hajat oleh Ustaz Norzihan bin Essa Alhafiz • Makan Malam BBQ • Tidur Bermalam Bersama Rakan. • Mathematics Is Fun (Siri 1 dan Siri 2) oleh Sir Venn. 1.3 Seminar Teknik Menjawab SPM Seminar ini telah berlangsung dari Bulan September hingga November 2022. Pihak sekolah telah mendapatkan khidmat daripada guru yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
31 | Page 1.4 Program Kelas Tambahan Program Kelas Tambahan merupakan salah satu dari aktiviti program kecemerlangan kurikulum yang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid Tingkatan 1-5. Program ini bermula pada bulan Julai 2022 hingga Mac 2023. Program Kelas Tambahan ini juga telah dijalankan di asrama bagi murid asrama KAA. Program ini dijalankan bagi memastikan peningkatan pencapaian murid dan target ETR murid dapat dicapai. Program ini dilaksanakan sepanjang tahun yang diaturkan oleh pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik dari segi kualiti dan kuantitinya. Kelas Tambahan bagi Ting. 1, 2 dan 3 dilaksanakan pada bulan Disember 2022 sebagai persediaan untuk murid menjalani Ujian Akhir Sesi Akademik yang bermula pada 12- 18 Januari 2023. 1.5 Program Bengkel Payung Program ini telah dijalankan bermula pada bulan Julai 2022 hingga Mac 2023 sebagai pra persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Antara pengisian program ini adalah seperti berikut : • Bengkel Payung Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 (04.07.2022 hingga 15.07.2022) • Bengkel Payung Peperiksaan SPM 2022 (22.02.2023 hingga 09.03.2023) Program dipenuhi dengan aktiviti ulang kaji, latih tubi, modul berfokus dan teknik menjawab soalan oleh guru mata pelajaran. 1.6 Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 Majlis ini telah dilaksanakan 14 Januari 2023. Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk memberi pengiktirafan, penghargaan dan semangat kepada calon-calon SPM 2021. Majlis berlangsung di Hotel Tamu, Kg. Bharu dan dirasmikan oleh En. Abdul Aziz bin Md. Hashim, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPWPKL. 1.7 Majlis Restu Ilmu SPM Program ini telah dijalankan pada 17 Februari 2023 bagi merestui ilmu yang telah diberikan kepada semua calon SPM 2022. Semua calon SPM diberikan sumbangan alat tulis yang disampaikan oleh YDP PIBG SMK Puteri Wilayah iaitu Prof. Madya Dr. Emelia binti Osman. 1.8 Program Ekspres Minda dan Happy Meal Program ini berlangsung sepanjang peperiksaan SPM bermula pada 20 Februari - 13 Mac 2023 untuk calon SPM 2022. Murid-murid diberi makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari supaya kekal bertenaga sepanjang peperiksaan. Program ini mendapat sumbangan daripada PIBG, guru-guru dan orang perseorangan.
32 | Page 2. LAPORAN HAL EHWAL MURID (HEM) 2.1 DISIPLIN 2.1.1 Secara keseluruhan,murid-murid SMK Puteri Wilayah dikategorikan sebagai muridmurid yang berdisiplin kerana kesalahan yang dilakukan oleh sebilangan kecil murid SMKPW adalah tidak hadir ke sekolah dan lewat datang ke sekolah. 2.1.2 Purata peratus kehadiran murid-murid SMKPW bersemuka tahun April 2022 – Februari 2023- 88.02 % 2.1.3 Murid-murid SMK Puteri Wilayah juga dididik untuk menyeimbangkan pencapaian akademik dengan sahsiah. Merujuk Laporan Amalan Baik Sistem Sahsiah Diri Murid 2.0 (SSDM 2.0) tahun 2022, semua murid ada amalan baik dalam SSDM 2022. 2.1.4 Pihak PIBG telah banyak menyumbang idea dan kewangan demi kelancaran program Unit HEM. 2.1.5 Antara program Unit HEM SMKPW yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022/2023 BIL. PROGRAM 1. Majlis Orientasi Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan murid baharu asrama secara bersemuka 2. Program Amalan Guru Penyayang 1) Mengalu-alu kehadiran murid pada waktu pagi 2) Program Mentor Mentee 3) Program Sambutan Hari Jadi 4) Program Ziarah Cakna 5) Program Happy Meal 3. Pelbagai Program motivasi, disiplin, dan Minggu kerjaya diadakan. 4. Cakna Disiplin 5. SUIT 6. Program Badar SUMUR (Bacaan Yasin dan tazkirah) 7. Program Minggu Anti Dadah, Rokok , Inhalan, Aids, HIV dan Jenayah 8. Aktiviti Disinfeksi bangunan sekolah oleh Sukarelawan Warga Titiwangsa (SWAT), RELA dan MPPWPSZ3 9. Program Kesihatan (Suntikan dan rawatan) 10. Program Ambang Merdeka 2022 (Asrama) 11. Penyampaian pelbagai sumbangan dan bantuan daripada pelbagai pihak kepada murid-murid dan warga SMKPW yang dilanda musibah / memerlukan bantuan.
