The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA sains f3 BAB 3.1 sistem pengangkutan dalam organisma

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saonah zabali, 2021-03-13 08:06:14

NOTA SAINS F3 BAB 3.1 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM ORGANISMA

NOTA sains f3 BAB 3.1 sistem pengangkutan dalam organisma

BAB 3 : PENGANGKUTAN

3.1 Sistem Pengangkutan Dalam Organisma

Keperluan Sistem Pengangkutan dalam organisma

Setiap sel memerlukan oksigen untuk
respirasi sel dan nutrient untuk
mendapatkan tenaga.

Karbon dioksida dan bahan kumuh lain
yang dihasilkan oleh sel perlu
disingkirkan ke persekitaran luar.

Proses membawa oksigen, nutrient dan
bahan keperluan lain dari persekitaran
luar masuk ke dalam sel adalah secara
resapan.

Proses menyingkirkan bahan kumuh
daripada sel juga adalah secara
resapan.

Sistem Pengangkutan dalam organisma ringkas

Amoeba • Organisma ringkas seperti organisma
Paramesium unisel tidak mempunyai sistem
Klamidomonas pengangkutan yang khusus.

• Bahan keperluan sel seperti oksigen dan
nutrient masuk terus ke dalam sel secara
resapan melalui membran sel

• Bahan kumuh seperti karbon dioksida juga
disingkirkan keluar dari sel ke persekitaran
luar secara resapan melalui membran sel.

Sistem Pengangkutan dalam Organisma Kompleks

Organisma kompleks seperti manusia, haiwan
vertebrata dan tumbuhan multisel mempunyai
sistem pengangkutan yang khusus.

Proses pertukaran bahan keperluan sel dan
bahan kumuh antara organisma kompleks
dengan persekitaran luar (secara resapan)
berlaku secara perlahan dan tidak menyeluruh
kerana isipadu organisma kompleks adalah
besar.

Melalui sistem pengangkutan yang khusus ini,
oksigen dan nutrient dapat diangkut ke
semua sel badan dalam organisma kompleks
serta dapat menyingkirkan bahan kumuh dari
semua sel badan ke persekitaran luar.

Kepentingan Fungsi Sistem Pengangkutan dalam Organisma

Mengangkut Menyingkirkan Mengangkut Mengangkut
bahan bahan kumuh bahan bahan hasil
keperluan sel dari sel. keperluan sel fotosintesis.
badan. tumbuhan.
• CO2 yang gagal • O2 & sukrosa
• O2 & nutrien di kumuhkan • CO2 & air yang terhasil
digunakan dari badan digunakan dalam daun
untuk akan menjadi untuk diangkut ke
menghasilkan toksik, menghasilkan bahagian
tenaga melalui meracuni makanan & O2 tumbuhan yang
respirasi sel. badan & dalam proses lain untuk
Tenaga membunuh fotosintesis. melakukan semua
digunakan organisma. proses hidup &
untuk tumbesaran
melakukan dalam tumbuhan.
semua proses
hidup.


Click to View FlipBook Version