33 | Page 2.2 KANTIN 2.2.1 Tahap kebersihan kantin, kualiti makanan dan menu makanan yang dijual di kantin sentiasa dipantau oleh pelbagai pihak, antaranya AJK kantin sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Keramat (PPDK), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa (PKDT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 2.2.2 Setiap aduan murid, guru atau pihak pemantau diambil serius oleh sekolah dan pengusaha kantin bagi menjamin perkhidmatan yang terbaik untuk warga sekolah. 2.2.3 Sepanjang persekolahan bersemuka tahun 2022 dan Februari 2023, kantin beroperasi. Makanan yang dijual mengikut tender yang ditetapkan dan sekolah masih mengekalkan pengusaha kantin lama kerana tiada pengusaha lain yang masuk tender di SMK Puteri Wilayah. 2.3 ASRAMA 2.3.1 Kapasiti asrama SMKPW adalah sebanyak 120 orang (6 dorm). 2.3.2 6 dorm digunakan untuk penempatan anak-anak yang dapat masuk ke Asrama SMKPW 2.3.3 Seluruh kawasan asrama disediakan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. 2.3.4 Pemantauan dari semasa ke semasa telah dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah, PPDK dan JPWP KL untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi. 2.3.5 Aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan anak-anak sangat diutamakan terutama sekali sepanjang pandemik Covid-19. SOP dan Garis Panduan 3.0 dijadikan panduan dan dipatuhi. 2.4 KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN 2.4.1 Aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan murid-murid sangat diutamakan terutama sekali sepanjang pandemik Covid-19. SOP dan Garis Panduan 3.0 dijadikan panduan dan dipatuhi. 2.4.2 Pemantauan dibuat dari semasa ke semasa oleh pelbagai pihak, termasuklah sekolah, pengawal keselamatan, PPDK, JPWP KL, DBKL, KKM, KPM dan PDRM. 2.4.3 Murid-murid sentiasa diingatkan tentang aspek keselamatan dan disiplin semasa berada dalam dan luar sekolah oleh guru-guru, guru bertugas, guru disiplin dan pentadbir. 2.4.4 Murid-murid diwajibkan untuk menjahit lencana sekolah, tanda nama pada tudung dan memakai baju dan seluar sukan yang berlogo sekolah (yang dijual oleh koperasi sekolah) untuk pengenalan diri dan memudahkan urusan pemantauan aktiviti murid SMK Puteri Wilayah. 2.4.5 Pihak sekolah sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada pihak polis perhubungan sekolah iaitu Insp. Ammu Pillay Supparmaniam dan Sarjan Anggiat Tambunan bin Nordin serta pihak PDRM dan Pn Hjh. Haslinah binti Farid Wajdi, pegawai perhubungan sekolah (PPDK) yang bertindak segera apabila bantuan diperlukan oleh pihak sekolah.
34 | Page 2.5 KEBAJIKAN & SUMBANGAN KSIB 2.5.1 Pihak kerajaan, PIBG dan para ibu bapa / penjaga, guru-guru, AKP dan NGO banyak memberi sumbangan idea dan kewangan / barang untuk kebajikan murid-murid SMKPW khususnya golongan B40 sepanjang tahun 2022/2023 2.5.2 Penglibatan KSIB tahun 2022 dan 2023 BIL NAMA PERSATUAN / SYARIKAT / PERTUBUHAN/ INDIVIDU SUMBANGAN 1. PIBG - Sumbangan bantuan data internet semasa PdPR (PIBG dan penderma individu) - Sumbangan Duit Raya PIBG - Sumbangan wang tunai kepada keluarga yang terkesan akibat Pandemik Covid-19 - Sumbangan Program Ekspres Minda SPM 2022 - Sumbangan bubur lambuk kepada warga sekolah - Sumbangan wang tunai kepada warga SMKPW yang kehilangan ibu / bapa / penjaga . 2. Yayasan Wilayah Persekutuan - Program Bantuan Pemakanan 2022 & 2023 (20 orang murid terpilih B40) 3. Perbadanan Kampong Bharu - Program Back To School 2022 (50 orang murid terpilih B40) 4. Klinik Pergigian Cahaya Suria - Pemeriksaan dan rawatan gigi murid 5. Klinik Kesihatan Kuala Lumpur - Suntikan HPV (murid ting. 1) - Pemeriksaan dan suntikan Talasimia (murid ting. 4) - ATT (murid ting. 3) 6. Pusat Kesihatan Daerah Titiwangsa - Vaksinasi Murid Cicir 7. Persatuan Penduduk Kg. Bharu - Sumbangan Program Ekspres Minda SPM 2022 8. Guru dan AKP - Sumbangan wang tunai kepada warga SMKPW yang kehilangan ibu / bapa / penjaga . 9. MAWAIP - Gerobok rezeki setiap bulan untuk muridmurid yang memerlukan 2.6 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 2.6.1 Buku-buku SPBT telah diagihkan kepada semua murid yang layak mulai bulan Feb. 2023.
35 | Page 2.6.2 Pihak SPBT telah berusaha untuk melengkapkan jumlah buku yang sepatutnya diterima oleh setiap murid. 2.6.3 Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikan buku-buku tersebut dijaga dengan baik (semua buku disampul, maklumat di ruangan pinjaman dilengkapi dan murid tidak meninggalkan buku di sekolah). 2.6.4 Murid mesti mengganti judul buku yang rosak / hilang. 2.7 LAPORAN KEWANGAN / SUMBANGAN PIBG 2022 BIL PROGRAM SUMBANGAN PIBG 1. Ekspres Minda SPM 2022 RM1,690.00 2. Bayaran Bantuan Pemakanan Wilayah Persekutuan (akaun tumpang) RM1,820.00 3. Gotong -Royong Perdana 2022 RM3,600.00 4. Orentasi Tingkatan 1 2023/2024 RM1,000.00 Jumlah RM8,110.00 3. LAPORAN KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN SUKAN 3.1 Program Kokurikulum dan Sukan 2022 Bil Nama Program Tarikh Program 1. Majlis RIMUP Aidilfitri 13 Mei 2022 2. Sukantara dan Kejohanan Balapan dan Padang 25 Jun 2022 3. Kejohanan Merentas Desa 04 Oktober 2022 4. Hari Sukan Negara 08 Oktober 2022 5. Kem Kepimpinan dan Perkhemahan Perdana 14-16 Oktober 2022 6. Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 02 Disember 2022 7. Majlis RIMUP Tahun Baru Cina 30. Januari 2023 8. Majlis RIMUP Aidlifitri 19 Mei 2023
36 | Page
37 | Page
38 | Page
39 | Page
40 | Page
41 | Page USUL AKADEMIK NAMA USUL MAKLUM BALAS 1. Suhaiza bt. Abdullah Mohon pendedahan kepada anak-anak lepasan SPM untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan. Kaunselor menyatakan satu kumpulan Telegram, Jejak SPM telah diwujudkan untuk murid Tingkatan 5 dan bekas murid bagi menyampaikan maklumat yang berkaitan seperti Hari Terbuka Universiti dan Expo. PK HEM juga menjelaskan bahawa Minggu Kerjaya diadakan setiap tahun di sekolah dengan menjemput pelbagai pihak untuk mengadakan pameran. 2. Mohd Shahru Nizam b. Mohd Daud Mengadakan kelas tambahan bagi menghadapi peperiksaan SPM hujung sesi untuk murid tingkatan 5. Sekiranya ada, bilakah akan bermula kelas tambahan? Dan adakah semua subjek kelas tambahan di adakan atau subjek tertentu saja? Kelas tambahan telah dimulakan pada 20 Mac 2023 dan dimasukkan ke dalam Jadual Waktu harian bagi kelas tertentu. Kelas tambahan SPM untuk semua kelas Tingkatan 5 semasa cuti penggal juga telah diadakan. Kelas tambahan semasa hari persekolahan bagi Tingkatan 3 akan mula diadakan bermula paaa 12 Jun 2023. Begitu juga dengan kelas tambahan bagi Tingkatan 5. USUL HAL EHWAL MURID NAMA USUL MAKLUM BALAS 1. Muhammad Hisham b. Ismail Maklumat mengenai kekosongan asrama dan cara memohon dapat disalurkan kepada ibu bapa. Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai kekosongan asrama. 2. Siti Izzati bt. Idris Untuk asrama: Mohon kerjasama pihak sekolah mendapatkan kebenaran Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Kampung Bharu untuk parking di dalam kawasan sekolah tersebut. Pihak sekolah akan menghantar surat permohonan berserta jadual melawat dan jadual bali9k murid asrama. Ibu bapa tidak dibenarkan untuk meletak kereta di kawasan sekolah tersebut semasa hari persekolahan.
42 | Page 3. Siti Izzati bt. Idris Untuk asrama: Sekiranya hujan, mohon kebenaran asrama untuk kereta masuk dalam urusan hantar dan ambil anak. Contoh limit masa untuk 1 kereta 5 minit. Ibu bapa tidak dibenarkan untuk membawa masuk kereta ke dalam kawasan asrama atas faktor keselamatan dan ruang yang sempit. USUL DISIPLIN DAN KESELAMATAN NAMA USUL MAKLUM BALAS 1. Mohd Wafi b. Mohammad Penggunaan Baton LED/Lampu untuk tujuan kawalan trafik bagi pengawal keselamatan. Syarikat keselamatan telah menyediakan lampu suluh. Baton LED/Lampu tiada keperluan untuk digunakan. 2. Zulkifli b. Suliman Tempat menunggu yang sesuai/selesa bagi anak-anak jika ibu bapa tidak dapat menjemput anak sejurus tamat sesi persekolahan. Pengetua menjelaskan bahawa tempat dan ruang menunggu di Anjung Puteri telah disediakan untuk murid. Walau bagaimanapun, murid kerap dan suka menunggu di luar kawasan sekolah walaupun telah ditegur dan dinasihatkan untuk menunggu di dalam kawasan sekolah. USUL KEBAJIKAN NAMA USUL MAKLUM BALAS 1. Fadilah bt. Abd Malek Penambahan mesin pengering pakaian di asrama. Ketua Warden memaklumkan bahawa ruang di asrama tidak mencukupi untuk meletakkan mesin pengering. Kos pendawaian semula elektrik juga tinggi. Dua buah mesin basuh yang disediakan di asrama sudah mencukupi. 2. Zuraain Zuhidin Menambah kipas di dorm asrama. Pihak sekolah memaklumkan bahawa kipas tidak boleh ditambah atas faktor keselematan dan juga atas nasihat JKR. Terdapat 9 kipas di semua dorm kecuali Dorm F.
43 | Page Pihak asrama telah mengubah keududukan katil untuk memastkan keselesaan semua murid. 3. Mohammad Hamid b. Tamin Menukar meja meja yang mempunyai laci di kelas 2 Sumaiyyah. Pihak sekolah memaklumkan bahawa kelas 2 Sumaiyyah digunakan untuk Peperiksaan SPM. Meja tersebut digunakan untuk Peperiksaan SPM. 4. Siti Nor Hajar Makanan di kantin kurang memuaskan, sehingga anak sakit perut selepas makan. Pihak sekolah telah berbincang dengan pihak kantin. Pihak kantin telah mengambil tindakan untuk memastikan kawasan penyediaan makanan, jualan dan kerusi-meja sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Pihak kantin juga akan mempelbagaikan menu mengikut hari-hari tertentu. Pihak sekolah juga akan sentiasa memantau pengoperasian kantin dari semasa ke semasa. 5. Mohammad Hamid b. Tamin Menambah menu di kantin. USUL DANA DAN KEWANGAN NAMA USUL MAKLUM BALAS 1. Fazura bt. Mansor Menaikkan sedikit kadar yuran PIBG. Pihak sekolah dan PIBG telah bersetuju untuk menaikkan kadar sumbangan PIBG setelah mengambil kira keadaan dan keperluan semasa sekolah dan murid. Sila rujuk Lampiran. USUL-USUL LAIN NAMA USUL MAKLUM BALAS 1. Mohd Wafi b. Mohammad Menampal nama kelas/makmal/ bilik khas pada setiap hujung blok bangunan untuk tujuan memudahkan carian. Pengetua menjelaskan bahawa setiap kelas telah dilabel dan papan tanda pelan kedudukan sekolah telah dipamerkan bersebelahan dengan pondok pengawal.
44 | Page Ibu bapa/penjaga perlu berurusan di pejabat untuk berjumpa dengan anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka. 2. Mohd Wafi b. Mohammad Tempat letak topi keledar yang lebih kemas dan terlindung dari hujan. Pihak sekolah telah menyediakan satu ruang di Bilik Suis untuk meletakkan topi keledar memandangkan hanya sebilangan kecil sahaja yang membawa topi keledar. PIBG dan pihak sekolah juga bersetuju bahawa ibu bapa juga perlu mengambil inisiatif sendiri berkenaan dengan hal ini. 3. Mohd Wafi b. Mohammad Memanggil MAH BAYU untuk pemeriksaan pendawaian elektrik sekolah. Pengetua menyatakan bahawa JKR akan dipanggil sekiranya berlaku gangguan elektrik dan dari semasa ke semasa JKR membuat pemeriksaan pendawaian elektrik di sekolah. Pihak sekolah dan PIBG bersetuju bahawa pemeriksaan daripada JKR sudah memadai memandangkan pendawaian semula elektrik satu sekolah yang berkos sekitar RM 500 000.00 baru sahaja diselesaikan. 4. Ramlah Ithnin Semoga pihak sekolah lebih peka dengan waktu murid pulang daripada sekolah, dan waktu perlu tepat pada masanya. Pihak sekolah memaklumkan bahawa kelas ditamatkan mengikut jadual waktu sekolah. 5. Nurhuzaima bt. Ismail Solat sunat Dhuha & bacaan Al Ma'thurat dijadikan rutin setiap hari bagi murid dan guru-guru SMKPW. Pihak sekolah memaklumkan bahawa aktiviti solat Dhuha telah dimasukkan ke dalam PdPc secara penggiliran mengikut kelas. Aktiviti ini juga telah dimasukkan ke dalam jadual aktiviti asrama.
45 | Page
46 | Page KEPUTUSAN SPM 2021
47 | Page
48 | Page KEPUTUSAN SPM 2022
49 | Page
50 | Page SENARAI PENERIMA ANUGERAH MURID GRED CEMERLANG: 1. NURUL A'LIAH BALQIS BINTI ABDUL HAMID (5 SUMAIYYAH) 9A (2A+,4A, 3A-) 2. PUTRI BATRISYIA BINTI MOHD AZLAN (5 SUMAIYYAH) 9A (2A+, 6A, 1A-) 3. FATIMAH BINTI RAMLI (5AISYAH) 8A, 2B, 1C 4. SHARIFAH HANIS SOFIA BINTI SYED AZRI (5 SUMAIYYAH) 7A, 2B 5. ZURINA BINTI SOFYAN TARIGAN (5 SUMAIYYAH) 7A, 2B 6. NURUL HANIFAH BINTI AKMAL (5 AISYAH) 7A, 3B, 1C 7. ALIEYA SHAFIA BINTI MARZUKI (5 AISYAH) 7A, 1B, 2C 8. SITI ZAHIRAH BINTI MUHAMAD SALLEHUDDIN (5AISYAH) 7A, 3B, 1E 9. NUR ADDINA SYUHADA BINTI ABDUL RAHIM (5 AISYAH) 7A, 4B 10. NUR ADIBAH BINTI SHARIFFUDDIN (5 KHADIJAH) 6A, 1B, 1D 11. ARRUMAISA BINTI MOHD JAN (5 KHADIJAH) 6A,1B,1C 12. MAYA FATIHAH BINTI ZOLKEFFELI (5 MASYITAH) 6A,1B,1E 13. NUR ALEYA BINTI ISHAK (5 KHADIJAH) 6A, 1B, 1E 14. NIK NURUL IZZAH BINTI HAMID (5 AISYAH) 6A, 3B, 1C, 1D